Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Thursday, October 22, 2009

Menguji Jin Bercakap benar

Saya sering ditanya bagaimana nak tahu jin bercakap benar atau tidak?

Ada 2 persoalan di sini, yang pertama; apabila seorang mengatakan kepada pesakit atau warisnya bahawa dia (pesakit) terkena sihir, asyik, saka dsb adakah ini dikira sebagai menilek (kahin) yang dilarang oleh Islam?

Seterusnya jika berdialog dengan jin, sejauh manakah kebenarannya?

Kita diajar bahawa tiada sesiapun yang tahu tentang perkara ghaib kecuali ALLAH.

Apabila mengkategorikan sihir, asyik, saka, ilmu ambilan, khadam dsb kelihatan seolah-olah kita mahu melangkaui batasan perkara-perkara ghaib. Inilah yang menjadi salah satu pertanyaan yang dikemukakan kepada saya oleh jawatankuasa Dsyifa semasa sesi siasat terhadap saya dahulu.

Saya jawab secara perbandingan. Apakah Sheikh Wahid Abdus Salam juga tergolong dalam kahin kerana mengatakan orang ini kena sihir tafriq, asyik dsb? Seterusnya saya pertegaskan bahawa perkataan "mungkin" mestilah digunakan kerana kita hanya meng"agak" sahaja berdasarkan simpton dan ayat-ayat yang dibaca.

Apa perlunya diberitahu pesakit yang dia mungkin disihir, ada jin saka dsb?

Ini kerana setiap jenis gangguan mempunyai teknik rawatan tersendiri. Jika sihir misalnya barang sihir perlu dicari atau dimusnahkan. Jika saka, ikrar pemutus dan kegemaran jin saka serta barang saka mestilah dikenalpasti. Lihatlah karangan mu'allij bagaimana berdepan dengan sihir gila, sawan, pengasih dsb. setiap kes ada pengkhususan termasuklah santau... Kalau sudah tahu pesakit ada ciri-ciri santau, beritahulah pesakit yang dia kemungkinan kena santau dan rawatannya yang terbaik adalah sekian-sekian!

Ternyata bagi saya tidak salah jika kita nyatakan jenis-jenis gangguan yang dialami oleh pesakit.

Bagaimana pula kalau pesakit mendesak nak tahu siapa yang menyihir?

Saya berpendapat fitnah akan terjadi bila kita menjawab sianu-sianu yang menyihir. Kalau dalam dialog dijelaskan yang menyihir adalah sianu, anggaplah hanya "precaution" sahaja dan jangan telan bulat-bulat kenyataan ini. Saya berhujjah sebenarnya sianu mungkin tidak langsung melakukan penyihiran tetapi inilah kerja-kerja jin saka milik sianu yang sianu pun tak tahu... inilah tugasan kita supaya tidak memanjangkan fitnah dialog.

Bagaimanapula kalau dinyatakan barang sihir ditanam di tempat2 tertentu? Sunnah mengajar kita untuk mengambil dan menawarkan barang sihir berkenaan. Jika dikaitkan dengan seseorang dan barang berkenaan dijumpai betul, bolehkah kita terima bahawa orang itulah yang menyihir? Sekali lagi sunnah melarang kita untuk "menembak" orang berkenaan kerana fitnah akan terjadi... kita hanya menasihatkan berhati2lah dengan orang berkenaan. inilah yang dikategorikan sebagai OKS

Sejauhmana kebenaran diolog dengan jin?

Sebenarnya ada tidak kurang dari lima kaedah dialog:

1. Dialog langsung - jin bercakap melalui lidah pesakit
2. Dialog menulis - pesakit diberi pen dan kertas untuk menulis
3. Teknik telunjuk
4. Teknik kaki
5. Sendawa, batuk, jerit dsb

Dalam semua kaedah di atas, teknik kaki adalah yang paling mudah bagi semua pesakit.InsyaALLAH teknik ini akan diajar dalam kursus mendatang

Saya mempunyai teknik untuk menguji kebenaran dialog tetapi masih juga akhirnya lebih bersifat "precaution" dan bukan mutlak. Ini juga akan diajar. Yang jelas kita dilarang sama sekali untuk menjatuh hukum secara pasti terhadap rawatan dan dialog yang berlaku.

Sunday, October 18, 2009

Suami tong sampah

SEPANG: Perbuatan pelik seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam selepas tengah malam dalam timbunan sampah yang busuk dan berulat di belakang rumah dipercayai bagi menguatkan ‘ilmu hitam’ dituntutnya menyebabkan isteri yang baru dinikahi 40 hari lalu, melarikan diri.

Bukan itu saja, perangai aneh lelaki yang bergelar ‘haji’ itu makin menjadi-jadi apabila dia didakwa ‘berselera’ menghidu bau bangkai itik peliharaannya, selain mencampak beberapa bangkai haiwan itu ke dalam kolam ikan untuk dijadikan makanan harian ikan ternakannya sebelum dia memakan ikan berkenaan.

Lebih menjijikkan, lelaki terbabit tidak membersihkan tandas rumahnya sejak berbulan lalu, selain selesa duduk dalam tandas busuk itu berjam-jam sebelum keluar dan tidur tanpa membersihkan dirinya yang kotor.

Sikap suami yang pelik itu menimbul rasa curiga isterinya, hanya mahu dikenali sebagai Nadia, 50-an, yang mendakwa tidak menyangka lelaki yang sudah menunaikan ibadah haji memiliki kegemaran pelik termasuk gemar bergelumang timbunan sampah di belakang rumah selepas jam 12 tengah malam.

Nadia berkata, dia percaya suaminya mengamalkan ilmu hitam dan membela ‘hantu raya’ berdasarkan gangguan bunyi pelik pada waktu malam selain amalan pelik diamalkannya.

“Saya pernah terserempak ‘suami’ yang merenung ke arah saya di ruang tamu walaupun ketika itu suami saya tidur dalam bilik,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Nadia berkata, suaminya juga sering duduk bersendirian dalam gelap dengan menutup semua lampu rumah pada waktu malam, selain mampu menghabiskan enam pinggan nasi, lapan jag air dan lapan telur masin serentak.

Tanpa berselindung, Nadia berkata, suaminya juga memiliki tenaga batin luar biasa sehingga menimbulkan curiga yang semakin mendalam.

“Apabila malam, suami jadi gagah dan berkelakuan seperti remaja sehingga melakukan aksi aneh yang mustahil mampu dilakukan lelaki seusianya.

“Suami boleh melakukan hubungan seperti orang muda walaupun berusia lebih 60 tahun sedangkan dia tidak pernah mengambil sebarang ubat kuat,” katanya yang menjanda 10 tahun sebelum berkahwin dengan lelaki terbabit.

Mengimbau kembali detik perkenalan dengan suaminya, Nadia berkata, pertemuan pertama di sebuah kedai makan, dia tiba-tiba simpati apabila melihat wajah lelaki terbabit sebelum bersetuju menerimanya sebagai pasangan hidup.

“Saya seolah-olah dipukau dan menjadi bodoh dengan mengikut perancangan suami tanpa membantah.

“Ahli keluarga juga keliru dan terkejut tindakan saya tetapi menerima dengan hati terbuka berikutan suami berstatus haji yang diharap mampu membimbing saya,” katanya.

Nadia berkata, dua hari selepas bertemu, mereka bertunang sebelum bernikah dua hari selepas itu dan perkahwinan berlaku begitu pantas sebelum semuanya terbongkar apabila berpindah ke rumah lelaki terbabit.

Dia mula tidur berasingan dengan suami apabila tidak tahan diganggu lembaga jelmaan suami yang mengaku memelihara hantu raya bagi menjaga keselamatan rumahnya.

“Saya sentiasa hidup ketakutan. Hidup saya seperti dalam neraka. Saya amat kesal dengan perkahwinan ini. Tiada apa yang saya mahukan selain berpisah kerana tidak sanggup lagi menjadi mangsa hantu belaan suami.

“Saya hanya mampu bertahan 40 hari sebelum nekad meninggalkan rumah kerana bimbang diburu suami yang akan menggunakan makhluk belaannya itu,” katanya.

Nadia berkata, dia berusaha memulihkan diri dengan mendapatkan khidmat ahli agama sebelum pulang ke kampung untuk mengemukakan permohonan fasakh di pejabat agama di kampungnya di negeri Pantai Timur.

“Saya bimbang jika tidak mempunyai pendinding diri, saya mungkin dipukau semula serta mengikutnya pulang ke rumah dan episod hitam dalam hidup saya akan berlarutan tanpa ada kesudahan,” katanya.
-hmetro.com-

Monday, October 12, 2009

PM27 : Sila pindah tuanku

Sihir ke atas Puan H seperti tidak ada noktah hentinya. Beliau datang mendapat rawatan, kemudian pulang dalam keadaan sihat akan tetapi kembali selepas beberapa minggu akibat serangan baru. Rawatan hari ini mengambil masa yang agak singkat. Kumpulan jin-jin sihir yang dihantar penyihir kali ini agak mudah dikeluarkan berbanding sebelum ini.

Setelah Puan H sedar dari kerasukannya...
Puan H: "Ok ustaz. Saya dah ok dah. Tadi kepala rasa berat sangat, sekarang dah ok dah."
Saya: "Belum, masih ada."
Puan H: "Ha? Masih ada?"
Saya: "Boleh saya tanya akak beberapa soalan dan saya nak akak jawab dengan ikhlas."
Puan H: "Boleh...insyaAllah."

Saya mula menanyakan perihal yang tertumpu kepada kebolehan yang ada pada Puan H. Kebolehan yang paling hebat adalah kebolehan mengubati orang. Katanya dia pernah mengubati orang dan pernah beberapa kali mendapat mimpi tentang cara pengubatan.

Tanpa melengahkan masa...
Saya: "(membuat pengumuman) Jin yang pandai mengubat, sila muncul sekarang kerana Allah."
Puan H terus kerasukan...
Saya: "Kamu jin yang sering membantu dia dalam hal perubatan betul tak?"
Jin: "Ya."
Saya: "Terdapat penggunaan mentera dalam cara pengubatan kamu betul tak?"
Jin: "Ya."
Saya: "Kamu hadir dalam mimpi beliau untuk beri dia ilham, betul tak?"
Jin: "Ya."
Soalan bertalu-talu yang saya ajukan serta dakwah yang saya sampaikan telah menyebabkan jin ini sedih dan menangis tersedu-sedu.

Perbualan kami akhirnya membongkar cerita bahawa jin warisan ini adalah seorang Sultan kepada sebuah kerajaan di dalam tubuh Puan H.

Saya: "MasyaAllah kamu adalah Sultan. Maafkan saya jika terkasar bahasa."
Sultan: "Tidak mengapa."
Saya: "Saya mohon tuanku serta rakyat tuanku meninggalkan badan wanita ni dan berpindah ke Darul Islah."
Sultan: "Mohon beta melindungi wanita ini sebelum beta meninggalkan beliau."
Saya: "Boleh. Tetapi saya tidak membenarkan tuanku menggunakan sebarang mentera dan jampi."
Sultan: "InsyaAllah. Beta dah insaf."

Saya dan suami Puan H menyaksikan bagaimana Sultan (dalam keadaan sedih) membina perlindungan kepada Puan H menggunakan ayat-ayat al-Quran yang dibacakan secara jelas. Setelah semuanya selesai, Sultan kemudiannya memusnahkan istana kediamannya dan seterusnya membawa rakyatnya berpindah ke Darul Islah.

Kemudian muncullah beberapa watak-watak jin yang berbeza-beza berdasarkan kepada kebolehan-kebolehan yang ada pada Puan H seperti:
1) Jin tukang urut - Puan H memang pandai mengurut tanpa belajar secara formal.
2) Jin tukang masak - Puan H memiliki kemahiran memasak yang luar biasa.
3) Jin tukang jahit - Puan H juga ada kebolehan menjahit.
4) Jin petani - bila menanam pokok, pasti pokok yang ditanam Puan H menjadi.

Kesemua jin-jin ini adalah pekerja-pekerja istana yang tiada di istana (off duty) ketika Sultan meninggalkan mereka dan memusnahkan istana. Mereka akan muncul dalam keadaan terkejut dan menangis tersedu-sedu bila mengetahui tentang perkara yang sedang berlaku.

Jin: "Mana Sultan? Kenapa Sultan tinggalkan kami? Kenapa istana musnah. Kenapa ini semua berlaku?"

Setiap mereka begitu setia dan menyayangi Sultan dan tidak berlengah lagi meninggalkan Puan H bila mereka tahu keadaan sebenar.

Setelah kesemua jin-jin yang berkaitan dengan kebolehan Puan H dikeluarkan saya mula membuat pengumuman baru..
Saya: "Dalam kerajaan ini pasti ada yang belot. Kamu yang belot, sekarang silakan muncul kerana Allah."
Jin: "Ya saya."
Saya: "Kamu siapa."
Jin: "Saya tuan Puteri."
Saya: "Adakah tuan Puteri berseorangan?"
Saya: "Tidak. Saya bersama dua dayang."
Saya: "Kenapa tuan Puteri dikatakan belot?"
Jin: "Saya datang dari kerajaan lain dan ingin mengahwini Sultan."
Saya: "Apa yang berlaku tuan Puteri."
Jin: "Cinta saya ditolak Sultan."(menangis teresak-esak)
Saya: "Kenapa tuan Puteri masih menetap di sini dan tidak pulang ke kerajaan tuan Puteri?"
Jin: "Kerajaan ayahanda musnah."
Saya: "Jadi tuan Puteri yatim piatu."
Jin: "Ya."
Saya: "Maafkan saya."
Jin: (diam)
Saya: "Berapa ramai isteri Sultan?"
Jin: "Sultan tidak berkahwin."
Saya: "Sultan tidak berkahwin? Saya menganggap Sultan tidak berkahwin kerana sayangkan rakyat dan tidak mahu rakyat kecewa. Dan rasanya inilah sebabnya rakyat amat-amat menyayangi Sultan."
Jin: "Tepat sekali."
Saya: "Takpe. Biar saya berbincang dengan tuanku Sultan."

Saya mula berbincang dengan Sultan dan menyuruh Sultan membuat keputusan berdasarkan sokongan rakyat. Akhirnya rakyat sebulat suara menerima tuan Puteri sebagai Permaisuri. Tuan Puteri akhirnya dilamar Sultan.

Yang terakhir muncul adalah tentera berkuda;
Saya: "Siapa ni."
Jin: "Kami tentera berkuda. Eh, kenapa istana musnah? Dimana Sultan?"
Saya: "Sultan telah dipindahkan ke Darul Islah."
Jin: "Ayuh segera! Sultan amat-amat memerlukan kami."
Saya: "Nanti dulu. Saya minta kamu lakukan tugasan terakhir untuk memastikan kesemua rakyat jelata meninggalkan badan perempuan ni."
Jin: "Baiklah. Itu memang tugas kami."

Jin-jin mula keluar dalam bilangan yang sangat ramai.

Pesakit mula sedar dan suami Puan H yang tercengang dari tadi mula menanyakan pelbagai soalan...
Suami Puan H: "Ustaz, saya tak sangka ada saka dalam badan isteri saya."
Saya: "Maafkan saya, kehadiran saka atau warisan dalam badan seseorang akan memudahkan badannya dimasuki jin. Mereka (saka atau warisan) adalah pada asalnya bertujuan melindungi pesakit, tetapi tanpa mereka sedari kehadiran mereka telah mengundang atau memberi laluan kepada jin-jin lain."
Suami Puan H: "Ok barulah saya faham."


-Muallij

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Friday, October 9, 2009

Maklumat Untuk Peserta Kursus 31/10 - 1/11

Assalamu'alaikum wbt.

Kami ingin memaklumkan beberapa perkara kepada semua bakal peserta kursus:

1. Pihak kami akan menghubungi anda yang terpilih secara SMS untuk pengesahan. Anda perlu menjawab sebelum 19hb. Okt. 2009. Bagi mereka yang tidak dihubungi sila telefon atau sms kami selepas 19hb. Okt. 2009 dengan kadar segera bagi urusan pengemaskini maklumat peserta kursus.

2. Kursus bermula dengan pendaftaran dari jam 8.15pagi dan kuliah pertama adalah jam 9.00 pagi. Kursus berakhir jam 4.00 ptg hari yang kedua.

3. Kandungan kursus adalah sama seperti sebelum ini iaitu (1) Pengenalan Rawatan Gangguan (2) Membenteng diri (3) Rahsia Mu'allij dan (4) Teknik Rawatan

4. Untuk kursus kali ini sedikit penambahan berkenaan (1) Teknik tidurkan jin (2) Teknik selsema babi (3) Teknik benteng secara racun (4) Teknik rawatan 30 minit. oleh yang demikian masa kursus telah ditambah sehingga petang

5. Peserta dikehendaki membawa peralatan rawatan berikut : (1) Serban/kain pelikat (2) Blanket penutup kaki - peserta wanita sahaja (3) Rotan atau seumpamanya (4) Botol bermulut besar (5) Botol spray air

6. Bagi yang ingin bermalam sila bawa peralatan2 anda...blanket/toto ada disediakan. Penginapan untuk lelaki shj, makan malam tidak disediakan. Tiada kursus pada sebelah malam

7. Sila buat bayaran sepertimana yang ditetapkan : (1) RM230.00 peserta baru (bagi yang telah memiliki buku BDJ RM200.00 shj (2) RM150.00 bekas pelatih Akrine dan (3) RM130.00 bagi penuntut (IPTA/IPTS sepenuh masa atau pelajar sekolah ).

8. Bayaran ke akaun Maybank 562740110528 dan email ke akrine@yahoo.com atau sms ke 017-3646461 butiran pembayaran
berkenaan. Bagi yang ingin membayar semasa datang kursus sila juga mengesahkan cara bayaran anda.

Gempa di Padang dan Jambi - satu kebetulan?

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya.

Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

Subhanallah

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)