Followers
kursus
Kursus Rawatan Islam Terbaru
Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.
Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:
* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2
SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801
Tahap 2 : akan dimaklomkan
Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.
Antara kandungan kursus adalah:
* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan
Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)
Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg
Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801
Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus
Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.
Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh
Kusus Pengukuhan Tahap 3
Tarikh : 15hb. November 2014
Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Yuran : RM100.00
Thursday, March 8, 2012
Teknik Serkupan Api (TSA)
Wednesday, February 29, 2012
AKRINE Tidak Terlibat Dengan Kursus ini

Saya selaku pengasas Akrine dengan ini menegaskan bahawa saya tidak terlibat dengan kursus yang dirancang oleh pengiklan berkenaan.
Pihak penganjur ada menemui saya menyatakan hasratnya untuk mengendalikan kursus berkenaan. Walau bagaimanapun perbincangan hanyalah di peringkat cadangan.
Pihak penganjur telah mengiklankan dalam website mereka dan saya dihubungi oleh beberapa orang yang inginkan pengesahan saya kerana di antara tarikh kursus adalah pada 10hb. Mac 2012 sedangkan tarikh berkenaan kursus tahap 2 akan berlangsung di Kuang.
Saya meneliti website berkenaan dan mendapati banyak kekeliruan yang boleh memberi anggapan yang tidak betul kepada saya seperti ilmu pengasih, ilmu pelaris dll yang bukan bidang ataupun kepakaran saya. Begitu juga dengan pemakluman saya bahawa peserta kursus hanya akan diajar asas rawatan tahap 1 tetapi penganjur mengiklankan modul kursus tahap 2.
Saya telah menghubungi penganjur dan penganjur berjanji untuk memperbaiki modul berkenaan. Saya dapati pihak penganjur masih memasukan kursus Tahap 2 walaupun berjanji untuk tidak berbuat demikian.
Kursus Tahap 2 perlu mendapat kelulusan dari Persatuan Akrine dimana peserta kursus akan layak menjadi ahli persatuan dan setakad ini hanya kursus di Kuang sahaja yang diterima-pakai oleh persatuan.
Memandangkan pihak penganjur gagal mematuhi perbincangan awal saya dengan ini menegaskan bahawa saya tidak terlibat dengan penganjuran kursus berkenaan.
Harap maklum dan terima kasih.
Wassalam
Wednesday, February 22, 2012
Friday, February 17, 2012
Soalan-soalan perawat Akrine

Assalamualaikum.
Jazakallah atas ilmu yg ust. sampaikan dlm kursus penghujung 2011. Ada beberapa pertanyaan.
1. Ust kata TKR mesti pesakit bukan berada dlm keadaan kerasukan supaya tidak gunakan bantuan jin. Saya tidak melakukan TKR. Semasa scan pesakit telah kerasukan, lalu saya arahkan jin mengambil barang sihir yg ditanam dlm tubuh pesakit dan tempat syaki. Adakala juga sy arahkan jin utk scan lihat jika ada gangguan dlm tubuh pesakit yg lain atau lihat gambar, plan jika ada gangguan. Adakah ini dibolehkan? Sy risau sy telah gunakan bantuan jin!
Jawapan : Boleh dan tidak menjadi kesalahan. Bezakan diantara “ARAHKAN” dengan minta “BANTUAN”
2. Bagaimana untuk Islamkan jin yg mahu masuk Islam tapi dlm keadaan dialog guna anggota kaki?
Jawapan: Tanya dia adakah dia mahu masuk Islam atau tidak.Lihatlah reaksi kaki pesakit. Pengislaman dibuat di Serambi Madinah oleh jin2 di sana
3. Teknik bakar bata beberapa pesakit mengadu panas dan merah badan. Saya salah niat ke? Niat saya “Ya Allah aku dah berusaha. Dengan aku membakar bata ini Engkau rungkaikanlah gangguan jin dlm tubuh pesakit ni”. TRO juga adakala keesokan harinya badan pesakit sakit seolah disebat. Ada yg bongkok bila solat.
Jawapan: Tidak salah niat. Gangguan yang ada pesakit menyebabkan pesakit terkesan dari aktiviti rawatan
4. Sabun garam selepas guna badan pesakit kemerahan dan bau hanyir. Kemudian bila scan pesakit kerasukan jin ular dikenalpasti. MasyaAllah.
Jawapan: Allah jadikan garam yang dirukyah sebagai pengantara kesembuhanNYA.
5. Biasa selepas jin itu akur mahu keluar, saya doa pd Allah minta sejukkan semula dgn al-anbiya ayat 69. Jin tu menggigil sejuk dan selawat tafrijiah minta pulihkan. Ada juga jin yang haus, letih. Sy minta pd Allah hilangkan dahaganya berikan sedikit tenaga kpdnya dan. Adakah betul sy lakukan?
Jawapan: Tidak salah, permohonan yang meminta kebaikan dari ALLAH.
6. Masa TKR sy minta pd Allah jaring utk tangkap kura2, pistol utk tembak gagak dan ‘asap-asap’ pelik yg pesakit nampak sy suruh sedut guna mulut. Bolehkan?
Jawapan: Kenapa sedut guna mulut? Lebih baik gunakan tangan pesakit.
7. Selain ayat pemecah al-Hasyru ayat 21utk musnahkan perisai. Boleh ke guna ayat al-Hajj 19-22 bakar utk musnah perisai.
Jawapan : Boleh, kerana ia adalah sekadar rukyah dalam gabungan 4 kaedah rawatan Akrine
8. SM ini jin apa yg sesuai dihantar? Begitu juga Darul Islah. Byk jin gambarkan Darul Islah nampak atap-atap spt sebuah perkampungan tempat belajar. SM pula bercahaya terang byk lampu dan cantik.
Jawapam: DI untuk jin saka, mungkin semasa berdoa dulu mualij mohon adakan sistem pondok utk jin2 saka. SM selain dari jin saka ia adalah rekabentuk mesjid Nabawi waktu malam.
9. Jin yang ada keluarga dan janji tak ganggu lagi. Boleh tak kembalikan kpd keluargnya?
Jawapan: Boleh kecuali jin sihir
10. Teknik transform bagaimana ust. lakukan caranya? Al-anfal ayat 12?
Jawapan: Kekalkan 4 kaedah Akrine dengan rukyah selawat tafrijiah
11. Teknik musnah jin guna cermin. Pesakit nampak wajahnya lebam-lebam dan matanya berpusing. Ada orang belakang sy nampak dahi pesakit berkerut-kerut. Sy scan org belakang tu rupanya dia juga ada gangguan.
Jawapan : Teknik Guna cermin hanya berfungsi sebagai salah satu kaedah scanning sahaja. Mereka yang ada gangguan akan melihat “gambaran” gangguannya.
12. Ada yang mengganggu semasa rawatan. Sy bersama shbt2 berniat utk belasah OKS dan tukang sihir kerana hantar jin baru. Bagaimana cara terbaik utk hentikan perbuatan tukang sihir? Ditempat sy ada dua penyihir disyaki.
Jawapan: saya cadangkan teknik baling dan TRO. Nak hentikan tukang sihir kenalah serang dan musnahkan kandang ternakan jin-jin mereka.
13. Anak sy umur 10 bulan sering diganggu wktu mlm. Satu mlm jin ikut saya melalui tandas sbb mlm tu sy tergesa2 keluar masuk tandas tanpa baca doa. Lalu dia cucuk perut anak sy. Sy baca ruqyah dan anak sy senyap dan tidur semula. Sy pergi kembali kerumah pesakit yg sy rawat sebelumnya. Jin yg ganggu ank sy dpt dikesan. Dia marah sy bantu pesakit. Dia tak dpt ganggu sy sbb sy racun dan baca ruqyah sbb sy rasa dicucuk kat belakang bdn. Sy sembelih jin tu sbb mmg tak mahu keluar. (Ya. Tanda Allah nak uji)
Jawapan : Tiada insan yang kebal dari gangguan semuanya dengan izin ALLAH
14. Bagaimana cara utk tutup bekas tapak2 jin dlm tubuh pesakit. Boleh tak guna Yasin ayat 9 dan selawat Syifa’ tiup dan sapu di seluruh tubuh pesakit?
Jawapan : Boleh, mandian juga dapat membantu.
15. Teknik transfer jin dari tubuh pesakit A ke B itu bagaimana. Copy paste gak ke? Dan nak panggil jin yg keluar dari tubuh pesakit. As-Shad ayat 35?
Jawapan: Transfer hanya dengan kebenaran penerima, misalnya bagi merawat anak kecil boleh transfer dari anak ini kepada ibu atau bapanya. Tekniknya adalah secara direct transfer sepertimana transfer pada botol dengan memokuskan tangan kepada anak itu dan dilontarkan/transfer kepada orang tuanya kemudian kurung secara yassiin 4 penjuru.
16. Apa maksud jin itu diikat? Adakah sebab kita ikat dia di awal rawatan dan perlu dibuka semula utk keluarkan.
Jawapan: Jin diikat adalah disebabkan “contract” antara tukang sihir dan jin sihir terhadap jin-jin yang dipaksa untuk mengganggu pesakit. Ia bukan kesan ikatan yang dibuat oleh perawat.
17. ‘Niat,Doa,Ruqyah,Teknik’ 4 perkara ini mesti dilakukan dlm keadaan tertib ke? Sy biasa ruqyah dahulu kemudian baru niat bentuk serangan dan lakukan teknik.
Jawapan: Sebaiknya tertib tetapi kelajuan niat dan doa menjadikan rukyah dan teknik adakalanya mendominasi rawatan. Yang lebih utama perawat sebenarnya seperti seorang ahli tasawuf pada peringkat nafsu “mardiah” ie hubungannya dengan ALLAH amatlah tinggi sehingga semuanya diserahkan kepada ALLAH.
18. Kat mana sy boleh dptkan alat akrionics? Berapa harganya?
Jawapan: Boleh dibeli di Akrine Kuang dengan harga RM350.00 seunit
19. Saya terbaca “Majalah al-Islam” keluaran terkini bulan Februari 2012.
m/s17;
Tajuk : Etika dan Profesionalisme seorang perawat.
-Tidak dibenarkan menentukan dan mengumumkan makhlus halus atau benda ghaib yang mempengaruhi kesihatan pesakit.
m/s21;
Tajuk: Melihat dan menguasai jin, mukjizat khusus untuk para nabi dan rasul.
……Maka timbullah dakwaan dari para perawat kononnya mereka boleh menangkap, memenjarakan serta menyembelih jin.
…….Oleh demikian, perbuatan menangkap dan mengurung jin jelas bertentangan dengan sunnah yang ditunjukkan Nabi s.a.w. Sekiranya orang yang mempunyai kebolehan tersebut bukannya seorang Nabi, berkemungkinan dia melakukan istidraj.
Apa pandangan ust. tentang isu ini.
Jawapan: Hal-hal yang melibatkan jin adalah perkara ghaib. Tidak seorang boleh menentukan secara keyakinan 100% apa jua jenis penyakit dan gangguan. Apa yang dicerap oleh perawat hanyalah “kemungkinan2” sahaja berdasarkan simpton, reaksi, ilham dsb. Tujuan memaklomkan atau mendiagnos penyakit lebih kepada teknik rawatan. Misalnya jika jenis jin saka keris, maka barang saka tersebut perlulah ditawarkan.
Masalah melihat jin telah dibahaskan panjang lebar oleh para ulama dan mazhab. Imam Shafie secara jelas mengatakan bahawa sesiapa yang mengatakan dia melihat jin maka dia adalah pendusta.
Apa yang berlaku hari ini adalah beberapa persoalan yang masih perlu kajian lanjut. Satu fenomena di mana jika pada manusia yang ada gabungan antara manusia dengan jin itu sendiri, misalnya mereka yang melakukan hubungan suami-isteri secara tidak islamik akan melahirkan anak “jin”. Anak-anak ini akan boleh melihat jin itu sendiri.
Begitu juga pesakit yang dipenuhi dalam tubuhnya jin saka sehinggamana matanya berkongsi dengan jin saka lalu dapat melihat jin yang lain.
Kebolehan melihat jin bukanlah satu kelebihan tetapi ia merupakan kekurangan.
Jin yang dilihat bukanlah secara original adakalanya merupakan jelmaan sahaja. Ulamak bersependapat bahawa melihat jelmaan jin bukanlah suatu yang mustahil. Yang mustahil ialah melihat jin yang asli.
Kebolehan perawat menangkap jin boleh menjadi istidraj jika tiada pergantungan kepada ALLAH. Kebolehan menangkap jin bukanlah terlalu istimewa dan bukan sahaja berlaku pada para Nabi. Bacalah kisah sahabat yang menjaga baitulmal di zaman RasuluLLAH SAW. Sahabat ini juga berjaya menangkap jin yang nak mencuri harta baitulmal. Ia merupakan kelebihan yang ALLAH berikan kepada khalifah ALLAH mengatasi jin yang tidak dapat dilihat.
Saya berpegang kepada “HARAM” mengurung jin dalam apa media pun seperti botol, limau, telur, dalam tanah atau dimana sahaja.
wALLAHua’lam.
Monday, February 6, 2012
Majalah Q&A

Assalamu'alaikum wbth.
Kita baru sahaja menyambut maulidurRasul SAW sebagai usaha menambah cinta kepada insan yang mulia, insan SAW yang wajib dicintai selepas kecintaan kepada Pencipta.
Perjalanan balik ke Johor menemukan saya dengan ramai perawat Akrine.
Ust. Khairuddin di Batu Pahat memaklumkan kepada saya kemungkinan bertanding calon parlimen pada PRU13 ini. Beliau aktif merawat bersama ust. Rosdi di Batu Pahat. Berita juga menyebut yang ust. Rosdi juga akan bertanding di salah satu DUN di Johor nanti... sirru 'ala barakatiLLAH.
Saya juga dikunjungi oleh cikgu Mas bersama suaminya yang telah bersara. Mereka sibuk merawat sambil menyediakan ubat-ubat herba.
Saya juga berjumpa ust. Herman Merlimau yang baru balik dari menziarahi ayahndanya yang sakit di Indonesia. Beliau merawat secara kumpulan dengan Ust. Tuan Ariff dan sdra. Joko.
Dalam perjalanan saya ke walimatul urus Tn. Hj. Rosni di sg. Udang Melaka, ust. Herman menelefon saya kerana pesakit yang dirawat tak dapat ditidurkan dan juga tak mati bila disembelih. Saya minta mereka bertenang dan berhenti merawat seketika. Saya meneruskan perjalanan "kenduri" saya ke rumah tn. Hj. Rosni di Sg. Udang Melaka.
Tn. Hj. Rosni menceritakan pengalamanya merawat di mana jin-jin tak henti-henti datang masuk merasuk pesakit. Beliau menukar rawatan kepada membelasah tuan punya jin. Rupanya tuan jin berada di luar rumah dan segera dia memanggil balik anak buahnya.
Selesai kenduri di rumah Tn. Hj. Rosni saya bertemu dengan Ust. Herman, Ust. Tg. Ariff dan sdra. Joko. Mereka nak sangat bertemu dengan saya dan pertemuan diatur di Petronas Masjid Tanah. Mereka menceritakan kesudahan rawatan di mana pesakit telah dapat disedarkan setelah di sembelih secara bergilir-gilir oleh mereka bertiga. Saya kagum dengan kegigihan mereka untuk berkumpul merawat walaupun jarak rumah mereka adalah lebih kurang 2 jam perjalanan.
Hari ini saya meneruskan kembara "kenduri" saya ke Ijok pula bertemua dengan Ust. Tooha dan ust. Arzimy. Ust. Tooha mengahwinkan anak bongsunya. Sedang saya makan saya di sapa oleh bekas pesakit saya dari Kg. Bukit Badong.... alangkah kecilnya dunia ini.
Saya terfikir untuk turun ke negeri-negeri menziarahi rakan-rakan perawat... bilakah agaknya saya dapat bertemu sahabat-sahabat semua.... rindu pula rasanya [saya teringat kepada Al-Marhum Ust. Dato' Fadzil Noor, presiden PAS yang saya kasihi. Setiap muktamar apabila menggulung perbahasan beliau akan mengatakan rindunya untuk bertemu lagi.... dan saya tidak menjangka ucapannya merupakan ucapan perpisahan. Mudah-mudahan ALLAH menempatkan beliau bersama Baginda SAW].
Kebelakangan ini saya tak banyak menulis... mungkin kerana aktiviti merawat sudah menjadi rutin dan tidak mengundang cerita-cerita baru. Bagi sesiapa yang mahu membaca tulisan saya, jemputlah menelaah majalah Q&A terbitan Galeri Ilmu sdn bhd. tempahan boleh dibuat melalui http://www.iqramall.com .
Saturday, January 28, 2012
Gambar2 KIRI Tahap 1 Jan. 2012





















Friday, January 20, 2012
Maklumat Terkini
1. Pihak Akrine mempelawa kepada ahli-ahli yang mengamalkan rawatan bekam dan berkebolehan untuk mengendalikan kursus untuk menghantar kertas cadangan yang mengandungi biodata diri termasuk pengalaman / kursus bekam yang diikuti. Sila juga kemukakan cadangan silibus kursus bekam yang dicadangkan. Sila email kepada akrine@yahoo.com sebelum atau pada 15hb. Februari 2012
2. Kad perawat Akrine akan mula diedarkan insyaALLAH pada minggu depan
3. Senarai perawat pada blog ini akan dibuat pemutihan di mana semua nama akan dikeluarkan pada minggu depan. Kepada mereka yang benar-benar merawat dan ingin namanya disenaraikan sila sms nama, no. tel dan kawasan atau pusat rawatan anda ke o17-3646461
4. Tiada rawatan hujung minggu ini kerana KIRI tahap 1 akan diadakan.
Thursday, December 29, 2011
Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda
Download e-book dari karya Muhammad Isa Dawud
Pada Bab 1, buku ini menampilkan tajuk Dajjal : Kelahiran, Pertumbuhan dan Kehidupan Khasnya Yang Membentang Luas. MID semasa memulakan bab ini berkali-kali memperingati para pembaca akan kesan pendedahannya itu.
Beliau sedar bahawa apa yang didedahkan akan memporak-perandakan pemikiran-pemikiran jumud sesetengah umat Islam tentang Dajjal. Beliau juga sedar bahawa pendedahan yang bakal dilakukan akan menimbulkan kesangsian yang mendalam. Namun semua penjelasan itu mungkin sedikit mententeramkan keadaan apabila ada bukti-bukti bertulis dari manuskrip-manuskrip kuno yang telah dibuat kajian.
“Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinan selama tiga puluh tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling merbahaya dan paling sedikit manfaatnya, kedua matanya tertidur tetapi hatinya tetap terjaga.”(Riwayat Imam Ahmad)
Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak.
Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia.
Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir.
Menurut Muhammad Isa Dawud, Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut. Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya Anak Tuhan. Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama.
Bab 3 dalam buku ini juga menyentuh mengenai Dajjal yang telah menemui suatu kaum yang dirasakan nya mampu bagi ia menyamar diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan.
Namun begitu, ia masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya. Maka Dajjal meneruskan perlajanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya.
Salah satu perkara penting dalam bab ini ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh Iblis. Menurut Muhammad Isa Dawud, di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia.
Dalam Bab 3 yang bertajuk Benteng Dajjal Di Segitiga Bermuda Dan Masalah Mesir, MID memulakan penulisannya dengan al-Baqarah, yang bermaksud; bicaranya dengan memetik ayat 30 dari surah
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di (muka) bumi,”
Namun ada sesuatu yang menarik tentang pandangan MID mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini. Menurutnya, sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, ‘pertolongan’ itu tidak mungkin ‘melampaui’ permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?
Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35.
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …”
Sumber dari :http://azmieyusoff.blogspot.com/2011/04/dajjal-akan-muncul-dari-kerajaan-jin-di.html
Sunday, December 25, 2011
Pemberitahuan
Adalah dimaklumkan bahawa rawatan terbuka setiap hari Ahad jam 2.30 petangndi Akrine Kuang ditangguhkan buat sementara waktu dan akan disambung semula pada 8hb. Januari 2012.
Harap maklum.
TKasih. Wassalam
Tuesday, December 20, 2011
Teknik Musnah Jin Guna Cermin
1. Sediakan cermin yang boleh memuatkan muka anda
2. Celup tangan anda pada air rukyah dan tulis sambil baca kaaf ha ya aiin shood ha miim aiin siin qaaf pada cermin berkenaan
3. Lihat muka anda cermin pada jarak 10cm
4. Fokus penglihatan anda pada dahi fathul Jamal iaitu di bahagian antara dua kening
5. Baca شَاهَتِ اْلوُجُوْهُ (syaahatil wujuuh - Seburuk wajah) berulang kali sambil anda memokuskan penglihatan ke fathul Jamal
6. Anda akan nampak pengganggu anda
7. Teruskan baca syaahatil ujuuh hingga jin itu lenyap
Untuk merawat pesakit pula kaedahnya sama sahaja: suruh pesakit pegang cermin pada jarak yang sama, perawat membaca syaahatil ujuuh berulangkali
Dah buat baru cerita kat saya... selamat mencuba
Blog/web Rawatan
-
Info RCT (Rawatan Cara Tidur) - Kaedah rawatan RCT adalah kaedah diagnos (mengesan punca penyakit) yang dilakukan secara kebatinan. Penglibatan kaedah ini semestinya memerlukan kondi...6 years ago
-
TUANKU, SYED, WAN, SHARIFAH.. - SEKILAS SEJARAH MASUKNYA SEBAHAGIAN ALAWIYYIN DI TANAH MELAYU DAN KEPULAUAN BORNEO (Siri Akhir) MASYARAKAT ARAB HADRAMI DI SARAWAK: TINJAUAN TERHADAP SE...6 years ago
-
Khidmat Bekam dan Urut Tradisional : Hubungi 011-51129337 untuk temujanji - Anda tidak pernah berbekam? Atau sudah lama tidak berbekam? Anda tidak pernah berurut? Atau sudah lama tidak berurut? Sedangkan kenderaan pun perlu di servi...7 years ago
-
-
3 Doa Mudah Membasmi Masalah Gangguan Makhluk Halus - Amalan berikut saya ajarkan kepada pesakit-pesakit saya yang ada masalah gangguan makhluk halus. Amalan ini merupakan penambahan ataupun 'add-on' kepada ...9 years ago
-
SENARAI GRADUAN SESI 2016 - *SENARAI PELAJAR YANG AKAN DIIJAZAHKAN DI MAJLIS PENGIJAZAHAN DARUSSYIFA' PADA 25-DIS-2016 (AHAD).* Kepada pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' Bangi Kumpu...9 years ago
-
Tips apabila mengalami mimpi buruk - Mimpi adalah mainan tidur. Namun ada juga mimpi yang benar seperti mimpi para nabi dan rasul, dan juga orang-orang soleh. Mimpi yang buruk pula datang dari...10 years ago
-
Ciri-ciri gangguan jin - * Di antara ciri-ciri yang bisa diketahui dari orang yang terkena gangguan jin atau syaithan itu adalah:* *Gangguan terhadap pikiran:* - Menjadi s...10 years ago
-
Rawatan salah bantal. macam -macam dah ikhtiar, alhamdulillah menjadi. - *Assalamulaikum WRBKT, Hari ini penulis ingin berkongsi teknik rawatan (yang menjadi sahaja) untuk masalah seliuh leher atau lebih popular dengan panggilan...10 years ago
-
Hari-Hari Terakhir Ramadhan - Dalam masa tak sampai beberapa hari penghujung Ramadhan Masa nak renung kembali. Baik buruk tindakan selama setahun ni Apa tambah baiknya ? apa yang makin ...11 years ago
-
REPORTASE PEMBANGUNAN PONDOK REHABILITASI QHI - Abu Qhois Sidomulyo Alhamdulillah kemarin sore tepat nya Hari Kamis Tgl 28 Pukul 17.00 wib Peletakan batu pertama Pondok Pesantren Rehabilitasi Qur;anic he...12 years ago
-
Hidup Bersama Mayat - Blog ni menerima macam-macam gambar yang pelik, misteri dan kadang-kala tidak dapat dijelaskan. Seperti gambar misteri ini, yang langsung takde penjelasan m...12 years ago
-
KULIYYAH DARUL ANSAR - *Assalamualaikum WBT* Kemasukan penuntut baru bagi pengambilan 2014 kali ke-6 untuk pengajian Pengubatan Islam anjuran PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ...12 years ago
-
-
Kesibukan Dunia VS Bekalan Akhirat.. - Assalammualaikum wbt.. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi satu lagi kesempatan terhadap hamba yang lemah ini untuk menambah perkongsian di da...14 years ago
-
AGM AKRINE dan Jamuan Eidulfitri AKRINE 2011 - *AGENDA :* 1- AGM AKRINE kali pertama 2- Jamuan Eidulfitri 1432H 3- Pendaftaran Perawat AKRINE dengan TCM 4- Pendaftaran Keahlian AKRINE15 years ago
-
Biar Orang Cina Pimpin Islam - [image: biarcina] *Biar Orang Cina Pimpin Islam* oleh * Ann Wan Seng* ISBN 978-967-361-015-0 Tarikh Terbit: April 2011 Jumlah Muka Surat: 130 Harga...15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
My Favourite
-
Budak 7 tahun maut jatuh tingkat 10 - MOHD SHARKAWI LONDINGPASUKAN Forensik sedang melakukan siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak ditemui maut terjatuh tingkat 10 PPR Sungai Melana F...3 hours ago
-
-
Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah - “Berbaloi pelaburan €2 aku!” Saya mengomel sendirian. Saya sedang membaca buku Corrupting Youth: Political Education, Democratic Culture, and Political The...7 months ago
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...8 years ago
-
Flybar Aztech - More stable than my previous Oxelo Yamba Wood 27". Heavier and tougher. Love it!8 years ago
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? - Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian s...10 years ago
-
Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun - Mengapa penerbangan Haji, pramugari MAS memakai tudung, tetapi penerbangan biasa pramugari buang tudung? Ini satu lagi sikap yang mempersendakan dan mereme...10 years ago
-
Egypt’s Coming Civil War - Three months ago, Egypt’s military seized power in a coup that it said was necessary both to prevent civil war and to restore democracy. By now it is cl...13 years ago
-
menawan puncak kinabalu 1 (politik) - (Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan yang beg...13 years ago
-
Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi - Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya itu meny...14 years ago
-
Roboh gerai tanpa notis - Roboh gerai tanpa notis Oleh : NURULFATIHA MUAH Tarikh : December 25, 2011 [image: Roboh gerai tanpa notis] SELAYANG BARU – Seorang peniaga kerugian kira-...14 years ago
-
Terkini .............. - Sila tukar link di blog anda ke sana, tuan pondok sudah pindah. Terima kasih. Sana mana? http://www.arabmykrk.com. Kalau nak belajar Bahasa Arab sahaja:......17 years ago
-
-
-
-
Expose Mistik part-1
Expose Mistik Part 2
Expose Mistik Part 3
Teknik Tidurkan Jin
Senarai Perawat Luar Negeri
- Jordan
- "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
-
- Osamah Yasin Al-M'any: Home: 0096265605022, Cell: 00962777970590, info@ruqya.net, www.ruqya.net
(Amman, Jordan)
- Osamah Yasin Al-M'any: Home: 0096265605022, Cell: 00962777970590, info@ruqya.net, www.ruqya.net
- UK
- Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
- Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
- Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
- Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
- Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
- Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
- Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
- USA
- Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy
and he travels to other states frequently.
- Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
- Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy
- Germany
- Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
- Bosnia and Herzegovina
- Enes Beganović Mećevići BB Zavidovići +387 61 757 819, enes@lijecenje-kuranom.com, www.lijecenje-kuranom.com
- Enes Beganović Mećevići BB Zavidovići +387 61 757 819, enes@lijecenje-kuranom.com, www.lijecenje-kuranom.com
- Morocco
- Abdul-Hameed Abu Abdul-Wadood: office: (+212) 048 82 26 26 , cell: (+212) 062 12 01 81 , arroqia@hotmail.com, www.roqia.free.fr
(Agadir, Morocco)
- Yusuf Shabany: (+212) 069 60 56 43, aroqya@hotmail.com (Ad Dar al Bayda', Morocco)
- Abdul-Hameed Abu Abdul-Wadood: office: (+212) 048 82 26 26 , cell: (+212) 062 12 01 81 , arroqia@hotmail.com, www.roqia.free.fr
- Pakistan
- Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
- Egypt
- Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
- Yemen
- Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
- Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
- Saudi Arabia
- Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
- Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
- Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
- Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
- Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
- Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
- Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
- Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
- Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com
(Jeddah, Saudi Arabia)
- Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
- Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
- Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
- 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
- Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
- Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
- Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
- Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
- Kuwait
- Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
- Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
- Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
- Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
- Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
- UAE
- Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)









