Assalamualaikum.
Jazakallah atas ilmu yg ust. sampaikan dlm kursus penghujung 2011. Ada beberapa pertanyaan.
1. Ust kata TKR mesti pesakit bukan berada dlm keadaan kerasukan supaya tidak gunakan bantuan jin. Saya tidak melakukan TKR. Semasa scan pesakit telah kerasukan, lalu saya arahkan jin mengambil barang sihir yg ditanam dlm tubuh pesakit dan tempat syaki. Adakala juga sy arahkan jin utk scan lihat jika ada gangguan dlm tubuh pesakit yg lain atau lihat gambar, plan jika ada gangguan. Adakah ini dibolehkan? Sy risau sy telah gunakan bantuan jin!
Jawapan : Boleh dan tidak menjadi kesalahan. Bezakan diantara “ARAHKAN” dengan minta “BANTUAN”
2. Bagaimana untuk Islamkan jin yg mahu masuk Islam tapi dlm keadaan dialog guna anggota kaki?
Jawapan: Tanya dia adakah dia mahu masuk Islam atau tidak.Lihatlah reaksi kaki pesakit. Pengislaman dibuat di Serambi Madinah oleh jin2 di sana
3. Teknik bakar bata beberapa pesakit mengadu panas dan merah badan. Saya salah niat ke? Niat saya “Ya Allah aku dah berusaha. Dengan aku membakar bata ini Engkau rungkaikanlah gangguan jin dlm tubuh pesakit ni”. TRO juga adakala keesokan harinya badan pesakit sakit seolah disebat. Ada yg bongkok bila solat.
Jawapan: Tidak salah niat. Gangguan yang ada pesakit menyebabkan pesakit terkesan dari aktiviti rawatan
4. Sabun garam selepas guna badan pesakit kemerahan dan bau hanyir. Kemudian bila scan pesakit kerasukan jin ular dikenalpasti. MasyaAllah.
Jawapan: Allah jadikan garam yang dirukyah sebagai pengantara kesembuhanNYA.
5. Biasa selepas jin itu akur mahu keluar, saya doa pd Allah minta sejukkan semula dgn al-anbiya ayat 69. Jin tu menggigil sejuk dan selawat tafrijiah minta pulihkan. Ada juga jin yang haus, letih. Sy minta pd Allah hilangkan dahaganya berikan sedikit tenaga kpdnya dan. Adakah betul sy lakukan?
Jawapan: Tidak salah, permohonan yang meminta kebaikan dari ALLAH.
6. Masa TKR sy minta pd Allah jaring utk tangkap kura2, pistol utk tembak gagak dan ‘asap-asap’ pelik yg pesakit nampak sy suruh sedut guna mulut. Bolehkan?
Jawapan: Kenapa sedut guna mulut? Lebih baik gunakan tangan pesakit.
7. Selain ayat pemecah al-Hasyru ayat 21utk musnahkan perisai. Boleh ke guna ayat al-Hajj 19-22 bakar utk musnah perisai.
Jawapan : Boleh, kerana ia adalah sekadar rukyah dalam gabungan 4 kaedah rawatan Akrine
8. SM ini jin apa yg sesuai dihantar? Begitu juga Darul Islah. Byk jin gambarkan Darul Islah nampak atap-atap spt sebuah perkampungan tempat belajar. SM pula bercahaya terang byk lampu dan cantik.
Jawapam: DI untuk jin saka, mungkin semasa berdoa dulu mualij mohon adakan sistem pondok utk jin2 saka. SM selain dari jin saka ia adalah rekabentuk mesjid Nabawi waktu malam.
9. Jin yang ada keluarga dan janji tak ganggu lagi. Boleh tak kembalikan kpd keluargnya?
Jawapan: Boleh kecuali jin sihir
10. Teknik transform bagaimana ust. lakukan caranya? Al-anfal ayat 12?
Jawapan: Kekalkan 4 kaedah Akrine dengan rukyah selawat tafrijiah
11. Teknik musnah jin guna cermin. Pesakit nampak wajahnya lebam-lebam dan matanya berpusing. Ada orang belakang sy nampak dahi pesakit berkerut-kerut. Sy scan org belakang tu rupanya dia juga ada gangguan.
Jawapan : Teknik Guna cermin hanya berfungsi sebagai salah satu kaedah scanning sahaja. Mereka yang ada gangguan akan melihat “gambaran” gangguannya.
12. Ada yang mengganggu semasa rawatan. Sy bersama shbt2 berniat utk belasah OKS dan tukang sihir kerana hantar jin baru. Bagaimana cara terbaik utk hentikan perbuatan tukang sihir? Ditempat sy ada dua penyihir disyaki.
Jawapan: saya cadangkan teknik baling dan TRO. Nak hentikan tukang sihir kenalah serang dan musnahkan kandang ternakan jin-jin mereka.
13. Anak sy umur 10 bulan sering diganggu wktu mlm. Satu mlm jin ikut saya melalui tandas sbb mlm tu sy tergesa2 keluar masuk tandas tanpa baca doa. Lalu dia cucuk perut anak sy. Sy baca ruqyah dan anak sy senyap dan tidur semula. Sy pergi kembali kerumah pesakit yg sy rawat sebelumnya. Jin yg ganggu ank sy dpt dikesan. Dia marah sy bantu pesakit. Dia tak dpt ganggu sy sbb sy racun dan baca ruqyah sbb sy rasa dicucuk kat belakang bdn. Sy sembelih jin tu sbb mmg tak mahu keluar. (Ya. Tanda Allah nak uji)
Jawapan : Tiada insan yang kebal dari gangguan semuanya dengan izin ALLAH
14. Bagaimana cara utk tutup bekas tapak2 jin dlm tubuh pesakit. Boleh tak guna Yasin ayat 9 dan selawat Syifa’ tiup dan sapu di seluruh tubuh pesakit?
Jawapan : Boleh, mandian juga dapat membantu.
15. Teknik transfer jin dari tubuh pesakit A ke B itu bagaimana. Copy paste gak ke? Dan nak panggil jin yg keluar dari tubuh pesakit. As-Shad ayat 35?
Jawapan: Transfer hanya dengan kebenaran penerima, misalnya bagi merawat anak kecil boleh transfer dari anak ini kepada ibu atau bapanya. Tekniknya adalah secara direct transfer sepertimana transfer pada botol dengan memokuskan tangan kepada anak itu dan dilontarkan/transfer kepada orang tuanya kemudian kurung secara yassiin 4 penjuru.
16. Apa maksud jin itu diikat? Adakah sebab kita ikat dia di awal rawatan dan perlu dibuka semula utk keluarkan.
Jawapan: Jin diikat adalah disebabkan “contract” antara tukang sihir dan jin sihir terhadap jin-jin yang dipaksa untuk mengganggu pesakit. Ia bukan kesan ikatan yang dibuat oleh perawat.
17. ‘Niat,Doa,Ruqyah,Teknik’ 4 perkara ini mesti dilakukan dlm keadaan tertib ke? Sy biasa ruqyah dahulu kemudian baru niat bentuk serangan dan lakukan teknik.
Jawapan: Sebaiknya tertib tetapi kelajuan niat dan doa menjadikan rukyah dan teknik adakalanya mendominasi rawatan. Yang lebih utama perawat sebenarnya seperti seorang ahli tasawuf pada peringkat nafsu “mardiah” ie hubungannya dengan ALLAH amatlah tinggi sehingga semuanya diserahkan kepada ALLAH.
18. Kat mana sy boleh dptkan alat akrionics? Berapa harganya?
Jawapan: Boleh dibeli di Akrine Kuang dengan harga RM350.00 seunit
19. Saya terbaca “Majalah al-Islam” keluaran terkini bulan Februari 2012.
m/s17;
Tajuk : Etika dan Profesionalisme seorang perawat.
-Tidak dibenarkan menentukan dan mengumumkan makhlus halus atau benda ghaib yang mempengaruhi kesihatan pesakit.
m/s21;
Tajuk: Melihat dan menguasai jin, mukjizat khusus untuk para nabi dan rasul.
……Maka timbullah dakwaan dari para perawat kononnya mereka boleh menangkap, memenjarakan serta menyembelih jin.
…….Oleh demikian, perbuatan menangkap dan mengurung jin jelas bertentangan dengan sunnah yang ditunjukkan Nabi s.a.w. Sekiranya orang yang mempunyai kebolehan tersebut bukannya seorang Nabi, berkemungkinan dia melakukan istidraj.
Apa pandangan ust. tentang isu ini.
Jawapan: Hal-hal yang melibatkan jin adalah perkara ghaib. Tidak seorang boleh menentukan secara keyakinan 100% apa jua jenis penyakit dan gangguan. Apa yang dicerap oleh perawat hanyalah “kemungkinan2” sahaja berdasarkan simpton, reaksi, ilham dsb. Tujuan memaklomkan atau mendiagnos penyakit lebih kepada teknik rawatan. Misalnya jika jenis jin saka keris, maka barang saka tersebut perlulah ditawarkan.
Masalah melihat jin telah dibahaskan panjang lebar oleh para ulama dan mazhab. Imam Shafie secara jelas mengatakan bahawa sesiapa yang mengatakan dia melihat jin maka dia adalah pendusta.
Apa yang berlaku hari ini adalah beberapa persoalan yang masih perlu kajian lanjut. Satu fenomena di mana jika pada manusia yang ada gabungan antara manusia dengan jin itu sendiri, misalnya mereka yang melakukan hubungan suami-isteri secara tidak islamik akan melahirkan anak “jin”. Anak-anak ini akan boleh melihat jin itu sendiri.
Begitu juga pesakit yang dipenuhi dalam tubuhnya jin saka sehinggamana matanya berkongsi dengan jin saka lalu dapat melihat jin yang lain.
Kebolehan melihat jin bukanlah satu kelebihan tetapi ia merupakan kekurangan.
Jin yang dilihat bukanlah secara original adakalanya merupakan jelmaan sahaja. Ulamak bersependapat bahawa melihat jelmaan jin bukanlah suatu yang mustahil. Yang mustahil ialah melihat jin yang asli.
Kebolehan perawat menangkap jin boleh menjadi istidraj jika tiada pergantungan kepada ALLAH. Kebolehan menangkap jin bukanlah terlalu istimewa dan bukan sahaja berlaku pada para Nabi. Bacalah kisah sahabat yang menjaga baitulmal di zaman RasuluLLAH SAW. Sahabat ini juga berjaya menangkap jin yang nak mencuri harta baitulmal. Ia merupakan kelebihan yang ALLAH berikan kepada khalifah ALLAH mengatasi jin yang tidak dapat dilihat.
Saya berpegang kepada “HARAM” mengurung jin dalam apa media pun seperti botol, limau, telur, dalam tanah atau dimana sahaja.
wALLAHua’lam.