Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Tuesday, February 22, 2011

Email Yang Belum Terjawab

Assalamu'alaikum ustaz,

Maaf mengganggu ustaz, ana nak minta bantuan ustaz dan pandangan ustaz mengenai beberapa perkara.

Ini berkaitan anak ana M (pelatih Akrine). Ana tak pasti apa kebolehannya dan sumber kebolehannya ini, ianya sebagaimana TKR. Cuma dalam konteksnya semasa merawat ana dan adiknya, kami tak terbuka hijab utk melakukan TKR (tanpa izin ALLAH).

Sebaliknya M yg melakukan TKR (dgn izin ALLAH) dan mengembara bagi merawat kami.

Untuk makluman ustaz, sepanjang 'kembaranya', ana yg pimpin dan pandunya bagi memberitahu apa nak buat.

(Panduan itu pun bnyk yg ana perolehi dpd blog ustaz)

Melalui teknik ini, dgn izin ALLAH jua, dia dpt mengatasi serangan di bhg jantung ana dan bhg otak adiknya.

KES 1.

Sebelum ini ana kena miss rhythm jantung, BP mencecah 150/100 dan pernah 170/110. Selepas rawatan, alhamdulillah kembali 130/90, dan semakin menurun.

Melalui TKR juga M mendapati ada beberapa tentera jin Islam yg berkawal. Setelah diselidiki mereka ini dari masjid Sg Buaya (ketika program Rawatan Perdana), katanya bimbang kami sekeluarga terkena serangan sihir.

Kami cuma minta mereka berkawal di luar rumah.

Baru2 ini M diserang di sekolahnya oleh sekumpulan jin Islam (dlm 100 lebih). M jd pening dan berpusing. Ana cuma mbantu M dgn TKRnya sendiri. M dpt menawan jin2 ini.

Bila ditanya kenapa kacau, rupa-rupanya saja nak test. M bawa mereka ke masjid K dan berjumpa dgn penyelia tentera Islam, namanya H (panglima mereka tiada kerana keluar bermesyuarat).

Jin2 Islam ini (yg culas dan cuai dlm ibadat) diserahkan kepada tentera Islam ini setelah mereka berminat utk jd tentera Islam. M berpesan kepada H bg dimantapkan lgi aqidah, syariat dan akhlak jin2 ini sbelum menjadi tentera ALLAH.

KES 2.

Semlm M menangkap beberapa jin kafir dr dalam tubuh adiknya.

Utk makulmat ustaz, adiknya tak mahu solat asar semlm. Mengamuk sakan. Apabila diruqyah, M kata dia nampak gambaran beruk pd wajah adiknya. Ana minta dia biarkan dahulu, tunggu sehingga ana pulang.

Bila ana pulang, ana minta dia untuk 'kembara' dan transform sebagaimana yg ustaz ajarkan ketika MIPA (kalau tak silap ana).

Awal kembara, M melihat seekor jin berupa beruk sedang menekan kepala adiknya ke lantai. Ana arahkan agar dipanah sahaja. Dgn tiga kali panah, makhluk tersebut dgn izin ALLAH musnah meletup.

Dlm kembaranya lagi M melihat 'pagar' yg dibuat untuk adiknya bocor.

M tak berjumpa dgn sebarang gangguan pd bhg hati tetapi berjumpa di bahagaian kepala. M menggunakan ruqyah jibril. Maka terbakarlah jin2 yg ada dikejar api ruqyah, dgn izin ALLAH. M menangkap jin2 tersebut.

Ditawarkan masuk Islam tetapi enggan, minta masa untuk berfikir. Ana minta M bawa mereka kepada tentera jin Islam di masjid K untuk ditarbiyah. Biarlah mereka diuruskan oleh kaum mereka sendiri.

Apa pandangan ustaz tentang perkara ini. Ana diberikan ilham untuk bertanya pd ustaz, bila M menceritakan pada ana dia mimpi dikejar dan digigit anjing. Katanya, ustaz datang membantu dgn menyapu minyak di bhg yg kena gigit yg kemudian hilang kesannya.

Ana tak pasti, mungkin ini panduan untuk ana rujuk pd yg lebih arif.

Adakah M menggunakan mata jin atau ianya satu kebolehan yg diizin ALLAH bagi membantu ana sekeluarga.

Dalam keadaan sedar pun M berupaya (diizinkan ALLAH) untuk membuka 'hijabnya' dan melihat jin2 ini berkeliaran. Ana minta tutup kembali dgn ayat 9, surah Yasin.

Pd KIRI Feb nnt, ana minta M utk mempelajari secara mendalam teknik bakar bata, kerana gangguan pd ana berulang. Pagar yg dibuat adakalanya dihentam teruk.

Mungkin suatu hari nnt ianya amat berguna.

(Utk maklumat ustaz, M pernah dirawat oleh Ustaz Faizal, Akrine Segamat, sebelum Rawatan Perdana, tiada jin saka, cuma kami sekeluarga diganggu jin sihir. Itu kali pertama M dipandu dlm TKR)

Yg ana faham dlm blog ustaz, kembara hanya dilakukan oleh pesakit bukan perawat.

Mohon pandangan ustaz sebagai gurunya berkaitan hal TKR yg M buat.

Wassalam.

Jawaban:

1. Saya mohon maaf kerana tak membalas email ini kerana kesuntukan masa. Agaknya inilah yang berlaku kepada guru ana apabila ana menghantar emnail kepadanya. Bayangkan ratusan email yang tidak dijawab dalam yahoo mahupun facebook. Harap maaf.

2. Walaupun ana (agaknya) yang menemui teknik TKR ini (atleast namanya) tetapi harus semua maklum bahawa berdepan dengan perkara yang ghaib tidak mungkin seseorang itu mengetahui secara tepat mahupun hakikat. Tugasan kita lebih kepada berikhtiar dibawah batasan syariat.

3. M boleh TKR, dia seorang pelatih ie perawat Akrine dan biasanya pesakit yang kita TKRkan. Penghantar email pula bertindak sebagai guider ie semacam perawat.... apakah benar M tidak ada gangguan dan dia melihat secara kasyaf? Isu ini sukar dibahas dan mungkin tiada jawapan.

4. Saya berpendapat M ada jin ditubuhnya mengambilkira beberapa insiden M diserang disekolah. Walaupun ust Faizal telah scan adakalanya mereka keluar sebelum scanning dijalankan.

4. Isu M mimpi saya merawat M.... anggaplah ia mimpi biasa, kerana saya juga pernah bermimpi guru saya menegur dan memberi perangsang kepada saya ketika saya sedang "down".

Sekian.

Tuesday, February 15, 2011

Dialog TCM Dengan Pengamal Pengubatan Islam


Pada 14hb. Februari yang lalu Bahagian TCM KKM telah mengadakan dialog dengan pengamal perubatan melayu dan pengubatan Islam.


Tujuan dialog adalah untuk memaklomkan usaha-usaha TCM untuk memertabatkankan lagi rawatan-rawatan alternatif mahupun complementary. 8 buah hospital telah mengambil khidmat perawat complementary sebagai penegnalan kepada usaha menjadikan rawatan ini diintegrasikan dengan perubatan allopathy.


TCM juga dalam rangka membentang rang undang-undang bagi mengawal pengamal-pengamal rawatan alternatif dimana hanya pengamal yang berdaftar dengan TCM sahaja yang dibenarkan melakukan rawatan. Undang-undang ini akan dikuatkuasakan dalam bulan Jun ini.

Dr. Ramli selaku pengarah Bah. TCM menyeru semua perawat Islam agar bersatu dan berdaftar dengan e-pengamal sebelum akta ini diluluskan.

Dialog juga banyak membincangkan tentang pengharaman kaedah bedah batin.

Akrine diwakili oleh saya, Shahid dan En. Tooha.

Friday, February 11, 2011

Muntah Darah

Malam itu kami sedang mengadakan usrah gabungan Dun Kuang. Saya diminta menggantikan Ust. Haryanto sebagai naqib usrah. Saya memilih tajuk "Akhlak Berjemaah" berdasarkan tulisan TG AlFadhil Ust Hj. Hadi Awang.

Lewat jam 11.00 malam sms diterima, "tolong datang ke rumah imam D, anaknya muntah darah!"

Saya meringkaskan usrah, menjamu sedikit juadah dan terus bergegas ke rumah sahabat imam Hj. D. Jam 12.00mlm saya tiba di rumahnya. Saya dapati semua anak-anknya yang terdekat telah dipanggil, ini kes berat!

Saya terus dibawa ke bahagian dapur dan ke bilik air di mana F sedang muntah bertemankan ibunya. Suasana agak cemas. Saya bantu seadanya dan alhamduliLLAH F berhenti muntah. Saya tinggalkan F bersama ibunya untuk seketika dan berbual dengan Hj. D untuk siasatan lanjut.

F pernah dibawa ke Akrine oleh Hj. D untuk rawatan 2 tahun yang lalu. Sejak itu dia tidak ada gangguan lagi. Gangguan hari ini selepas solat isyak F mengadu sakit perut melampau. Apabila dia makan perutnya makin memulas dan akhirnya muntah. Muntahnya bertali-arus dan akhirnya muntah darah. Panik dengan keadaan Hj. D memanggil anaknya cikgu R seorang perawat DS untuk merawatnya. Hj. D juga sms ke isteri saya untuk tujuan yang sama.

Apabila F agak tenang saya minta dia baring dengan meletakan tangannya di bahagian perut. Saya scan dengan menggerakan tapak tangan seluruh badannya. Terasa di bahagian perut respons current agak kuat. Saya gunakan kaedah dialog dengan jari. Jarinya terangkat tinggi.

Saya tanya kenapa ganggu dan lain-lain. Kesimpulannya jin-jin ini membalas dendam atas kematian keluarga mereka yang kena tebas oleh F dikebunnya. Saya minta F minta maaf dan mengajar F apa yang sepatutnya dilakukan. Akhirnya saya suruh jin-jin ini keluar.

Selesai rawatan F dapat merasakan perutynya lapang dan dia lapar semula. Ibunya menghidangkan makanan. Besoknya dia ke airport bersama keluarga menyambut kepulangan abangya yang balik dari Mesir kerana demontrasi menjatuhkan Hosni Mubarak.

Tuesday, February 1, 2011

Tahniah Akrine Segamat

Saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada Akrine Segamat atas dua perkara;

Pertama, kerana memperkenalkan teknik scanning yang membantu dalam kerja-kerja rawatan. Teknik ini dikenali BismiLLAH 21. Pesakit dikehendaki membaca BismiLLAH sebanyak 21kali dengan setiap kali membacanya diikuti dengan menarik dan melepaskan nafas yang panjang.

Saya telah menguji-kaji teknik ini dan ternyata ia membantu. Saya cuma tambah sedikit lagi iaitu dengan menggambungkan ta'awuz, bismiLLAH dan ALLAHuAkbar. Apabila pesakit membacanya di awal rawatan, bagi yang tahap tinggi ia akan terus kerasukan. Saya gunakannya kaedah sebagai teknik belasah sebelum menarik jin-jin ini keluar.

AlhamduliLLAH penemuan kaedah ini membantu biizniLLAH.

Kedua, kerana sumbangan sdra Faizal dan Ust Amni sepanjang PRK Dun Tenang. Saya difahamkan mereka telah bertugas sebagai perawat yang membantu para petugas muslimat PAS yang diserang oleh jin-jin orang asli.

Walaupun pada satu tahap telah cuba dihalang oleh mereka-mereka yang cemas dengan Akrine tetapi akhirnya terpaksa akur dengan kehadiran perawat2 Akrine setelahmana semua ikhtiar menemui jalan buntu.

Tahniah Akrine Segamat, jazakumuLLAHu khairan jazak.

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin

Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)