Thursday, October 27, 2011

Mengislamkan jin


Sudah lama saya tidak mengIslamkan jin.

Peluang ALLAH berikan apabila seorang pesakit wanita yang sudah menderita gangguan sihir lebih 8 tahun datang untuk rawatan. Gangguan ini jenis sihir tafriq, sehingga berlaku penceraian.

Pesakit mengadu kepada saya sudah berjumpa pelbagai perawat tetapi belum diberi kesembuhan.

Apabila saya berdialog dengan jin di tubuhnya jin ini menyatakan hasratnya untuk keluar tetapi keadaannya yang terikat dan kebolehan tok bomoh untuk memanggilnya semula masuk ke dalam tubuh pesakit menghalangnya dari keluar.

Saya minta jin menghulurkan tangannya lalu membekalkannya dengan ayat2 seperti penghulu syifa, penunduk, penutup pandangan, pencari barang dan ayat pembakar. Kemudian saya arahkan tangannya untuk bergerak ke tempat di mana ia dipasak.

Jin membawa tangannya ke dada pesakit, saya arahkannya untuk mencabut pasak berkenaan. Jin menggenggam tangannya (ie tangan pesakit) lalu melakukan 3 kali cabutan. Setiap selesai mencabut saya arahkannya untuk membakar pasak berkenaan. Setelah 3 pasak dicabut jin itu lemah longlai keletihan.

Saya cuba tarik keluar menggunakan serban tetapi masih tersekat. Jin itu memaklumkan yang dia masih terikat dengan tali. Saya arahkan agar tali itu diputuskan. Dia cuba membuka dengan tangannya tetapi gagal.

Saya minta dia hulurkan tangannya supaya saya bekalkan dengan ayat pencair. Setelah saya tiup tangannya dia merasakan tangannya teramat panas. Saya suruh segera pegang tali yang mengikatnya... tali putus lalu saya memohon kepada ALLAH agar tangannya disejukkan semula.

Jin terpinga-pinga dengan apa yang dia alami. Saya katakan inilah janji ALLAH menolong hambaNYA yang ikhlas. Lalu saya mengajaknya masuk Islam. Dia bersetuju dan mengucap kalimah tasyahud. Dia di keluarkan menggunakan teknik botol dengan izin ALLAH

Sunday, October 16, 2011

Istiqamah Asas Kecemerlangan


Kursus untuk petugas PRU 13 muslimat Selangor

Scanning


Assalamu’alaikum wbt.

Semenjak menjadi mualij, mengikut rekod saya telah mengendalikan kursus-kursus rawatan kepada lebih 2,000 peserta kursus.

Memang diakui kursus selama 2 hari bagi sesetengah peserta tidak meyakinkan dirinya untuk menjadi seorang mualij. Ada juga yang hadir hanya sekadar ingin tahu, ingin mencuba, ingin merawat diri dan keluarga malah ada yang juga mahu kendalikan kursus setelah ilmu-ilmu rawatan diperolehi.

Bagi mereka yang mula-mula bersemangat berkobar-kobar adakala mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan. Merawat dan membuka blog rawatan dengan pelbagai pengalaman yang dilalui.

Tidak lebih dari 6 bulan, mualij ini hilang dari dunia rawatan dan blog sudah tidak dikemaskini lagi....

Kenapa terjadi demikian?

Perlu saya tegaskan di sini, dalam apa sahaja yang anda ceburi anda pasti di UJI. Ujian merupakan janji ALLAH kepada seorang yang mengaku beriman. Begitulah juga sebagai mualij.

Kita akan diuji dari pelbagai aspek, gangguan terhadap diri, keluarga, pekerjaan, harta benda akan kita lalui. Sesiapa yang tidak diuji.... itu bukan sunnatuLLAH dan sila semak kaedah anda kerana hanya yang terpesong dan salah sahaja yang terus sesat dibawah naungan syaitan.

Jika itulah sunnatuLLAH, jika itulah fitrah... apakah perlu kita lari dari ujian. Lari bererti berhenti dari menjadi mualij. Lari dari ujian bukan setakad gagal tetapi pengecut yang kehilangan wibawa.

Saya percaya ada perkara-perkara tertentu yang menyebabkan seseorang berhenti dari menjadi mualij seprti bebanan kerja, masalah sumber kewangan dan sebagainya... bagi saya jika ini sebagai penyebab maka haruslah diberikan laluan kerana kerja-kerja sebagai mualij adalah kerja-kerja kebajikan yang meminta komitment dan kesungguhan.

Bagi mereka yang masih kekal sebagai mualij istiqamahlah, kerana istiqamah dan iltizam merupakan syarat dalam kecemerlangan kehidupan. Hanya mereka yang memiliki sifat ini akan membuahkan kejayaan.

Lihatlah para peniaga kaum cina, jika mereka membuka kedai basikal mereka akan kekal sebagai penjual basikal sehingga ia diwarisi oleh anak cucunya. Apabila mereka telah menguasai perniagaan ini agak sukar orang lain nak masuk bidang berkenaan.

Bila kita telah menjadi mualij, apakah perkara ini juga akan diwarisi oleh anak kita atau cucu kita.... tidak! Kerana kita tak pernah ada wawasan sampai ke situ.... anak-anak melihat betapa sukarnya kita merawat dan mengambil kesimpulan tak mahu menjadi seperti ayahnya.

Tetapi sekurang-kurangnya teruslah menjadi mualij kerana mualij bukan boleh dicipta dalam tempoh 2 hari kursus.... guru-guru kita akan pergi menemui ILAHI, kita mesti bangun meneruskan kaedah rawatan Islam supaya masyarakat tidak pergi berjumpa bomoh yang sesat lagi menyesatkan

Saturday, October 1, 2011

Kursus Rawatan Islam Terbaru

InsyaALLAH pihak kami akan menganjurkan kursus rawatan Islam bagi bulan Oktober dan Disember.

Kursus kali ini dibahagikan kepada tahap 1 dan 2.

Tahap 1 akan diadakan pada 29 -30 Okt. 2011 bertempat di Akrine Kuang.

Untuk tahap ini kursus akan memfokuskan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini adalah bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Pengenalan kepada makhluk halus
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar (tarik guna serban / botol) atau membunuh
* Teknik mandian
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan

Tahap 2 pula akan diadakan pada 10-11 Mac 2012 di tempat yang sama

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih memokus kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP) dll
* Keberkesan Rawatan
* Latihan


Yuran bagi setiap tahap adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.