Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Tuesday, April 19, 2011

Surah Yaasiin dan Sihir


Bangun tidur pagi ini saya terasa sakit di kedua-dua tulang belikat, sedangkan sebelum tidur saya tidak demikian. Hati kecil mula berkata "kena serang agaknya"

Sepanjang pagi mengikuti mesyuarat jawatankuasa pelaburan MPS diikuti dengan perbincangan bersama beberapa ahli majlis serta Pengarah Perhubungan Awam bagi pelancaran program 100 hari perlaksanaan projek-projek ahli majlis. Kesibukan melupakan kesakitan walaupun fokusnya agak kurang.

Petang bersama dewan Muslimat negeri berjumpa dengan "Abdul Rahman Auf" mencari dana membeli bangunan dewan muslimat. Kali ini sakitnya makin terasa. "Abdul Rahman Auf" juga mengadu kepada saya sudah dua hari tak dapat tidur dan di bahunya terasa macam ada orang bertenggek sahaja. Sayu hati saya mengenangkan penderitaannya dan banyaknya menderma untuk perjuangan Islam. Mudah-mudahan ALLAH memberi keringan kepadanya.

Selepas solat maghrib saya iktikaf di surau. Saya teringat rutin harian yang belum disempurnakan iaitu membaca surah Yaasiin. Lalu sayapun membacanya. Bezanya kali ini saya memohon kepada ALLAH untuk diberi petunjuk. Sekiranya sakit di belakang saya ini angkara sihir saya memohon dihilangkan sebaik sahaja saya selesai membacanya dan sekiranya sakit biasa saya redha untuk sakit ini diperpanjangkan kerana sakit adalah tanda dekatnya dengan yang maha Esa.

Selesai membaca surah Yaasiin biizniLLAH sakit belakang saya hilang. Terasa seperti ada benda yang lebur lalu lesap dari tulang belikat saya. Mudah-mudahan inilah jawapan kepada permintaan saya.

Kisah ini saya catatkan untuk semua yang merasa dirinya dibelenggu dengan sihir. Jadikanlah membaca surah Yaasiin sebagai zikir harian anda. Begitu juga para perawat, tiada siapa yang kebal maka anda juga perlulah membiasakan membacanya. Jangan tertekan kerana amalan begini, ambillah yang positif yakni menjadi perawat menjadikan anda sentiasa zikruLLAH kerana zikruLLAH adalah tuntutan dari ALLAH

Saturday, April 16, 2011

Tanda 100 hari sebelum menjelang kematian…



Setiap Yang Bernyawa Pasti Merasai Mati



TANDA 100 HARI


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sumbangan: Hamba Allah dan dipetik dari buku – 100 Hari Menjelang Mati

Friday, April 15, 2011

La haula wa la quwata illa biLLAHil'azim

Berdepan dengan jin siam selalunya memeningkan kepala.

Mereka tidak aggresif, tidak mengelabah, sentiasa tersenyum sambil menyantumkan tangannya sepertimana aksi seorang penganut agama Buddha.

Mereka melayan kita seadanya... memberi kata-kata sinis, adakalanya memperleceh kita sehingga lemah semangat kita dengan mengatakan kita bukan tandingan mereka dan usaha kita tak akan berjaya.

Yang paling menyulitkan kita apabila dipancung tak mati-mati! Pancung... dia senyum saja. Lalu disindirnya dan lemahkan semangat kita.

Saya berdepan dengan dua orang pesakit berturut-turut yang diserang oleh kumpulan jin siam seperti yang saya ceritakan di atas.

Mereka kebal dengan memakai perisai mungkin dari kulit khinzir.

Saya ubah kaedah rawatan menggunakan TRO. Setiap kali merotan saya baca "La haula wa la quwata illa biLLAHil'azim" sebanyak 100 kali.

Jin pada pesakit pertama, bertukar ganti dengan ketuanya keluar-masuk ke badan pesakit. Akhirnya mengucap kalimah syahadah lalu meninggal dunia.

Jin pada pesakit kedua, bercakap siam. Bila di TRO terpekik terlolonglah ia dan akhirnya mati satu persatu.

Kekuatan "La haula wa la quwata illa biLLAHil'azim" dan kaitannya dengan jin khinzir mempunyai kisahnya tersendiri. Anda mungkin telah pernah mendengar atau membacanya

Wednesday, April 6, 2011

Maaf, tiada rawatan di hospital

Sejak artikel saya sebelum ini mengenai penyakit fizikal adalah gangguan jin saya menerima permintaan bertalu-talu dari orang ramai yang meminta saya untuk merawat saudara-mara mereka di hospital.

Sepertimana kes 1 dan 2, saya ke hospital atas nama ziarah kepada anak sahabat dan isteri jiran. Ia lebih kepada program ziarah bukan rawatan. Sebenarnya selepas peristiwa di atas saya meneruskan kajian saya kepada seorang anak jiran saya dan rakan baik saya yang ternyata mereka juga adalah gangguan. Akibatnya kedua-dua pesakit ini memohon kepada pihak hospital untuk keluar dari hospital!

Disinilah pertembungan... apabila perawat Islam ke hospital kita telah menceroboh kawasan atau territory teknik rawatan jenama lain. Bayangkan kalau saya periksa kesemua pesakit di sebuah hospital, ada kemungkinan hospital berkenaan menjadi kosong (mana tahu...). Ini tentulah menyinggong empunya jenama rawatan.

Begitu juga anda menziarahi seorang perawat yang sedang merawat pesakit. Lalu anda masuk campur dan ternyata teknik anda lebih baik dari perawat berkenaan. Para pesakit kemudiannnya mengatur rawatan dengan anda dan berhenti berurusan dengan perawat yang terdahulu. Apakah bijak langkah anda ini?

Hospital telah mempunyai egoistiknya yang tersendiri. Para doktor adakalanya membiarkan pesakit terkapai-kapai berminggu hingga berbulan tanpa diketahui penyakit yang dihidapi. Darah diuji setiap hari, pesakit menjalani MRI dan akhirnya sum-sum tulang diambil hanya kerana ingin mengenalpasti pesakit. Ini pernah berlaku kepada anak saya ketika mula-mula saya berjinak dengan rawatan Islam. Akhirnya saya scan anak saya, saya dapati ia berpunca dari gangguan lalu saya pohon keluar dan alhamduliLLAH anak saya pulih melalui rawatan Islam.

Tanpa menafikan ada juga para doktor yang menerima kaedah ruqyah tetapi bilangannya boleh dikira dengan jari.

Hospital sebenarnya tempat jin berkampung. Anda scanlah bilik-bilik di hospital. Jin dapat dikesan berada hampir pada semua lokasi. Di sini banyak jin jenis ganas khususnya jin sihir. Oleh yang demikian rawatan di tempat jin bertendang amat-amatlah tidak digalakan. Sebab itulah rawatan biasanya dibuat di surau, masjid atau tempat-tempat lain yang mempunyai biah solehah.

Oleh yang demikian saya memohon maaf kepada semua yang meminta saya merawat di hospital. Berilah sedikit peluang kepada para doktor tetapi jangan terlalu lama. Jika doktor gagal mengesan penyakit mohonlah dibawa keluar. Gangguan yang lama melemahkan pesakit dan menyukarkan rawatan

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)