Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Monday, March 29, 2010

Detik-detik kematian jin


Phew, baca tajuk cukup menggemparkan. Inilah salah sebuah buku yg saya beli sempena Pesta Buku baru2 ini.

Pengarangnya tidak saya kenali, tetapi saya yakin dia diterjemah dari buku arab kerana pengarang ada menceritakan pengalaman sedihnya apabila kakaknya yang terjatuh dari memanjat pokok kurma di zalimi oleh jin yang secara tidak sengaja terhempap ke atasnya. Sepuluh tahun kakaknya menderita dan akhirnya kembali menemui ALLAH dalam keadaan yg menyedihkan.

Memang ada subtitle dengan tajuk "detik-detik kematian jin" malangnya saya hanya tajuk sahaja begitu tetapi ceritanya menjuruskan kepada kisah kegagalan jin menggoda para mukmin.

Walau bagaimanapun saya agak teruja dgn pengesahan Ibnu Taimiyah yang menyokong kerja-kerja membunuh jin2 zalim yang mengganggu manusia.

Friday, March 19, 2010

Complicated

Sudah lama rasanya saya tidak mencatatkan kes-kes rawatan dalam blog ini. Bukan tak ada cerita menarik tetapi rutin rawatan saya amat padat ditambah pula amanah-amanah kemasyarakatan yang tidak sedikit, yang terbaru saya dilantik sebagai AJK PIBG sekolah menengah berdekatan. Mudah-mudahan saya mampu melaksanakan amanah-amanah ini demi mencari keredhaan Allah.

Buat kali ini saya ingin merakamkan kisah rawatan panjang saya kepada sebuah keluarga yang kini si ayah telah mengikuti kursus baru-baru ini dengan iltizam untuk merawat diri dan keluarganya. Si ayah adalah kenalan saya, walau bagaimanapun saya lebih mengenali adiknya kerana si adik adalah aktivis parti mentelahan pula namanya sama dengan MP bebas Pasir Mas.

Rawatan berpunca dari masalah anaknya A yang berada di tahun 2 sekolah rendah. A tak boleh ke sekolah. Apabila tiba sahaja ke sekolah, masuk kelas dia akan memejamkan mata… pedih katanya dan mengamuk. Bila dibawa balik ke rumah dia normal semula. Esoknya hal yang sama berlaku dan begitulah hari-hari berikutnya.

Si ayah membawa A untuk saya rawat dan ia bertahan seminggu sahaja, kemudian kes yang sama berulang. Si ibu kenalah tunggu di sekolah samalah seperti kanak-kanak yang baru masuk sekolah. Suatu hari A mengamuk di sekolah lalu cuba ditenangkan ibunya, menariknya si A yang kecil saiznya boleh mengangkat ibunya! A pun dibawa balik dan normal semula.

Saya pada mulanya menganggap ini seperti kes hysteria, tetapi kenapa A sahaja yang kena serang? Saya cuba pindahkan dan pagar jarak jauh, tetapi masih berulang.

Saya minta ibu A bawa dia ke sekolah dan saya akan pantau dia. Saya tunggu A di sekolah bersama ibunya, 2 jam saya memantau dan A Nampak normal di kelas. Saya scan dan memagar bilik darjah A dan pulang setelah nothing happen. Hari ke esokannya gangguan berlaku lagi…. Waduh.

Hari berikutnya saya minta hantar A ke sekolah dan minta ayahnya standby, kalau berlaku apa-apa cepat-cepat bawa A ke klinik saya. Itulah yang berlaku, tetapi sesampainya A di klinik saya dia ok seperti biasa. Lalu saya ajar ibu A teknik pagar jin dalam badan.

Hari seterusnya bila A di serang di sekolah ibunyapun mengurung jin yang menganggu dan apabila si ayah balik kerja mereka pantas ke klinik saya. Malangnya di perjalanan A muntah dan normal semula. Walaupun gagal tetapi kami sudah mula mengesan gangguan dan siayah excited dengan teknik kurung jin ini. Kami bertekad untuk mengulangi prosedur ini dengan teknik kurung yang lebih dikemaskini.

Esoknya si A diserang lagi. Ibunya memperkemaskan kurungan dan kali ini berjaya dibawa ke klinik saya lantas saya sembelih si zalim itu dengan izin ALLAH. A boleh belajar seperti biasa, tetapi hanya 5 hari saja. Kini lain pula bentuk serangannya, A sakit pinggang melampau, tak larat mengangkat beg dan mengadu sakit bila disentuh bahagian belakang kecuali jika tidur. A tidak bersekolah berbulan-bulan, si ayah dengan tekun cuba merawat sendiri. Setelah sekian lama, si ayah mulai give-up dan minta saya membantunya.

Saya menganalisa kes dengan fostulat bahawa A ada saka “jahat” yang tidak digemari oleh jin-jin di sekolahnya. Fakta beginilah yang selalu mengundang masalah hysteria di sekolah. Mereka yang di serang adalah selected dan majority pelajar yang hysteria adalah bersaka. Saya meminta A di bawa berjumpa dengan saya dengan kedua ibu-bapanya untuk scanning sekeluarga.

Saya merawat ibunya, confirm ada saka. Saya gunakan teknik pengasingan antara saka dan bukan saka, lalu saya tanya siapa yang kacau A di sekolah. Memeranjatkan saya kaki yang dikelompokan sebagai bukan saka yang mengangguk tanda kumpulan inilah yang mengganggu. Kenapa ganggu A juga berada di badan si ibu? Saya lanjutkan pertanyaan adakah dia dihantar? Ya! Adakah serangan satu keluarga? Ya! Kenapa, marah, dengki, masalah harta, masalah perniagaan? Masalah perniagaan.

Rupanya ayah dan ibu A mempunyai kedai runcit ala kadar tidak jauh dari sekolah. Bertahun-tahun berniaga dengan pendapatan yang agak memuaskan. Kemudian seorang dari anaknya koma dan hospitalized sebulan di hospistal, bila sihat mulutnya senget dan matanya kabur sebelah. Sebulanlah ayahnya berulang-alik ke hospital dan siibu sahaja yang menguruskan perniagaan. Lama-kelamaan perniagaan makin merosot maka siayah mencari pekerjaan baru dan si ibulah yang mengursukan kedai berkenaan.

Dari soal-siasat selanjutnya terhadap siibu, siayah dan anak-anaknya ternyata ia berpunca dari usaha-usaha memusnahkan perniagaan mereka. Kenapa A di serang teruk? Supaya siibu tidak boleh menguruskan perniagaannya. Mereka menggunakan plan B dalam kerja-kerja penyihiran mereka… wALLAHu’alam

Saturday, March 6, 2010

Perjalanan yang semakin hampir - Selamat Tinggal Dunia Radiasi - 2

Saya tidak menduga bahawa saya sudah sampai disini. Kerjaya saya jauh dari "asas" ilmu yang saya perdalami bertahun2.

Bermula dari seorang pegawai penyelidik di jabatan k'jaan selama 7 tahun saya memberanikan diri meletakan jawatan hanya kerana merasakan kehidupan yang kosong dan tekanan kerja yang menghambat penglibatan saya dalam jemaah. Ketika itu saya memegang jawatan exco pemuda Pas Selangor merangkap pengarah Pasti negeri dan ketua pemuda Selayang. Kerjaya hanyalah penerusan ekonomi kehidupan tetapi perjuangan mendaulatkan Islam adalah matlamat saya untuk selama-lamanya.

Saya menjadi usahawan bergerak ke seluruh negara sebagai pembekal filem Fuji untuk kegunaan industri. Akhirnya saya mengembangkan syarikat saya sebagai pengemudi dalam ujian tanpa musnah Oilfield Inspection Services Sdn Bhd. Kontrak yang dikendalikan sehingga ke China, Pakistan, India dan Russia. Di saat kemuncak ini saya diuji dengan kehilangan bahan radioaktif di Taiping Perak. Pihak berkuasa AELB menggantung lesen saya atas arahan mesyuarat kabinet. Saya membantah kerana peristiwa di Taiping ini perkara "biasa" kerana tiada siapa yang suka akan kehilangan/kecurian. Tetapi itulah ketetapanNYA semua projek saya diberhentikan.

Saya mencadangkan penyelesaian secara "politik" dengan mengambil ahli politik berpengaruh untuk mengambil-alih syarikat dan saya keluar dari syarikat. Keputusan saya tepat apabila lesen saya dipulangkan semula.

Saya bertukar kerjaya sebagai pengamal homoepathy elektronik. Bidang perubatan memang menjadi kegemaran saya termasuk homoepathy. Saya masih teringat kali pertama saya membawa anak saya ke klinik homoepathy di Batu Pahat, perawat berkenaan seorang guru asyik memusing pendulum dan kemudian memberi ubat untuk anak saya. Peliknya anak saya sembuh (tentunya dgn izin ALLAH). Anak kedua saya mudah jatuh seolah-olah tak balance setelah dirawat dia tidak begitu lagi.... lama saya pendam cita-cita untuk mempelajarinya sehinggalah peluang itu muncul.

Saya jangkakan saya kekal sebagai pengamal homoepathy tetapi cubaan ALLAH datang lagi. Tidak saya menduga bidang yang tidak popular ini ada ramai yang dengki. Saya memang menghidu kerja-kerja jahat ini. Bayangkan saya amat mengantuk di klinik tetapi segar jika berada di luar. Saya sekali lagi menukar haluan setelah memikirkan bahawa keluarga dan diri lebih perlu di selamatkan berbanding dengan kerjaya sebagai pengamal homoepathy

Thursday, March 4, 2010

Perjalanan yang semakin hampir - Selamat Tinggal Dunia Radiasi


Tahun 2010 seperti tidak saya menduga saya memegang terlalu banyak amanah. Dalam parti saya adalah ketua penerangan dan dakwah Pas kawasan Selayang, pengarah Majlis Tindakan DUN Kuang, Pengerusi Pasti dan ketua usrah pas cwgn Kg. Cempedak.

Sebagai ahli kariah saya dilantik sebagai pembantu imam dan khatib. Saya juga memberi kuliah di mesjid berkenaan.

Sebagai perawat Akrine.... sdra tahu sajalah. Klinik saya dibuka 8jam sehari 5hari seminggu. Adakalanya sampai OT larut ke malam atas permintaan masyarakat yang dalam kecemasan.

Hari rehat saya semakin kurang, adakalanya ada bil yang tidak berbayar. sedar tak sedar saya lupa membaharui kad pekerja sinaran yang tamat tempohnya pada 14hb. Januari yang lalu yang mana kad ini mestilah diperbaharui 30 hari sebelum tamat tempohsah. Saya renew juga dan setelah tarikh luput kad baru belum saya terima.... saya pasrah. Mungkin tahun ini tahu terakhir saya dengan bidang ini.

Sebenarnya saya memang tidak lagi menjejakan kaki ke pejabat yang dikongsi bersama sahabat seperjuangan kecuali sekali-sekali meninjau surat-surat yang diterima. Saya juga tidak lagi melakukan aktiviti pemasaran untuk syarikat ini. Hari-hari dihabiskan dengan kerja-kerja rawatan.... oklah stop dulu dah azan, kita sambung nanti.

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)