Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Sunday, July 31, 2011

Marhaban Ya Ramadhan Al-Kareem



Marilah kita sama-sama mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan".

Mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan" (Selamat Datang Ramdhan) dengan ikhlas menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini.

Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadan.

Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadan.

Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad)

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

"Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

Marhaban Ya Ramadan.

Selamat berpuasa dan moga kita semua dirahmati Allah di bulan Ramadan ini.

سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر

Saturday, July 23, 2011

Mesyuarat Agong Akrine 25hb September


Mesyuarat JK Penaja Akrine telah memutuskan agar mesyuarat agong akan diadakan pada 25hb. September 2011 ini bertempat di Dewan Burhanuddin Al-Helmy Kuang.

Pendaftaran keahlian Akrine pula akan bermula selepas 13hb. Ogos ini dengan bayaran sebanyak RM40.00 untuk bayaran masuk (RM5.00), yuran tahunan 2 tahun (RM20.00) dan kad keahlian (RM15.00).

Mesyuarat juga telah menubuhkan lujnah bagi melicinkan aktiviti Akrine.

Mesyuarat juga bercadang mengadakan sambutan Idil Fitri serta pendaftaran dengan TCM disamping mesyuarat agong pada tarikh berkenaan.

Pastikan semua perawat Akrine memastikan dapat menghadiri mesyuarat ini walaupun sibuk dengan sambutan hari raya....

Saturday, July 16, 2011

Saka dan teknik rendaman garam

"Ustaz, terima kasih kerana telah menolong kami sekeluarga" baris-baris ayat yang saya baca pada SMS di handphone saya. "Kenapa, ayah anda sudah pulih ke? Balas saya.

"Ayah baru sahaja meninggal dalam kereta dalam perjalanan pulang dari klinik ustaz!"

MasyaALLAH! Jarang sekali mendengar orang berterima kasih jika ada musibah yang berlaku. Selalunya kena maki seperti "kerana lambat ustaz merawat, pesakit sudah meninggal dunia... ustaz tanggunglah dosa ustaz" atau "kenapa ustaz bacakan Yaasiin kepada emak saya, kerana itulah emak dah pergi"....

Sebenarnya ini rawatan susulan. Rawatan pertama si ayah yang berusia lingkungan usia 80an datang dengan batang tubuhnya yang sasa cuma pendengarannya sahaja yang kurang baik. Anak-anak membawanya kerana merasakan ada yang tak kena dan si ayah pernah mengaku mengamalkan ayat-ayat tertentu untuk tujuan tertentu. Takut untuk mewarisi saka mendorong anak-anak untuk meminta si ayah untuk diperiksa dan dirawat.

Saya periksa seperti biasa dan meminta anak-anaknya melakuakan teknik rendaman garam selama 3 hari berturut-turut. Selepas mandian dan rendaman, waris pesakit memberitahu saya yang pesakit dimasukan ke hospital kerana kesihatannya terganggu. Oleh kerana pihak hospital gagal mengenalpasti punca penyakit, waris telah memohon kepada hospital untuk dirawat secara tradisional atau alternatif.

Dari hospital terus dibawa ke klinik saya. Saya agak terperanjat kerana susuk tubuh pesakit sudah kurus dan amat tidak bermaya. Saya rawat seperti biasa dan dalam perjalanan balik si ayah telah kembali ke rahmatuLLAH.

Kes yang terbaru melibatkan budak seusia 7 tahun. Scanning awal saya melalui TKR menunjukan budak ini bersaka buaya. Baru-baru ini ibunya bermimpi bahawa dia berjalan bersama anaknya di kawasan yang penuh dengan buaya putih. Bila terjaga si anak memberitahu dia pula bermimpi arwah moyangnya yang meninggal setahun yang lalu datang mahu menjemputnya.

Terganggu dengan mimpi-mimpi ini, si ibu juga menggunakan teknik rendaman garam sepertimana yang dilakukan terhadap neneknya yang juga meninggal selepas teknik ini dilakukan.

Selepas mandian dan rendaman anak ini semakin lemah. Dia akhirnya kembali ke rahmatuLLAH dengan mudah. Saya dimaklumkan kematiannya dan bergegas menziarahi dengan perjalanan mengambil masa 4 jam. Setelah dikebumikan saya ke KL semula dan tiba di rumah jam 4.00 pagi

Monday, July 11, 2011

Persatuan telah diluluskan ROS


AlhamduliLLAH hari ini Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor secara rasminya telah meluluskan Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia (AKRINE).

Presiden Penaja AKRINE Ust. Marzuki telah menerima sijil pendaftaran AKRINE dengan nombor pendaftaran 2654-11-SEL .

Mesyuarat jawatankuasa penaja akan diadakan pada 23hb. ini bertempat di AKRINE Kuang jam 9.30 pagi.

Mudah-mudahan ALLAH menyatukan dalam satu jemaah yang sentiasa mendapat keredhaanNYA

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)