Teknik bakar batu-bata telah lama digunakan oleh perawat Akrine sebagai sebahagian teknik rawatan yang menggabungan antara niat, doa, ruqyah dan teknik.
Pada bulan Mac yang lalu, semasa mesyuarat agong Pas cawangan saya, saya telah menghadiahkan buku BDJ kepada perasmi mesyuarat berkenaan. Biasalah mesyuarat agong mestilah dirasmikan oleh pimpinan Pas dan kali ini kami dirasmikan oleh YB ahli parlimen yang muda sedikit dari saya. YB ini amat mudah didekati dan kami telah sama-sama melalui zaman Pemuda bersama. Dia lebih hebat dari saya, tentunya.
Sambil membelek-belek BDJ dia menumpu kepada teknik bakar batu-bata, "Sheikh ana dah lama amal teknik ni, cuma ada kelainan sedikit..." katanya.
Menjadi ahli politik mempunyai risiko yang tinggi. Anda mungkin diserang secara halus oleh lawan mahupun kawan yang penuh dengan PhD. Dia menceritakan bagaimana semasa kena attack, dada berdebar2 dan takut berjumpa orang. Ada masanya dia merasa amat malas. Lantas dia berjumpa dengan seorang Tuan Guru yang mencadangkan dia membaca Yaasiin 7 mubin dengan setiap kali membaca mubin menggoris batu-bata sambil berdoa mohon DIHENTIKAN kerja-kerja gangguan. Bezanya .... batu-bata ini perlu ditanam di tanah perkuburan Islam!
YB ini telah mengikuti nasihat TG ini dan alhamduliLLAH dia sudah sembuh. "Walau bagaimanapun zikir mesti dibuat setiap ada ruang masa" katanya. Tidak hairanlah saya dapati dia sentiasa diam di dalam kenderaan sambil mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu. Saya gembira mempunyai YB yang berjuang untuk agama disamping sentiasa berzikir kepadaNYA.
Saya melakukan beberapa kajian.
Pesakit pertama tak dapat mengangkat sebelah tangannya. Setelah batu-bata ditanam dengan izin ALLAH, tangannya boleh diangkat dan beransur pulih.
Pesakit kedua bermasalah saka dan sihir. Semasa menggoris 7 mubin dia mendengar teriakan harimau dan anjing lalu bermimpi ramai jin yang telah mati. Bila ditanam, 3 hari pertama dia sesak nafas selepas itu keadaannya semakin pulih.
Kajian masih diteruskan. Saya mengajak yang lain juga melakukan kajian ini.
Peringatan saya: Pastikan tidak ada fitnah apabila menanam batu-bata di kubur. Jangan anda tanam ketika orang ramai di tanah perkuburan.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago