Ada 3 orang berjumpa dengan Sayidina Husain Bin Ali cucu
Baginda RasuluLLAH SAW.
Orang yang pertama mengadu kepadanya berkenaan hujan yang
sedikit. Sayidina Husain berkata kepadanya “Banyakkan istighfar”
Orang yang kedua mengadu berkenaan keadaannya yang masih
belum mendapat zuriat. Sayidina Husain juga menyuruhnya agar membanyakkan istighfar.
Orang yang ketika mengadu pula mengadu keadaan musim kemarau
yang kering. Sayidina Husain pun menjawab dengan “Banyak-banyakkan istighfar”.
Sahabat-sahabat Sayidina Husain bertanya, kenapa 3 orang
mengadu hal yang berlainan tetapi beliau menjawab dengan satu jawapan yang sama
sahaja?
Sayidina Husain kemudiannya membacakan firman ALLAH surah
Nuh-10-12 yang bermaksud “Maka aku katakana kepada mereka, “Mohonlah KEAMPUNAN kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dialah yang Maha
Pengampun. Nescaya Dia akan mengirim HUJAN kepadamu dengan lebat, membanyakkan
harta dan ANAK-ANAKmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun serta sungai-sungai di
dalamnya”
Pengajaran dari kisah ini adalah bagi mereka yang belum
mempunyai zuriat banyakkanlah memohon keampunan kepada ALLAH dengan melazimkan
beristighfar.
Dipetik dari buku “Keajaiban Firasat” karangan AF Ust.
Muhadir Hj. Joll