Saturday, July 31, 2010

Gambar KRIS di Tadika Bistari Ria Klang


Sedar tak sedar sudah seminggu kursus asas rawatan Islam (KRIS) yang diadakan di Tadika Bistari Ria, Sg. Udang Klang telah seminggu berlalu.


Saya menumpukan 2 teknik utama iaitu 1881 dan gantung tangan. Saya berharap penekanan kepada kaedah scanning yang mudah ini membolehkan semua orang merawat



Terima kasih kepada pihak pengurusan Tadika, harap maaf kerana telah menukarkan tarikh kursus.

Friday, July 23, 2010

Pelik tetapi benar


Inilah cabaran, sukar untuk saya percayai malah menjadikan saya bertambah yakin bahawa terlalu sedikit pengetahuan kita terhadap alam ghaib.

Pesakit seorang muslimat lingkup berpurdah baru sahaja mendirikan rumahtangga. Ayahnya seorang pengamal tarekat nahsyabandi.

Semenjak berkahwin dia didatangi sejenis makhluk yang bercakap arab kuno mungkin sezaman dengan Nabi Adam AS. Suaminya lepasan syiria yang tentunya fasih berbahasa arab telah menghubungi gurunya di Syria dan gurunya mengakui bahawa bahasa yang dilafazkan oleh isterinya adalah bahasa arab kuno.

Menariknya wanita ini tidak kerasukan total hanya 2 dalam 1 dan berupaya menterjemah kata-kata makhluk ini.

Saya cuba berdialog dalam bahasa arab dengannya dan dia faham soalan-soalan saya lalu dijawabnya dalam bahasa arab lantas diterjemah isterinya. Saya soal dalam bahasa melayu dia pun faham dan menjawab dalam bahasa arab lantas diterjemah oleh empunya badan.

Saya tanya adakah dia jin, katanya tidak dan dia diutus oleh ALLAH. Dia mengucap dan bersumpah apa yang dia perkatakan adal benar.

Katanya dia ditugaskan untuk menjaga bakal zuriat wanita ini. Dia mahu identitinya dirahsiakan kerana ini boleh menimbulkan fitnah [saya hanya menceritakan sekadarnya sebagai sebahagian catatan ilmiah] .

Saya gunakan teknik ikrar pemutus dan racun. Seperti biasa menggeletarlah seluruh badan pesakit dan saya arahkan ke hujung jari kaki pesakit. Apabila saya mahu menarik keluar, makhluk itu seolah membantu saya dengan memicit dan mengusap peha dan lutut pesakit sambil berkata "ukhruj, ukhruj! [keluar, keluar]. Yang nyata dia tidak terkesan dengan teknik ini.

Suaminya mengatakan sebelum ini dia telah merawat isterinya sendiri kerana memang banyak gangguan sehingga dia masih ingat semua gambar yang diambil oleh semua hadirin semasa majlis walimahnya adalah bergoyang dan kabur. Suaminya juga adalah perawat.

Tetapi berbeza dengan makhluk ini apabila diberi minum air zam-zam, bukannya ia terkesan tetapi minta minum lagi. Begitu juga dengan air yang telah dibacakan 30 juzuk Al-Quran berpuluh botol digunakan tetapi kesannya makluk ini semakin meminta untuk ditambah!

Saya minta dia bersumpah tentang beberapa perkara dan dia bersetuju.

Yang menjadi persoalan saya siapakah dia. Bukan jin, bukan malaikat..... Allah sahaja yang mengetahui.

Keperluan Kursus

Selamat datang ke Kursus Intensif Rawatan Islam (KIRI) pada 31hb. Julai 2010 dan 1hb. Ogos 2010 ini kepada semua yang telah mendaftar dan terpilih mengikuti kursus ini.

Sebagai maklumat tambahan berikut adalah beberapa tindakan dan persiapan yang perlu anda sediakan:

Peralatan:

  1. Botol kaca bermulut besar
  2. Serban / kain pelikat ( 2 helai)
  3. Rotan
  4. Buku nota
  5. Peralatan tidur dan mandi bagi yang ingin bermalam (muslimin sahaja)

Peralatan 1-3 hanya diperlukan untuk hari kedua sahaja. Tidak perlu dibawa/dikeluarkan pada hari pertama.

Pembayaran :

Sila buat bayaran ke maybank no. akaun : 562740110528 (Pusat Rawatan Nur Ehsan) dengan kadar yang segera bagi memudahkan urusan pendaftaran kursus

Waktu kursus:

  • Hari pertama : 8.30 pagi - 6.00 ptg
  • Hari kedua : 9.00 pagi - 5.00 ptg

Lain-lain:

  • Peserta tidak dibenarkan membawa pesakit untuk tujuan scanning mahupun rawatan
  • Sila berpakaian secara sopan
  • Mulakan perjalanan dengan doa-doa perlindungan
Mudah-mudahan dipermudahkan ALLAH. Amin!

Wednesday, July 21, 2010

Gambar Muzakarah Pakar


Perasmian oleh Sahibus Samahah Datuk Seri Utama Mufti Selangor


Pengerusi PISANG terbang dari UK untuk menganjurkan muzakarah


Sebahagian dari peserta yang terdiri dari pakar syariah, akademik dan perawat Islam


Akrine diwakili oleh Ust. Marzuki dan saya

Sunday, July 18, 2010

Terima kasih Sahabat Perawat Akrine


Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jazakumuLLAHu kathiran khairul jazak kepada Ust. Marzuki, Ust. Tooha dan Ust. Zed yang telah sudi membantu saya merawat pada hari Sabtu dan Ahad bagi menyelesaikan backlog temujanji rawatan.

AlhamduliLLAH bilangan pesakit yang menunggu dapat dikurangkan.

Saya harap kalian masih tetap sudi membantu jika keadaan yang sama berulang lagi. Jutaan terima kasih semua, semuga ALLAH membalas kebaikan anda dengan kehidupan yang berkat dan keredhaanNYA. Amin

Tuesday, July 13, 2010

Laporan Polis



13hb. Julai 2010

Laporan Polis : Penyalahgunaan dan Penipuan Telefon no. 017-3623934

Adalah saya ABDUL MAJID BIN HASAN no. kad pengenalan 610326***** beralamat di Lot 2894 Lorong Beringin, Kuang, 48050 Rawang. Saya adalah seorang pengamal perubatan Islam di tempat yang sama membuat laporan:

Pada jam lebih kurang 12.00 tengahari hari ini saya menerima panggilan dari kakak saya yang meminta nombor akaun saya untuk memasukan wang sebanyak RM500.00. Kakak saya memberitahu saya kononnya suaminya telah menghubungi saya dan saya telah meminta wang sejumlah berkenaan sebagai bayaran sebelum saya merawat anaknya (anak saudara saya).

Saya menafikan sekeras-kerasnya ada meminta wang berkenaan.

Apabila disiasat, abang ipar saya telah menghantar sms ke 017-3623934 nombor telefon isteri saya NORLEZA BINTI NAMIN No kad pengenalan 641205****** Isteri saya telah memohon kepada Maxis untuk menukar dari “post paid” kepada “pre-paid” sebulan yang lalu di pejabat Maxis, Pasar Borong, Selayang Baru tetapi sehingga kini belum diluluskan oleh pembekal talian berkenaan. Oleh yang demikian nombor ini telah lama tidak kami gunakan.

Saya telah meminta beberapa rakan untuk juga melakukan sms kepada nombor yang sama, ternyata pengguna berkenaan meminta antara RM300.00 ke RM500.00 di masukan ke akaun Maybank bernombor 162021440449. Apabila saya cuba membuat pembayaran secara on-line akaun ini dimiliki oleh seorang yang bernama MOHAMMED FADZIL BIN (Lihat lampiran).
Saya mengsyakki pemegang no. telefon ini telah mendapat wang yang banyak dari orang ramai dan saya dituduh sebagai penipu dan lintah darat. Ini akan menjatuhkan maruah saya sebagai pengamal perubatan Islam terutama sekali apabila pusat rawatan saya tersiar dalam rancang tv Astro 2 minggu yang lalu.

Saya dengan ini menegaskan bahawa saya tidak bertanggungjawab atas kehilangan dan penipuan wang yang dilakukan oleh pemilik no. telefon ini. Saya meminta pihak polis menyiasat dan melakukan tindakan selanjutnya demi menjaga kepentingan semua pelanggan perkhidmatan rawatan saya.

Yang benar,


Abdul Majid Bin Hasan
610326******

Saturday, July 10, 2010

Tanggungjawab baru



Bermula dari 14hb. Julai ini saya insyaALLAH akan dilantik sebagai ahli majlis bagi Majlis Perbandaran Selayang bagi mewakili PAS.

Seboleh mungkin saya menolak daripada menjadi ahli majlis kerana komitmen saya kepada kerja-kerja rawatan akan terpaksa dikendurkan. Saya perlu memberi masa kepada kerja-kerja di pejabat MPS dan kawasan yang saya akan wakili.

Tetapi atas pilihan jemaah saya terpaksa patuh.

Doakanlah semuga saya mampu melaksanakan amanah ini. Kepada pesakit yang telah sms untuk jadual rawatan saya menjangkakan giliran menunggu akan menjadi agak lama. Saya sedang merancang untuk menyusun jadual rawatan setelahmana jadual mesyuarat MPS saya perolehi. Setakad ini 3 tarikh rawatan telah terpaksa ditunda iaitu 14hb. Julai (upacara angkat sumpah di MPS), 20hb. Julai (pertemuan dengan MB) dan 21hb. Julai (Seminar Pakar anjuran Jabatan Mufti Selangor - PISANG).

Tuesday, July 6, 2010

Bertemu Rabuan Pit


Rabuan Pit adalah jaguh pelari pecut 100m semasa saya di zaman remaja dahulu. Hari ini dia datang ke klinik saya untuk menemani ahli keluarganya untuk rawatan. Walaupun telah mencecah usia hampir pencen ternyata En. Rabuan kelihatan riang. Saya scan juga beliau, adalah sikit-sikit tempias.... mudah2an ALLAH melindungi anda sekeluarga.

Monday, July 5, 2010

Beberapa Cerapan Berkenaan Teknik Mengambil Barang Sihir


Salam kepada semua pembaca blog dan perawat yang dikasihi sekalian.

Perkembangan mutakhir menunjukan beberapa bloggers telah tidak aktif lagi di alam maya. Ini seperti cikgu Fakhruddin dengan PRAINSnya, Imantherapy, Forum Akrine, Sdra Wan dari Pasir Gudang dan lain-lain. Kita juga melihat kemunculan beberapa bloggers baru seperti sdra Mustakim dengan Darul Mu'allij dan Ust. Marzuki dengan Urban Muallij. Begitulah perjalanan hidup, saya mendoakan agar semua di bawah petunjuk dan naungan Rabul Jalil.

Dalam semua rawatan saya akhir-akhir ini, saya menjadikan teknik mengambil barang sihir sebagai keutamaan sekiranya dalam ujian menunjukan bahawa adanya aktiviti penyihiran pada pesakit. AlhamduliLLAH sedikit sebanyak secara kaedah ini kita berjaya melerai masalah-masalah rawatan yang telah bertahun-tahun dideritai oleh pesakit kerana kegiatan penyihiran yang tidak akan berjenti selagimana barang sihir tidak diambil.

Beberapa cerapan saya perolehi dalam kendalian teknik ini.

Dalam beberapa kes rawatan didapati tangan pesakit kaku tidak bergerak. Ini terjadi oleh 2 perkara iaitu samada penyihir cuba menghalang kerja-kerja ini dengan "membekukan" tangan pesakit ataupun oleh kerana pesakit telah disihir oleh lebih dari seorang tukang sihir.

Jika tangan pesakit "beku" maka hentikan dahulu kerja-kerja pengambilan tetapi ajar pesakit dengan teknik racun. Setelah pesakit membaca deklerasi racun maka mulakan semula pengambilan jika ada halangan lagi maka peringatkan sesiapa yang menghalang akan terkena racun yang teramat bisa. InsyaALLAH masalah beku dapat di atasi. Dalam semua keadaan tangan pesakit hendaklah dalam keadaan relaks.

Jika tangan pesakit bergetar tetapi tidak pergi ke mana-mana, ini berlaku kerana pesakit telah disihir oleh lebih seorang penyihir. Ini bermakna ada lebih dari satu sumber barang sihir dan di tubuh pesakit ada lebih dari satu kumpulan jin sihir. Apabila kita mengarahkan jin-jin "memandu" tangan pesakit kepada barang sihir, mereka keliru ke mana destinasi arahan kita, lalu tangan tidak bergerak.

Untuk mengatasi perkara ini maka pengarahan hendaklah lebih jelas seperti meyuruh jin kumpulan yang paling awal untuk membawa tangan pesakit terlebih dahulu. Anda akan dapati dengan pengarahan dan pergantungan bulat kepada bantuan ALLAH tangan pesakit akan bergerak untuk mengambil barang sihir berkenaan.

Timbul juga persoalan bagaimana kita nak tahu bahawa semua barang sihir telah diambil.

Biasanya saya lakukan sebanyak 3 kali mengambil kira barang sihir berada dalam 3 posisi iaitu pada tukang sihir, ditanam atau ditabur. Setelah pesakit mengambil sebanyak 3 kali, uji samada masih ada barang sihir ataupun telah habis dengan meminta pesakit mengangkat tangan kanannya sepertimana teknik mengambil barang sihir pada kedudukan di atas pehanya.

Kemudian arahkan jika barang sihir masih ada bergerak ke arahnya dan ambil, jika barang sihir telah habis turunkan tangannya ke peha pesakit. Berdasarkan arahan ini anda akan dapati tangan pesakit akan bergerak mengambil barang sihir lagi ataupun turun ke bawah ke peha pesakit.

WaLLAHu'alam.