Thursday, January 3, 2013

Mesyuarat Agong Akrine Yang Kedua



Assalamu’alaikum wbt.

InsyaALLAH pada 15 Rabi’ul Awwal 1434 bersamaan 27hb. Januari 2013 ini AKRINE akan mengadakan mesyuarat Agongnya yang kedua di Kuang  setelah persatuan ini ditubuhkan pada Nov 2011 yang lalu.

Mesyuarat Agong adalah keperluan perlembagaan maka menjayakan mesyuarat merupakan kewajipan kepada semua ahli persatuan. Kehadiran adalah fardhu kifayah dan adalah satu dosa jika jemaah ini gagal menjalankan mesyuaratnya.

Mesyuarat agong bertujuan untuk melakukan muhasabah disamping membincangkan hala-tuju persatuan.

Tahun ini berlaku pemilihan jawatankuasa yang akan memegang amanahkepimpinan. Sejarah dengan jelas mencatatkan peristiwa  mesyuarat  dilakukan oleh para sahabat Nabi SAW untuk memilih khalifah selepas kewafatan Baginda sedangkan beberapa sahabat yang lain termasuk Ali ra menyempurnakan  pengkebumuian Baginda. Apakah para sahabat tidak cinta kepada Nabi SAW sehingga  tergamak membicarakan hal kepimpinan ummah sedangkan saidina Abu Bakar ra adalah teman sejati Nabi SAW, saidina Umar ra  pada suatu ketika menghunus pedangnya sekiranya ada yang berani mengatakan Baginda wafat?

Sejarah ini jelas menunjukan bahawa isu kepimpinan adalah suatu perkara yang besar dan merupakan awwaliyat dalam Islam.Oleh yang demikian, demi kelangsungan jemaah Akrine saya menyeru semua ahli untuk meluangkan masa menjayakan mesyuarat agong kali ini.

Ingatlah pesanan saidina Umar ra “Tiada Islam tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan”

Di sini ada beberapa perkara yang saya ingin utarakan  selaku penasihat kepada AKRINE.

Isu kepimpinan.

Saya yakin ahli-ahli sedang memikirkan siapakah yang layak menjadi AJK-AJK  Akrine yang baru  bagi memimpin Akrine untuk 2 tahun mendatang. Ukhuwah dan ta’aruf kita tidak membolehkan kita mengenali secara rapat antara satu sama lain pengamal-pengamal Akrine. 

Budaya mengekalkan kepimpinan yang sedia ada adalah merbahaya jika dilihat dari kesungguhan dan prestasi penjawat semasa. Ada yang “terpaksa” memegang jawatan dan ada yang tidak memberikan commitment kepada amanah yang ditanggung. Ada yang bersungguh tetapi tiada ilmu dalam mengurus organisasi bersifat NGO ini. Tidak kurang juga yang terhalang kerana gangguan-gangguan sebagai seorang perawat itu sendiri.

Saya mencadangkan agar pemilihan dibuat secara syura dimana ahli-ahli mencadangkan 10 orang   AJK tanpa melibatkan jawatan seperti Presiden, Naib Presiden, Bendahari, S/U dsb. Penama-penama ini berserta dengan penasihat akan mengadakan mesyuaratnya yang pertama bagi memutuskan penjawat jawatan-jawatan berkenaan. Mesyuarat juga mestilah memberi mandat untuk AJK dan penasihat untuk melantik AJK tambahan atau gantian sekiranya AJK yang dipilih terpaksa digugurkan oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kaedah ini membolehkan semua melaksanakan hak masing-masing disamping pemilihan kepimpinan yang lebih teliti.

Saya mohon mencadang.

Isu Kedudukan Ahli

Saya mencadangkan supaya mana-mana ahli yang memegang jawatan dalam pertubuhan rawatan Islam yang lain agar tidak dipilih untuk menjadi AJK AKRINE. Mana mungkin Pengerusi  Darussyifa (contohnya) menjadi AJK Akrine!

Sepertimana yang dibincangkan semasa penubuhan Akrine, tujuan persatuan adalah bagi membolehkan pengamal rawatan Akrine untuk berada dalam satu jemaah. Kita juga tidak menghalang mana-mana pelatih Akrine untuk menyertai pertubuhan lain malah menubuhkan persatuannya yang baru. Pelatih Akrine yang juga mengikuti kursus-kursus anjuran pertubuhan lain bebas untuk memilih pertubuhan kegemarannya.

Ini tidak dibolehkan di peringkat pimpinan. Apakah haluan yang akan dibawanya jika dia adalah Presiden Akrine dalam masa yang sama dia adalah Naib Presiden Darussalam (contohnya). Atau dia adalah AJK Akrine dalam masa dia adalah presiden Darul Ansar (contohnya)?

Saya mohon mengusulkan ketetapan ini.

Hala-tuju Akrine

Akrine perlu mengukuhkan organisasinya. Banyak perkara yang masih tidak digarap dengan baik seperti lantikan wakil negeri, program tahunan yang tersusun, kedudukan ekonomi persatuan, isu keahlian dsb.
Selamat bersidang.....