Monday, January 11, 2010

Kembali Menemui Kekasih







Sdra. Faisol berbaju merah di barisan depan di kanannya Sdra. Fadhiri berbaju hitam

Hari ini sudah dirancang oleh ALLAH SWT saya hanya merawat di sebelah pagi sahaja. Antara jam 10.00 pagi kami mendapat panggilan telefon dari seorang bekas pelatih Akrine yang menuntut di UPSI memaklomkan bahawa Sdra Faisol, bekas pelatih AKRINE yang juga mahasiswa UPSI telah kembali ke rahmatuLLAH antara jam 6.00 pagi tadi apabila terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Motorsikal yang ditunggangnya bersama seorang rakan sdra Fadhiri telah berlanggar dengan lori pick-up. Saya difahamkan sdra Faisol telah mengambil sdra Fadhiri yang baru tiba dari Kelantan di stesen k/api berdekatan. Sdra Fadhiri yang cedera parah di kejarkan ke Hospital Teluk Intan juga akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kami menghubungi sdra Amri dan sdra Najeb memaklomkan perkara ini, saya masih ingat mereka bertiga tidur bersebelahan semasa kursus baru-baru ini.

Jam 12.30 thari saya, isteri dan Sdra Amri bergerak ke UPSI. Sampai di UPSI solat jenazah untuk sdra Faisol baru sahaja selesai. Kami diberi peluang untuk solat jenazah bersama beberapa rakan mahasiswa.

Selesai solat saya berjumpa abangnya yang sedang menuntut di Bangi untuk mengucapkan takziah dari saya. Abang Faisol menceritakan, Faisol baru sahaja balik dari Kelantan, menziarahinya di Bangi dan pada malam tadi sempat mengikut kuliah perubatan bersama TG Ust. Harun Din.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua mahasiswa junduLLAH serta pelatih Akrine ini. Mudah-mudahan ALLAH menerima mereka sebagai hamba-hambaNYA yang soleh. Al-Fatihah

7 comments:

  1. takziah kepada keluarga arwah. sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan semoga roh arwah ditempatkan bersama roh orang-orang mukmin. Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya kpd Tuhanmu itulah puncak segala tujuan..

    ReplyDelete
  3. misterinusansengsaraJanuary 13, 2010 at 1:24 AM

    TAKZIAH! Dari Dia kita dtg & kpd Dia kita kembali...Mg Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di letakkan disisi org2 yg solleh...

    ReplyDelete
  4. BANYAK SUMBANGAN YANG DIA TINGGAL KAT UPSI..MOGA ARWAH TERUS HIDUP DI SISI ALLAH

    ReplyDelete
  5. Cahaya Disebalik Luka..

    Wanita itu..
    Dari bayang matanya ku terlihat duka..
    Duka menghadapi sebuah perpisahan..
    Perpisahan insan yang pernah datang..
    Memberi harapan dalam hidupnya..

    Duka itu,luka itu..
    Masih lagi berdarah parah..
    Namun kakinya tetap teguh..
    Mengatur langkah hari demi hari yang penuh teruji..
    Tabah hatinya, kuat jiwanya..
    Dianugerah Tuhannya sebuah cahaya..
    Terlihat jelas basah bibirnya..
    Dengan zikir penuh harap seorang hamba..

    Tuhanku..
    Limpahkan rahmatmu buatnya..
    Tuntunlah langkah kakinya..
    Anugerahkan wanita itu kasihMu dihatinya..
    Tunjukkan jalan yang diredhaiMu buatnya..
    Bahagiakanlah dunia dan akhiratnya..

    ReplyDelete
  6. DUKA DISEBALIK CAHAYA

    MOGA KETABAHAN ITU MENJD MILIK ABADI,
    WALAU LANGKAH PENUH DGN KEKESALAN YG PENUH DUKA & LUKA YG MASIH BERDARAH.
    NAMUN TIADA SIAPA YG TAHU
    KECUALI YG MAHA ESA...

    PUN BEGITU
    SATU PENGAJARAN DIPEROLEHI
    JGN MUDAH PERCAYA KPD SESIAPA
    YG HANYA SINGGAH SEMENTARA
    DAN PERGI DGN MENAMBAH LUKA DIHATI DAN SETIAP DETIK SEMAKIN PARAH....

    YG MEMBERI HARAPAN
    TERUS MEMBISU
    SEHINGGA BERTANYA KHABAR
    MENGUCAP SALAM JUA MENJADI SATU KESALAHAN & KEBENCIAN

    APALAH YG INGIN DIHARAPKAN LAGI
    SELAIN MEMBAWA DUKA
    DAN KEKESALAN SEPANJANG HAYAT
    MOGA ALLAH MENGAMPUNKAN KETERLANJURAN SIKAP INI
    DAN MEMBUKA RUANG TAUBAT
    KPD HAMBA NYA YG ALPA
    DAN LEMAH INI....
    PUN AIRMATA SUDAH
    TIADA MAKNANYA LAGI.

    PUN BEGITU KU SENTIASA MENDOKAN
    KESEJAHTERAAN & KEBAHAGIANNYA
    KERANA TIADA DENDAM, TIADA BENCI
    WALAU DIRIKU DIANGGAP PELBAGAI RUPA
    KU KAN TETAP MENGHARGAI DIA??

    WALAU DATANG HANYA UNTUK SEMENTARA
    KERANA KITA JUGA HAMBA NYA YG HANYA SEMENTARA
    DI DUNIA YG FANA INI.

    ReplyDelete