Kes 1:
Anak perempuan kepada sahabat saya dimasukkan ke hospital Sg. Buloh kerana selalu pening kepala hingga pengsan. Saya bersama isteri menziarahinya yang ketika itu berseorangan kerana bapa mertua sahabat saya juga sakit di Melaka dan sering menyebut nama sahabat saya. Jadi sahabat saya terpaksalah pulang ke Melaka dan meninggalkan anaknya bersendirian di hospital.
Sannning asas mendapati di bahagian kepala dan jantung ada gangguan. Saya gunakan teknik dialog dengan jari untuk mengesan kenapa jin-jin ini mengganggu. Maka berlakulah dialog secara gerakan jari telunjuk yang menjelaskan dari mana kenapa dan sebagainya.
Kes 2:
Isteri jiran saya dimasukan ke IJN kerana masalah jantung yang lemah. Terdapat saluran darah yang menuju ke jantung tersumbat dan memerlukan bypass surgery. Sudah 10 hari di IJN masih tidak dapat dibedah kerana gangguan-gangguan lain seperti paru-paru berair dan diabetis.
Saya scan dan mendapati ada gangguan di bahagian jantung, perut dan kaki sebelah kiri. Kaedah dialog yang sama dijalankan dan jin-jin mengakui merekalah yang menyumbat saluran darah berkenaan.
Kesimpulan:
Dari 2 kes ini ternyata kebanyakan sakit fizikal adalah end-result dari gangguan jin. Alangkah menarik jika pihak hospital membenarkan perawat-perawat Islam membantu pesakit dengan melakukan scanning dan rawatan. Malangnya TCM hanya akan membenarkan perawat Islam untuk merawat kes-kes sakit jiwa sahaja.
Friday, March 25, 2011
Sunday, March 13, 2011
Sakit dari pelbagai perspektif

Hari Selasa yang lalu saya bermula dengan batuk-batuk kecil. Hari berikutnya saya minta isteri saya mengurangkan bilangan pesakit yang perlu dirawat. Pesakit sebelah petang 2 orang adalah dari Sarawak. Semasa merawat mereka saya hampir termuntah kerana sakit tekak saya seolah-olah menghalang saya membaca ruqyah. Rawatan dapat diselesaikan dengan jayanya alhamduliLLAH.
Jam 3.oo pagi Jumaat saya tersentak dari tidur akibat serangan batuk yang mendadak! ini mengulang nostalgia saya semasa menjadi calon PRU 1995 di Hulu Bernam dahulu di mana saya terkena santau yang menghalang saya dari berkempen semasa itu. Lebih dahsyat batuk makin menjadi setelah lewat malam hingga ke pagi. Apakah saya akan mengalami peristiwa ini lagi?
Malam berikutnya tepat jam 3.00 pagi saya batuk lagi. Tanpa berfikir panjang saya gunakan teknik tarik dan pulangkan ke penghantarnya. Menjadi catatan dalam hidup saya batuk saya pulih serta-merta dengan izin ALLAH. Cuma qisas ini yang menyebabkan saya perlu mewar-warkan kepada pembaca "ya ALLAH pulangkan kepada penghantar, jangan sembuhkan dia sehingga dia datang berjumpa dengan saya dan memohon maaf atas kerja2nya".
Hari Jumaat saya selsema. Hari Sabtu saya tumbang dan hari ini saya beransur pulih.... alhamduliLLAH
Sakit.... mengikut Dr. Mohd Salleh pengarang buku Pesona Solat Tahajjud berpunca dari 4 perkara. Pemakanan, Persekitaran, Perwatakan dan ketentuan Tuhan. Tentunya beliau lupa tentang gangguan jin. Bagi perawat pula meletakan gangguan jin sebagai sebahagian besar dari punca sakit dan telah kita buktikan dalam sesi-sesi rawatan kita.
Sekarang sakit saya kerana apa? Pertama saya tak nafikan adanya gangguan khususnya peristiwa batuk yang hilang mendadak apabila dipulangkan kepada penternaknya. Perspektif kedua sakit ini adalah natijah tazkirah saya yang terbaru di Masjid Islahiah apabila saya katakan bahawa bagi ahli sufi sakit adalah suatu yang dinantikan. Rabi'atul Adawayiah gusar jika sudah lama tidak sakit dan dia merindui sakit. Sakit adalah petanda ALLAH sayang dan dekat kepada hambaNya atau dengan kata lain orang yang tidak pernah sakit kemungkinan tidak mendapat perhatian ALLAH. Bukankah mendapat perhatian ALLAH merupakan sesuatu yang diharapkan oleh hambanya. Mudah2an sakit ini mendekatkan saya kepada Khalik.
Sakit juga adalah reverse aggravation mengikut Homeopathy. Apabila kita mengambil ubat homeopathy pada satu peringkat semua penyakit yang terpendam akan dikeluarkan satu persatu. Ubat Allopathy(hospital/klinik) hanya memendamkan penyakit yang akan dibongkar oleh ubat homeopathy. Itu homeopathy tetapi saya hanya mengambil placebo yang dirukyah sahaja.
Sudah hampir 2 bulan saya mengamalkan teknik rawatan diri secara alFatihah 21 kali setiap selesai solat. Jika BasmaLLAH 21 sebagai teknik racun dan scan alFatihah 21 saya gunakan untuk rawatan diri. Saya menganggap reverse aggravation sedang berlaku dan 3 bahagian aggota badan saya yang sakit sekian lama kini dalam proses pemulihan ie bahagian tekak, hidung dan kepala.
Ternyata sakit boleh dilihat dari perspektif yang positif jika kita berfikiran positif dan sebaliknya. Kerana hanya ALLAH sahaja yang tahu kenapa kita sakit. wALLAHu'alam
Wednesday, March 9, 2011
Gambar2 KIRI 26-27 Feb. 2011-2
Sunday, March 6, 2011
Gambar2 KIRI 26-27hb. Februari 2011 -1
Saturday, March 5, 2011
Tuesday, March 1, 2011
BDJ dan Pembeli Tanpa Nama
AlhamduliLLAH buku Berdialog Dengan Jin (BDJ) telah diulang-cetak untuk kali ke-4. Dengan kata lain sebanyak 30,000 naskhah telah berada di tangan pembaca dan 10,000 lagi akan membaca buku ini.
Jika ada yang ingin memiliki buku ini bolehlah berhubung dengan saya secara email dan atau SMS.
Tujuan saya mewar-warkan perkara ini adalah untuk mencari seseorang yang telah menempah buku ini dan membayarnya secara online. Malangnya data peribadi pembeli ini telah ter"delete" lalu tidak dapat lagi dihubungi. Diharap saudara dapatlah menghubungi saya dengan kadar yang segera.
TKasih
Jika ada yang ingin memiliki buku ini bolehlah berhubung dengan saya secara email dan atau SMS.
Tujuan saya mewar-warkan perkara ini adalah untuk mencari seseorang yang telah menempah buku ini dan membayarnya secara online. Malangnya data peribadi pembeli ini telah ter"delete" lalu tidak dapat lagi dihubungi. Diharap saudara dapatlah menghubungi saya dengan kadar yang segera.
TKasih