Assalamua'laikum,
Permohonan adalah dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pembantu perawat di Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan Kuang. Butiran tawaran adalah seperti berikut:
Jawatan : Pembantu Perawat - 2 kekosongan
Skop kerja : Membantu perawat dalam melakukan rawatan dan keperluan rawatan samada di klinik ataupun di tempat lain. Ini termasuk melakukan kerja-kerja pentadbiran yang berkaitan. Pembantu perawat juga diperlukan untuk mengendalikan rawatan asas seperti scanning gangguan, menyediakan kelengkapan rawatan, meruqyah bahan-bahan rawatan dll.
Tempoh : Pembantu perawat yang dipilih akan berkhidmat secara kontrak selama 2 tahun.
Keistimewaan : Pembantu perawat akan diajar secara mendalam berkenaan kaedah rawatan Akrine dan setelah tamat tempoh kontrak boleh memilih samada ingin terus dengan pusat rawatan atau membuka klinik sendiri.
Kelayakan : telah mengikuti kursus anjuran Akrine
Sesiapa yang berminat sila emailkan butiran peribadi ke akrine@yahoo.com sebelum atau pada 15hb. Oktober 2012. Permohonan yang layak akan dipanggil untuk temuduga.
Wednesday, September 26, 2012
Tuesday, September 25, 2012
Akta baharu terima perubatan Islam
Oleh JUNHAIRI ALYASA
PENGAMAL perubatan Islam akan dipantau oleh Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari selepas ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Semua pengamal perubatan Islam termasuk tukang urut dan bidan di negara ini akan diwajibkan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan apabila Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 (TCM) dikuatkuasakan tidak lama lagi.
Menerusi akta tersebut, pengamal perubatan Islam yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan denda sebanyak RM30,000 atau penjara dua tahun untuk kesalahan pertama. Bagi kesalahan kedua pula, mereka akan didenda RM50,000 atau tiga tahun penjara.
Antara bidang perubatan tradisional lain yang dimasukkan di bawah akta tersebut selain tukang urut dan bidan ialah perubatan Melayu lain seperti perubatan berasas herba, perubatan tradisional Cina seperti akupuntur, moxibustion dan Qi Gong serta perubatan tradisional India iaitu ayurveda, siddha dan yoga.
Ketika ini, terdapat kira-kira 15,000 pengamal perubatan Islam yang menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai di seluruh negara.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar kecil) berkata, kaedah perubatan Islam telah dimasukkan ke dalam akta tersebut setelah mendapat rayuan daripada pertubuhan yang mewakili pengamal perubatan tersebut.
“Pada awalnya, kita tidak masukkan kerana ia memerlukan persetujuan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Selepas dapat persetujuan Jakim, mereka perlu sokongan negeri-negeri sebab itu kita teruskan rang undang-undang ini tanpa memasukkan perubatan Islam.
“Malah, kita ingat perkara ini terletak di bawah bidang kuasa Jakim tetapi Jakim telah meminta supaya perkara ini diletakkan di bawah kementerian,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat semalam.
Kosmo! sebelum ini melaporkan Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia meminta Kementerian Kesihatan menyemak semula Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari yang dikatakan tidak menyenaraikan kaedah rawatan perubatan Islam di dalamnya.
Ekoran itu, Tiong Lai telah memasukkan definisi perubatan itu ke dalam rang udang-undang tersebut untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam.
Beliau menjelaskan, semua pengamal perubatan tersebut akan dipantau oleh Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari yang berfungsi sama seperti Majlis Perubatan Malaysia.
“Majlis ini akan diwakili oleh pakar-pakar daripada bidang masing-masing dan menjadi sebuah badan yang memastikan setiap pengamal mempraktikkan amalan atau ilmu mereka dalam keadaan profesional,” ujarnya.
Menurut Tiong Lai, pelaksanaan akta tersebut akan membolehkan rakyat mendapat perkhidmatan yang berkualiti dan selamat.
Tambah beliau, Jakim juga akan mempunyai institusi khas untuk memastikan seseorang pengamal perubatan Islam itu adalah profesional dan diiktiraf.
Ulasan saya :
Sepatutnya perubatan Islam tidak dimasukan di bawak Akta TCM ini dan adalah benar pemantauan di buat oleh Jakim. Saya tak pasti adakah GAPIMA merujuk hal ini kepada persatuan-persatuan yang bernaung di bawahnya.
Friday, September 21, 2012
Thursday, September 20, 2012
Fakta dan Data Contoh Ruqyah Syirkiyyah di Indonesia
Pengertian Ruqyah Syirkiyyah
Ruqyah Syirkiyyah ialah
bacaan mantra-mantra, pengagungan dan penyebutan jin, orang-orang
shalih, penghormatan pada bintang-bintang, malaikat atau pun
prilaku-prilaku pada saat ruqyah yang mengandung dosa syirik, bid’ah,
atau khurafat. Ruqyah semacam ini dilarang dalam syari’ah. Sebagaimana
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya mantra-mantra, azimat, dan guna-guna adalah syirik.” (HR.Abu Dawud dan Ahmad).
Ibnu at-Tiin berkata,”Itulah ruqyah
yang dilarang yang dipergunakan ma’zim dan lainnya, yaitu orang yang
mengakui adanya penundukan jin untuknya. Selain itu ia juga mampu
mendatangkan hal-hal yang syubhat yang merupakan kombinasi hak dan
bathil, kemudian digabungkan dengan dzikir pada Allah dengan sesuatu
yang meragukan (berupa latihan tenaga dalam atau bertapa diiringi dzikir
pada Allah, puasa dan wirid ribuan kali untuk mendapatkan kemampuan
ghoib dan lain sebagainya).”
Penyimpangan Dalam Praktek Ruqyah Syirk Dewasa Ini
Adapun bentuk-bentuk penyimpangan dalam
praktek ruqyah dewasa ini yang harus kita waspadai agar tidak tertipu
dan malah ikut-ikutan tersesat adalah sebagai berikut:
- Peruqyah memegang tubuh seorang yang bukan muhrimnya secara langsung hingga saling bersentuhan kulit tanpa ada perantara sedikitpun (tanpa memakai media kayu, atau sarung tangan yang tebal pada saat darurat yang menyebabkan peruqyah terpaksa menyentuh atau tersentuh tubuh pasien yang bukan muhrimnya secara langsung)
- Peruqyah hanya memandang mata pesakit, tanpa membaca bacaan ruqyah.
- Peruqyah hanya memijit-mijit badan pesakit tanpa mengucapkan bacaan ruqyah.
- Peruqyah hanya mencaci jin, dan enggan untuk membaca do’a- do’a Isti’adzah.
- Peruqyah membaca bacaan ruqyah, tapi dicampur dengan bacaan yang tidak jelas maknanya.
- Peruqyah melafazhkan bacaan ruqyah tapi dicampur dengan mantra syirik.
- Peruqyah membaca bacaan ruqyah, tapi juga menggunakan jimat sebagai alat pengobatan.
- Peruqyah membaca bacaan ruqyah tapi dibolak-balik kalimatnya atau hanya komat-kamit.
- Peruqyah membaca bacaan ruqyah tapi juga menggunakan media lain untuk memindahkan penyakit atau meminta syarat tertentu yang tidak sesuai syari’at.
- Peruqyah membaca bacaan ruqyah, tapi juga melakukan telahan-telahan perkara yang sifatnya ghaib atau langsung memvonis ada atau tidak adanya jin pada peakit.
- Peruqyah membaca ruqyah tapi mengaku bisa mengobati pesakit dari jarak jauh.
- Peruqyah membaca bacaan ruqyah tapi mengaku bisa melihat jin dan menangkapnya.
- Peruqyah membaca bacaan ruqyah seraya melakukan jurus-jurus pernapasan tenaga dalam tertentu.
- Peruqyah membaca bacaan ruqyah tapi menggunakan mediator orang lain agar kerasukan kemudian melakukan proses pengobatan.
Ciri-ciri Perdukunan Dalam Ruqyah Syirk
Perdukunan telah merasuk dalam
masyarakat Islam, sehingga batas antara kebenaran dan kebathilan menjadi
samar. Karena banyak ilmu-ilmu perdukunan (kahanah) dikemas dengan kemasan agamis dan modernis, sehingga masyarakat Islam banyak yang tertipu oleh para dukun dan paranormal.
Sebagai contoh, banyak pesakit yang
menyampaikan keluhan-keluhan mereka pada team ruqyah, setelah sekian lama
menderita sakit terkena sihir dan telah berobat ke banyak orang, ada
yang disebut sebagai orang pintar, paranormal, orang tua, kyai, grand
master energi, ahli spiritualis. Baik yang menggunakan cara tradisonal
seperti bunga kembang setaman, menyan, atau pun yang menggunakan sarana
modern seperti transfer energi, kartu yang diisi energi ghaib, bahkan
cara-cara yang terkesan agamis seperti membaca lafaz-lafaz berbahasa
arab sesungguhnya bukanlah ikhtiyar yang dianjurkan syari’at. Karena
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
“Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun, kemudian menayakan kepadanya tentang sesuatu, maka tidak akan diterima shalatnya selama 40 hari.”
Ada sebuah fenomena dimana pada era
kemajuan tekhnologi saat ini para dukun merubah jubah tradisionalnya
menjadi jubah modern. Mereka kini menggunakan istilah-istilah modern
dalam prilaku sesatnya. Seperti pada saat mereka melihat sesuatu yang
terjadi pada masa lalu atau meramalkan yang akan terjadi di masa depan
dengan mengistilahkannya sebagai ilmu clairvoyance. Padahal sesungguhnya tetaplah ia masuk dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam
sebagai tukang ramal atau dukun walau ia menggunakan istilah-istilah
modern sekali pun. Dan orang yang percaya apa yang dikatakan dukun
“modern”ini (walau ia mengatakan dari hasil meditasi pembukaan chakra
ajna, dari ilmu metafisik dan cara-cara bid’ah lainnya) tetaplah ia
ingkar terhadap apa yang diturunkan kepada Rasulullah, sebab Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
"Barangsiapa mendatangi tukang ramal
atau dukun, kemudian membenarkan apa yang dikatakannya, maka sungguh
telah ingkar terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad Shallallahu
‘Alaihi wa Sallam.”
Dan jika mereka dengan angkuhnya
mengatakan kami bisa mengatahu hal-hal yang ghaib karena dari hasil
latihan tenaga dalam atau berlatih ilmu metafisik, tetaplah mereka
tertipu oleh syaitan dan seolah-olah mereka lebih baik dari Rasulullah.
Sebab Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam sendiri tidak tahu hal-hal yang ghaib melainkan apa yang telah diwahyukan pada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Allah berfirman tentang hal ini di dalam surat Al-A’raf ayat 7:188
قُل لاَّ أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلاَ ضَرًّا إِلاَّ مَا شَآءَ اللهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ َلاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلاَّ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ“Katakanlah:’Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui hal-hal yang ghoib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.’”
Harus kita ketahui bersama bahwa hakikat
keghaiban hanya milik Allah semata dan hanya diberitakan sesuatau yang
ghaib itu kepada Rasul yang diridhai-Nya.
Allah Azza wa Jalla menyatakan dalam firmannya:
عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلاَّ مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا
"(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghoib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghoib itu itu kecuali kepada Rasul yang diridoi-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjagaan (malaikat) di hadapan dan dibelakangnya.” (al-Jin 72: 26-27)
Adapun ciri-ciri perdukunan (Kahanah) dan peramalan (‘Iraafah)
yang banyak dilakukan oleh orang-orang yang melakukan terapi ruqyah
syirik dan mengaku punya ilmu ghaib atau ilmu metafisika adalah sebagai
berikut:
-
Mensakralkan mantra-mantra selain kalimat-kalimat Allah dengan bahasa
Arab atau yang lainnya dengan syarat-syarat tertentu sebagai taqarrub
kepada thaghut yang disembah dan dimintai pertolongan. Misalnya: sesaji,
penyembelihan binatang, puasa mutih, puasa ngebleng, puasa pati geni
dan sebagainya.
-
Menghinakan Al-Qur’an atau kalimah thayyibah dengan membacanya dari
belakang, menguranginya, menambahnya, mengubahnya atau membacanya di
tempat najis dengan telanjang.
-
Ada lafaz-lafaz yang tidak jelas maknanya, atau tidak ada hubungannya satu sama lainnya.
-
Ada nama-nama thaghut yang diagungkan, atau nama-nama syaitan yang dijadikan wasilah kepada Allah.
-
Dengan membayangkan simbol-simbol tertentu atau dibarengi dengan gerakan tertentu.
-
Dengan membayangkan seolah-olah melakukan sesuatu sesuai dengan
keinginannya. Misalnya: membaca satu ayat dari surat Yusuf dengan
hitungan tertentu untuk melakukan sihir mahabbah kepada seorang gadis
cantik, agar bisa jadi pacarnya. Maka ia saat membaca Lii saajidiin, ia
membayangkan gadis itu tunduk kepadanya.
-
Ada permohonan kepada selain Allah untuk menyelesaikan hajatnya, atau
untuk membentengi dirinya, atau untuk menolak serangan sihir.
-
Mengirimkan Al-Fatihah kepada orang mati dengan keyakinan arwahnya
akan datang kepadanya, kemudian arwah itu dimintai tolong untuk membantu
urusannya.
-
Ada juga dengan cara menulis mantra-mantra di kertas kemudian itu dibakar, abunya dimasukkan ke dalam segelas air untuk diminum.
-
Ada juga dengan menulis mantra-mantra syirik kemudian dijadikan
azimat yang diyakini untuk penangkal bala’ atau untuk mendatangkan
manfaat.
-
Bertanya namanya, nama ayahnya dan nama ibunya untuk dimanterai.
-
Meminta salah satu benda penderita (foto, kain, saputangan, peci, baju, dan sebagainya) sebagai syarat ritual atau deteksi.
-
Terkadang minta binatang dengan sifat tertentu (ayam cemani, burung
pelatuk bawang dan lain sebagainya), atau media lain seperti bunga
kantil, minyak ponibalsawa atau zakfaron, daun sirih ketemu ruas, buah
apel Jin, tanah dari rumah penderita, tanah kuburan, air sumur kramat, slametan dan sebagainya.
-
Menulis azimat-azimat tertentu (rajah), menggambar segi empat yang didalamnya ditulisi huruf dan angka, dan sebagainya.
-
Membaca mantera-mantera yang tidak difahami, potongan ayat Al-Qur'an yang dipisah-pisah dan sebagainya.
-
Kadang-kadang menyuruh penderita menyepi tidak terkena sinar matahari.
-
Kadang-kadang tidak boleh menyentuh air pada masa-masa tertentu, atau mandi tengah malam.
-
Memberi benda-benda yang harus ditanam di tanah, ditempel di atas
pintu, sikep, susuk, keris, akik, cincin besi,'air sakti', telur, 'sabuk
perlindungan', benang untuk ditalikan di tubuh dan sebagainya atau
memberikan batu kristal yang dikatakan sebagai media penarikan dan
penyaluran energi.
-
Menyuruh penderita beribadah dan berwirid bid'ah (contoh: puasa
mutih, bertapa atau meditasi, konsentrasi pada foto seseorang,
istighosah, tahlilan, wirid sampai ribuan kali, ziarah kubur wali dengan
meminta syafaat didalamnya dan lain sebagainya).
-
Terkadang sudah tahu duluan masalahnya, nama dan tempat asalnya. Dia juga bisa melihat ada Jin di dalam diri seseorang.
-
Terkadang punya kamar khusus di rumahnya yang tidak boleh dimasuki orang lain.
-
Ada pantangan terhadap dirinya dan penderita terhadap hari atau tanggal tertentu (tahayyur).
-
Menulis ayat Al-Qur'an dengan sungsang, dari kiri atau dengan darah (haid) atau sesuatu yang najis.
-
Kebanyakan suram wajahnya, kebanyakan merokok, membakar kemenyan, sulit untuk tawadhu.
-
Suka mendeteksi penyakit dengan mengistilahkan dengan kepekaan tangan, memakai pendulum, transfer energi dan lain sebagainya.
-
Menggunakan ritual sihirnya dengan istilah “pembukaan”, shaktivat, inisiasi, attunement, pengisian, pembersihan dan pembukaan aura, pembuangan energi negatif, pembersihan karma negatif dan lain sebagainya.
-
Melakukan ritual atau prilaku aneh dalam pelaksanaan hajatnya seperti
menggerakkan tangan seolah-olah menulis, menangkap atau menolak
sesuatu, menyedot atau mengeluarkan napas dengan keras dengan
mengejangkan salah satu anggota tubuhnya (biasa dilakukan oleh mereka
yang belajar senam pernapasan tenaga dalam).
-
Memegang bagian-bagian tubuh pesakit yang bukan muhrimnya secara langsung (bersentuhan kulit) dalam prosesi pengobatan.
-
Memberikan wejangan-wejangan yang bertentangan dengan ajaran Islam
Contoh Gambar Iklan Ruqyah Eyirk
1. Ruqyah Syirk Padepokan Bhakti Nusantara
Lihatlah iklan Ruqyah Padepokan Bhakti
Nusantara, Sang Guru mencampur adukkan ruqyah dengan ilmu metafisika
seperti reiki, meditasi, pembukaan indra ke enam/mata ke tiga,
pengasihan dan lain-lain.
2. Ruqyah Syirk Padepokan Walisongo
Terapi ruqyah fersi padepokan Walisongo
ini sangat aneh, pembaca bisa melihat iklannya yang membagi ruqyah
kedalam banyak versi dan tingkatan seperti:
- Terapi Ruqyah I (tilawah membaca Al-Qur’an)
- Terapi Ruqyah II (tirta husada)
- Terapi ruqyah III (pemijatan).
- Terapi Ruqyah IV (telur Rebus).
- Terapi Ruqyah V (Gembolo Banyu)
- Terapi ruqyah VI (telehusada “pengobatan jarak jauh)
- Terapi Ruqyah VII (Swahusada/dri sendiri)
- Terapi Ruqyah VIII (Menetralisir rumah/pekarangan/ tempat usaha dari gangguan sihir).
Ruqyah ala padepokan Walisongo ini
sangat menyimpang sebab mencampur adukkan ruqyah yang murni menggunakan
bacaan ayat suci Al-Qur’an dengan ilmu klenik/perdukunan dan apa
hubunganya ruqyah dengan telor rebus ?
3. Ruqyah Syirk Padepokan Kumbang Malam
Ruqyah padepokan Kumbang Malam ini
benar-benar sesat sebab jika terapi ruqyah syar’iyyah mengeluarkan Jin
dalam tubuh tetapi ruqyah mereka malah memasukkan Jin kedalam tubuh
seseorang. Coba lihat tulisan KELEBIHAN RUQYAH PADEPOKAN KUMBANG MALAM,
tertulis disana Jin bisa dimasukkan kedalam tubuh salah satu anggota keluarga/anak yang siap.
Tujuan memasukkan Jin dari terapi ruqyah syirik ala Pedepokan ini tidak
lain khodam Jin dari penerapi masuk untuk mengusir Jin yang ada dalam
tubuh pesakitnya. Praktek semacam inilah yang sering memfitnah klinik
ruqyah syar’iyyah dengan mengatakan ruqyah syar’iyyah memasukkan Jin
padahal praktek tersebut adalah praktek ruqyah syirik.
Selain itu ciri khas yang PASTI ditemui
dari ruqyah syirik, mereka selalu mencampur adukkan ruqyah dengan ilmu
kesaktian/metafisika. Seperti bisa dilihat pada iklan diatas, Padepokan
Kumbang malam mengajarkan juga reiki, tenaga dalam, ruwatan dan ruqyah
satu paket dalam keilmuan mereka.
3. Ruqyah Syirk Ma’had Qolbun Salim
Tidak semua pesantren bersih dari ilmu
sihir dan praktek kesyirikan, contohnya iklan Ma’had Qolbun Salim.
Selain membuka praktek ruqyah ma’had ini juga membuka praktek pengobatan
dengan ilmu metafisika seperti reiki, prana dan
semacamnya. Sungguh ironis, banyak masyarakat yang ketika mendapatkan
efek negatif dari praktek ruqyah menyimpang yang dilakukan oknum kyai
mengakibatkan praktek ruqyah syar’i terkena getahnya, padahal ciri khas
praktek ruqyah syar’i TIDAK pernah menggabungkan pengobatan ruqyah
dengan ilmu ghaib/supranatural/metafisika dan TIDAK memakai bantuan Jin
dalam pengobatan ruqyah.
Dari beberapa contoh ruqyah syirik
diatas, saya harap umat muslim hati-hati dengan pengobatan ruqyah, sebab
sekarang ini sangat menjamur pengobatan ruqyah yang jika kita tidak
hati-hati dapat salah memilih klinik ruqyah. Alih-alih sembuh dari
penyakit malah akan menambah Jin dalam tubuh dan penyakitnya tambah parah.
WASPADALAH.....WASPADALAH
Sumber: http://ruqyah-online.blogspot.com/
Ulasan saya:
Melakukan rawatan Islam adalah fardhu kifayah bagi membantu masyarakat yang memerlukan. Kita hanya menjadikan aktiviti ini dalam ruang lingkup ubudiah liLLAH. Tentunya amat malang jika usaha-usaha yang dilakukan dipenuhi dengan calitan-calitan pekerjaan syirik yang natijahnya bukan sahaja tidak mendatangkan pahala malah lebih jauh menghumban ke neraka na'uzubiLLAH.
Oleh yang demikian berlapang dadalah sekiranya ada teguran-teguran dari mereka yang ikhlas (bukan pemfitnah) sehingga mana kita sentiasa berada di jalanNya yang lurus.
Perawat kenalah banyak menimba ilmu dengan menjadikan al-Quran, hadis, 'ulamak dan perawat muktabar sebagai panduan. Membaca tulisan 'ulamak dan mualij terawal kita dapati adanya pandangan yang berbeza. Misalnya ada yang mengharamkan membakar jin, ada pula yang mengharamkan mengazab jin dan tidak kurang yang yang tidak membenarkan membunuh jin. Apabila kita mengambil semua pandangan maka lakukan perbincangan sesama perawat untuk pandangan kedua dan ketiga.
Selagimana kita bertaraf pelajar, menjadi suatu yang lumrah untuk melakukan kesalahan. Yakinlah ALLAH akan memberi kita petunjukNYA selagimana kita menjadikanNYA sebagai niat dan tumpuan.
Friday, September 14, 2012
Pengumuman : Kad Akrine, Program Korban, Umrah dan KOPI
Assalamu'alaikum wbt.
1. Kad Keahlian Persatuan Perawat Akrine
Pihak kami telah menghantar semua kad-kad keahlian Persatuan Perawat Akrine untuk fasa yang ketiga pada minggu ini. Para perawat yang belum menerima kad dijangka akan menerimanya pada minggu depan. Sekiranya tuan/puan masih belum menerima kad dan telah memohon menjadi ahli sila sms ke 017-3646461 dengan kadar yang segera untuk semakan dan sebagainya. Untuk makluman juga tidak semua permohonan menjadi ahli diterima keahliannya oleh persatuan oleh sebab-sebab yang diputuskan oleh persatuan.
2. Program Ibadah Korban
Saya selaku pengasas Akrine mencadangkan agar ahli-ahli Akrine menjayakan program ibadah korban bersama sebagai ganti gathering raya puasa. Sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini berikut adalah tentatif program:
Tarikh : 12 Zulhijjah / 27hb. Okt. 2012 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Akrine Kuang.
Antara pengisian : Penyembelihan, potong daging, masak nasi dan sup tulang, jamuan, solat zohor, tazkirah Korban, soal-jawab rawatan dan agihan daging korban.
Sesiapa yang ingin menyertai korban sebagai peserta satu bahagian adalah RM390.00. Sila sms 017-3646461 dengan kadar yang segera.
3. Umrah 2013
Saya bercadang untuk mengerjakan umrah pada bulan Jun tahun depan. Sesiapa yang nak turut serta silalah mula menabung sekarang dengan kadar RM5,000.00 seorang (tidak termasuk urusan passport)
4. Kongres Perubatan Islam (KOPI)
Gabungan Perawat Islam Malaysia (Gapima) akan menganjurkan kongres di atas pada bulan Disember ini. Mana-mana ahli berminat sila layari facebook akrine dan memberikan nama kepada sdra Hairuzi untuk penyelarasan.
1. Kad Keahlian Persatuan Perawat Akrine
Pihak kami telah menghantar semua kad-kad keahlian Persatuan Perawat Akrine untuk fasa yang ketiga pada minggu ini. Para perawat yang belum menerima kad dijangka akan menerimanya pada minggu depan. Sekiranya tuan/puan masih belum menerima kad dan telah memohon menjadi ahli sila sms ke 017-3646461 dengan kadar yang segera untuk semakan dan sebagainya. Untuk makluman juga tidak semua permohonan menjadi ahli diterima keahliannya oleh persatuan oleh sebab-sebab yang diputuskan oleh persatuan.
2. Program Ibadah Korban
Saya selaku pengasas Akrine mencadangkan agar ahli-ahli Akrine menjayakan program ibadah korban bersama sebagai ganti gathering raya puasa. Sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini berikut adalah tentatif program:
Tarikh : 12 Zulhijjah / 27hb. Okt. 2012 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Akrine Kuang.
Antara pengisian : Penyembelihan, potong daging, masak nasi dan sup tulang, jamuan, solat zohor, tazkirah Korban, soal-jawab rawatan dan agihan daging korban.
Sesiapa yang ingin menyertai korban sebagai peserta satu bahagian adalah RM390.00. Sila sms 017-3646461 dengan kadar yang segera.
3. Umrah 2013
Saya bercadang untuk mengerjakan umrah pada bulan Jun tahun depan. Sesiapa yang nak turut serta silalah mula menabung sekarang dengan kadar RM5,000.00 seorang (tidak termasuk urusan passport)
4. Kongres Perubatan Islam (KOPI)
Gabungan Perawat Islam Malaysia (Gapima) akan menganjurkan kongres di atas pada bulan Disember ini. Mana-mana ahli berminat sila layari facebook akrine dan memberikan nama kepada sdra Hairuzi untuk penyelarasan.