Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Friday, December 25, 2009

Testimoni2 Akrionics

1. Seorang pesakit yang mempunyai masalah jerawat telah sembuh setelah dirawat secara jarak jauh dengan Akrionics - Najib/perekacipta Akrionics

2. Isteri saya yang mengalami ulcer mulut pulih setelah dirawat secara Akrionics - Najib/perekacipta Akrionics

3. Saya terpaksa "bertarung" dengan seoarang pesakit setelah dia kerasukan apabila dirawat secara Akrionics - Najib/perekacipta Akrionics

4. Dengan izin ALLAH saya berjaya merawat penyakit kaki dan mulut menggunakan Akrionics- Najib/perekacipta Akrionics

5. Saya menguji Akrionics sambil berzikir, perut saya berkeroncong... sakit pinggang saya semakin pulih - Majid/Akrine Kuang

6. Saya letakan gambar anak saya yang sedang menuntut di luar negara selama 6 jam (waktu malam), besoknya dia telepon tidak semena-mena demam (healing crisis) - Majid/Akrine Kuang

7. Ujian saya seterusnya kepada seorang yang resdung dan mengalami sukar bernafas kerana hidung tersumbat. Dengan meletakan tahi hidung sebagai nosode dan dirawat secara Akrionics dalam tempoh 3 jam, pesakit berkenaan boleh bernafas dengan lancar tanpa gatal2 di muka - Majid/Akrine Kuang

8. Gatal-gatal di kepala yang alami sekian lama sudah tiada selepas menggunakan Akrionics - Zam

9. Saya juga tidak allergy kepada ayam dan daging, dari kecil saya tak boleh makan ayam dan daging, kini saya boleh setelah dirawat secara Akrionics - Zam

10. Saya uji kekuatan tangan, tanpa menggunakan Akrionics tangan saya lemah dan boleh diangkat oleh rakan saya... tetapi apabila Akrionics dipasang, tangan saya tidak dapat diangkat lagi - Zam

11. Saya telah berjaya mengislamkan 5 jin yang mengganggu keluarga saya, apabila dikenakan Akrionics jin-jin mudah diajak berdialog dan bersetuju masuk Islam -Mazlan/Jelebu

12. Isteri saya kerasukan setelah dikenakan Akrionics, jin saka yang telah 5 tahun bertapa muncul dengan keadaan amat marah, jin ini masih terikat dan belum boleh dikeluarkan. Dia tak mahu tidur, saya boleh lemahkan jin ini meletakan Akrionics di kepala isteri saya - Hamdi/Tk. Intan

13. SY DAPATI APB KITA BERZIKIR DGN AKRIONICS, YAKNI MERAKAMKAN AYAT KALAMULLAH PD AKRIONICS (SPT RAKAM PD AIR) IA LEBIH EFEKTIF.
SAHABAT SY MULA MENGUJI ALAT INI (MILIK SY YG TELAH DIRAKAM DGN ZIKRULLAH) DAN BERKESAN KPD KELUARGANYA. START PAKAI DAH PANAS, SAKIT KEPALA. TTP BILA DIA BELI DAN PAKAI TANPA RAKAMAN ZIKIR ALAT ITU MACAM KURANG MEMBERI KESAN. DISINI SY BERPENDAPAT CIRI2 PETIR ITU MESTILAH TERAKAM PERINGATAN DAN FIRMAN KALAMULLAH - Amni/Akrinebera

14. Video terbaru



Tuesday, December 22, 2009

18 atau 81?

Pada tangan kanan anda ada no. 18 dan pada tangan kiri anda ada no. 81, subhanALLAH. Jika dicampurkan jumlahnya adalah 99 sesuai dengan bilangan Asmak uLLAH!

Jika diperhati dari susunan nama berkenaan yang ke 18 ialah Ar-Razzak (Maha Pemberi Rezki) dan yang ke 81 adalah Al-Muntaqeem (Maha Penyiksa).

Jika tangan kanan yang bakal menerima kitab amalan maka cerahlah mendapat keredhaan ALLAH dan sebaliknya jika tangan kiri yang menerima catatan amalan gelaplah bakal kena siksa... mungkin itulah yang dimaksudkan 18 dan 81.

Tangan kanan digunakan untuk mengambil makanan (rezki) tangan kiri pula untuk kerja-kerja pembersihan... tangan kiri tak pernah komplen kerana ini adalah sunnatuLLAH.

Bukan perkara di atas yang saya nak perawat2 bincangkan.... mari fikirkan berikut:

Para ulamak bersependapat bahawa ada tiga bacaan rukyah yang dibenarkan; Yang pertama - ayat Quran, yang kedua asmak uLLAH dan yang ketiga adalah doa-doa muktabar berdasarkan hadis Nabi SAW.

Dua asmak uLLAH yang biasa kita dengar ialah yal-Bari dan Ya-Syafi.

Saya ada membuat amalan/kajian dengan Ya Razzak dan Ya Muntaqeem.

Caranya: jika anda memegang kaki pesakit (kiri) dengan tangan kanan bacalah Ya Razzak sekurang-kurangnya 10 kali, dan jika anda menyentuh (secara berlapik) kaki kanan dengan tangan kiri bacalah ya Muntaqeem dalam bilangan berkenaan. Tiup dan lepaskan pegangan anda...

Natijahnya .... anda buatlah dulu dan ceritalah kat sini...

Monday, December 21, 2009

Kursus Intensif Rawatan 23-24 jan. 2010

Assalamu'alaikum.

InsyaALLAH pihak Akrine akan menganjurkan kursus rawatan pada 23-24 Jan. 2010 bertempat di Dewan Burhanuddin Helmi, Kuang Selangor.

Anda yang berminat sila sms ke 019-7584801 dengan menyertakan nama penuh, samada pelatih baru atau bekas pelatih, lokasi dan bidang kerjaya.

Keterangan lanjut sila rujuk bahagian atas blog ini.

Saturday, December 19, 2009

Gambar-gambar MIPA


Welcome speech by Ust. Zed


Khusyuk ...


Seronok dapat berjumpa di kalangan mu'allij, cantik name tag nampak!


Pencipta Akrionics... menceritakan segalanya


Peserta di belakang


Pengalaman merawat Akrinebera... tk cikgu


Pengalaman Ust. Wan Asrul


Beri tumpuan... ini baju dan vase logo AKRINE


Jumpa lagi di MIPA akan datang

Tuesday, December 15, 2009

Klinik Akrine Sudah Beroperasi


Warna hijau kegemaran saya!


En NR pesakit pertama yang menggunakan klinik sedang melakukan TKR


Cikgu I dari sabah pesakit kedua juga menggunakan TKR


Perut Cikgu I macam bertih bila di letakan Akrionics di perutnya


Puan F sedang mengisi borang rawatan


Puan F menjawab & berdialog secara teknik geleng tangan



Kemudahan bilik rawatan


Bilik menunggu

Saturday, December 12, 2009

Perutusan MIPA 2009

AlhamduliLLAH, segala puji-pujian kepada ALLAH yang memilih kita sebagai kalangan mu’allij dari sekian ramai manusia. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menunjukan jalan kebenaran kaedah-kaedah rawatan tanpa sedikit keraguan kepadanya. Doa dipanjatkan kepada ALLAH SWT kepada semua mu’allij terdahulu seperti Ibnu Sina, Ibnu Taimiah, Ibnu Qayyim dll semuga ALLAH menerima mereka sebagai penghuni-penghuni syurga yang diredhaiNYA. Begitu juga kepada sekalian mu’allim yang mendidik kitatentang ilmu-ilmu rawatan ini, mudah-mudahan ALLAH memberkati kehidupan mereka di dunia dan di akhirat nanti.


Saya mengalukan kehadiran sdra/sdri ke Majlis Ijtima’ Perawat Akrine (MIPA) 2009 dengan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum jami’an.


Tujuan ijtima’


Pagi ini kita berkumpul dalam satu Ijtima’ mu’allij sebagai usaha penyatuan fikrah, merapatkan ukhuwah, memperteguhkan ilmu serta menegaskan bahawa kita hanyalah media yang ikhlas yang mahu membantu ummah dalam merungkai hal-hal yang berkaitan dengan rawatan secara Islam.


Akrine telah ditubuhkan 4 tahun yang lalu dalam usaha menyediakan kemudahan latihan merawat kepada individu yang berminat tanpa mengambilkira latarbelakang pendidikan, pegangan politik, aliran rawatan dsb. Akrine telah memulakan kursus rawatannya pada tahun 2007 dan sehingga kini telah mencapai ribuan lepasan yang mengikuti kursus anjurannya. Maka ijtima’ kita hari ini merupakan usaha-usaha mengumpulkan seberapa ramai mu’allij yang masih aktif merawat samada secara kumpulan, individu malah menjenamakan pusat rawatannya sendiri.


Akrine dan bloggers


Akrine juga telah melopori penulisan catatan rawatannya di dalam blognya. Ketika itu hanya terdapat portal dalam bentuk forum dengan bilangan mu’allij yang sedikit.

Hari ini terdapat tidak kurang dari 50 bloggers yang merancakan dunia rawatan Islam di negara kita, ini adalah satu perkembangan sihat. Akrine juga menyeneraikan perawat-perawat di semua daerah/negeri dan negara dalam usaha memudahkan ummah mencari perawat yang terdekat. Ini juga memecahkan sikap pergantungan kepada mu’allij tertentu sahaja.


Akrine dan teknik rawatan


Sepanjang menjalankan kerja-kerja rawatan dan mengendalikan kursus Akrine telah menemui pelbagai teknik rawatan seperti teknik mengesan, menikam, menarik, memukul, menidur, memagar, tanzir,TKR, TRO dll hasil dari kerja-kerja rawatan dan penyelidikan. Sedikit sebanyak teknik-teknik ini membantu mu’allij dalam melakukan rawatan. Kepada ALLAH dipanjatkan setinggi-tinggi syukur di atas sedikit ni’mat bantuan dalam penyelesaian rawatan.


Teknik tetap teknik, ternyata adalah suatu kesilapan meletakan teknik sebagai lebih aula dari pergantungan dan kuasa penyembuhan milik ALLAH. Terdapat mu’allij yang mempertikaikan teknik Akrine seperti teknik bakar batu bata, teknik sembelih, TKR dsb. Akrine dikategorikan sesat oleh Emjay kerana teknik-teknik di atas. Inilah adalah di antara mehnah dan tribulasi perawat. Tuduhan sesat merupakan lumrah, tetapi kita tidak gusar jika yang mengatakan kita sesat itu bukan di kalangan perawat tetapi menjadi parah jika ia dilontarkan oleh kalangan perawat sendiri. Itulah juga yang dipertegaskan oleh Fathi Yakan dalam kerja-kerja dakwah.


Sikap kita apabila dikatakan sesat bukanlah pula bererti kita menyerang balas mereka tetapi memeriksa diri kita, kerana adakalanya teguran yang pahit itu lebih baik dari pujian melangit. Sikap kita mestilah berlapang dada, adakalanya bersyukur kerana ada orang yang memerhatikan kita, samada dia ikhlas atau tidak kita serahkan kepada ALLAH .


Akrine ingin mempertegaskan bahawa teknik rawatan Akrine adalah gabungan dari niat, doa, rukyah dan tindakan berdasarkan niat,doa dan rukyah yang dilangsungkan. Sebagai contoh; niat – saya nak tarik jin ini keluar, doa- ya ALLAH permudahkan saya menarik jin ini keluar, rukyah- An-Namlu 31-32, tindakan- tarik pakai serban. Apakah kaedah ini berjanggah dengan syarak?


Kefahaman Akrine bahawa kaedah inilah yang dilakukan oleh RasuluLLAH SAW. Teknik memukul dengan serban adalah sebagai contoh yang merupakan sunnah rawatan rasuluLLAH SAW yang menggambungkan ke empat-empat elemen di atas.


Berdasarkan konsep empat elemen ini Akrine terus berkembang. Pelatih-pelatih Akrine juga menemui teknik-teknik baru yang amat-amat kita alu-alukan. Kita menolak pergantungan mutlak kepada bacaan ayat-ayat tertentu sebagai penentu kepada teknik rawatan kecuali jika ada hadis yang memperkuatkan rukyah berkenaan. Perawat mestilah tidak meletakan ayat mengatasi kesembuhan milik ALLAH, kekuatiran kita adalah hilangnya pergantungan mutlak kepada ALLAH.


Akrine dan pertubuhan rawatan


Akrine menolak konsep ta’assub kepada guru dan aliran rawatan. Bagi kita ilmu ALLAH itu terlalu luas, kenapa harus dihalang mereka-mereka yang berikhtiar untuk merawat pesakit selagi mana ia mengikuti landasan syari’ah? Penjenamaan kumpulan hanyalah untuk mengenalpasti latarbelakang perguruan asas perawat, ini tidak bermakna kita menolak kumpulan lain, memperleceh jenama lain atau tidak boleh bersama kelompok perawat yang lain. Mudah-mudahan sikap ini kita hakis jauh dari lubuk hati kita kerana ikhlas adalah kunci kehidupan muslim.


Akrine ingin menegaskan bahawa kita menolak sikap permusuhan antara mu’allij dan pertubuhan rawatan. Permusuhan sebegini timbul dari hasad dengki, curiga, merasakan diri/kumpulannya lebih hebat dsb yang tercela dalam Islam. Akrine mengajak semua mu’allij bergerak sebagai satu jemaah besar yang saling hormat menghormati sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Mana-mana teknik rawatan lain yang kurang kita persetujui, tidak boleh dihukum sebagai salah selagi mana perawat berkenaan meletakan Al-Quran, hadis. Ijma’ dan qiyas dalam rawatannya. Biarlah guru-guru yang arif dalam bab hukum memberikan pendapatnya.


Buat masa ini Akrine hanyalah bertindak sebagai pembimbing dan rakan kepada semua perawat. Kesatuan kita adalah kesatuan matlamat yang diikat dengan keikhlasan hati. Sdra/sdri bebas untuk menjenamakan kumpulan sdra/sdri, membuka pusat rawatan sendiri dan mencipta teknik rawatan sendiri.


Yang penting sdra/sdri mestilah berjemaah. Akrine adalah rangkaian jemaah anda.


Usaha melahirkan perawat


Memang benar pendapat yang mengatakan perawat tidak boleh dilahirkan dalam tempuh yang cepat. Menghadiri kursus intensif belum melayakan seseorang menjadi mu’allij tersohor. Ia hanyalah permulaan.

Langkah seterusnya perlulah dilakukan sendiri oleh bakal perawat berkenaan.


Semakin banyak anda mendalami ilmu rawatan, semakin banyak kes rawatan yang sdra kendalikan maka semakin berputiklah anda sebagai perawat.


Bakal perawat mestilah cekal, ujian demi ujian ALLAH berikan kepadanya sebagai penentu samada anda benar-benar berjiwa besar sebagai perawat. Semakin anda lulus ujian semakinlah terserlah anda sebagai mu’allij.


Menjadi mu’allij memerlukan masa, masa untuk menambah ilmu, berzikir, merawat dsb. Hanya yang benar-benar melihat kepentingan mu’allij sahaja akan lulus dengan ujian masa. Semua kita sedang melaluinya.


Risiko versus nikmat menjadi mu’allij.


Akhirnya saya ingin menyatakan bahawa menjadi mu’allij bererti anda bersedia menghadapi risiko. Risiko berdepan dengan mu’allij silih berganti. Bermula dari serangan balas jin yang dibelasah, penyihir yang dikalahkan, serangan terhadap diri dan keluarga dan juga serangan dari perawat yang dengki.

Kita mestilah bersedia menghadapi risiko berkenaan.


Menjadi mu’allij ada kelebihannya. Memenuhi tuntutan surat al-Asr adalah antaranya. Mu’allij juga adalah bukti kebenaran Al-Quran, al-hadis dan Islam keseluruhannya. Menjadi mu’allij menjadikan anda seorang yang ikhlas kepada diri dan agamanya. Anda sentiasa berzikir samada semasa merawat atau di masa yang lain, tidakkah berzikir itu memberi manafaat kepada orang yang iman?


Akrine dan teknik rawatan mendatang


Akrine sedang memperkenalkan teknik rawatan Akrionics. Penggunaan medan elektrik bagi merawat secara dekat dan jarak jauh. Ianya bukanlah baru dan asing. Jin dan syaitan mati dengan tembakan petir oleh para malaikat atas perintah ALLAH. Petir adalah medan elektrik, penggunaan Akrionics adalah ciri-ciri petir dan kajian kita meyakinkan kaedah ini boleh digunakan sebagai ganti teknik bakar batu-bata dengan kesan yang lebih dahsyat dengan izin ALLAH.


Akrine juga sedang mendalami teknik kuasa minda yang akan kita tukarkan kepada kuasa jiwa kerana pendekatan kita adalah untuk membina jiwa (yang sebenarnya minda) pesakit. “Mind set” adalah juga punca penyakit, secara mudah anda ulanglah perkatakan “saya tak sihat” berkali-kali anda akan jatuh sakit. Beberapa pesakit telah juga berjaya dipulihkan dengan membetulkan kuasa jiwanya. InsyaALLAH apabila kita mengusai penuh teknik ini, sebaik mungkin teknik ini akan diajar di kursus mendatang.


Akhirnya saya ingin kita membentuk kesatuan fikrah, kesatuan hati dan kesatuan matlamat. Mudah-mudahan ijtima’ ini menjadi asas kepada kesatuan ini.

Thursday, December 10, 2009

Jin saka - jin sihir ; mana awwaliyat

Dalam kerja-kerja dakwah dan gerakan Islam kita diajar fiqhul awwaliyat iaitu meletakan perkara yang utama melebihi perkara yang lain. Contohnya dalam melaksanakan hukum hudud bagi seorang pencuri ie potong tangan. Jika di zaman itu banyak kecurian adalah berpunca dari kemiskinan maka di saat itu usaha-usaha membasmi kemiskinan adalah lebih diutamakan dari perlaksanaan hukum hudud berkenaan.

Dalam isu rawatan pula beberapa rakan perawat di dalam blognya ada membincangkan berkenaan yang mana satukah perlu didahulukan bila berdepan pesakit yang diganggu oleh jin sihir dan juga saka pada masa yang sama.

Seorang sahabat saya berpendapat perlu dibereskan jin saka dahulu sementara sahabat yang lain mengatakan jin sihir dulu. Masing-masing memberikan hujjah menyokong pendapat berkenaan.

Bagi saya yang pertama sekali perlu dicerap adalah siapa yang muncul dahulu apabila anda mula berdialog secara lisan dengan jin berkenaan. Jin sihir atau jin saka? Jika jin saka maka pada pendapat saya jin saka adalah lemah berbanding jin sihir, maka awwaliyat adalah jin sihir. Begitulah sebaliknya jika jin sihir yang muncul dulu, maka jin saka lebih ganas dari jin sihir dan ia kena dibereskan dahulu.

Walaupun begitu saya lebih gemar menggunakan teknik pengasingan diantara kedua kumpulan ini. Jin sihir pada sebelah kaki dan saka pada sebelah yang lain. Dalam kes ini sudah tidak timbul awwaliyat dan dialog lebih mudah kerana tidak bercampur baur. Kita selesaikan kedua-duanya sekali pada satu masa yang sama. Anda juga boleh tanya pesakit kaki mana yang lebih berat, yang berat itulah yang ramai.

wALLAHu'alam

Sunday, November 29, 2009

Kuasa Mata & Kuasa Minda

Sempena cuti sekolah dan Eidul Adha saya bercuti merawat dan pulang ke kampung di Batu Pahat Johor.

Di kesempatan masa santai ini saya gunakan dengan membaca buku karangan William Walker Atkinson berjodol "The Mastery of Mental Control in Business & Everyday Life".

Buku ini membongkar rahsia kekuatan mata dan minda.

Pengarang adalah seorang tenaga pengajar dalam bidang ini, maknanya golongan bukan Islam mengakui bahawa mata mempunyai kuasa sepertimana orang Islam percaya akan kuasa 'ain (mata). Bezanya kita tidak diajar bagaimana menguasai "mata".

Orang yang dilatih menguasai mata bila digunakan ke arah "kebaikan" menurut pengarang boleh berjaya dalam urusan kehidupannya. Ia berguna apabila dia berdepan dengan pelanggannya samada kerana mencari pekerjaan atau mahu menjual produk. Apabila dia merenung pelanggannya, pelanggannya akan lembut dan mematuhi keputusan yang dikehendakinya. Begitu juga seorang pemimpin, semua pengikut akan tunduk dan patuh bila berdepan dengannya... waduh! hebatnya teknik pukau mata ini.

Islam mengakui kekuatan mata, sepertimana sabda Nabi Saw " pengaruh mata boleh memasukan seseorang ke dalam kubur, dan boleh memasukan unta ke dalam belanga". Ertinya kuasa mata boleh membawa kematian kepada manusia dan juga binatang.

Bolehkah kita mempelajari kuasa mata? Tidak ada hadis yang melarang mempelajarinya yang banyak adalah teknik rawatan terkena 'ain. Seerah mencatitkan bagaimana seorang sahabat Nabi SAW terkena 'ain dari seorang sahabat baginda juga di tepi pantai, lalu diajar kaedah merungkai dengan mandi menggunakan air yang digunakan untuk mandi oleh sahabat yang mengenakan 'ain berkenaan. Sahabat yang mengenakan 'ain ini hanya terpegun melihat kecantikan batang tubuh sahabatnya sahaja. Keadaan terpegun ini adalah pemfokusan "mata" kepada objek lantas melakukan serangan. Kuasa mata bukanlah sihir yang menggunakan jin.

Ada sekumpulan perawat dari utara tanah air yang menggunakan "Nur Ilahi" dalam rawatannya secara merenung mata pesakit sambil menyebut "Nur... Nur....Nur". Mengikut pengamal rawatan ini, pesakit yang diganggu oleh jin akan tewas hanya dengan pandangan Nur Ilahi mereka. begitulah kuasa mata...

Saya diajar untuk tidak merenung mata pesakit atas 2 sebab. Pertama untuk mengelakan serangan 'ain dari mata pesakit dan yang kedua Islam melarang melihat muka wanita. Oleh kerana mata terletak di bahagian muka, maka apa perlunya merenung wajah wanita ajnabi?

Buku ini memfokuskan kepada kuasa minda.

Pengarang menjelaskan "minda" adalah "benda" yang bersifat "I AM" atau "AKU". Orang yang gagal mengusai minda adalah orang yang gagal dalam kehidupan. Mindalah yang membentuk "I will" atau "I can" versus "I can't". Contoh mudah kegagalan menguasai minda adalah perasaan takut, tidak yakin, tiada pengharapan dsb. Ada orang takut dengan lipas, tetapi setelah diajar mengusai mindanya dia tidak lagi takut dengan lipas.

Begitu juga kita ada yang sukar untuk bangun solat tahajjut malah solat subuh... tetapi jika anda berjaya mengusai minda anda anda akan mudah bangun di saat orang lain sedang tidur.

Di dalam buku ini dijelaskan teknik-teknik pengusaan minda seperti kaedah pengulangan, auto suggestion, absorption, concentering dsb.

Kuasa minda juga boleh digunakan keluar dari tubuh pengguna. Disinilah konsep telepathy di mana 2 orang yang telah menguasai minda masing2 boleh berinteraksi secara jarak jauh. Kuasa minda juga boleh digunakan menguasai minda orang lain... ganas juga kuasa minda ini.

Dalam isu rawatan, bolehlah dikatakan pesakit adalah orang yang gagal menguasai mindanya. Pesakit adalah yang lemah, stress, hilang pergantungan dan tidak membentuk self protection secara mindanya. Untuk itu keyakinan hendaklah diberi kepada pesakit sehingga membentuk kuasa minda... nampak gaya kena buat kursus juga tentang bab kuasa minda ini.

Setakad pembacaan saya, saya tidak mendapati unsur-unsur khurafat atau pemujaan dalam mempelajari ilmu kuasa minda. Di barat ia diajar secara penuh sistematik. Mari kita dalami ilmu ini atau ada sesiapa yang membantah silalah berhujjah untuk kebaikan bersama.

Tuesday, November 24, 2009

Nabi Sulaiman AS dan Rawatan

Ada 3 Nabi yang sering dikaitkan dengan ruqyah rawatan iaitu Nabi Ayub, Musa dan Sulaiman AS.

Nabi Ayub AS terkenal dengan tahan-ujinya menghadapi gangguan syaitan. Penyakit yang dialaminya puluhan tahun sehingga isterinya hilang sabar sedangkan Nabi Ayub dengan sifat kenabiannya amat tabah dalam berdepan ujian getir ini. Bayangkan bila ulat yang memakan dagingnya jatuh dari tubuhnya, baginda AS mengambil ulat itu lantas meletakan semula ke tempat asalnya. Kalau saya, pasti ulat ini akan saya tenyeh sehabis-habisnya.

Ketabahan Ayub AS mengalahkan gangguan syaitan ini amatlah tidak digemari oleh syaitan. Oleh itu doa Ayub AS digunakan sebagai ruqyah melawan penyakit. Kita jua menggunakan kisah Nabi Ayub AS ini sebagai pendorong pesakit agar bersabar "kalau anda baru sakit 2-3 tahun, lihatlah Nabi Ayub yang sakit berpuluh tahun, maknanya bukan anda sahaja yang pernah sakit dan bukan anda seorang sahaja yang sudah lama sakit"

Nabi Musa AS dikaitkan dengan ruqyah rawatan kerana di zaman Baginda adalah zaman penggunaan sihir yang berleluasa. Ahli sihir diangkat dan disanjung tinggi oleh pemerintah firaun dan kebanyakan keputusan Firaun adalah dari nasihat tok bomoh semasa itu. Bayangkan Firaun sanggup membunuh kanak-kanak lelaki bani Israel atas nasihat tukang tilik @ sihir yang mengatakan Firaun akan dikalahkan oleh seorang Nabi dari kaum Israel. Begitu juga tukang sihir @ bomoh memberitahu Firaun bahawa sakit gatal pada anaknya boleh disembuhkan dengan menyapu air liur seorang kanaka-kanak (Nabi Musa AS) yang akan dijumpai hanyut di sungai. Begitulah "power"nya tukang sihir di zaman itu walaupun sebenarnya itu semua adalah perancangan ALLAH SWT semata.

Nabi Musa AS berjaya mengalahkan ahli-ahli sihir yang disanjung Firaun. Tidak setakad mengalahkan tetapi ahli-ahli sihir ini beriman dengan Islam sambil sanggup dipotong tangan dan kaki kerana mempertahankan iman mereka. Menariknya kisah ini adalah ahli-ahli sihir ini tidak lagi mengamalkan sihir mereka setelah beriman. Sihir sahaja firaun dengan mengujudkan ilusi kaki atau tangan palsu untuk menipu firaun bila mahu dipotong... ini menjelaskan sihir adalah palsu dan terkeluar dari Islam.

Membaca ayat2 ruqyah mengenai Nabi Musa AS digunakan dalam mengubati penyakit-penyakit sihir adalah suatu teknik memohon bantuan ALLAH dalam merungkai gangguan sihir.

Nabi Sulaiman AS adalah seorang nabi dan rasul yang berjaya menundukan sekelian makhluk termasuklah jin dan syaitan. Baginda menjadi Raja ketika berusia 13 tahun dan wafat semasa berumur 53 tahun, memerintah ketika umur muda dan wafatpun agak muda berbanding dengan umur umat semasa yang memakan ratusan tahun.

Di zaman Nabi Sulaiman AS, Baginda menyeru Balqis untuk menganut Islam. Semasa Balqis dalam perjalanan ke istana Baginda, Nabi Sulaiman AS bermesyuarat untuk membawa istana Balqis di Yaman ke tempat Baginda AS di Palestin. Jin Iffrit yang terkenal gagahnya menawarkan untuk membawanya dalam tempoh baginda AS berada ditahtanya ie dari pagi sehingga tengahari. Kemudian seorang manusia bernama Asif menawarkan untuk membawanya sekelip mata. Asif berjaya membuktikan kemampuannya dan Nabi AS bersujud syukur atas kurniaan ALLAH kepadanya.

Siapakah Asif?, Al-Quran menjelaskan bahawa dia adalah seorang ilmuan, seorang alim-ulamak yang dilantik oleh Nabi AS sebagai menteri baginda. Keilmuannya mencakupi kitab Zabur dan Taurat. Ada yang mengatakan bahawa beliau adalah ahli tasauf dan tak kurang yang menyatakan dia adalah ahli tareqat. Yang jelas tasauf dan tareqat selepas zaman Nabi Muhammad SAW, saya tidak pasti apakah sudah ada tasauf atau tareqat di zaman Nabi Sulaiman AS? Yang saya pasti kitab Zabur dan Taurat banyak mengandungi ayat-ayat kerohanian sesuai dengan keperluan umat manusia ketika itu.

Apa yang Asif lakukan sehingga berjaya mengangkat istana Balqis? Beliau solat kemudian berdoa, lalu ALLAH perintahkan para malaikat mengangkat istana Balqis ke tempat Nabi Sulaiaman AS sekelip mata. Ternyata beliau adalah ahli ruqyah yang doanya amat makbul di sisi ALLAH. Kenapa tidak Nabi Sulaiman sendiri yang tarafnya nabi dan rasul sahaja yang berdoa dan tentunya ALLAH memperkenankan doa baginda?

Di sini kita tidak mendapati Nabi Sulaiman AS mengucapkan terima kasihnya kepada wazirnya tetapi Nabi Sulaiman berkata "ini adalah kurnian dari tuhanku". Ini menunjukan bahawa Asif tidaklah ada apa2 melainkan dengan bantuan ALLAH dan Asif hanyalah "medium" yang ALLAH jadikan dalam kerja2 dakwah Baginda.

Kehebatan Asif mengalahkan jin Iffrit tentunya melukakan hati jin iffrit. Marah golongan jin kepada manusia kerana disangkanya mereka hebat tetapi manusia lebih hebat dengan senjata doanya. Apakah peristiwa ini tidak meletakan kita lebih tinggi dari golongan jin?

Jin juga memberitahu bahawa betis Balqis banyak bulu, Nabi Sulaiaman AS arahkan jin menyediakan balai seri yang kelihatan seperti ada air di bawahnya. Apabila Balqis menyelak kainnya ternyata dakwaan jin itu betul. Nabi Sulaiaman arahkan jin menyediakan ubat bagi menghilangkan bulu pada betis Balqis. Nabi Sulaiman juga mengarahkan jin-jin membina tiga istana untuk puteri Balqis. Jin melakukan semuanya.

Kisah Nabi Sulaiman AS menundukan jin tidak digemari oleh jin-jin yang jahat sehingga nama "Sulaiman" itu sendiri tidak digemari jin jahat @ syaitan. Mereka fitnah Nabi Sulaiaman AS sebagai ahli sihir dan Baginda kononnya ada menyimpan ilmu sihir dalam sebuah peti.

Oleh itulah membaca ayat-ayat ruqyah yang berkaitan dengan "Sulaiman" menjadikan jin-jin jahat yang mengganggu amat2 tidak selesa. Kaum jin tahu sejarah gelap mereka diperintah Nabi Sulaiman, mereka juga ingat fitnah besar yang datuk moyang mereka lemparkan kepada Nabi Sulaiman... sebab itulah menyebut sahaja ayat2 yang berkaitan dengan Nabi Sulaiman menakutkan jin2 yang jahat.

Friday, November 20, 2009

Tentatif Program MIPA 2009

InsyaALLAH MIPA 2009 akan berlangsung sepertimana yang dirancang.

Saya ingin mencadangkan beberapa pengisian seperti berikut:

1. Akrionics

Saya berharap untuk menjemput orang yang mencipta alat ini untuk menerangkan ciptaannya. Ini diikuti dengan testimoni dan adaptasi Akrionics dalam merawat gangguan serta penyakit fizikal yang lain.

2. Teknik-teknik rawatan

Diskusi ini akan menjelaskan teknik rawatan Akrine yang terkini. Ia merupakan gabungan niat, doa, rukyah dan tindakan. Saya juga ingin memperhalusi antara teknik tikam, pancung dan racun; yang manakah lebih diutamakan.

Perbahasan berkenaan teknik dialog yang mudah tujuan rawatan juga akan diperbincangkan

3. Kembara seorang perawat

Saya ingin para peserta berkongsi pengalaman dengan peserta ijtima' berkenaan rawatan masing2. Kehadiran cikgu Sarji & Amni dari Akrinebera, Dr. Azizan dari USM, Ust. Zed & Marzuki dari Shah Alam akan diolah untuk dijadikan pedoman sesama perawat.

Sunday, November 15, 2009

AKRIONICS




Apakah dia Akrionics

Akrionics adalah kaedah menghantar tenaga rawatan yang tepat kepada manusia, binatang atau tumbuhan tanpa mengira di mana ia berada (rawatan jarak jauh). Konsep rawatan masih bersifat gabungan fizik moden dan kaedah mistik zaman lampau.

Akrionics membuat fostulat bahawa setiap manusia mempunyai medan tenaganya yang tersendiri. Jika medan tenaga ini lemah, seperti masalah stress, pencemaran mahupun gangguan makhluk halus, manusia ini akan ditimpa sakit. Peranan Akrionics adalah mengenalpasti kelemahan medan ini dan memperbaikinya.

Konsep dan teknik rawatan

Bagi kegunaan perawat adalah disyorkan alat ini dipasang dipergelangan tangan sepertimana kaedah menguji tekanan darah.

Saya syorkan perawat memasang alat ini sambil melakukan zikir tahsin. Gunakan tidak kurang dari 30 minit. Alat ini juga boleh dipasang di bahagian tengkok ataupun kaki.

Jika anda mahu meneruskan rawatan kepada diri anda, ambil nosode anda (air liur, rambut, kuku atapun gambar) masukan ke dalam bekas yang disediakan dan letak ditengah Akrionics. Akrionics akan merawat anda secara rawatan jarak jauh.

Bagi merawat pesakit, ambil nosodenya, masukan ke dalam bekas dan letakan di tengah Akrionics. Masukan juga pil penawar bersebelahan nosode dalam Akrionics. "On"kan sepanjang anda merawat pesakit. Merawatlah seperti biasa.

Apabila rawatan selesai "off"kan Akrionics dan beri pil penawar pada pesakit. Tandakan nosode pesakit untuk kegunaan akan datang terutamanya bagi kes pesakit yang "berat". Perawat boleh meneruskan rawatan jarak jauh jika diminta oleh pesakit


Dua video ini menunjukan kesan penggunaan Akrionic tanpa melakukan ruqyah... biizniLLAH





Tuesday, November 10, 2009

Majlis Ijtima' Perawat Akrine (MIPA) 2009

Semua bekas pelatih Akrine adalah dijemput untuk menghadiri perjumpaan tahunan yang dikenali sebagai Majlis Ijtima' Perawat Akrine (MIPA) 2009 pada 19hb. Disember 2009 bertempat di Dewan Burhanuddin Helmi Kuang, bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari

Antara tujuan MIPA 2009 adalah:

1. Merapatkan ukhuwah antara perawat
2. Diskusi pengalaman, perkembangan teknik(termasuk Akrionics) dan isu-isu berkaitan rawatan
3. Penyelarasan klinik/pusat rawatan berjenama Akrine - agen, pendaftaran cawangan, latihan dsb
4. Penyerahan kad perawat Akrine
5. Lain-lain pengisian yang bersesuain dengantujuan ijtima' diadakan

Bagi tujuan di atas, tuan/puan bekas pelatih Akrine yang ingin menghadiri MIPA diminta untuk mengesahkan kehadiran
dengan SMS nama penuh ke 019-7584801 sebelum 30hb. November 2009.

Bayaran sebanyak RM30.00 dikenakan bagi tujuan pengeluaran kad dan jamuan tengahari. Bayaran boleh dibayar secara on-line atau semasa menghadiri ijtima' di atas

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)