Sunday, December 23, 2012

Benarkah RasuluLLAH SAW Disihir?


Daripada Aisyah r.a katanya, seorang lelaki dari Bani Zuraiq yang bernama 'Lubaid bin Al-A'sam telah menyihir Rasulullah s.a.w sehingga baginda Rasulullah khayal seakan-akan baginda sedang berbuat sesuatu yang baginda sebenarnya baginda tidak melakukannya. Sehinggalah pada suatu hari atau pada suatu malam dan baginda bersamaku tetapi baginda (asyik) berdoa dan terus berdoa, kemudian baginda bersabda,

 "Wahai Aisyah, adakah anda tahu bahawasanya Allah telah memberitahuku tentang perkara yang telah aku pohon keterangan daripadaNya? Telah datang kepadaku dua orang lelaki, seorang duduk di sisi kepala dan seorang lagi di sisi kakiku. Seorang bertanya kepada rakannya, " Apakah penyakit lelaki ini?. Jawabnya "la disihir." Tanyanya lagi, "Siapa yang telah menyihirnya.? "Jawabnya." Lubaid bin Al A'sam." Tanya,"Pada benda apa,? "Pada rambut dan janggut yang gugur ketika disikat dan selaput mayang kurma jantan. "Ditanya lagi di mana ia? "Jawabnya di perigi Zirwan."

Maka Rasulullah bersama-sama dengan sekelompok para sahabat baginda pergi ke perigi tersebut.kemudian baginda pulang lalu bersabda." Wahai Aisyah, airnya seolah-olah seperti air inai, kepala-kepala kurmanya seperti kepala-kepala syaitan." Aisyah bertanya, “apakah anda tidak membakarnya?” Jawab Nabi SAW.’ “Tidak kerana Allah SWT telah menyembuhkan dan aku tidak ingin membalas kejahatan orang. Kerana itu ku suruh kuburkan saja (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini adalah punca golongan syiah menempelak Aisyah r.a dengan mengatakan bahawa Aisyah telah berdusta merendahkan mertabat Nabi.

Para ulamak dan juga perawat berbeza pendapat mengenai benarkah RasuluLlah saw disihir? Apakah kesan sihir ini tidak menjatuhkan kewibawaan seorang Nabi?

Bagi yang bersetuju dengan hadis ini alasannya ialah kerana hadis ini diriwayatkan oleh sahihain Bukhari dan Muslim. Ia diperkuatkan bahawa sihir ini khusus yang berkaitan dengan masalah rumahtangga yang tiada kena mengena dengan risalah kenabian. Ia bolehlah diumpamakan seperti sakit biasa sepertimana RasuluLlah saw pernah demam panas sebelum kewafatannya.

Bagi yang menolak pula yang saya juga berpegang dengan pendapat ini adalah kerana:

Apa alasan saya menolak hadis ini? Dapatkan jawapannya melalui Q&A bil. 13 yang akan berada dipasaran tidak lama lagi......

Thursday, December 6, 2012

Gambar2 KIRI Tahap 2 1-2hb. Disember 2012







Mudah-mudahan bermanafaat kepada semua dan marilah kita mengekalkan ukhuwah sesama perawat.