Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Monday, September 22, 2008

Video Ceramah di UTHM

layari http://ucitv2.uthm.edu.my/streaming.php?media=ondemand&id=c236621f28890efe73d6a5d7d028cb2c

JazakALLAHu khairan katsira kepada pengirim video ini.

Wednesday, September 17, 2008

Catatan Rawatan Di Bulan Puasa AlKareem

Saya cuma tinggal 3 hari lagi rawatan dalam bulan yang mulia ini, saya ingin mencatat beberapa cerapan sebagai ingatan dan iktibar pada diri sendiri dan pengunjung blog sekalian:

1. Pengsan kerana kerasukan membatalkan puasa

Saya terima sms dari rakan perawat meminta pendapat saya tentang bagaimana jika pesakit pengsan apabila diruqyah, apakah batal puasanya?

Bab hukum bukan pendapat, lantas saya rujuk beberapa ustaz kenalan rapat mengenai perkara ini. Rata-rata mengatakan batal dengan syarat pesakit memang tak sedar diri, tetapi jika dia kerasukan dalam keadaan sedar cuma tak boleh control diri maka tidak batal puasanya.

Menyedari hakikat ini saya tanya pesakit sama ada dia puasa atau tidak dan peringatkan dia jika kerasukan mestilah dicerap elok-elok sama ada dia sedar akan apa yang terjadi.

Saya berusaha sebaik mungkin agar pesakit tidak kerasukan dan berkomunikasi dengan jin berkenaan secara bahasa isyarat pergerakan jari sahaja. seronok juga melihat jari2 terangguk-angguk atau tergeleng mengiya dan menidakan soalan-soalan yang diberi.

Ramai yang email saya bertanya bagaimana nak uji jin bercakap benar atau tidak, saya akan terangkan dalam kursus peningkatan yang insyaALLAH akan diadakan pada pertengahan bulan Disember nanti.

2. Jin dan syaitan diikat di bulan puasa

Isu ini selalu ditanya oleh pesakit, kenapa saya masih sakit/diganggu oleh jin sedangkan hadis Nabi SAW mengatakan jin dan syaitan diikat/dirantai sepanjang bulan puasa?

Hal ini menyentuh keimanan, bukan isu mudah.

Hanya dihari pertama sahaja saya berdepan dengan kumpulan jin Islam sedangkan hari mendatang selepas itu adalah jin2 kafir belaka.

Sodhaka ya RasuluLLAH, maha benar engkau Ya RasuluLLAH. Saya simpulkan bahawa jin khususnya tidak terikat dalam bulan puasa ini sepertimana yang difahami oleh orang awam seperti saya. tetapi benar jin "terikat" secara tersirat bukan tersurat.

Ini samalah seperti anda ada ikatan kekeluargaan, ikatan perkahwinan, ikatan kontrek dan sebagainya. Adakah anda terikat secara zahir?

Begitulah jin di bulan puasa ini, mereka bergerak dalam keadaan yang memang sukar seolah-olah kena ikat... ini kerana orang yang berpuasa pembuluh darahnya adalah sempit bagi jin.

Jika ada para ulamak yang ingin menjelaskan isu ini anda dipersilakan.

3. Tetamu dari seluruh negara

Bulan ini juga saya menerima pesaki-pesakitt dari jauh dan dekat, Kedah, Perak, Pahang,
Melaka, N. sembilan, Johor dan Singapura.

Adakalanya saya sayu menerima tetamu dari jauh mengharapkan kesembuhan. Saya pertegaskan semasa rawatan bahawa kesembuhan itu milik ALLAH semata. AlhamduliLLAH banyak masalah yang saya hadapi dapat dirungkai dengan jayanya.

Blog saya juga diikuti di seluruh dunia, selain Malaysia saya dapati ada pengunjung dari Oslo Amerika, Asia Pacific, Belanda, Brunei DarusSalam, Singapura, Indonesia, Thailand dsb. Mudah2an blog ini memberi manafaat kepada semua.

Saya memohon maaf kepada tidak kurang dari 10 orang pesakit yang datang tanpa membuat temu-janji. Saya tidak merawat mereka kerana jadual rawatan saya telah disusun sedemikian rupa bagi kemudahan saya dan pesakit... tentulah saya kurang ikhlas jika ada yang datang mengetuk pintu minta dirawat jam 10 malam sedang masa sebegini saya sedang tekun merenung ayat2 suci al-Quran, ataupun waktu sudah hampir zohor ketika saya menamatkan pesakit terakhir untuk hari berkenaan.

4. Mehnah yang tidak diduga

Bulan ini saya diduga dengan pelbagai ujian. Dua kereta saya (itupun yang ada) terlibat dalam kecelakaan jalan raya dipandu oleh anak saya. Saya hanya ada motor sahaja sekarang. sebuah rosak teruk dan saya jual secara kilo sahaja, sebuah lagi masih di bengkel untuk tuntutan insuran. Mungkin tahun ini saya sekeluarga tidak pulang beraya.... sedang kumpul duit nak cari kereta terpakai.... alhamduliLLAH anak saya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Anak saya ni bermimpi 2 perkara, pertama dia didatangi seseorang memberitahu supaya saya dan isteri berhati-hati kerana ada orang yang berusaha menyihir saya secara teknik telur. Kedua kereta yang dipandunya pancit dalam perjalanan. Mimpi ini berturut-turut sebelum kejadian... siapakah sipemberi maklumat ini?

Jiran rapat saya yang bekerja di PAS Pusat pula kehilangan kereta yang diletak di kawasan parking KTM Kuang. Saya sudah bacakan Yasin 7 mubin dan dengar cerita ada sahabat dari Kelantan nak beri dia kereta.

Jiran Belakang rumah saya mengalami musibah yang lebih dahsyat, rumahnya ditimbus tanah sehari sebelum puasa. AlhamduliLLAH mereka tiada dirumah semasa kejadian.

Tulisan saya mengenai Memurnikan Teknik Rawatan tidak disenangi sekumpulan perawat. Begitu juga saya difitnah mengajar/melakukan scanning secara jarak jarak jauh. Bagi saya ini sebahagian dari tribulasi kehidupan seorang muallij. Saya baru diuji sedangkan guru saya TG Ust haron Din telah lama dan masih diuji. Doa saya kepada guru saya yang saya kasihi, mudah2an ALLAH membalas segala usaha baik TG dan saya memohon jutaan maaf jika anak muridmu ini yang terlalu kerdil adakalanya menyinggung perasaan guru... saya masih ingat perkataan guru semasa mengijazahkan saya "enta boleh!".


Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat memperingati Badr Al-Qubra, selamat menghayati ibadah puasa, selamat menyambut E'idul Mubarak. Maaf segala keterlanjuran dan kesilapan. jumpa lagi lepas Raya insyaALLAH

Iklan



Rumah saya di Taman Desa Ixora Senawang. Saya beli setahun sebelum pilihanraya "reformasi" 1998. Ketika itu saya membuka syarikat di Senawang Industrial Park. setahun kemudian saya diminta menjadi calon PAS di DUN Paya Jaras (Kuang) lalu saya balik berkhidmat walaupun belum menang. Kini, setelah 10 tahun rumah ini nak saya jual. jika ada yang berminat lihatlah sendiri di No. 331, Jalan Ixora 2/2, Taman Desa Ixora. harga boleh runding

Thursday, September 11, 2008

Hablum minannas

Salam,

Pengunjung blog yang saya hormati sekelian. Email di bawah ini (dengan izin) telah dihantar oleh seorang pelatih Akrine yang juga seorang pesakit.

Ringkas cerita, beliau telah didera oleh ibu tirinya semenjak kecil lagi dengan pelbagai musibah termasuklah menggunakan sihir dsb.

Apabila saya rawat, di tubuhnya dihuni terlalu banyak jin harimau, semasa kursus para peserta telah sama-sama menarik sebagai latihan dan ternyata dia lega seketika.

Ganasnya gangguan yang dihadapi ialah perubahan watak beliau yang tidak menentu, beliau mengawalnya dengan sentiasa zikruLLAH terutamnya ayatul kursi... alhamdulILLAH dia banyak berubah.

Masalah seterusnya ialah usaha-usaha menyempitkan kehidupannya... segala yang dilakukan ada sahaja halangan yang dikenakan.

Sempena bulan Ramadhan Al-Kareem ini marilah kita hulurkan bantuan bagi meringankan musibahnya. Beliau juga memohon didoakan agar beliau musibah-musibah ini berakhir.

Email 1:

Akm,

Saya dah buat kaedah batu bata yang ustaz ajar hari tu. Dua kali minta tolong org buat. dah beratus-ratus ekor disembelih. tapi masih banyak lagi. diaorang pun dah tak terdaya. saya pun tak terdaya jugak. bahagian sakit saya berubah2. proses tu lama jugak hampir 3 jam.

Ustaz, kalau boleh saya nak tahu cara lain merawat tanpa menyusahkan orang lain. sebab kalau banyak sangat jin ni, tak ramai yang sanggup. malah memerlukan tenaga, masa, pengorbanan, tekanan, keihklasan yang sangat tinggi.

Ustaz, Setiap detik saya bermohon dan merayu dengan Allah s.w.t.agar disembuhkan serta dipermudahkan segala permasalahan atau dikurangkan permasalahan yang saya sedang hadapi ini.

Disini saya mintak sedikit nasihat dengan izin Allah berkenaan situasi saya:

1. Sekarang ini, rumah saya dah bergelap dua hari, tak mampu nak bayar elektrik, rumah sewa pun saya tak mampu nak bayar, rumah saya bocor di sana sini. 2-3 hari selepas raya ni rumah saya akan diroboh oleh empunya tanah.

2. Saya terpinggir drp keluarga sekian lama. saya sangat sunyi. saya dah tak da kawan, henset murah pun tak mampu nak beli. ada hal pinjam org punya. makan hanya belanja 4 -5 ringgit shj sehari. makanan mahal sekarang ni. bulan puasa ni boleh lah berbuka kat masjid. badan saya sentiasa sakit serta berubah2 keadaannya. kepala sentiasa pening2. fikiran sentiasa terganggu dengan bisikan2 yg boleh menyebabkan rosak aqidah, putus asa daripada rahmatNya.

3. Sakit tetapi ada keluarga dengan sakit tak de keluarga sangat jauh bezanya ustaz. Saya lihat memang ramai lagi yg sakit, samada macam saya atau lebih drp teruk saya tetapi setidak2nya ada yg meneman. samada pasangan atau ahli keluarga.

2. Hutang saya begitu banyak. saya dah bekerja siang jaga kedai. malam saya mengajar budak2.
byk punya saya jadi begini, ketika saya ada duit sekejab dulu saya :-

1. Saya suka memberi makanan atau belanja makanan kepada pelajar2 yg susah ( niat sedekah/zakat atau apa yg layak akan baginya) hampir setiap hari. ( sebab nak cari rezeki yg berkat )

2. Saya banyak membeli ubat2 yg mahal utk menolong org2 susah yang sakit.samada lumpuh, kemalangan atau sebagainya. Alhamdulillah ramai yg sembuh.( dgn mudah2an ada hamba Allah yg soleh lg tulus akan menolong saya disaat yg tak dijangka dimasa mendatang)

3. Membantu pesakit jantung yg menanggung anak yg belajar dimesir.( kerna saya ingin sambung belajar tp ingatan dah tak bagus)

4. Menolong janda susah yg mempunyai anak yang kematian suaminya. ( kerna saya tidak mahu anak2 tersebut berlaku sebagaimana saya ketika kecil dijaga oleh org yg suka mendera dan menyeksa)

5. Memberi bantuan kewangan kpd banyak pihak yg sangat memerlukan( kerna saya yakin Allah akan membantu saya di saat terdesak)

6. dan byk lagi. ( semua ini dengan harapan apa yg dimiliki hanyalah pinjaman sementera, yg mana harus dikongsi sesama hambaNYa yg lebih memerlukan. )

3. Ustaz!! saya bukannya kecewa atau menyesal dengan apa yg tlh saya lakukan sehingga duit saya habis tanpa saya sedari, saya masih yakin apa yg tlh saya usahakan sebelum ini tlh saya serahkan kepadaNya. tetapi adakah salah untuk saya merasa sedih yg amat sangat ini dengan apa yang terjadi. bukankan begitu fungsi hati manusia yg tlh diciptakan yg begitu sensitif. mudah untuk dilukai. ( sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri juga pernah menangis mengalir air mata disaat kemangkatan cucundaNya.apa yg saya tahu yg dilarang adalah meraung2, meronta2, mengoyak baju sprt org arab ketika itu). Apatah diri saya ini kerdil lagi dhaif.

4. Saya Bermohon dgn Allah sbg seorang HambaNya atas "hablum minallah". Dan saya meminta tolong drp Ustaz atas "hablum minnas" agar Ustaz mendoakan kehadrat ilahi spy disembuhkan dgn Izin Allah, di bukakan serta diperluaskan rezeki..kerna saya takut mati dlm keadan berhutang.serta diberikan jodoh yg solehah yg sejuk mata memandang yg boleh membawa kebaikan kepada kami di dunia dan diakhirat serta hubungan ini akan menjadi medium dakwah yg sgt berkesan yg bahagia lagi membahagiakan. serta sentiasa berada didalam rahmat keberkatanNya.

Semuga Allah sahajalah yang dapat menolong serta memelihara Ustaz serta sekeluarga didalam apa jua situasi dan keadaan. Amin....

{saya minta dia bersabar nak minta no. akaun untuk dihebahkan dalam blog ini}

Ini jawapan beliau:

Email 2

Akm,

Smg Allah membalas atas sgl niat baik ustaz. saya sgt hargai. Memang saya ingin duit. tetapi saya tidak boleh menerima duit daripada sesiapa pun. Berkenaan dgn duit, saya hanya blh memberi tp tak blh menerima. saya sangat takut. saya banyak pengalaman berkenaan menerima duit.

Berkenaan dgn yg nak dipaparkan. saya tak de masalah. cuma nama saya shj minta dirahsiakan.

Apa yg lebih saya harapkan adalah Doa - doa yang penuh harapan lagi tulus dari sudut hati yang dalam agar hambaNya ini menjadi seseorang yg benar2 diampuniNya, dirahmatiNya, dipercukupkan serta merasai cukup seadanya, diangkatkan darjat disisiNya, dimurahkan rezeki daripadaNya, dipeliharakan drp be belenggu hutang dunia dan akhirat, dianugerahkan cahaya petunjuk jalan kebenaran, di'afiatkan jasmani dan rohani serta merasai redha lagi mendapat keredhaanNya dan mendapat belas kasihan daripada tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Selebihnya saya pasrah dengan yang telah ditakdirkan semuga diri ini menjadi lebih kuat serta lebih tabah.

Ya Allah..andainya puncanya adalah kerna dosa2ku Engkau maafkan daku. sesungguhnya engkau maha Pengampun.

Ya Allah.. andainya puncanya adalah daripada ketidakkecerdikan diri ini, Engkau bantulah. sesungguhnya engkau maha Bijaksana.

Ya Allah... andainya puncanya adalah ketidakkefahamanku berkenaan agama. Engkau berilah kefahaman kepadaku . sesungguh barang siapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan, maka akan diberikan kepada ianya akan kefahaman ilmu agama.

Ya Allah........

{saya terangkan bahawa sikap beliau mulia tetapi jangan halang orang lain nak buat baik, setelah itu beliau bersetuju dan mahu sebarang pemberian dikira hutang. Saya kira kita ikhlas mahu membantu, hulurkan rezki yang kita terima bagi membantu sahabat ini.... saya dahului dengan ucapan jazakALLAHu khairan kathiran jazak}



Akaun beliau adalah Maybank 156093975279

Wednesday, September 10, 2008

Berwuduk sebelum tidur elak gangguan syaitan

Berwuduk sebelum tidur elak gangguan syaitan

Posted by: ahmadzaki on: 06 Sep, 2008

Berdasarkan hadis; dari Barra’ Bin ‘Azib bahawasanya Rasulullah bersabda: “Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwuduklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat…” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ia adalah saranan berwuduk ketika hendak tidur. Jika seseorang sudah mempunyai wuduk, maka tidak perlulah mengangkat wuduk lain, kerana maksud saranan itu sudah tercapai iaitu orang Islam perlu tidur dalam keadaan suci dikhuatiri maut menjemput pada ketika itu. Bersuci juga dapat menjauhkan diri daripada gangguan syaitan dan mententeramkan diri daripada perasaan takut ketika tidur.

Oleh itu, antara perkara diajar Islam sebelum tidur ialah:

  1. Mengambil wuduk
  2. Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saiditina Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur hendaklah bertasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) 34 kali..
  3. Membaca ayat Qursi kemudian menyapu muka serta melurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan dan diulang tiga kali.

  4. Membaca Surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas
  5. Bermuhasabah di atas dosa-dosa harian yang dilakukan sepanjang hari lalu memohon ampun kepada Allah dan berazam melakukan perkara lebih baik pada keesokan harinya.
  6. Berdoa kepada Allah dengan berserah diri kepada-Nya antaranya doa yang bermaksud: “Ya Allah dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup”.
  7. Mengucap dua Kalimah Syahadah kerana dikhuatiri malam itu adalah tidur terakhir bagi kita. Moga-moga kalimah toyyibah itu menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui Allah SWT.
  • Umat Islam juga diajar bagaimana menangani persoalan mimpi seperti diriwayatkan Abdullah bin Abu Qotadah bahawasanya Rasulullah bersabda: “Mimpi yang baik daripada Allah, sedangkan mimpi yang buruk daripada syaitan, maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke arah kiri dan mohonlah perlindungan kepada Allah dari keburukannya, sesungguhnya hal itu tidak akan memudaratkannya”. (Riwayat Bukhari Muslim) Apabila bermimpi sesuatu perkara yang baik hendaklah memuji Allah dan menceritakannya kepada orang yang menyukai, tetapi jika sebaliknya hendaklah memohon perlindungan kepada Allah, kemudian meludah ke arah kiri tiga kali, berpindah tempat, solat dua rakaat dan jangan menceritakan kepada seorang pun supaya tidak timbul andaian dan pandangan yang bukan-bukan yang boleh menimbulkan ketakutan atau keluh kesah.Sumber : http://www.bharian.com.my
  • Pengalaman Merawat 2 - Pelatih Akrine (sambungan)

    Assalamualaikum,

    HARI KE-2
    Rawatan kepada isteri saya diteruskan dan perkara yang sama berlaku.

    HARI KE-3
    Hari ke-3 saya lakukan selepas subuh tetapi kali ni saya mengAJAKnya berdialog. Muncul Jin kanak2 yang tidak tahu apa namanya, berapa usianya, apa agamanya dan siapa ibubapanya. Saya tanya dia adakah yang lain bersama2 beliau tetapi katanya dia berseorangan. Bila ditanya siapakah jin2 yang ramai2 keluar pada hari pertama & kedua, katanya mereka adalah adik beradiknya.

    Almaklum berdialog dengan kanak2, terpaksa lemah lembut, kalau dikeraskan suara dia akan mencebik bibirnya, menangis sambil menendang-nendang kakinya. Saya mengambil masa yang lama kerana dia tak ingat banyak perkara. Lama kelamaan dapatlah jawapannya bahawa beliau adalah jin Saka yang dihantar oleh saudara terdekat.

    Saya dakwahkan dia tentang Islam. Dia seronok, terima Islam dan mengucap dua kalimah syahadah. Saya menamakan dia Siti Fatimah. Bila diceritakan tentang Serambi Madinah, dan ditunjukkan tempatnya beliau dapat melihatnya dan mohon segera dihantar ke sana. Disebabkan beliau masih kanak2, saya mohon kepada Allah supaya menghantar tentera Islam. Dia kata nampak tentera Islam berjumlah 20 orang(InsyaAllah kiraannya betul) bersedia mengiringi beliau ke Serambi Madinah. Alhamdulillah, dengan izin Allah dia dihantar ke sana.

    HARI KE-4
    Rawatan juga dilakukan selepas subuh. Dengan izin Allah apabila diajak berdialog muncul Jin Asyik beragama Islam yang bersembunyi di tulang rusuk sebelah belakang tubuh isteri saya.

    Namanya Siti Aminah. Katanya beliau sangat suka solat bersama2 isteri saya. Dia sangat sayangkan isteri saya, menangis bila diminta keluar. Katanya kalau keluar nanti macamana dia nak solat. Saya dakwahkan dia tentang kehidupan & tanggungjwb sebenar manusia dan jin yang beragama Islam. Lebih mendukacitakan dia tak tahu pun perbuatannya itu telah menyakiti isteri saya dan salah disisi agama.

    Dengan izin Allah dia diperlihatkan Serambi Madinah dan Alhamdulillah dia setuju ke sana setelah puas dipujuk.
    Bila ditanya ada tak kawan2 yang lain bersama2 beliau, dia tunjuk dekat tulang belikat. Saya minta laksanakan tanggungjwb sebagai Jin Islam utk ambil tugas memujuk kedua2 rakannya(juga Jin Asyik) untuk ke Serambi Madinah. Dia setuju setelah saya terangkan padanya tentang fadilat2. Proses pujuk memujuk antara mereka dan yang dapat disaksikan oleh saya hanyalah 'sign language', kepala mengangguk/menggeleng serta tangan menunjuk ke arah Serambi Madinah. Siti Aminah akhirnya menyatakan persetujuan dia dan kedua rakan2nya untuk ke Serambi Madinah.

    Saya kemudiannya minta Siti Aminah memegang tangan rakan2nya(dia meletakkan tangannya di belikat) dan bersiap sedia untuk dihantar ke Serambi Madinah. Tiba2 dia tunjukkan kembali reaksi sedihnya. Saya dengan lemah lembut pujuk dan akhirnya dia kuat semangat. Alhamdulillah, dengan izin Allah mereka dihantar ke sana.

    Kesan fizikalnya, terdapat kesan merah hanya pada bahagian yang dimaksudkan tadi. Saya sembur E'leta dan baca ayat tutup luka.

    Saya imbas kembali(flash back) apa yang berlaku malam tadi merupakan satu 'hint' yang saya tak akan pernah lupa. Malam tadi lebih kurang jam 2-3 pagi, isteri yang tidur bersebelahan saya tiba2 mengejutkan saya sambil menghulurkan tangannya untuk digenggam. Matanya pejam dan tidak sedar. Bila saya genggam tangannya dengan jelas & nyata ada 3 object bergerak pada tangannya. Masa itu telahan saya...mungkin ada 3 lagi jin dalam badan yang minta keluar atau entahlah...sambil saya meneruskan tidur dengan tersenyum.

    BEBERAPA PERSOALAN DI BENAK FIKIRAN
    1)Saya berkeyakinan mereka tinggal berlapis-lapis(layer by layer) dan setiap layer tidak dapat lihat layer yang lain.
    2)Isteri saya dapat mendengar keseluruhan dialog, maknanya dia tidak dirasuk sepenuhnya. Cuma dia tidak dapat mengawal perbuatannya. Mungkin ramai dikalangan pesakit yang mengalami perkara ini. Cuma jika separa sedar seperti ini akan juga menimbulkan masalah emosi kepada pesakit. Maknanya lebih baik jika dirasuk sepenuhnya.
    3)Betul kata Guru saya, Ustaz Abdul Majid, tentera Islam hanya akan hadir untuk kes-kes tertentu sahaja.

    InsyaAllah rawatan akan diteruskan lagi.

    Mohon guru dan isteri serta rakan2 perawat lain atau sesiapa sahaja yang membaca artikel ini mendoakan saya sekeluarga.

    **Ust Majid, semalam saya ke sebuah pasaraya membeli besi rawatan. Isteri saya tanya kenapa beli, kan dah ada(yang Ust Majid ijazahkan). Saya kata penijazahan tu simbolik sahaja. Saya cuma takut saya terlalu taksub pada satu besi rawatan sahaja(iaitu yang diijazahkan). Takut nanti orang lemah iman macam saya ni terselit 'syirik yang tak nampak'. Jadi dengan ada banyak besi rawatan ni, insyaAllah tawajuh saya akan lebih tertumpu pada Allah swt. Guru, maafkan saya jika saya silap.**

    Sunday, September 7, 2008

    Akrine scanning jarak jauh?

    Saya diberitahu ada bekas pelatih/perawat Akrine yang kononnya meminta nama dan alamat seseorang bagi tujuan scanning gangguan seseorang. Perawat/pelatih Akrine ini dikhabarkan dapat mengetahui tempat-tempat gangguan orang berkenaan.

    Saya ingin pertegaskan saya tidak pernah minta nama dan alamat seseorang bagi tujuan di atas. Saya juga tidak pernah mengajar teknik scan jarak jauh dan memang tak tahupun teknik itu.

    Kalau sesiapa yang mengetahui teknik berkenaan tolong beritahu saya untuk saya kaji sejauhmana keberkesanan, kedudukan dan sebagainya. Saya tidak mengatakan teknik ini tak boleh, kerana saya pernah dimaklomkan seorang pengamal yang mendapat ilham dengan solat hajat diwaktu malam lalu memberitahu keputusannya. Ini kelebihan milik seseorang, selagimana teknik dan pergantungannya bulat kepada ALLAH jangan mudah mengatakan perawat ini menelek dan melakukan kesesatan.

    Buat masa ini Akrine hanya melakukan rawatan jarak jauh dan pagar jarak jauh. Rawatan jarak jauh dilakukan secara sedut/tarik gambar pesakit dan bacaan ruqyah jarak jauh disamping solat hajat dan doa.

    Sedut/tarik gambar telah saya ujikaji berkali-kali dan setakad ini tiada kesangsian dengan keizinan ALLAH menggunakannya. Cuma kes-kes tertentu sahaja kerana teknik ini hanyalah sebagai bantuan asas sahaja seperti pesakit yang tak balik ke rumah, pesakit yang tak mahu dirawat sedangkan pasangannya mengesyakki dia ada gangguan dan kes-kes kecemasan.

    Bacaan ruqyah jarak jauh adalah bagi kes kecemasan dan jarak pesakit dan perawat yang tidak memungkinkan kehadiran perawat/pesakit. Ini dilakukan dengan meminta pembantu pesakit meletakan handphone pesakit berdekatan air dan telinga pesakit. Perawat akan meruqyah melalui speaker handphone berkenaan. Seorang pesakit di hospital Johor, di Melaka dan Selangor telah saya rawat secara kaedah ini dan alhamduliLLAH membantu pesakit berkenaaan.

    Bagi kaedah pagar jarak jauh saya memerlukan lay-out plan rumah dan alamatnya. Hanya kaedah ini sahaja yang saya minta alamat pesakit. Saya akan pagar dengan cara mengejutkan (wake-up) jin-jin di rumah berkenaan, memindahkan dan memagar dengan keizinan ALLAH. Setakad ini alhamduliLLAH teknik ini membantu (saya sudah ada banyak testimoni2) cuma saya (tanpa keizinan ALLAH) masih gagal memagar sebuah sekolah yang ada ciri2 hesteria.

    Saya harap penjelasan di atas membantu semua kerana fitnah/tohmahan ini jika tidak dijelaskan boleh menghilangkan keyakinan masyarakat kepada Akrine.

    Mencari 10 Perawat Tetap

    Saya berhasrat untuk melatih dan melahirkankan 10 orang perawat yang boleh berkhidmat di Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE PUSAT _ AP) secara sukarela pada setiap hujung minggu.

    Syarat-syarat pengambilan adalah seperti berikut:

    1. Sanggup berkhidmat secara ikhlas dan sukarela di AP pada hujung minggu(Ahad) selama setahun
    2. Bersedia untuk menjalani latihan intensif selama 2 bulan ( Nov - Dis 2008) setiap hari Ahad
    3. Telah mengikuti kursus anjuran AKRINE
    4. Tidak berkhidmat di pusat rawatan Islam yang lain
    5. Memenuhi syarat-syarat muallij sepertimana yang dinyatakan dalam kursus Akrine termasuk tidak merokok
    6. Lulus ujian-ujian kelayakan (tasme' dan teknik) yang dilakukan dari semasa ke semasa dalam tempoh kursus intensif dijalankan
    7. Tinggal di Lembah Kelang sahaja
    8. Bersedia menyertai usrah, halakah, rehlah dll aktiviti bertujuan mentarbiah diri, merapatkan ukhuwah dan penyatuan fikrah perawat Akrine
    9. Lain-lain syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa

    Saya berharap cawangan AKRINE di Melaka dan P.Pinang dapat mencari tidak kurang dari 5 orang perawat yang akan dilatih secara intensif dipusat masing-masing. Manakala ketua pusat mestilah mengikuti kursus intensif di AP

    Apakah kelebihan menjadi 10 perawat tetap AKRINE:

    1. Anda akan dilatih sehingga menjadi seorang perawat bertaraf muallij yang berketrampilan
    2. Akan dibenarkan membuka pusat rawatan Akrine anda setelah tamat tempoh berkhidmat di AP
    3. Dipilih sebagai AJK kepada Persatuan Pengamal Rawatan Rabbani Malaysia (Muallij Malaysia)
    4. Saling bantu-membantu dalam semua kerja-kerja rawatan dan seumpamanya.

    Bagi sesiapa yang berminat sila hantar resume anda ke akrine@yahoo.com tidak lewat dari 15 Oktober 2008.

    Sebarang keputusan adalah muktamat.

    Thursday, September 4, 2008

    Memurnikan teknik rawatan

    Tulisan ini tidak berhasrat memperlekeh mana2 perawat jauh sekali mahu menonjolkan bahawa teknik rawatan Akrinelah yang terbaik. Marilah berlapang dada dan mencari kejernihan dalam usaha2 mencapai keredhaan ALLAH lebih2 lagi di bulan alKareem ini,

    Peristiwa 1.

    Saya dimaklomkan oleh seorang wanita yang berjiran dengan seorang pengerusi persatuan rawatan Islam bahawa perawat berkenaan selalu memukul isterinya. Tidak dijelaskan isteri yang mana satu, tetapi perawat ini telah mengahwini pesakit yang dirawatnya. Pesan wanita ini "perawat itu yang perlu dirawat, kerana gagal bersifat adil kepada isteri-isterinya"

    Peristiwa 2

    Seorang guru telah menjadi perawat di sebuah cawangan rawatan kumpulan perawat Islam terkemuka. Dia diambil tindakan kerana meraba payu dara pesakitnya. difahamkan dia juga berkahwin dengan pesakit ini dan menceraikan isterinya yang pertama.

    Peristiwa 3.

    Sekumpulan wanita bertanya kepada isteri saya, perawat berkenaan sudah kahwin ke belum.
    "Sudah dan kenapa?" tanya isteri saya. "Dia raba dari atas kepala hingga hujung kaki!" jawab mereka

    Peristiwa 4.

    Sekumpulan perawat lengkap beruniform (jubah) mengerjakan seorang wanita yang sedang kerasukan. Ada yang pegang kepala, tangan, peha, lutut, perut dan kaki. Perawat semuanya lelaki... kalaulah mereka bukan perawat dan menanggalkan jubahnya teknik ini macam kes rogol saja!


    Peristiwa 5.

    Seorang pesakit memaklomkan bahawa dia pernah dirawat di negeri jelapang padi. Pesakit wanita berkenaan pergi bersama anaknya. Perawat berkenaan mengatakan dia hanya pulih jika perawat berkenaan memangkah dengan pensil pada *** dengan menganggalkan bajunya. Perawat berkenaan meyakinkan pesakit bahawa isteri beliau akan berada bersamanya semasa teknik ini dilakukan... pesakit membatalkan rawatan

    Peristiwa 6.

    Seorang pesakit memaklomkan kepada saya beliau sering dihubungi secara sms oleh perawat walaupun jam 12.00 malam untuk berbual-bual.

    Dari peristiwa-peritiwa di atas, ada beberapa perkara yang tidak harus diambil kesimpulan sebagai kejelekan perawat.

    Peristiwa 1 tidak diketahui kenapa siperawat sering memukul isteri. Mungkin si isteri nusyus menyebabkan si perawat berkelakuan demikian. Begitu juga hak perawat untuk berkahwin lebih dari satu... lebih2 lagi nak merawat pesakit berkenaan.... apa yang pasti perawat mengundang fitnah dan kepercayaan masyarakat.

    Peristiwa 2 perawat mungkin telah diberitahu oleh pesakit yang serangan banyak dibahagian payu dara, perawat sama seperti doktor allopathy/hospital kenalah membalasah tapak jin berkenaan berkampong.

    Peristiwa 3 saya tanya perawat berkenaan kenapa urut dari atas sampai kaki. Jawabnya "saya tengok guru saya buat begitu, saya urut supaya jin ikut tangan saya sampai kekaki dan saya tarik keluar!".

    Peristiwa 4 pula dibuat dikawasan terbuka dan secara berjemaah (ramai2) lengkap dengan imej perawat Islam, selagimana pesakit yakin dengan perawat2 buatlah apa saja. Mereka juga seperti doktor yang membelasah tempat2 gangguan.

    Peristiwa 5 dan 6 adalah jelas tertolak, para pesakit seharusnya menyenarai-hitamkan perawat2 sealiran dengannya.

    Isu yang saya nak utarakan adalah bahana fitnah dan kelicikan jin mengalahkan perawat.

    Sejarah silam mencatatkan bagaimana seorang abid yang cuba diganggu oleh syaitan. Syaitan ini menyakiti anak perempuan seorang raja, syaitan cuba merawat tetapi tidak sembuh lalu menyarankan raja membawanya berjumpa dengan abid berkenaan. Oleh kerana perintah raja abid berkenaan merawat dan puteri raja pun sembuh.

    Apabila balik ke istana puteri raja sakit semula, syaitan mencadangkan supaya puteri ini tinggal bersama abid bagi memudahkan abid merawat. Raja bersetuju dan dipendikan cerita abid telah berzina dengan puteri raja dan akhirnya membunuhnya.

    Inilah yang saya minta semua perawat kena waspada, jin dan syaititan bukan sahaja menggunakan plan A tapi mereka juga menggunakan plan B iaitu meruntuhkan kredibiliti perawat, menyakitkan isteri-anak, merosakan harta benda dan lain-lain lagi.

    Kita mestilah sedaya mungkin menghindarkan fitnah-fitnah yang terpaksa dilalui oleh perawat bila kurang waspada.

    Bagi tujuan di atas saya ingin menyarankan:

    1. Perawat mestilah tidak ada personel touch dengan pesakit. Jika anda merawat secara individu mahupun kumpulan anda mestilah bersifat sptmana seorang doktor professional.

    Seorang doktor menumpukan rawatan sahaja, hal-hal rawatan selesai apabila sesi rawatan selesai. Doktor tidak membawa kes rawatan balik ke rumah.

    Saya mencadangkan semua temu-janji, konsultasi awal, pengisian borang rawatan dan persiapan rawatan dilakukan oleh PA anda. PA yang terbaik ialah isteri, kakak atau adik anda sendiri.

    Kaedah ini menjaga hati perawat dan membolehkan rawatan dilakukan kepada pesakit tanpa terdetik rasa cinta dan lain-lain emosi yang boleh menggugat tanggungjawab anda. Fokus anda adalah merawat pesakit, itu saja.

    2. Jaga aurat pesakit

    Saya berpendapat walaupun pesakit telah memakai pakaian yang menutup aurat, adakalanya pakaian berkenaan belum mencapai tahap selamat bagi sesi rawatan. Kita tahu pesakit akan terbaring, meronta dsb.

    Oleh itu minta pesakit memakai telekung solat dan tutup kakinya hingga ke peha dengan selimut yang tebal.

    3. Isu pesakit aggresif

    Saya mencadang supaya mengikat pesakit terlebih dahulu sebelum merawat terutamanya pesakit yang telah dikenalpasti sebagai aggresif (pesakit berulang).

    Bagi pesakit yang pertama kali dirawat dan tak jelas aggresif atau tidak, tidak perlu diikat diperingkat awal. Apabila dirawat dan didapati aggresif, tamatkan rawatan dengan menyedarkan pesakit. Ikat pesakit semasa sedar dan mulakan rawatan semula.

    4. Isu menyentuh pesakit

    Apabila saya memperkenalkan teknik rawatan secara memegang batang logam saya telah dikeluarkan dari Dsyifa. Bukan kerana menyeleweng tetapi ini bukan rawatan teknik DSyifa. Saya bertegas mahu meneruskan dengan alasan saya mahu mengurangkan menyentuh pesakit. AJK Dsyifa menghujjah kepada saya bahawa RasuluLLAH menyentuh pesakit dengan tangan kanannya sebagai teknik rawatan. Saya perjelaskan saya nak kurang bukan tak sentuh langsung. Seerah rawatan Nabi SAW merawat adakalanya meletakan tangan di belakang/bahagian yang sakit pesakit, meludah mulut pesakit dan memukul dengan dengan serban.

    Oleh kerana teknik sentuhan ada, maka ia tidak harus dipertikaikan.....

    Apa yang menjadi isu adalah sentuhan melampau...

    Pada minggu lepas semasa di dalam bas dari KLIA ke KL Central saya duduk dengan seorang pemuda dari Aljeria. Ringkas cerita diapun seorang muallij juga disamping pengikut kuat FIS. Saya tanya dia adakah dia merawat dengan menyentuh pesakit perempuan... dia lantas menjawab HARAM! Saya katakan padanya sheikh Wahid AlBali memegang kepala pesakit... kepala dibolehkan dengan syarat memakai tudung.

    Macam mana kita nak elak dari sentuh bahagian sensetif wanita? Saya ada beberapa cadangan:

    1. Jika dia datang bersama suaminya, anda minta suaminya yang sentuh dan anda letak tangan anda di atas tangan suaminya... saya yakin suaminya tak marah atau cemburu dengan perawat

    2. Perlukah disentuh? anda boleh tarik secara teknik sedut botol, dragon ball atau paling mudah sentuh dengan bahan logam.

    Rawatan kita bukan rawatan fizikal, kita boleh juga hembuskan ruqyah pada bahagian yang sakit.

    Isu ini tidak timbul jika pesakit adalah seorang lelaki.... wALLAHu a'lam

    Wednesday, September 3, 2008

    Anda kena sihir!

    Guru saya berpesan supaya jangan katakan kepada pesakit yang dia kena sihir, kerana perkataan begini mengundang banyak masalah kepada pesakit.

    Sebagai tuan guru yang telah berkecimpung puluhan tahun dalam rawatan tentunya kata2 nasihat berkenaan lahir dari ilmu dan pengalaman beliau merawat pesakit sekian lama.

    Pengunjung blog mungkin sudah membaca tulisan saya berkenaan Ust. Amir yang meninggal secara mengejut dan saya telah membuat telahan yang beliau kena sihir.

    Ibu-bapa dan rakan2 arwah telah menyerang orang yang disyakki sehingga wanita berkenaan berada dalam keadaan amat depress...

    Saya juga didatangi oleh sebuah keluarga mengadu nasib malang mereka dituduh menyihir adik-beradik yang lain. Ini kerana apabila perawat (bukan saya) merawat adik-beradiknya dan bila ditanya jin yang mengganggu semua mengatakan merekalah suami isteri yang melakukannya. Mereka datang berjumpa saya kerana nak bersumpah mubahalah macam Saiful, Dato Najib dan Tajol Rosli!

    Saya juga menerima email dari bekas peserta kursus berhubung dengan dia sekeluarga disihir oleh bapa saudaranya. Apabila dia berjumpa dengan perawat lain dia dikatakan dishir oleh ibu mertuanya. Peserta kursus ini kebingungan... yang mana satu betul? Kaedah perawat adalah secara menurun atau memasukan jin penyihir ke badan perawat sendiri atau kepada pesakit.

    Kenapa saya mengatakan seseorang itu kena sihir atau tidak? inilah soalan yang pernah saya disoal oleh AJK Dsyifa semasa pertemuan di Dsyifa dahulu.

    Saya katakan kepada AJK berkenaan, saya tidak berkata demikian... saya katakan anda MUNGKIN kena sihir berdasarkan ayat2 ruqyah yang saya baca. Para perawat jangan sekali mengatakan dengan pasti pesakit kena sihir dan penyihir adalah si anu!

    AJK Dsyifa menghalang saya dari berkata demikian... saya katakan"bagaimana Sheikh Wahid Abdul Salam AlBali boleh memaklomkan dalam bukunya bahwa pesakit kena sihir jenis itu dan ini?" "Bagaimana sheikh menyaran membaca ayat ini untuk sihir pemisah, ayat ini untuk sihir pelalau dsb?" AJK Dsyifa tidak menjawab hujjah saya dan ust Rashid akhirnya bersetuju dengan saya.

    Saya memaklomkan kepada pesakit bahawa anda MUNGKIN kena sihir dan saya tak pernah mengesahkan siapa penyihir berkenaan walaupun saya ada teknik uji kebenaran kata2 jin berkenaan. Saya beritahu pesakit bahawa maklumat berkenaan penyihir jangan diambil peduli sangat setakad orang yang disyakki (OKS) sahaja dibolehkan.

    Orang yang disyakki supaya berhati2 mengambil sebarang makanan atau pemberian orang berkenaan disamping melihat "perangai/character" bila dimaklomkan kepadanya bahawa "saya tahu orang yang berkenaan, moga ALLAH memberinya hidayah". OKS akan berubah watak dan adakalanya tidak berani bertembung dengan pesakit....namun ia tetap OKS

    Kita katakan anda mungkin kena sihir dengan hasrat supaya pesakit bersedia berdepan dengan serangan2 yang mungkin akan dilakukan oleh penyihir dimasa mendatang dan meminta pesakit bersabar kerana pemulihan mungkin mengambil masa berbulan malah bertahun. Pesakit juga diberikan zikir2 tertentu dan diminta banyak bertaqarrub kepada ALLAH SWT.

    Kita jangan terpengaruh dengan kata-kata jin yang adakalanya hanyalah bertujuan memecah-belahkan hubungan kekeluargaan, kejiranan, persahabatan dsb.

    Saya ada menulis sebelum ini bahawa jin saka juga bertindak lebih cepat dari jin sihir. Apabila pesakit berjumpa perawat dia dalam keadaan terdesak akan mengatakan empunya saka sebagai yang menghantarnya.... malang benar siempunya saka, sudahlah bersaka dituduh menyihir pula!

    Tuesday, September 2, 2008

    Sedang cari kerja

    Dua orang anak saya, yang sulong dan yang kedua selesai pengajian masing2 pada tahun ini. AlhamduliLLAH beban sebagai seorang ayah berkurangan sedikit dimana sebelum ini 3 anak saya masih menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi. Kini tinggal seorang yang berada di tahun 2 manakala anak yang ke 4 sedang mengikuti persiapan keluar negeri tajaan MARA.


    Muhammad Abdul Hadi lulusan sarjana muda kepujian dalam bidang filem animasi


    Muhammad Afif Diploma perakaunan

    Kalau ada diantara pengunjung blog ini mempunyai jawatan kosong dalam bidang berkenaan, saya harap bolehlah menghubungi saya di 017-3646461.

    terima kasih. Iklan sementara


    Monday, September 1, 2008

    Rawatan di Bulan al-Mubarak

    Selamat menyempurnakan ibadah puasa kepada semua pengunjung blog saya. Mudah2an kita beroleh taqwa.

    Bulan puasa bukan bulan makan, tetapi itulah hakikatnya di Malaysia. Nazir mesjid hari jumaat lepas memaklomkan bahawa pihak mesjid ada menyediakan bubur lambok pada setiap hari Sabtu dengan kos antara RM250-300. Saya jangka tuan nazir akan mengajak membanyakkan zikir, tadarus, qiamullail dan menjaga puasa sehingga tercapai tujuan puasa iaitu taqwa.

    Sdra pergilah berjalan seluruh Malaysia... gerai2 makan tumbuh macam cendawan. Tv pula asyik menyediakan menu berbuka puasa.... adakalanya saya terfikir orang melayu mengadakan demontrasi senyap kepada ALLAH tentang arahan berpuasa dengan cara bercakap tentang makan...makan... dan makan. Mudah2an telahan saya salah dan saya sentiasa bersifat berfikiran secara positif

    Hari ini saya merawat beberapa orang pesakit... saya hampir meninggalkan bidang kerjaya saya sejak sebulan-dua yang lalu kerana kerja2 kebajikan melakukan rawatan hampir setiap hari. Untuk makluman pengunjung syarikat saya satu-satunya syarikat yang diiktiraf oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) untuk melatih dan mengeluarkan sijil kepada pegawai perlindungan sinaran. Ini bukan monopoli tetapi memecah monopoli dimana persijilan ini sebelum ini hanya dikendalikan oleh Agensi Nuklear Malaysia....ok, berbalik kepada tulisan asal.

    Dalam rawatan hari ini saya bertekad untuk seboleh-mungkin tak sembelih jin yang mengganggu pesakit. Begitu juga R&D kita berkenaan isu jin kafir dan jin Islam adakah mereka diikat atau tidak menjadi fokus rawatan. Untuk mengurangkan ruqyah saya gunakan teknik bakar bata.

    Saya nak beri beberapa kesimpulan sahaja dalam tulisan ini:

    1. Ternyata jin2 yang dipanggang secara teknik bakar batu-bata respon dengan cepat kerana kepanasan melampau kesan pembakaran berkenaan.

    2. Majoriti jin yang mengganggu adalah jin Islam. Hanya satu sahaja jin yang mengaku kafir, dalam keadaan terikat pada tubuh pesakit dan sudah lama dalam tubuh berkenaan.

    3. Ada jin yang berpuasa walaupun menganggu manusia terutamanya jin saka dan juga jin sihir. Jin sihir ada yang tak berpuasa tetapi masih akur bahawa puasa itu wajib.

    4. Ada jin declare dia bukan Islam, tetapi apabila didesak akhirnya mengaku Islam.... ini macam orang melayu yang kena tangkap kat warung mamak makan di siang hari, sanggup mengatakan dirinya bukan Islam....

    5. Cita2 saya untuk tidak menyembelih tidak kesampaian kerana kedegilan serta keegoan beberapa jin yang diminta keluar setelah berulangkali dipujuk dan diberi amaran.

    Blog/web Rawatan

    My Favourite

    Expose Mistik part-1

    Expose Mistik Part 2

    Expose Mistik Part 3

    Teknik Tidurkan Jin



    Senarai Perawat Luar Negeri

    KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





    • Jordan
    • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
    • UK
      • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
      • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
      • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
      • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
      • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
      • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
      • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
    • USA
      • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
      • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
    • Germany
      • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
    • Bosnia and Herzegovina
    • Morocco
    • Pakistan
      • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
    • Egypt
      • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
    • Yemen
      • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
      • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
    • Saudi Arabia
      • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
      • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
      • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
      • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
      • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
      • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
      • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
      • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
      • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
      • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
      • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
      • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
      • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
      • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
      • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
      • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
      • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
    • Kuwait
      • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
      • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
      • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
      • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
      • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
    • UAE
      • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)