Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Saturday, February 27, 2010

Kalimah ALLAH lagi...



Sekadar berkongsi maklumat bahawa awan, susu dll lagi telah merakamkan kalimah yang mulia ini. Keterangan lanjut sila layari http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=2591

Wednesday, February 24, 2010

Teknik 1881 dengan Qunut Nazilah






“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka

Wahai tuhan
yang gagah perkasa
Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka (3x)

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka

Dan menangkan kami ke atas mereka.”



Monday, February 22, 2010

Sandaran Hadis Teknik Memukul dengan serban

Daripada Matar bin Abdul Rahman Al A'naq katanya telah bercerita kepadaku Ummu Abban binti Al Wazi bin Az Zari ' Amir Al'Abdi daripada bapanya , bahawa datuknya Az Zari telah pergi kepada Rasulullah dengan anak lelakinya atau anak saudara perempuannya yang telah gila.

Kata datuknya, ketika kami datang kepada baginda di Madinah, aku bertanya "Wahai Rasulullah! sesungguhnya bersamaku ini ialah anak lelakiku atau anak lelaki saudara perempuanku yang telah gila. Aku datang membawanya kepada tuan, agar tuan berdoa kepada Allah Azza Wa Jallah untuknya."

Sabda Rasulullah, "Bawa dia kepadaku!"

Aku pun pergi mengambilnya yang ketika itu sedang bersama-sama dengan para penunggang yang lain. Aku bebaskannya dan aku menanggalkan baju permusafirannya. Kemudian aku menyarung padanya dua helai pakaian yang cantik. aku pegang tangannya dan membawanya kepada Rasulullah.

Rasulullah bersabda, " Dekatkan dia kepadaku dan jadikan belakangnya setentang denganku". Baginda memegang hujung sebelah atas dan bawah baju baginda lalu memukul belakangnya sehingga terlihat olehku akan keputihan kedua-dua belah ketiak baginda.

Baginda bersabda "keluarlah Wahai Musuh Allah! Keluarlah wahai Musuh Allah !" lalu anaknya memandang sepertimana orang sihat memandang dan bukannya seperti
pandangannya yang terdahulu.

Rasulullah mendudukannya di hadapan baginda lalu baginda mendoakan untuknya dan baginda menyapu wajah si anak itu.

Semenjak dari doa Rasulullah itu, tiada seorang pun dari kalangan ahli rombongan tersebut yang datang menandingi kelebihannya.

Sunday, February 21, 2010

Beberapa Hadis tentang JIN

HADIS 1:

Diriwayatkan dari Abi Said Al-Khudri, telah bersabda RasuluLLAH SAW :

“Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barangsiapa yang melihat sesuatu dari golongan Awamir maka hendaklah ia mengarahkan ia keluar (sebanyak 3x). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan.”


Hadis 2 :
Sabda RasuluLLAH SAW yang diriwayatkan oleh Yazid bin Jabir, katanya:

“Tidak ada suatu rumah dari kaum Muslimin melainkan di atap rumah mereka adalah golongan jin Islam. Apabila mereka meletakan makanan pada waktu siang , golongan jin turun dan makan tengahari bersama mereka dan apabila manusia meletakan makan malam mereka pun turun dan makan malam bersama mereka”


Hadis 3:

Ibnu Abbas r.a. meriwayat sabda RasuluLLAH SAW :

“Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan mengandung khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin”

(Ibnu Taimiyah – terkadang manusia dan jin bernikah dan melahirkan anak)


Hadis 4:

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, RasuluLLAH SAW bersabda

“Sesungguhnya jin Ifrit telah mengacau aku semalam supaya aku memutuskan solatku, dan sesungguhnya ALLAH membolehkan aku menguasainya. Maka aku berniat untuk mengikatnya di tiang mesjid sehingga orang ramai boleh melihatnya, kemudian aku teringat kata2 sdraku Sulaiman : Ya Tuhanku, ampunilah daku, berikanlah kepadaku kekuasaan yg tidak terdapat pada orang lain selain aku…maka ALLAH menolak jin itu dgn penuh kehinaan”


Hadis 5 :

Dalam kitab Musnad Imam Ahmad meriwayatkan hadis Abu Musa, RasuluLLAH SAW bersabda

“Rosaknya umatku sebab tusukan taun. Para sahabat bertanya: Wahai Rasul kalau tusukan kami telah mengerti, kemudian taun itu? Rasul menjawab: Taun adalah tusukan saudara2mu dari golongan jin”

(Ibnu As-Sir – jin mempunyai banyak gangguan : bisikan, tiupan, hembusan dan tusukan)

Akrineslim

Kelmarin saya buat site visit ke Akrine Slim River. Berikut adalah beberapa foto kenangan



Penyerahan papan tanda Akrine kepada tuan punya Akrineslim sdra Muhd Syahid





Bilik rawatan



Air penawar keluaran Akrine, Akrineslim mengguna 200 botol dalam tempoh seminggu


Logo Akrine untuk mana-mana perawat yang memerlukan, boleh ditampal di rumah anda RM20.00 tak termasuk pos

Thursday, February 18, 2010

Von voyage





All the best for your 4yrs study at University of Auckland, New Zealand. May ALLAH always guiding you and be a good mosleem scientist




ilal liqa' wa ud'uni an takunti a doctor upon completing your study at JUST, Jordon

Monday, February 15, 2010

Kedudukan Doa Nurunubuwah

Doa Nurun Nubuwwah

Pandangan pengamal Tareqat :

Assalamualaikum semua,

Saya noobie di forumer ini yang bernama Zenden
Saya mempunyai kemuskilan mengenai doa Nurun Nubuwwah.

Boleh saudara terangkan asal usulnya Doa ini dan petikan daripada Quran serta Hadis mengenai Doa ini dan cara penyampaianya ini kepada Rasulullah SAW.

Sekian Terima Kasih


:jawab_salam:

Hmmm... Soalan ini sudah beberapa kali ditanya dalam berbagai forum dan soalan-soalannya selalu hampir sama bentuknya. Saya lebih meletakkan soalan seperti ini adalan yang bersifat provokasi dan mencari kelemahan dalam sistem doa ini.

Tapi semaklum saya doa ini belum dijumpai nas-nasnya yang sohih tetapi telah diperturunkan oleh ulamak-ulamak zaman berzaman dalam bidang ilmu hikmah. Apa yang saya dapat katakan adalah, setiap amalan yang bersifat doa atau amalan-amalan yang bersifat caang-cabang amalan sunat dan merujuk kepada zikir-zikir, wirid-wirid, hizb-hizb adalah merupakan amalan-amalan yang banyak juga diterima secara laduni atau ilham hasil riadhah-riadhah khusus seorang zahid yang mencari jalan mendekatkan dirinya dengan Allah secara peribadi tanpa meninggalkan amalan-amalan sunnah dan syariat Islam yang diajarkan oleh Rasulullah saw.

Soalan-soaln masalah doa mempunyai nas yang sohih tidak diperlukan bagi amalan permohonan khusus individu kepada Allah kecuali amalan-amalan doa yang sudah tersedia diajar oleh Rasulullah saw sebagai pedoman berdoa dengan cara yang benar kepada Allah.

Jangan jadikan isu ini isu akidah kerana bisa membawa diri kita ke Neraka jahannam akibat provokasi kita sedangkan secara teknikalnya Allah menyuruh kita berdoa dengan apa cara sekalipun selagi tidak mempunyai unsur-unsur syirik dan tidak jahil sifat doanya kerana sebaik-baik doa adalah doa muktabar dan juga doa-doa yang lain yang difahami maksudnya serta benar jalannya.

YB Al-Fadhil Ustaz Harun Din sendiri pernah disoal mengenai kesohihan beberapa amalan seperti Nurun Nubuwwah ini juga seperti Selawat Syifak dan jawapan belaiu telah diberikan secara ilmiah dan merujuk kepada dalil-dalil mengenai sifat-sifat amalan tetapi masih ada yang menolaknya. Saya tidak hairan dengan perkara ini, kerana dakyah Yahudi pun macam tu jugak. Melaga-lagakan orang Islam dalam hal-hal sunat kerana nak lagakan dalam hal wajib semua orang dah tahu.

Islam itu sempurna lengkap kerana sistemnya yang luas dan pelbagai serta mempunyai berbagai-bagai alternatif yang merujuk kepada prinsip-prinsip dan konsep amalan yang telah ditetapkna oleh Allah swt dan diajarkan kepada kita oleh Rasulullah saw.

Gunalah apa bahasa sekalipun dalam berdoa dan gunakan gayamu yang lebih menyenangkan kamu 'merasa' apa yang kamu minta asalkan tidak diminta sesuatu yang buruk/keji dan tidak pula melakukan biadab kepada Allah swt.

"Ya Allah tolonglah saya. Saya sekarang tertanggung hutang yang banyak. Tolonglah saya Ya Allah. Berikanlah jalan keluar kepada saya Ya Allah"

Apakah kalimah itu tepat sebagaimana kalimah yang ada dalam hadis-hadis sohih? Tidak. tetapi kenapa ada yang dioa macam tu? Kerana tidak salah berdoa macam tu dan dia faham apa yang dia minta serta beradab.

Jadi apa masalah dengan Nurun Nubuwwah?

Sila baca maksudnya. Di dalamnya terdapat adab yang lengkap bermula dengan mengagungkan Allah swt., ayat-ayat hikmah dari al-quranul Karim, doa kebaikan dan hajat, menolak kejahatan dan selawat.

Ada pula yang mengatakan campur aduk ayat al-Quran dan perkataan lain mala ia tidak betul. Silap tu, Kalau ayat al-quran di buat doa maka bolehlah diambil saranannya sebagaimana yang Allah ajarkan kita buat. Kalau ambil sepenuhnya, jadilah ia ayat al-quran tetapi jika diambil singkatannya sebagai doa yang daianjurkan maka jadilah ia doa yang bersumber al-quran seperti contohnya,

Dalam al-quran Allah berfirman dengan mafhumnya,

" Katakanlah (Wahai Muhammad), Aku berlindung dengan Rabb/Penguasa manusia,............"

Maka jika dibaca Qul a'uuzu birabinnaas......" maka jadilah ia beramal dengan bacaan al-quran tetapi boleh juga ia membaca sebagai doa dalam bentuk yang dianjurkan oleh Allah swt sendiri iaitu

" A 'uuzubirabinnaas...." Jadilah maksudnya " Aku/Saya berlindung dengan Rabb semua manusia......"

Sebab itu ada yang berdoa " Allaahumma, Ihdinassiroothol mustaqiim" sedangkan Allaahumma itu tiada dalam al-quran bersama dalam ayat ke-6 surah al-Fatihah tetapi telah dimasukkan sebagai doa yang dipanjatkan kepada Allah swt agar diberikan petunjuk/hidayah jalan yang benar dan lurus.

Maaflah jika jawapan saya menyakitkan hati tetapi jika soalannya dari provokasi maka jawapan saya juga keras. Untuk kaitkan jawapan ini dengan jawapan-jawapan lain, bolehlah dirujuk dengan ramai lagi guru-guru pondok lama. Saya tak akan merujuk kepada mereka yang baru mengenal agama kerana selalu jawapannya bersifat provokasi juga.

Namun jangan pula menganggap saya memarahi anda yang bertanya tetapi lebih kepada semua yang bertanya tetapi masih suka menimbulkan provokasi dan bibit-bibit syak yang tidak wajar dalam Islam.

Ingatlah juga bahawa beramal dengan amalan sunnah itu besar manfaat dan pahalanya dan kedudukannya namun melakukan amalan lain yang juga berpedomankan amalan sunnah itu juga baik. Kalau tidak, tidak adalah hukum-hukum dari bahasan mujtahid dan qias yang berpedomankan kaedah, prinsip dan konsep sunnah. Di mana dalam isu doa ini bukan doa itu ada nasnya tetapi sifat-sifat doa yang baik itu ada nasnya.

Tapi bagi amalan-amalan doa yang menyeru jin-jin seperti katanya khadam Malaikat dan sebagainya, saya kurang yakin jika yang datang benar-benar Malaikat kerana Iblis boleh berupa dan mengaku dirinya Malaikta itu dan ini. Kerana sifatnya Malaikat yang datang bikan kerana namanya diseru dengan bilangan tertentu tetapi kerana keimanan orang yang yang beramal dengan amalan yang baik dan memdapat redho atau 'green light' dari Allah swt. Tapi jangan lah pulak kita terus fitnah orang tu sesat sebab katanya Malaikat datang berjumpa dengannya. Kerana Allah Maha Mengetahui siapa yang layak dan siapa yang tidak. Bukannya kita.

Kenapa pula saya jawab macam ni sedangkan soalnnya hanya pendek macam tu? Sebab kalau tak cakap macam ni tak akan faham-faham sampai bila-bila. Sedangkan Ilmu dalam Islam itu luas.

Melakukan sesuatu yang baik di sisi Islam walaupun tiada nasnya tetap bermanfaat kerana anjuran ringkasnya "Amar Makruf, Nahi Mungkar"

Namun saya juga tidak tahu kenapa ada yang mendakwa doa ini adalah daripada Rasulullah saw walapun setakat ini belum ada yang oleh membuktikannya denagn jelas. Sudah tentu ada sebabnya kerana pengamal doa ini dahulunya hanyalah golongan yang dipercayakan oleh guru-guru masing sebagai orang yang boleh membawanya dengan benar. Namun saya lebih suka bersangka baik dengan guru-guru kerana setiap amalan yang disertai redho guru itu menhasilkan berkat dan akan mendapat rahmat Allah swt.

:ins: Jika benar ia adalah daripada Rasulullah saw, semoga Allah membukakan jalan agar nasnya dapat dicari. Sementara itu, amalannya tetap baik kerana ia adalah doa yang baik.
"Ilaahi Anta Maqsuudii, Wa Ridhooka Mathluubii"

Firman Allah swt. yang bermaksud kira-kira " Bermohonlah kepadaKU, nescaya AKU memperkenankanya buatmu"

Wallaahu a'lam.



Dari al-Ahkam.net pula :

Review Doa Nurun Nubuwwah

Katanya ada orang forwardkan khasiat "doa nurun nubuwwah". Katanya doa yang diamalkan oleh Nabi Muhammad Sallahualahiwasallam.

Kemudian, saya baca satu persatu. Oleh kerana tiada sebarang perisian hadith dipejabat, maka saya mula menterjemahkan doa tersebut.

Walaupun begitu, setelah diteliti terdapat beberapa kekeliruan iaitu;

Allahumma zil Saltanil Azim =
Ya Allah yang mempunyai Kerajaan yang Maha Agung..

wa zil mannil qadim=
dan yang mempunyai kurniaan Maha Qadim? (nak samakan huruf belakang kot)

wa zil wajhil karim=
yang mempunyai wajah yang mulia

wa waliyyil kalimaatit taammaat wa daawatil mustajaabah=
dan penguasa yang mempunyai kalimat yang sempurna dan mempunyai doa yang mustajab

aqil alHasan wal husin min anfusil haq ainil kudrat = mempunyai kemampuan hasan dan husin daripada diri-dirinya yanghaq dan tuan segala kemampuan..

wannazirin wa ainil insi wal jin =
dan tuan segala manusia dan segala jin..

kemudian dipecahkan doa tersebut hasil campuran ayat-ayat quran yang telah saya keluarkan ayat dan surahnya..

1- Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: "Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila. Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.".- alQalam 51 & 52

wa mustajaabu luqmanul hakim=
dan berkat mustajabnya (doa) lukman alhakim

kemudian ayat quran lagi

3-Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; .. - AnNaml 16 ditambah ALWADUD.

4- Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya, - alBuruj 15

Kemudian, saya ketemu lagi teks arab;

towwil umri, wa sohhih ajsaadi, waqdi haajati, WA AKTHIR AMWAALI wa aulaadi, wa habbib linnasi ajmain = panjangkanlah umur ku, sihatkan tubuh badanku, kabulkan hajatku, DAN BANYAKKAN HARTA dan anakku,serta campakkan kasih sayang orang kepadaku, dan jauhkan diriku dai permusuhan dikalangan bani ada,

kemudian ayat alquran lagi

Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar. - Surah Yasin 70

4-Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".- alIsra 81

5-Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. - Surah alBaqarah 82

6-Akuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan! - asSaffat 180, 181 dan 182

Kesalahan :

1- Nabi tak pernah doa memohon memperbanyakkan harta, sedangkan Nabi biasa memohon termasuk golonga-golongan miskin (zumratul masakin).

2- makna yang bercampur aduk kerana telah dimasuk-masukkan menjadikan ia doa. Ada tambahan ALWADUD dan tiada didalam ayat 16 SUrah anNaml

Kesimpulan :

Sebenarnya hadith sahih lebih banyak lagi yang belum diamalkan akan tetapi orang kita lebih suka benda pelik dan baru-baru.

Jika dia katakan nabi lakukan maka sebutkan hadithnya. Jika tidak, memperkatakan sesuatu yang bukan dasarnya dari nabi memang masuk dalam ancaman berikut;

" Sesiapa yang mengatakan apa yang tidak aku katakan, maka tempahlah tempatnya dineraka" [Sahih..]

Wallahualam..



Akhirnya inilah ulasan JAKIM

Soalan
:
saya ingin bertanya tentang doa nurun nubuwwah, adakah ia boleh diamalkan. sebab banyak sangat fadhilat yang mencurigakan saya. Adakah doa ini diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Adakah doa ini Bida'ah..
Jawapan
:
Anda dinasihatkan untuk tidak mengamalkan doa tersebut kecuali setelah mendapat ilmu tersebut dari guru yang soleh dan boleh dipercayai keilmuannya, kerana ditakuti jika anda mengamalkan untuk tujuan menghadirkan khadam, ia boleh membawa syirik kepada Allah SWT...
Status
:
Selesai - Paparan Web.
. Nombor Rujukan
:
PANEL SJAI 231008
Tarikh Selesai
:
23/10/2008 02:59 PM

Sila rujuk :http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/22dc781702484442482574a600103f22?OpenDocument

Akrine : Sekadar penyampai

Sunday, February 14, 2010

Isu Kalimah ALLAH



Hei awan, tak takut ke nanti kena saman? Kalimah ALLAH eklusif hanya untuk orang Islam SAHAJA....apa-apapun subhanALLAH

Friday, February 12, 2010

Rumusan Dari Program Berpantang

1. Benarlah seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Taimiyah melalui catatan anak muridnya bahawa jika ada 10 orang, 7 darinya diganggu oleh jin. Saya seorang perawat, mengajar dan mengamal teknik tahsin berdasarkan teknik yang dianjurkan oleh mu'allij terdahulu yang saya yakini bersandarkan kepada Al-Quran dan sunnah tetapi saya tidak terlepas dari gangguan. Secara umum ini boleh menjadi fitnah malah menjatuhkan kredibility saya. Bagi saya itu bukan isunya, sdra boleh perleceh saya... tetapi cubalah scan diri sendiri dahulu adakah benar sdra juga bebas dari faktur saka? Yang penting di sini saya kena tahu posisi saya dan mengatur langkah berdasarkan SWOT analysis yang diajar dalam kursus-kursus penilaian tahap kemampuan seseorang.

2. Program berpantang perlu dilakukan oleh semua orang termasuk mu'allij bukan bertujuan untuk puasa pemutih, nak tambah power dsb tetapi lebih kepada usaha2 mengenalpasti tahap gangguan saka, melemahkan penguasaan saka malah ia juga memang berguna jika dikaji dari sudut kesihatan. Dalam sebuah buku yang bertajuk "Berubat Cara RasuluLLAH" ada menceritakan bagaimana RasuluLLAH SAW menggalakan pesakit memakan sayur2an sebagai ikhtiar penyembuhan. Mereka yang banyak makan daging menambahkan lagi kolestrol dan ini tidak baik untuk kesihatan.

3. Jenis-jenis kegemaran jin saka tidak sama, kita tak boleh pukul rata semua jin saka suka makan daging. Saya agak terkejut ada yang suka makan sayur dan kicap. Jadi selain dari proses berpantang, bila scan pesakit atau diri sendiri tanyalah jin saka berkenaan apakah kegemaran makanannya.

4. Bahayanya jin saka adalah kerana campurtangannya dalam kehidupan manusia. Bayangkan jika dalam seseorang itu ada jin saka alim dan jahat... watak orang ini akan berubah-ubah adakalanya alim dan adakalanya mungkar. Apa ertinya kita alim kalau yang alim itu bukian kita yang sebenar dan malangnya seseorang yang jahat jika ia jahat bukan kerana dia... tetapi si saka. Begitu juga kepandaian dan kebodohan, sifat rajin dan pemalas malah apa2pun sikap yang bukan milik kita adalah suatu malapetaka. Carilah diri anda yang sebenar.

5. Teknik scanning yang terbaik dalam mengenalpasti gangguan adalah teknik membaca minda jin melalui gerakan kaki. Inilah kali pertama saya dirawat secara teknik ini dan saya tidak menggerakan kaki saya tetapi ia sendiri yang bergerak menjawab soalan-soalan yang diajukan. Syukur padaMU ya ALLAH yang mengurniakan perawat Akrine dengan teknik ini.

Wednesday, February 3, 2010

Berpantang

Salah satu usaha untuk melawan jin saka adalah dengan berpantang. Orang yang ada saka resdung, kenalah berpantang dari mengambil makanan laut terutamanya udang dan sotong. Orang yang bersaka harimau dan seangkatannya kenalah kurangkan makan daging...

Ujian ini telah saya lakukan sejak dahulu lagi dan kesannya memang positif... ada jin saka yang marah dan ada yang amat letih. Yang jelas, walaupun agak sukar untuk mengeluarkan jin saka yang ribuan atau jutaan bilangannya tetapi yang mustahak adalah kita berjaya mengalah atau setidak-tidaknya mengawalnya.

Bermula dari 1hb. Februari yang lalu saya memulakan semula untuk berpantang, saya tidak gemar menggunakan istilah puasa pemutih kerana tidak ada dalam Islam puasa jenis ini. Sesungguhnya setiap amalan dinilai dari niatnya. Saya berpantang dari menjamah setiap yang bernyawa yakni yang menyedut oksigen dan mengeluarkan karbondioksid. Saya hanya makan nasi berlauk sayur. Tujuannya adalah untuk melemahkan jin-jin saka sekiranya ada dan mengenalpasti makanan jin saka saya.

Saya pernah melakukan kajian ini sebelum ini kepada diri saya sendiri selama 30 hari pada 2 tahun yang lalu. Akibatnya badan sayakurus dan berkudis seperti kurap duit 50 sen yang merupakan jenama saka keluarga saya. Saya katakan begitu kerana dua abang saya mengalami kudis buta di bahagian kaki, abang yang sulong sudah lama berpantang dan ternyata kudis ini sudah tiada. Tetapi abang yang kedua yang agak curiga dengan hal-hal saka lantas tidak melakukan sebarang usaha berperang dengannya dan kini kesan kudis itu membesar dan amat gatal.

Saya tidak ada simptom itu sebelum saya isytiharkan perang kepada jin-jin saka... saya pernah berdialog dengan mereka, ternyata mereka sudah tua tetapi masih memegang perjanjian selama 7 keturunan dan saya adalah generasi ke enam.

InsyaALLAH catatan ini akan saya update dari semasa ke semasa untuk kajian saya:

Hari pertama :

Tidak banyak perubahan

hari kedua :

Saya ke pasar membeli ikan kembong, kerisi dan udang untuk anak-anak yang tidak berpantang. Saja saya beli makanan kegemaran saya untuk melihat reaksi sendiri.

Saya dapati kepala saya semakin ringan, mungkin kesan tidak mengambil daging. Saya lebih fokus tetapi masih ada rasa beban di bahagian kepala. Rawatan juga agak mudah walaupun berdepan dengan dua kes berat. Begitu juga kuliah maghrib, menjadi imam dan mesyuarat semuanya diberikan kemudahan oleh ALLAH. Tidur... lena

Perut masih lapar walaupun makan dalam kuantiti yang agak lebih dari biasa....

Hari ketiga:

Bayangan ikan kembong, kerisi dan udang sudah tak dapat dilupakan. Begitu juga ayam goreng makanan kegemaran saya. Saya sengaja membeli ayam goreng untuk anak-anak.... sampai sekarang imej ayam goreng masih menjadi ilham minda utama.

Hari ini tidak merawat atas urusan keluarga.

Hari ke empat

Balik solat suboh lutut agak longgar, seperti biasa melakukan zikir pagi, mengantuk adakalanya terlelap seketika dan terlupa bacaan. Kepala agak ringan tapi terbayang besi seperti rel keretapi. Picit atas kepala terasa sakit di beberapa bahagian. Hidung sumbat sebelah.

Habis zikir tertidur, mimpi jumpa ramai orang tua dari bayangan arwah emak yang marah-marah. Terjaga, mandi solat dhuha dan hidung makin selesa semula

Pernafasan lebih teratur, kepala makin ringan, hafalan makin baik, suara semakin pulih.

Hari Ke lima


Berat masih maintain 60kg.

Kelmarin seorang pesakit menghadiahkan saya "Guasa" alat urut yang diperbuat dari tanduk kerbau. Pagi ini saya gunakan sambil berzikir selepas suboh. Di akhir zikir saya tertidur sehingga 9.45pagi(hari ini Jumaat - off day. Bangun tidur saya dapati ada spot merah di tulang belikat sebelah kanan seperti kena belasah dengan kayu nona, begitu juga di bahagian muka. Nampaknya alat ini juga ada kekuatan yang dianugerahkan ALLAH.

Saya lebih fokus dan sakit2 di bhgn kepala sudah berkurangan digosok dgn Guasa.

Semenjak berpantang saya amat tenang, w'pun ada usha2 provokasi tetapi saya dapat mengawal dengan baiknya.

Saya mendapat maklumat seorang pelajar berusia 15 tahun yang saya rawat kerana kegiatan mat rempitnya telah berubah... dia juga telah saya sarankan berpantang dan dia telah mengenalpasti makanan jin sakanya... hubungan dgn ibu-bapanya telah pulih, alhamduliLLAH

Hari ke enam

Rasanya tak banyak perubahan hari ini, berat baru turun 1kg.

Ke Law Yatt menaiki KTM untuk hantar repair note book. Kesempatan perjalanan dari station Kuang hingga ke Imbi saya gunakan untuk menghabiskan buku karangan Abu Ahmadain Al-Muhajiri bertajuk "Bacalah Surah Ak-Waqi'ah - Rezki Anda Akan Menjadi Mudah". Salah satu tajuk yang menarik dalam buku ini membicarakan tentang "Memahami Gerak Hati melalui Rahsia Surah Al-Waqi'ah". Bagaimana pengamal surah ini akan mendapati ilham mahupun kasyaf jika ia telah memenuhi syarat-syarat yang digariskan. Saya menyarankan anda membacanya.

Sudah lama saya tak menjejak ke KL, sesekali saya merasakan saya bagaikan pendatang di negara sendiri... melihat watak manusia hati sentiasa mahu menilai sejauhmanakah hubungan mereka dengan ALLAH. Tentunya saya tidak ada kayu ukur yang jelas jika hanya sekadar gaya berpakaian ataupun perwatakan seseorang.

Saya benar-benar longlai di KL. Masa di Jepun saya bertekad nak berjalan sepantas orang jepun, kerana saya selalu tertinggal. Kini, saya dapati oarng KL lebih laju dari saya... ternyata program berpantang saya melemahkan pergerakan saya.

Hari ke tujuh

Tak banyak perubahan, seharian saya tenang kecuali sedikit ammarah di sebelah petang.

Hari Ke Lapan


Hari ini emosi saya benar-benar terganggu.... saya cepat marah.

Pagi - saya marah dengan JAIS yang anjurkan muzakarah ttg kalimah ALLAH, saya hadir untuk mendengar hujjah TGHD kenapa orang bukan Islam tak boleh guna kalimah ALLAH. Saya ditipu oleh JAIS kerana TGHD tidak hadir dan diganti dengan seorang perapu yang gagal menjelaskan isu ini.

Pertanyaan peserta juga tidak dijawab. Datuk Mufti mengatakan bahawa ada 25 perkataan yang diwartakan sebagai eklusif untuk orang Islam sahaja termasuklah kalimah ALLAH. Tetapi bila peserta tanya kedudukan lagu selangor yang berbunyi "ALLAH lanjutkan usia Tuanku"... bagaimana kedudukan non-muslim yang diwajibkan menyanyi di sekolah... senyap! ini menggeramkan saya!

Hari ini saya nak templeng semua orang, saya kawal... saya ada dua rawatan petang tadi. Satu yang diatur satu lagi main terjah. Rawatan pertama anak jiran... saya baru balik saja dari Shah Alam, masuk rumah... dia sudah terjah. Jam 2.30 ptg, saya belum bersedia merawat... saya suruh dia balik dulu....sedang marahlah katakan.

Satu kes lagi, sudah dirawat oleh Ust. Marzuki dan Ust. Zed tapi kaki masih bergoyang-goyang., Mengikut cerita kedua-dua mua'llij Akrine ini gagal mengeluarkan. Saya guna TKR, dia tak nampak cuma boleh scan dan tarik. Mood saya memang sedang terbakar... pendek cerita saya tidurkan, jin2 itu terlalu degil. Saya tinggalkan untuk solat asar, lepas solat sambung dengan teknik Yasin 7mubin. Saya minta dia berpantang seperti saya dan dikenalpasti jin2 itu gemar makan ikan dan seafood.

Malam ini ada rawatan lagi... saya masih geram. Oklah ke surau solat isyak dulu... mudah2an under control tak meletup.

Hari Ke sembilan


Malam tadi selepas solat isyak, bendahari memaklumkan kepada saya bahawa PASTI ada masalah. Guru-guru kurang berdisiplin dan pelajar tidak terkawal. Tahun ini pelajar bertambah sehingga 130 orang.... ia memmbuat saya sedikit GERAM!

Pagi-pagi lagi saya sudah ke PASTI... Seorang guru masih tak hadir kerana ketiadaan kenderaan. Anak murid ada 2-3 orang yang sedang menangis. Seorang guru mengajar sambil di tangannya ada pembaris 1m seolah-olah mengancam pelajar. Saya periksa buku penyediaan mengajar ke lima-lima guru....marah memang saya marah, tapi rasanya temperature tak mahu naik. Mungkin hari ini saya telah menang.

Rawatan saya berjalan lancar dan berperingkat antarabangsa juga, seorang dari Beijing, 2 dari Jordan dan beberapa kes tempatan. Bila berdepan dengan jin saka, saya akan tanya apa makanan kegemarannya. Seoarang pesaka menjawab dia gemar SAYUR! nampak gaya sesiapa yang berpantang makanan berdarah akan gagal dalam proses mencari makanan kegemaran saka.

Hari ini disahkan anak saya akan melanjutkan pengajian ke New Zealand dan akan bertolak pada 11hb. ini, sepatutnya saya gelabah... tetapi cool, alhamduliLLAH

Hari Ke sepuluh

Berat 65kg

Agak tenang dan tak banyak perubahan kecuali berat yang bertambah. Sangkaan saya bila jadi vegeterian berat akan berkurang tetapi sebaliknya.

Hari ini seorang perawat Akrine datang untuk membeli Aromatherapy, saya ambil kesempatan untuk dia merawat saya.

Bila dia melakukan scanning, alhamduliLLAH saya tidak ada jin sihir, jin saka?

Jin saka ada. Kaki saya menjawab longlai, lemah tak bermaya. Saka sebelah emak lebih dominan dari sebelah abah. Bila ditanya kenapa longlai, mereka menjawab tidak mendapat makanan. Sebelah emak suka ayam, sebelah abah pula suka sup kaki lembu dan kacang goreng.... itulah hakikat yang perlu saya terima.

Selepas scanning saya, saya pula scan perawat berkenaan. Dia juga ada jin saka. Anda nak tahu apakah kegemaran jin sakanya? KICAP..... perawat berkenaan mengakui bahawa dia akan mengamuk jika tak ada kicap. Jika dia berdehem sahaja isterinya tahu bahawa dia nak kicap. Dia boleh bergaduh jika tak ada kicap.

Saya mengakhiri tempoh berpantang saya setakad hari ini.

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin

Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)