Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Sunday, January 31, 2010

Manual Asas Penggunaan Akrionics

Akrionics direkabentuk untuk menghidupkan kembali fungsi-fungsi sel-sel, organ-rogan dan sistem-sistem tubuh yang telah lama uzur, biiznILLAH. Selain daripada mengeluarkan & menyerang punca penyakit seperti jin dsb, sistem tubuh juga hendaklah diusahakan agar disuburkan semula. Sistem tubuh yang sihat sudah mempunyai fungsi untuk menolak benda asing dan makhluk asing. Sistem tubuh teraktif dan berfungsi & sihat apabila manusia sentiasa berzikrullah dan bertaqwa dalam amalan hariannya.

Guna Strap-ON
1. Untuk penyakit fizikal. Pastikan sudah bertemu dengan doktor yg berkelayakan dan mendapatkan hasil diagnosis. Ini bagi membolehkan pengguna jelas dan sedar akan penyakit yang hendak dirawat menggunakan Akrionics.
2. Pastikan tujuan jelas misalnya hendak merawat penyakit sekian-sekian yang dialami sipolan. Mohon agar Allah memberi kesembuhan kepada sipolan daripada penyakit sekian-sekian. Baca ayat 39 daripada surah Fusshilat,41 3x. Pasangkan bekalan kuasa dan hidupkan. Serah pada Allah ... lahaulawaquwwataillabillahil'aliyyil'adzim. Satu sesi disyorkan 15 hingga 20 minit, dua sesi sehari (malam dan siang). Ulang setiap hari selama 7 hari, atau satu bulan, 3 bulan atau hingga sembuh, biiznILLAH. Pesakit hendaklah sebaiknya berzikir setiap masa semasa rawatan Akrionics dan juga teruskan zikir selepas rawatan.

Guna Jarak Jauh
1. Untuk penyakit fizikal. Pastikan sudah bertemu dengan doktor yg berkelayakan dan mendapatkan hasil diagnosis. Ini bagi membolehkan pengguna jelas dan sedar akan penyakit hendak dirawat menggunakan Akrionics.
2. Dapatkan sampel daripada pesakit. Sampel boleh terdiri daripada rambut, air liur (umum), nanah, kahak, hingus, air mata atau daripada mana-mana bahagian tubuh yg ada kaitan khusus dengan penyakit. Sampel yang diambil boleh diguna bila-bila masa, tiada tarikh luput.
3. Masukkan sampel ke dalam botol/bekas yang telah disediakan, dan tutup dengan kemas. Gulungkan dan dirikan Akrionics dengan kedudukan penyambung letrik di atas.
4. Pastikan tujuan jelas misalnya hendak merawat penyakit sekian-sekian yang dialami sipolan. Mohon agar Allah memberi kesembuhan kepada sipolan daripada penyakit sekian-sekian. Baca ayat 39 daripada surah Fusshilat,41 3x. Masukkan bekas sampel dalam gulungan Akrionics, pasangkan bekalan kuasa dan hidupkan. Serah pada Allah ... lahaulawaquwwataillabillahil'aliyyil'adzim
5. Sekali rawatan satu jam sudah memadai utk di'ON' Akrionics. Rawatan dibuat dua kali sehari (malam dan siang), buat seperti langkah 1 hingga 4. Minima 7 hari ulangan. Boleh juga dilanjutakan sehingga sebulan, tiga bulan atau hingga sembuh, biiznILLAH.
6. Boleh juga,utk satu sesi rawatan, di'ON'kan (tanpa mematikan bekalan kuasa), maksima 72jam (3 hari). Setiap sesi buat langkah 1 hingga 4. Untuk ini, baca ayat 39 daripada surah Fusshilat,41 33x. Selesai 3 hari hari ini, buat lagi sesi tersebut hingga satu bulan, 3 bulan, atau hingga sembuh biiznILLAH. Pesakit hendaklah sebaiknya berzikir setiap masa semasa rawatan Akrionics dan juga teruskan zikir selepas rawatan.

Wednesday, January 27, 2010

Lagi gambar tambahan


Muallij muslimin mukminin


Muallijah muslimat mukminat


Blogger berjumpa otainya


Solat berjemaah adalah kunci kekuatan perawat

Gambar2 tambahan boleh didapati di http://alhusseyn51.blogspot.com/2010/01/akademi-rawatan-islam-nur-ehsan-kuang.html

Tuesday, January 26, 2010

Gambar kursus 23-24 Jan 2010





















































































































































































Catatan Kursus Intensif 23-24 Jan. 2010

AlhamduliLLAH kursus intensif rawatan dapat diselesaikan seadanya.

Sehari sebelum kursus dijalankan saya kena attack tetapi tak jelas adakah kerana kursus ini atau hal lain, yang nyata ianya hampir sahaja membatalkan kursus kerana serangannya boleh menggagalkan kemampuan saya... apa tidaknya, saya kehilangan suara!

Mungkin berkat doa semua serta langkah2 tahsin diikuti solat hajat berterusan memohon dipermudahkan segala urusan, ALLAH melindungi saya dengan memulihkan suara seadanya... oleh kerana suara saya dalam keadaan "reserve" saya tidak dapat beramah mesra dengan peserta kursus walaupun hajat dihati saya mahu mengenali semua muallij dan bakal muallij yang datang.

Kursus kali ini telah pergi ke peringkat antarabangsa, Akrine menerima penyertaan dari Brunei Darussalam dan juga Nigeria. Peserta Brunei tentunya tidak bermasalah tetapi wakil dari Nigeria, saya tak pasti. Mengikut rakan yang menemaninya, bahawa peserta dari Nigeria ini adalah seorang Muallij di benua Afrika sana. Beliau banyak berdepan dengan "vodoo" dan ada mempunyai teknik rawatan tersendiri seperti penggunaan sabun yang telah dirukyah.... ini idea yang baik juga, kenapa tak rukyah sabun saja... mudah2an sdra kita ini akan terus maju jaya. Kursus ini juga menerima kehadiran peserta-peserta dari Sabah dan Sarawak... alhamduliLLAH

Kursus kali ini juga mencatat penyertaan paling ramai dalam record Akrine Kuang, dengan penyertaan hampir 100 orang. Angka 100 mungkin menjadi kenyataan jika beberapa guru yang pada mulanya mendaftar telah terpaksa menarik diri kerana hari Sabtu diisytiharkan sebagai hari sekolah gantian sempena Tahun Baru Cina.... namun beberapa guru tetap komited untuk menghadiri kursus dengan meminta saya menyediakan surat sokongan dan akuan penyertaan kursus.

Saya juga tak sempat beramah mesra dengan rakan-rakan muallij yang secara ikhlas membantu saya, Ust. Marzuki, Ust. Zed, Sdra. Syed Fadhillah, Sdra Zam, sdra Syahid dll nama, ini kerana suara yang perlu dijaga serta kekangan masa kursus yang saya cuba berikan sebaik mungkin. Saya mengucapkan jazakALLAHu khairan jazak kepada anda semua. Saya doakan peratautan hati sesama kita sebagai perawat dalam mencari mardatiLLAH.

Beberapa penambah-baikan kursus telah diadakan sesuai dengan perkembangan teknik dan cadangan peserta kursus terdahulu. Pengenalan teknik 18-81 yang mengurangkan sentuhan kepada pesakit dan Akrionics telah diperkemaskinikan. Nota zikir tahsin juga telah diterjemah bagi memudahkan penghayatan ayat-ayat yang digunakan sebagai tahsin dan rukyah Akrine... insyaALLAH akan diperbaiki lagi dengan mengikut urutan dalam Al-Quran sepertimana cadangan dari peserta, terima kasih.

Saya telah cuba memberi sebaik mungkin kandungan kursus ini tetapi saya yakin masih banyak lompang-lompang yang perlu diperbaiki. Oleh yang demikian, saya memohon jutaan kemaafan kepada semua peserta... jika ada maklumat yang tidak tepat, senda-gurau yang menyinggung perasaan, makanan yang kurang enak, tidur yang tidak lena, layanan yang kurang mesra, dll.... MAAFKANLAH kami.

Saya sedang menunggu gambar-gambar yang diambil oleh rakan muallij untuk di"upload" dalam catatan ini. Harap bersabar.

Monday, January 25, 2010

MP3 Sony... siapa terambil?

Assalamu'alaikum,

Sesiapa yang ada terambil MP3 Sony Recorder semasa kursus intensif sila hubungi 019-4776600 atau 019-4186600 dengan kadar yang segera.

Terima kasih.

Monday, January 18, 2010

Email Misteri tentang hypnotism

Assalamualaikum,

This is regarding the apostasy-by-hypnotism method used by THE DARK CLAN to force Muslims to abandon Islam. The apostates told me personally that they are from the Dark Clan mentioned by Harun Yahya in his book of the same name. Actually their group has been around for thousands of years but Harun Yahya is the first to accurately write about them, hence they took on the name The Dark Clan.

http://www.harunyahya.com/thedarkclan01.php

They use hypnosis via (a) eye contact or (b) skin contact or even long distance hypnosis through (c) voice over telephone or (d) photograph of the victim. This is their admission to me (they may or may not be telling the truth).

http://www.youtube.com/watch?v=MXr8wF8vr_E&feature=related

Once the victims of hypnosis have been hypnotized, they will be persuaded or even threatened (as I was) to announce or make declaration that Allah does not exist.

AFTER the victims make the declaration that Allah does not exist (Alhamdulillah, I resisted their threats), the apostates gain magical powers which they claim is "wave energy" or other forms of energy (which are actually kafir jinn and Satan). Among the magical powers are telepathy, telekinesis, clairvoyance, ability to see auras, chakras or spirit beings (jinn?), experiencing precognition and others (please see video clip below, minute 1:27). They are also able to hypnotize other victims to spread their ideology. All these magical powers (sihir) are gotten without learning or attending classes. Just reciting "Allah does not exist" after being hypnotized is enough.

http://www.youtube.com/watch?v=y6ryiG2sfAE

All these sihir are actually kafir jinn and Satan deceiving the apostates as they have become followers of iblis laknatullah.

Some of the apostates have told me they experienced something similar to the video clip below while being hypnotized:

http://www.youtube.com/watch?v=7k_0Hwn7yac

According to the victims of hypnotism, they see the whole universe, planets, moons, stars, solar systems, galaxies, heaven (but not hell, hell does not exist according to them), and proof that Allah does not exist! I did not see these when I was hypnotized. I only saw colorful bubbles floating to the top and darkness all around me. Alhamdulillah,
Allah saved me.

Once they have declared they don't believe in Allah, these apostates then converted to Buddhism or Hinduism or Atheism or New Ageism, etc. They only PRETEND to be Muslims who are secular, liberal, plural, progressive, modern, etc.

A few of them even perform the Articles/pillars of Islam (Recite shahadah, salat, sawm, zakat, and hajj) but most do not. But ALL of them do not believe in Articles/pillars of Iman (believe in Allah, Malaikat, Holy Quran,
Injil, Taurat, Zabur, Nabi & Rasools, etc.) They only pretend to be Muslims so as to provide cover from the religious authorities in Malaysia (Quran 63:1 – 6).

Example of Buddhist magic done on me:

http://www.abuddhistlibrary.com/Buddhism/D%20-%20Chinese%20Mahayana%20Buddhism/Authors/Hsing%20Yun/On%20Magic%20and%20the%20Supernatural/The%20Buddhist%20Perspective%20on%20Magic%20and%20Supernatural.htm

Some of them who have converted to Tibetan Buddhism have been active for the more than 50 years in Malaysia (since the conquest of Tibet by China), covertly converting Muslims through hypnosis, economic and sexual incentives, psychological and physical threats and other means. They claim to worship Dorje Shugden.

Several of the apostates have mentioned to me that Dorje Shugden is their protector and assistor (Quran 18:102). At the time, I did not understand who or what Shugden is. I did ask them who or what Dorje Shugden is. All I got was, I was spat at and threatened that if I did not join them, they would beat me up and kill me. They even declared
war on me and Muslims who refuse to join them. I refused, of course, and as a result was slandered, namimah (I don't know the English word), oppressed, humiliated, black magicked, many attempts to kill me (it's a long story so I shortened it). This went on for decades.

This is one of the sihir they use that i've personally witnessed they used on someone at long distance. This sihir can be done on someone in the past, present and future, regardless of time and space.

Please look at video clip below minute 0:50. Definitely not healing!

http://www.youtube.com/watch?v=cKppSpcBCoc&feature=related

Muslims are being hypnotised to become apostates and secretly convert to other religions. I was a victim but Allah subhana wa taala saved me from being converted by hypnotism.

Reports I made to the religious authorities and police was futile.

The authorities dismissed my reports saying there is no law against apostasy in Malaysia. Is this true? I could not proof my allegations as it was my word against the apostates. According to one of them, there are more than 2 million, maybe more than 4 million, apostates in Malaysia since the 1950s. No proof was offered to support this claim.

The Dark Clan start hypnotizing Muslims at a young age; beginning in the primary schools. I remember when I was 8 or 9 years old, my schoolmates (same age) claimed they can hypnotize people, see the future, read other people's minds, throw their voice over long distances, etc,. And they even proved it to me! They showed they can
read my mind, hypnotize others, influence events, etc,.

I was amazed and wanted to learn the magic but when my schoolmates tried to hypnotize me, I did not see anything. All I saw was colorful bubbles and darkness. This happened several times as I grew up; from primary school, secondary school, university, work place and until I was in my 30s. Different "friends" from different background, different time, different locations and different situations. All had the same magical abilities. Later on, I found out that they all knew each other and had been trying to lure me into The Dark Clan. They claimed that my mother was the one who requested them to entice me to join The Dark Clan.

And I admit, my mother can read minds, hypnotize others, see the future, etc,. I experienced these as I was growing up in my house. But the strange thing is, she went for the Hajj and prays regularly. This is the reason I could not believe my parents are not Muslims anymore. They still perform Articles/pillars of Islam.

One of the so called "friends" admitted they hypnotized my wife even before I met and knew her as they already know who my wife will be and took the preemptive action to convert her to their religion. They claim this is to ensure they can lure me into The Dark Clan as they have surrounded me completely. They work together as a team to cajole, entice or even force Muslims to join The Dark Clan.

But back to the Tibetan Buddhists, I have further proof that even the Tibetan Buddhists headed by the Dalai Lama and the prime minister-in-exile have banned the worship of Dorje Shugden and his worshippers.

http://www.youtube.com/watch?v=KqON2lxArek

…...your idol becomes the devil…………Shugden is simply a spirit that brings evil (minute 2:00) ……Shugden followers have resorted to killing and beating people, they start fires, tell endless lies….(minute 3:50) ……a lot of Shugden perpetrators are becoming terrorists and that they are willing to kill anybody. They are willing to beat up anybody(minute 6:30)

As I watched Al Jazeera's report, it made sense to me altogether. They are worshipping SATAN.

It is my responsibility to warn Muslims about this danger. The Dark Clan has been successful in operating undercover in Malaysia and globally. There are many hypocrites/munafiks who do not believe in Articles/pillars of Iman but claim to be Muslims. They are attacking Muslims and committing MAJOR SINS with impunity as they have connections in the private and government sector, in all levels of society, with networks all over the country and internationally.

I have seen and experienced their oppressive actions done towards me by Asians, Europeans and Africans in Malaysia (as well as overseas). They work together, cooperate and launch a coordinated attack. This is not paranoia or schizophrenia. This is Fact. Please warn our Muslim Scholars (some of them are said to be members of The Dark Clan, but most are not).

Please DO NOT forward this e-mail as I will be arrested under the Internal Security Act (I.S.A) and held in detention without trial for most of my life.

Quran 4:148.

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/17319/THE_MASONS__SINGLE_EYE_SYMBOL_IS_THE_SYMBOL_OF_THE_ANTICHRIST

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/15546/FREEMASONRY,_THE_SYSTEM_OF_THE_ANTICHRIST_%28DAJJAL%29,_DECEIVES_PEOPLE_PRETENDING_TO_BE_DEVOUT

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/16020/FREEMASONRY,_THE_SYSTEM_OF_THE_ANTICHRIST,_DENIES_ALLAH_AND_WORSHIPS_SATAN

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/15467

Saturday, January 16, 2010

Peserta Kursus Rawatan - Sila Jawab SMS

AlhamduliLLAH sepertimana yang diwar2kan, kursus intensif rawatan insyaALLAH akan diadakan pada 23 dan 24hb. ini.

Pihak kami telah menghantar SMS kepada semua yang telah memohon untuk menghadiri kursus berkenaan, kepada mana-mana yang belum mengesahkan kehadiran diharap dapatlah menjawab SMS kami dengan kadar yang segera sebelum 18hb. (Isnin) untuk tujuan penyediaan-penyediaan keperluan kursus.

Bagi mereka yang ada memohon tetapi tidak menerima sebarang jawapan dari kami silalah berhubung dengan kami untuk semakan status permohonan.

SMS ke 019-7584801

JazakALLAHu khairan kathira

Monday, January 11, 2010

Kembali Menemui Kekasih







Sdra. Faisol berbaju merah di barisan depan di kanannya Sdra. Fadhiri berbaju hitam

Hari ini sudah dirancang oleh ALLAH SWT saya hanya merawat di sebelah pagi sahaja. Antara jam 10.00 pagi kami mendapat panggilan telefon dari seorang bekas pelatih Akrine yang menuntut di UPSI memaklomkan bahawa Sdra Faisol, bekas pelatih AKRINE yang juga mahasiswa UPSI telah kembali ke rahmatuLLAH antara jam 6.00 pagi tadi apabila terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Motorsikal yang ditunggangnya bersama seorang rakan sdra Fadhiri telah berlanggar dengan lori pick-up. Saya difahamkan sdra Faisol telah mengambil sdra Fadhiri yang baru tiba dari Kelantan di stesen k/api berdekatan. Sdra Fadhiri yang cedera parah di kejarkan ke Hospital Teluk Intan juga akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kami menghubungi sdra Amri dan sdra Najeb memaklomkan perkara ini, saya masih ingat mereka bertiga tidur bersebelahan semasa kursus baru-baru ini.

Jam 12.30 thari saya, isteri dan Sdra Amri bergerak ke UPSI. Sampai di UPSI solat jenazah untuk sdra Faisol baru sahaja selesai. Kami diberi peluang untuk solat jenazah bersama beberapa rakan mahasiswa.

Selesai solat saya berjumpa abangnya yang sedang menuntut di Bangi untuk mengucapkan takziah dari saya. Abang Faisol menceritakan, Faisol baru sahaja balik dari Kelantan, menziarahinya di Bangi dan pada malam tadi sempat mengikut kuliah perubatan bersama TG Ust. Harun Din.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua mahasiswa junduLLAH serta pelatih Akrine ini. Mudah-mudahan ALLAH menerima mereka sebagai hamba-hambaNYA yang soleh. Al-Fatihah

Sunday, January 10, 2010

Merawat tok bomoh

Setiap kali merawat saya akan periksa Borang Pesakit yang termasuk dalamnya butiran diri, umur, pekerjaan, simptom2 gangguan, rawatan yang pernah diambil sebelumnya dsb.


Seorang pesakit datang dengan isteri dan 2 orang anaknya dari kampong kelahiran saya di Perak…. Dia juga adalah “kulaan”, maka rancaklah kami bercakap bahasa Jerman yang jarang sekali dapat saya pertuturkan kerana species begini sudah hampir lupus di sekeliling saya.


Apabila merenung pekerjaan pesakit, tertulis pada borang perkataan “BOMOH”… iya benor sikit!

Lelaki warga emas itu ada membawa beg di pinggannya.


Bila saya minta dia membuatkan declaration untuk tidak berkompromi dalam jin-jin yang berada di tubuhnya sekiranya ada, dia kata tak berapa boleh membaca. Maka sayapun membacakan kandungan declaration kemudian dia mengikuti bacaan saya.


Apabila scanning dilakukan, kakinya bergetar kuat, lalu pengasingan antara jin saka dengan bukan saka dilakukan.


Isu yang mendorong tok bomoh ini datang berjumpa saya adalah kerana anak-anaknya selalu melihat hantu raya di rumah-rumah mereka. Adakalanya anak-anaknya melihat kelibat ayahnya sedangkan ayahnya berada di kampong.


Tok bomoh ini pula ingin membuktikan bahawa dia tidak ada kena mengena dengan tuduhan anak-anaknya. Lalu apabila saya tanya siapakah diantara jin-jin ini yang menyerupai tok bomoh berkenaan, kaki di mana jin saka dikumpulkan mengangguk mengaku.


Saya tanya pula pada kaki dimana jin bukan saka berkumpul adakah anda dari Gunung Jerai? Kakinya bergerak akur!


Saya Tanya tok bomoh apa yang nak dibuat pada jin-jin ini. Tok bomoh tak benarkan saya keluarkan, kerana katanya setakad ini jin-jin sudah banyak membantunya dalam kerja-kerja rawatan.


Saya tanya bagaimana tok bomoh tahu merawat, katanya dia bertapa di Gunung Jerai selama 40 hari dan di situlah dia mendapat ilmu rawatan. Apabila saya tanya teknik rawatannya, dia mengeluarkan barang-barang di dalam begnya yang terdiri dari duri landak, tanduk “?”, buluh tumpat, kepingan tembaga berukir sami dan berbagai lagi alat yang saya tak berapa ingat. Bacaan? Dia menyebut 7 nama Nabi spt Sulaiman, Daud ….., Muhammad SAW.


Saya terangkan kepada tok bomoh, tentang saya pernah merawat beberapa kes mereka-mereka yang bertapa di Gunung Jerai. Jin-jin di sana menggelarkan dirinya sebagai sheikh sesuai dengan ilmu-ilmu kebatinan, saya terangkan bagaimana nasib seorang pemuda yang terlalu mudah dimasuki jin serta seorang pemuda lain yang hampir mereng jika lambat dirawat.


Tok bomoh masih mahu mempertahankan rawatannya, katanya selama ini dia sudah banyak membantu orang yang diganggu, rezkinya melimpah-ruah dan dia tak pernah jatuh sakit. Mendengar kata2 tok bomoh ini saya mengingatkannya tentang perlunya meletakan pergantungan yang bulat kepada ALLAH semata-mata. Ternyata benar bahawa syarat untuk menjadi perawat adalah memiliki ilmu, ilmu rawatan dan ilmu Islam yang lain. Tidak cukup merawat hanya tahu teknik rawatan kerana tipu-daya syaitan yang pelbagai.


Akhirnya dia bersetuju makhluk-makhluk ini dikeluarkan tetapi jika apa-apa terjadi kepadanya, dia minta saya bertanggungjawab! Saya bertanggungjawab? Bertanggungjawab apa? Gertak saya setelah ternyata akidahnya yang rapuh dan ilmunya yang terlalu cetek berkenaan Islam. Saya beri amaran dan mahu dia bertaubat, kerana dia lebih berumur dari saya walaupun adakalanya suasana menjadi tegang tetapi saya kawal diri saya, sebagai hormat dan adab bercakap dengan orang yang lebih tua.


Maka saya tarik keluarkan semua jin-jin berkenaan, biizniLLAH.


Dua hari berlalu, anaknya menelefon memberitahu ayahnya masih melakukan kegiatan yang sama…. Begitulah Tok bomoh….. mudah2an suatu hari nanti dia akan beroleh petunjuk .

Wednesday, January 6, 2010

Pengalaman Merawat Pelatih Akrine

Saya F****** no ahli 0**6. Saya peserta bulan 10/2009 dahulu.

Saya telah mengamalkan tahseen asas dan cuba meruqyah isteri saya. Sebenarnya kami suami isteri telah lama berubat setelah disihir pertama kali sejak 1997 lagi(belum kawin lagi..). bermula dgn Haji B********* di simpang 4 keramat dan beberapa orang lagi.ketika tinggal di P*** saya sering berubat dgn ustaz Syukri(Darul Ruqiyyah). Dari sini saya mula melihat kaedah perubatan menarik mengunakan botol (haji Ba******) dan kaedah tikam,pukul dan rotan (Ustaz syukri).


Pada permulaan tiada tindak balas, namun setelah beberapa kali mengruqyah isteri saya mula menunjukkan tanda-tanda mengantuk.

Saya mencuba teknik TKR dan saya dapati isteri mampu melihat. Bila dihantar kebahagian kaki isteri saya dapati sebuah gua dgn air menitik dari atap gua. kemudian kelihatan sebuah Altar sembahan dan patung Buddha dgn bercahayakan lilin. isteri saya juga mendapati ada sepasang lembaga bersembunyi di belakang altar tersebut. memandangkan saya cuma mahu scanning/survey dahulu keadaan jadi saya tamatkan sesi tanpa apa-apa pertentangan.

selepas MIPA 2009 yg lalu saya cuba lagi meruqyah dgn ayat-ayat scanning asas Almukminun dan Yasin dan ayat kursi.

Isteri saya kelihatan sawai, secara spontan saya membacakan Al Namlu dan saya berjaya menggunakkan teknik gerakan jari untuk berkomunikasi. Hasilnya saya faham ianya jin sihir sebanyak 3 ekor(sekurangnya) dan agak terkesan juga saya bila ia menjawab 'ya' ketika saya bertanya samada mereka terbabit dlm kes keguguran terbaru isteri saya. saya juga di beritahu bahawa kedua-dua anak saya juga diganggu, yg sulung lelaki sering mengalami simpotm alergy seakan chicken pox. puas berubat moden saya akhirnya menggunakan pil mengkunyit HPA dan Alhamdullilah nampak sembuh/terkawal walaupun tidak spenuhnya. yang bongsu pula sukar untuk membuang air besar.

Sepekara lagi Wallahuta'ala hua'lam jin itu juga mengaku takut kepada tuan sihir mereka dan gerak hati saya juga merasakan begitu. Ini juga sebabnya saya tidak mahu membuat keputusan untk menyakiti mereka setakat ini. Wallahualam, saya pasrah dan saya tutup dahulu dgn teknik tidur kerana saya tidak mahu berkonfrontasi lagi seawal ini.


Setelah datang sedikit keyakinan saya juga cuba meruqyah adik ipar saya secara TKR untuk melihat samada dia juga mampu melihat.

hasilnya saya kurang yakin akan kemampuannya. kemudian bila saya duduk dihujung kakinya dan melakukan ruqyah scanning (Almukminun dan yasin 65). Tak Semena-mena saya lihat bahagian peha adik ipar saya menggeletar bergerak-gerak dan secara spontan terpacul Al Namlu dari mulut saya dan dgn izin Allah dapat saya bercakap dengan jin di dalam badan adik ipar saya itu. Alhamdulillah ianya seekor jin islam yang wallahualam termasuk kedalam badan adik ipar saya ketika adik ipar saya berhenti di perhentian Bukit Gantang (Plus highway agaknya).

Saya memintanya membuktikan keislamannya dgn mengucap dan Alhamdullillah jin itu mampu mengucap kalimah syahadah dan mengetahui rakaat sembahyang 5 waktu. Alhamdullilah yang melindungi saya daripada menyakiti mereka yang seagama dgn saya. Saya pujuk jin itu supaya tinggal di Masjid Sri Petaling dan dia bersetuju. Saya arahkan dia ke bahgn jari kanan dan saya tarik menggunakan botol. Tarikan pertama gagal, saya tanya dia kenapa dan dia mengelengkan kepala menjawab "saya tak tahu". Alhamdullilah teringat saya kepad BISMILLAHILLAZI... dan saya bacakan 3x dan saya pujuk dia sekali lagi. JIn itu setuju dan saya tarik, kali ini berjaya dan adik ipar saya terus tersedar. Jin itu terus saya hantarkan ke Masjid Sri Petaling mengikut kaedah yang ustaz catatkan dlm nota kursus. INSYALLAH kesanalah dia hendaknya.

Pada suatu hari yg saya lupa kan tarikhnya, saya ada mencuba teknik menarik mengunakan botol melalui gambar anak saya yg sulung.

Kemudian saya gunakan isteri saya untuk 'melihat' kandungan botol tersebut. Isteri saya menangatakan dia melihat 2 'benda' seperti angin gelap 'tornado'. Tidak jelas ttp isteri saya nampak seakan bentuk ekor dari putaran angin gelap itu.

Saya kosongkan botol mengikut kaedah yg diajar dan saya sedut pula anak bongsu saya dari bhgn punggungnya. Kali ini isteri saya melihat ada satu binatang seperti binatang berbulu dlm cerita Star WARs(harap-harap ustaz tengok). Juga saya kosongkan botol mengikut apa yg diajarkan.

Pada hari yg lain sekali lagi anak bongsu saya sukar untuk membuang air besar. Kali ini saya terus mengenakan kalimah tammah dan selepas itu anak bongsu saya terus buang air besar yang kehijauan dan agak keras baunya. WALLAHUALAM.

Pada hari ahad 27/12 yang lepas selepas isyak. Saya mengalami sakit kepala yang biasa saya alami selepas makan daging kambing dgn banyaknya.Saya bercadang melakukan teknik tarik di kepala saya sendiri utnk melihat kemungkinan ini gangguan jin. Saya tarik dan saya melakukan TKR melalui isteri saya supaya dia melihatnya. Agak pelik bila isteri saya cakap yang botol kaca itu tidak kelihatan jin tetapi berwarna hitam gelap pekat. Saya pelik memikirkan kemungkinan ini permainan si tukang sihir yg baru ke atas saya jadi saya niatkan menghantar balik 'penyakit' itu kembali kepd tukang sihir itu saya gunakan kaedah tarik dari botol dan semoga Allah memaafkan saya atas prasangka saya itu. Setelah itu isteri saya 'melihat' yang botol itu kembali kosong dan cerah sebagaimana layaknya botol kaca.

Kemudian isteri saya mengadu sakit dibahagn pinggang dan minta saya menyedutnya. Saya melakukan tarikan dan Subhanallah isteri saya mengatakan dlm botol itu ada seekor 'binatang' yg kurus dan bertanduk kecil, 'benda' itu memiliki gigi yang halus dan tajam persis gigi ikan piranha. Isteri saya melihat di mulutnya terdapat kesan darah dan isteri saya percaya 'benda' itu memakan darah dan dialah yang bertanggungjawab keatas kematian janin isteri saya Wallahualam. Saya melihat kemungkinan kaitan benda itu dgn masalah 'kurang darah' yg dialami isteri saya sebelum keguguran. Saya melihat kedlm hati dan tiada sebarang cetusan untuk saya 'membunuhnya'.

Isteri saya mengatakan yg makhluk itu ketakutan dan terpaksa mengikut arahan tuannya. Tidak semena-mena fokus saya kpd tukang sihir dan saya terus membentengi isteri saya dgn pagar Yaaasin dan yasin 9. Saya arahkan fokus isteri saya kepd tukang sihir itu dan dia melihatnya. kelihatan seorang lelaki melayu yang kurus sedang melihat anak buahnya menjalankan kejahatan. Isteri saya ada menyebut ttg adanya buah limau,kemeyan, keris dan semacam simpulan kuning di meja barangan sihirnya.

Tiba-tiba kaki kanan isteri saya sakit dan saya terus meletakkan jari saya di pehanya dan menolak dgn KAF HA YA 'AIN SOD dan isteri saya kata ada benda bergerak keluar dari kakinya. Tidak lah saya berlengah lagi, saya terus mencapai nota kalimah tammah dan saya berdoa 'semoga Allah mematikan penganiyaan ini dgn apa-apa yg sesuai dgn kehendakNYA' dan membacanya 3 x dan saya hembus ke muka isteri dan isteri menghembus kearah tukang sihir itu. Isteri saya mengatakan tukang sihir itu terpelanting ke dinding rumahnya dan brg sihirnya berterabur kesana sini. Kelihatan tukang sihir itu bangun dan cuba menyusun bargnya kembali seolah-olah ingin menyerang kembali.

Kali ini saya membacakan dari surah Al MULK ayat 5 dan menghembus kearah tukang sihir itu, sekali lagi dia terpelanting ke dinding dan kali ini tukang sihir itu kelihatan tercedera. Ada darah mengalir dari hidungnya. Saya dan isteri saya membacakan yasin 9 dan menghembusnya ke tukang sihir itu menyebabkan tukang sihir itu kelihatan teraba-raba. Saya juga mengarahkan isteri saya mengenakan tutupan YAASIN sebagaimana yg ustaz sarankan kpd saya pada MIPA hari itu. Kemudian saya berdoa untuk mengenakan IMSOMNIA/lupa semoga Allah melupakan ingatan tukang sihir kepd kami.

Buat seketika kami memerhatikan tukang sihir itu dan yg terakhir saya menghembusnya dgn ALFATIHAH semoga ALLAH membuka hati lelaki itu supaya bertaubat. Kali terakhir isteri saya menyebut lelaki lewat usia itu keluar dari bilik tersebut. Saya menyuruh isteri saya menyiasat keluarga lelaki itu dan isteri saya mengatakan lelaki itu beristeri dan bercucu.

Kemudian Saya arahkan fokus isteri saya kpd si pengupah dan isteri saya melihat seorang perempuan sedang tidur dgn 2 org anaknya dan suaminya yag berisi dan berambut sedikit botak(barangkali). Saya doakan supaya perempuan itu melupakan kami dan saya hembus dgn yasin 9. Sebaik dihembus perempuan itu terjaga dari tidurnya (menurut apa yg di katakan oleh isteri saya) seolah-olah dia merasakan ada org melihatnya.

Saya akhiri peristiwa mlm itu dgn menghantar jin dalam botol tadi ke pust pemulihan serambi Madinah dari apa yg saya dapati dari buku ustaz.

Kalaulah bukan kerana saya teringat sabda Nabi s.a.w kpd Abu Bakar r.a supaya jangan bersumpah pasti saja saya akan bersumpah untuk membenarkan cerita saya di atas kpd ustaz majid. Wallahualam jika Ustaz Majid ada masa silalah memberi sedikit komen,nasihat,teguran dan sebagainya atas apa yg telah berlaku kepd saya ini.

Ustaz, apa begitu berbisakah kalimah tammah itu hinggakan ketika merawat dan berperang dgn tukang sihir tersebut adik ipar saya yg berada diruang tamu mengatakan tangan kanan nya kebas dan anak sulung saya yg sedang leka bermain game laptop di bilik kedua bergegas keluar agak ketakutan dan terus tidur. WALLAHUALAM, hanya ALLAH yang lebih mengetahui.

Tuesday, January 5, 2010

Terima kasih PAS

Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah- PAS | Print | E-mail
Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 5 Jan: PAS memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan mendapat sokongan rakyat.

Pendirian PAS itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Bagaimanapun PAS ujar Abdul Hadi, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakanpilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama juga katanya, telah termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Walau demikian, dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian pelbagai kaum dan agama,"kata kenyataan itu.

PAS turut menjelaskan bahawa berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkanuntuk digunakan oleh agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Namun, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Sehubungan itu, PAS dengan tegas menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat di negara ini.

"PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan di jamin oleh Islam," katanya lagi..

Turut hadir dalam mesyuarat sebelum itu Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh.

Pendirian tersebut juga dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk melihat kepada pandangan semua pihak sebelum ini.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.

(Gambar: Antara pemimpin PAS yang menyertai sidang media isu penggunaan kalimah Allah di pejabat Agung PAS malam tadi)

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.

Keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis sebagai membantah tindakan majalah milik aktivis Kristian itu.

Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hari ini, KDN akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.

KENYATAAN PENUH

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.-4/1/2010

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)