Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Friday, December 25, 2009

Testimoni2 Akrionics

1. Seorang pesakit yang mempunyai masalah jerawat telah sembuh setelah dirawat secara jarak jauh dengan Akrionics - Najib/perekacipta Akrionics

2. Isteri saya yang mengalami ulcer mulut pulih setelah dirawat secara Akrionics - Najib/perekacipta Akrionics

3. Saya terpaksa "bertarung" dengan seoarang pesakit setelah dia kerasukan apabila dirawat secara Akrionics - Najib/perekacipta Akrionics

4. Dengan izin ALLAH saya berjaya merawat penyakit kaki dan mulut menggunakan Akrionics- Najib/perekacipta Akrionics

5. Saya menguji Akrionics sambil berzikir, perut saya berkeroncong... sakit pinggang saya semakin pulih - Majid/Akrine Kuang

6. Saya letakan gambar anak saya yang sedang menuntut di luar negara selama 6 jam (waktu malam), besoknya dia telepon tidak semena-mena demam (healing crisis) - Majid/Akrine Kuang

7. Ujian saya seterusnya kepada seorang yang resdung dan mengalami sukar bernafas kerana hidung tersumbat. Dengan meletakan tahi hidung sebagai nosode dan dirawat secara Akrionics dalam tempoh 3 jam, pesakit berkenaan boleh bernafas dengan lancar tanpa gatal2 di muka - Majid/Akrine Kuang

8. Gatal-gatal di kepala yang alami sekian lama sudah tiada selepas menggunakan Akrionics - Zam

9. Saya juga tidak allergy kepada ayam dan daging, dari kecil saya tak boleh makan ayam dan daging, kini saya boleh setelah dirawat secara Akrionics - Zam

10. Saya uji kekuatan tangan, tanpa menggunakan Akrionics tangan saya lemah dan boleh diangkat oleh rakan saya... tetapi apabila Akrionics dipasang, tangan saya tidak dapat diangkat lagi - Zam

11. Saya telah berjaya mengislamkan 5 jin yang mengganggu keluarga saya, apabila dikenakan Akrionics jin-jin mudah diajak berdialog dan bersetuju masuk Islam -Mazlan/Jelebu

12. Isteri saya kerasukan setelah dikenakan Akrionics, jin saka yang telah 5 tahun bertapa muncul dengan keadaan amat marah, jin ini masih terikat dan belum boleh dikeluarkan. Dia tak mahu tidur, saya boleh lemahkan jin ini meletakan Akrionics di kepala isteri saya - Hamdi/Tk. Intan

13. SY DAPATI APB KITA BERZIKIR DGN AKRIONICS, YAKNI MERAKAMKAN AYAT KALAMULLAH PD AKRIONICS (SPT RAKAM PD AIR) IA LEBIH EFEKTIF.
SAHABAT SY MULA MENGUJI ALAT INI (MILIK SY YG TELAH DIRAKAM DGN ZIKRULLAH) DAN BERKESAN KPD KELUARGANYA. START PAKAI DAH PANAS, SAKIT KEPALA. TTP BILA DIA BELI DAN PAKAI TANPA RAKAMAN ZIKIR ALAT ITU MACAM KURANG MEMBERI KESAN. DISINI SY BERPENDAPAT CIRI2 PETIR ITU MESTILAH TERAKAM PERINGATAN DAN FIRMAN KALAMULLAH - Amni/Akrinebera

14. Video terbaru



Tuesday, December 22, 2009

18 atau 81?

Pada tangan kanan anda ada no. 18 dan pada tangan kiri anda ada no. 81, subhanALLAH. Jika dicampurkan jumlahnya adalah 99 sesuai dengan bilangan Asmak uLLAH!

Jika diperhati dari susunan nama berkenaan yang ke 18 ialah Ar-Razzak (Maha Pemberi Rezki) dan yang ke 81 adalah Al-Muntaqeem (Maha Penyiksa).

Jika tangan kanan yang bakal menerima kitab amalan maka cerahlah mendapat keredhaan ALLAH dan sebaliknya jika tangan kiri yang menerima catatan amalan gelaplah bakal kena siksa... mungkin itulah yang dimaksudkan 18 dan 81.

Tangan kanan digunakan untuk mengambil makanan (rezki) tangan kiri pula untuk kerja-kerja pembersihan... tangan kiri tak pernah komplen kerana ini adalah sunnatuLLAH.

Bukan perkara di atas yang saya nak perawat2 bincangkan.... mari fikirkan berikut:

Para ulamak bersependapat bahawa ada tiga bacaan rukyah yang dibenarkan; Yang pertama - ayat Quran, yang kedua asmak uLLAH dan yang ketiga adalah doa-doa muktabar berdasarkan hadis Nabi SAW.

Dua asmak uLLAH yang biasa kita dengar ialah yal-Bari dan Ya-Syafi.

Saya ada membuat amalan/kajian dengan Ya Razzak dan Ya Muntaqeem.

Caranya: jika anda memegang kaki pesakit (kiri) dengan tangan kanan bacalah Ya Razzak sekurang-kurangnya 10 kali, dan jika anda menyentuh (secara berlapik) kaki kanan dengan tangan kiri bacalah ya Muntaqeem dalam bilangan berkenaan. Tiup dan lepaskan pegangan anda...

Natijahnya .... anda buatlah dulu dan ceritalah kat sini...

Monday, December 21, 2009

Kursus Intensif Rawatan 23-24 jan. 2010

Assalamu'alaikum.

InsyaALLAH pihak Akrine akan menganjurkan kursus rawatan pada 23-24 Jan. 2010 bertempat di Dewan Burhanuddin Helmi, Kuang Selangor.

Anda yang berminat sila sms ke 019-7584801 dengan menyertakan nama penuh, samada pelatih baru atau bekas pelatih, lokasi dan bidang kerjaya.

Keterangan lanjut sila rujuk bahagian atas blog ini.

Saturday, December 19, 2009

Gambar-gambar MIPA


Welcome speech by Ust. Zed


Khusyuk ...


Seronok dapat berjumpa di kalangan mu'allij, cantik name tag nampak!


Pencipta Akrionics... menceritakan segalanya


Peserta di belakang


Pengalaman merawat Akrinebera... tk cikgu


Pengalaman Ust. Wan Asrul


Beri tumpuan... ini baju dan vase logo AKRINE


Jumpa lagi di MIPA akan datang

Tuesday, December 15, 2009

Klinik Akrine Sudah Beroperasi


Warna hijau kegemaran saya!


En NR pesakit pertama yang menggunakan klinik sedang melakukan TKR


Cikgu I dari sabah pesakit kedua juga menggunakan TKR


Perut Cikgu I macam bertih bila di letakan Akrionics di perutnya


Puan F sedang mengisi borang rawatan


Puan F menjawab & berdialog secara teknik geleng tangan



Kemudahan bilik rawatan


Bilik menunggu

Saturday, December 12, 2009

Perutusan MIPA 2009

AlhamduliLLAH, segala puji-pujian kepada ALLAH yang memilih kita sebagai kalangan mu’allij dari sekian ramai manusia. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menunjukan jalan kebenaran kaedah-kaedah rawatan tanpa sedikit keraguan kepadanya. Doa dipanjatkan kepada ALLAH SWT kepada semua mu’allij terdahulu seperti Ibnu Sina, Ibnu Taimiah, Ibnu Qayyim dll semuga ALLAH menerima mereka sebagai penghuni-penghuni syurga yang diredhaiNYA. Begitu juga kepada sekalian mu’allim yang mendidik kitatentang ilmu-ilmu rawatan ini, mudah-mudahan ALLAH memberkati kehidupan mereka di dunia dan di akhirat nanti.


Saya mengalukan kehadiran sdra/sdri ke Majlis Ijtima’ Perawat Akrine (MIPA) 2009 dengan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum jami’an.


Tujuan ijtima’


Pagi ini kita berkumpul dalam satu Ijtima’ mu’allij sebagai usaha penyatuan fikrah, merapatkan ukhuwah, memperteguhkan ilmu serta menegaskan bahawa kita hanyalah media yang ikhlas yang mahu membantu ummah dalam merungkai hal-hal yang berkaitan dengan rawatan secara Islam.


Akrine telah ditubuhkan 4 tahun yang lalu dalam usaha menyediakan kemudahan latihan merawat kepada individu yang berminat tanpa mengambilkira latarbelakang pendidikan, pegangan politik, aliran rawatan dsb. Akrine telah memulakan kursus rawatannya pada tahun 2007 dan sehingga kini telah mencapai ribuan lepasan yang mengikuti kursus anjurannya. Maka ijtima’ kita hari ini merupakan usaha-usaha mengumpulkan seberapa ramai mu’allij yang masih aktif merawat samada secara kumpulan, individu malah menjenamakan pusat rawatannya sendiri.


Akrine dan bloggers


Akrine juga telah melopori penulisan catatan rawatannya di dalam blognya. Ketika itu hanya terdapat portal dalam bentuk forum dengan bilangan mu’allij yang sedikit.

Hari ini terdapat tidak kurang dari 50 bloggers yang merancakan dunia rawatan Islam di negara kita, ini adalah satu perkembangan sihat. Akrine juga menyeneraikan perawat-perawat di semua daerah/negeri dan negara dalam usaha memudahkan ummah mencari perawat yang terdekat. Ini juga memecahkan sikap pergantungan kepada mu’allij tertentu sahaja.


Akrine dan teknik rawatan


Sepanjang menjalankan kerja-kerja rawatan dan mengendalikan kursus Akrine telah menemui pelbagai teknik rawatan seperti teknik mengesan, menikam, menarik, memukul, menidur, memagar, tanzir,TKR, TRO dll hasil dari kerja-kerja rawatan dan penyelidikan. Sedikit sebanyak teknik-teknik ini membantu mu’allij dalam melakukan rawatan. Kepada ALLAH dipanjatkan setinggi-tinggi syukur di atas sedikit ni’mat bantuan dalam penyelesaian rawatan.


Teknik tetap teknik, ternyata adalah suatu kesilapan meletakan teknik sebagai lebih aula dari pergantungan dan kuasa penyembuhan milik ALLAH. Terdapat mu’allij yang mempertikaikan teknik Akrine seperti teknik bakar batu bata, teknik sembelih, TKR dsb. Akrine dikategorikan sesat oleh Emjay kerana teknik-teknik di atas. Inilah adalah di antara mehnah dan tribulasi perawat. Tuduhan sesat merupakan lumrah, tetapi kita tidak gusar jika yang mengatakan kita sesat itu bukan di kalangan perawat tetapi menjadi parah jika ia dilontarkan oleh kalangan perawat sendiri. Itulah juga yang dipertegaskan oleh Fathi Yakan dalam kerja-kerja dakwah.


Sikap kita apabila dikatakan sesat bukanlah pula bererti kita menyerang balas mereka tetapi memeriksa diri kita, kerana adakalanya teguran yang pahit itu lebih baik dari pujian melangit. Sikap kita mestilah berlapang dada, adakalanya bersyukur kerana ada orang yang memerhatikan kita, samada dia ikhlas atau tidak kita serahkan kepada ALLAH .


Akrine ingin mempertegaskan bahawa teknik rawatan Akrine adalah gabungan dari niat, doa, rukyah dan tindakan berdasarkan niat,doa dan rukyah yang dilangsungkan. Sebagai contoh; niat – saya nak tarik jin ini keluar, doa- ya ALLAH permudahkan saya menarik jin ini keluar, rukyah- An-Namlu 31-32, tindakan- tarik pakai serban. Apakah kaedah ini berjanggah dengan syarak?


Kefahaman Akrine bahawa kaedah inilah yang dilakukan oleh RasuluLLAH SAW. Teknik memukul dengan serban adalah sebagai contoh yang merupakan sunnah rawatan rasuluLLAH SAW yang menggambungkan ke empat-empat elemen di atas.


Berdasarkan konsep empat elemen ini Akrine terus berkembang. Pelatih-pelatih Akrine juga menemui teknik-teknik baru yang amat-amat kita alu-alukan. Kita menolak pergantungan mutlak kepada bacaan ayat-ayat tertentu sebagai penentu kepada teknik rawatan kecuali jika ada hadis yang memperkuatkan rukyah berkenaan. Perawat mestilah tidak meletakan ayat mengatasi kesembuhan milik ALLAH, kekuatiran kita adalah hilangnya pergantungan mutlak kepada ALLAH.


Akrine dan pertubuhan rawatan


Akrine menolak konsep ta’assub kepada guru dan aliran rawatan. Bagi kita ilmu ALLAH itu terlalu luas, kenapa harus dihalang mereka-mereka yang berikhtiar untuk merawat pesakit selagi mana ia mengikuti landasan syari’ah? Penjenamaan kumpulan hanyalah untuk mengenalpasti latarbelakang perguruan asas perawat, ini tidak bermakna kita menolak kumpulan lain, memperleceh jenama lain atau tidak boleh bersama kelompok perawat yang lain. Mudah-mudahan sikap ini kita hakis jauh dari lubuk hati kita kerana ikhlas adalah kunci kehidupan muslim.


Akrine ingin menegaskan bahawa kita menolak sikap permusuhan antara mu’allij dan pertubuhan rawatan. Permusuhan sebegini timbul dari hasad dengki, curiga, merasakan diri/kumpulannya lebih hebat dsb yang tercela dalam Islam. Akrine mengajak semua mu’allij bergerak sebagai satu jemaah besar yang saling hormat menghormati sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Mana-mana teknik rawatan lain yang kurang kita persetujui, tidak boleh dihukum sebagai salah selagi mana perawat berkenaan meletakan Al-Quran, hadis. Ijma’ dan qiyas dalam rawatannya. Biarlah guru-guru yang arif dalam bab hukum memberikan pendapatnya.


Buat masa ini Akrine hanyalah bertindak sebagai pembimbing dan rakan kepada semua perawat. Kesatuan kita adalah kesatuan matlamat yang diikat dengan keikhlasan hati. Sdra/sdri bebas untuk menjenamakan kumpulan sdra/sdri, membuka pusat rawatan sendiri dan mencipta teknik rawatan sendiri.


Yang penting sdra/sdri mestilah berjemaah. Akrine adalah rangkaian jemaah anda.


Usaha melahirkan perawat


Memang benar pendapat yang mengatakan perawat tidak boleh dilahirkan dalam tempuh yang cepat. Menghadiri kursus intensif belum melayakan seseorang menjadi mu’allij tersohor. Ia hanyalah permulaan.

Langkah seterusnya perlulah dilakukan sendiri oleh bakal perawat berkenaan.


Semakin banyak anda mendalami ilmu rawatan, semakin banyak kes rawatan yang sdra kendalikan maka semakin berputiklah anda sebagai perawat.


Bakal perawat mestilah cekal, ujian demi ujian ALLAH berikan kepadanya sebagai penentu samada anda benar-benar berjiwa besar sebagai perawat. Semakin anda lulus ujian semakinlah terserlah anda sebagai mu’allij.


Menjadi mu’allij memerlukan masa, masa untuk menambah ilmu, berzikir, merawat dsb. Hanya yang benar-benar melihat kepentingan mu’allij sahaja akan lulus dengan ujian masa. Semua kita sedang melaluinya.


Risiko versus nikmat menjadi mu’allij.


Akhirnya saya ingin menyatakan bahawa menjadi mu’allij bererti anda bersedia menghadapi risiko. Risiko berdepan dengan mu’allij silih berganti. Bermula dari serangan balas jin yang dibelasah, penyihir yang dikalahkan, serangan terhadap diri dan keluarga dan juga serangan dari perawat yang dengki.

Kita mestilah bersedia menghadapi risiko berkenaan.


Menjadi mu’allij ada kelebihannya. Memenuhi tuntutan surat al-Asr adalah antaranya. Mu’allij juga adalah bukti kebenaran Al-Quran, al-hadis dan Islam keseluruhannya. Menjadi mu’allij menjadikan anda seorang yang ikhlas kepada diri dan agamanya. Anda sentiasa berzikir samada semasa merawat atau di masa yang lain, tidakkah berzikir itu memberi manafaat kepada orang yang iman?


Akrine dan teknik rawatan mendatang


Akrine sedang memperkenalkan teknik rawatan Akrionics. Penggunaan medan elektrik bagi merawat secara dekat dan jarak jauh. Ianya bukanlah baru dan asing. Jin dan syaitan mati dengan tembakan petir oleh para malaikat atas perintah ALLAH. Petir adalah medan elektrik, penggunaan Akrionics adalah ciri-ciri petir dan kajian kita meyakinkan kaedah ini boleh digunakan sebagai ganti teknik bakar batu-bata dengan kesan yang lebih dahsyat dengan izin ALLAH.


Akrine juga sedang mendalami teknik kuasa minda yang akan kita tukarkan kepada kuasa jiwa kerana pendekatan kita adalah untuk membina jiwa (yang sebenarnya minda) pesakit. “Mind set” adalah juga punca penyakit, secara mudah anda ulanglah perkatakan “saya tak sihat” berkali-kali anda akan jatuh sakit. Beberapa pesakit telah juga berjaya dipulihkan dengan membetulkan kuasa jiwanya. InsyaALLAH apabila kita mengusai penuh teknik ini, sebaik mungkin teknik ini akan diajar di kursus mendatang.


Akhirnya saya ingin kita membentuk kesatuan fikrah, kesatuan hati dan kesatuan matlamat. Mudah-mudahan ijtima’ ini menjadi asas kepada kesatuan ini.

Thursday, December 10, 2009

Jin saka - jin sihir ; mana awwaliyat

Dalam kerja-kerja dakwah dan gerakan Islam kita diajar fiqhul awwaliyat iaitu meletakan perkara yang utama melebihi perkara yang lain. Contohnya dalam melaksanakan hukum hudud bagi seorang pencuri ie potong tangan. Jika di zaman itu banyak kecurian adalah berpunca dari kemiskinan maka di saat itu usaha-usaha membasmi kemiskinan adalah lebih diutamakan dari perlaksanaan hukum hudud berkenaan.

Dalam isu rawatan pula beberapa rakan perawat di dalam blognya ada membincangkan berkenaan yang mana satukah perlu didahulukan bila berdepan pesakit yang diganggu oleh jin sihir dan juga saka pada masa yang sama.

Seorang sahabat saya berpendapat perlu dibereskan jin saka dahulu sementara sahabat yang lain mengatakan jin sihir dulu. Masing-masing memberikan hujjah menyokong pendapat berkenaan.

Bagi saya yang pertama sekali perlu dicerap adalah siapa yang muncul dahulu apabila anda mula berdialog secara lisan dengan jin berkenaan. Jin sihir atau jin saka? Jika jin saka maka pada pendapat saya jin saka adalah lemah berbanding jin sihir, maka awwaliyat adalah jin sihir. Begitulah sebaliknya jika jin sihir yang muncul dulu, maka jin saka lebih ganas dari jin sihir dan ia kena dibereskan dahulu.

Walaupun begitu saya lebih gemar menggunakan teknik pengasingan diantara kedua kumpulan ini. Jin sihir pada sebelah kaki dan saka pada sebelah yang lain. Dalam kes ini sudah tidak timbul awwaliyat dan dialog lebih mudah kerana tidak bercampur baur. Kita selesaikan kedua-duanya sekali pada satu masa yang sama. Anda juga boleh tanya pesakit kaki mana yang lebih berat, yang berat itulah yang ramai.

wALLAHu'alam

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)