Penyihir adalah manusia yang kejam, sanggup menghambakan dirinya kepada jin-jin yang jahat demi menganiya sesama manusia. Penyihir selalunya ego, selagi dilihat mangsa gagah berdiri selagi itulah kerja-kerja penyihiran dilakukan. Jin-jin sihir juga mempunyai kesombongan yang tinggi. Amat benar firman ALLAH dalam surah Al-Jin ayat ke-6 yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya ada sekumpulan manusia lelaki meminta pertolongan dengan sekumpulan jin lelaki, maka bertambahlah sombong jin-jin itu"
Ayat ini menjelaskan bahawa kewujudan hubungan antara manusia dan jin, jin amat-amat menunggu saat manusia mahu meminta tolong dan setelah manusia meminta tolong golongan jin akan bertambah sombong.
Jin bertambah sombong kerana manusia yang ALLAH lantik sebagai khalifah meminta tolong kepada yang bukan khalifah. Kesombongan ini juga memastikan dalam usaha-usaha penyihiran mereka mesti mencapai misi yang ditetapkan, selagi belum berjaya kumpulan jin ini tidak akan berpuashati. Lantaran itulah mangsa sihir agak sukar untuk dirawat.
Persoalannya bolehkah si penyihir diheret ke mahkamah untuk dilakukan hukuman ke atasnya? Mari kita analisa perkara ini untuk kita perbincangkan:
1. Semua mazhab fiqh dengan jelas menyatakan hukuman kepada tukang sihir, ada yang menghukum bunuh dan ada yang memintanya bertaubat. Bila ada hukuman tentulah ada kaedah yang boleh mengheret sipenyihir ke mahkamah, soalannya bagaimana? Yang pasti MESTI ADA!
2.Golongan penyihir dikenalpasti di dalam sejarah Islam sepertimana kisah nabi Musa AS berdepan dengan ahli sihir, sehingga ayat-ayat al-quran ini digunakan dalam rukyah rawatan. Maknanya adakalanya golongan penyihir menonjolkan dirinya dalam masyarakat secara megah dan terbuka, mereka menjadi orang kanan pemerintah sehinggalah ada di kalangan pemimpin politik nak tetapkan tarikh pilihanraya bertanya dahulu kepada "tok bomoh @ tukang sihir". Surat khabar harian metro dan tv3 misalnya baru-baru mendedahkan perkhidmatan santau di Johor dan Perlis. Dalam kasus begini tentulah mudah untuk mengheret mereka ke mahkamah.
3. Terdapat persatuan perawat yang tidak membenarkan perawat-perawatnya memaklumkan kepada pesakit bahawa dia kena sihir. Jika nak beritahupun tak boleh bagaimana kita nak pergi lebih jauh misalnya mengkategorikan jenis sihir, mencari barang sihir dan akhirnya menangkap sipenyihir. Saya tidak memokuskan kepada persatuan perawat berkenaan kerana ini pegangan masing-masing yang perlu kita hormati, isunya adalah bagaimana perawat Islam boleh menyumbang kepada mengheret penyihir ke mahkamah.
4. Ada di kalangan perawat yang main serkap jarang, bahawa penyihir adalah sianu dan sianu. Ini menjadikan fitnah kepada orang berkenaan yang menyebabkan perpecahan dalam masyarakat.
5. Setakad ini Akrine berusaha untuk mengenalpasti jenis-jenis gangguan samada sihir, saka, asyik, balas dendam jin dsb, kita juga berikhtiar mencari barang sihir, mengenalpasti lokasi barang sihir dan keyakinan saya kita mampu menjejak pengupah dan penyihir jika diizinkan ALLAH. Kita memerlukan sedikit kekuatan sahaja lagi iaitu untuk berdepan secara fizikal kepada mereka-mereka yang dikenalpasti.
Jika dibenarkan oleh pihak berwajib untuk dilakukan penyiasatan dengan merahsiakan sumber maklumat dan teknik pengesanan atau secara penyaluran maklumat kepada pihak berwajib bahawa "sianu" yang disyakki sebagai penyihir rasanya ramai juga tukang sihir yang boleh disabitkan di mahkamah.
Bagaimana pendapat anda?