Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Thursday, January 31, 2008

Dendam Jin Yang Terbakar

Sakit Haji S telah lama, beliau akan terasa panas yang amat sangat hingga tak terkata. Anak-anak Tn. Hj telah berpakat menghantar ke sebuah hospital swasta demi ayah yang tersayang. Seminggu beliau terlantar dihospital darah demi darah diambil tanpa sebarang petunjuk penyakit. Tn Hj. S minta aircond biliknya disejukan ke tahap maksimum kerana Hj. S merasa panas yang amat sangat. Isteri beliau menggigil kerana kesejukan.

Akhirnya pihak hospital memberitahu beliau yang Tn. Hj S disyakki dijangkati penyakit tb. Tiga hari kemudian doktor berkenaan membetulkan kenyataannya yang Tn. Hj. S tidak berpenyakit tb. Hj. S semakin letih, beliau tidak makan dan minum selama lebih seminggu kerana tiada selera.

Seorang doktor Islam akhirnya membawakan air zam-zam dan buah kurma. Hairan Tn. Hj. kerana dia boleh minum air zam-zam makan kurma yang diberikan oleh doktor berkenaan. Fahamlah dia bahawa penyakitnya memerlukan rawatan alternatif.

Beliau berubat dengan pelbagai perawat. Melalui rawatan dikenalpasti ada 5 ekor jin pada badannya. Seorang perawat telah berjaya mengIslamkan dan mengeluarkan 3 ekor jin berkenaan. Jin-jin berkenaan telah berjanji untuk mengeluarkan 2 ekor jin yang lain.

Bila Tn. Hj. S berjumpa dengan saya, saya dapat merasakan penderitaan yang dialaminya. Beliau tidak bermaya, tidak banyak bercakap dan badannya yang amat susut.

Bila saya rukyah jin pada badan Hj. S berdioalog dengan saya:

+ : Awak ada berapa dalam badan tn Hj?
- : Dua
+ : Tiga kawan yang dulu tak ajak awak keluar?
- : Mereka kata kalau nak masuk Islam, tunggu dalam badan

Ternyata perawat sebelum ini ada memberi maklumat yang tak tepat sehingga terjadi begini. Saya ajar dia mengucap dan dia memilih Muhammad sebagai namanya. Saya kata kawan awak akan diIslamkan di Serambi Madinah.

Saya tanya dia kenapa ganggu Hj. S? dia kata dia dendam. Hj. S bakar sebahagian badannya semasa mereka sedang duduk berehat-rehat. (Tn. Hj. S membakar sampah di belakang rumahnya dan api tersebut telah merebak ke pokok buluh berhampiran). Saya kata Tn. Hj. tak tahu mereka tinggal di sana. Dia kata dia amat marah. Saya beritahu sekarang ini kita saudara se agama tak perlu berdendam lagi. Diapun setuju keluar bersama rakannya dan berjanji tidak mengganggu Hj. S lagi.

Selepas di rawat, Hj. S kelihatan ringan badannya dan rancak berbual. saya scan semula dan alhamduliLLAH tiada gangguan lagi.

Pengajaran:

1. Pokok buloh adalah tempat kegemaran jin membuat perumahan mereka. Jangan menanamnya berdekatan dengan rumah anda. Menurut TG saya selain pokok buloh adalah pokok ciku dan kelapa gading adalah tempat landing jin.

2. Berhati-hati bila membuat pembakaran. Bacalah bismiLLAH dan ta'awuz sebelum membakar , mencurah air panas, melompat atau apa sahaja perbuatan yang melibatkan kawasan-kawasan yang dijangka menjadi tempat tinggal jin.

3. Jika pihak hospital tidak dapat mengenalpasti penyakit eloklah berikhtiar kaedah rawatan Islam. Jangan tunggu lama-lama hingga anda hilang kekuatan dan tumpuan.

Monday, January 28, 2008

Diplomasi Berdepan Dengan Jin

Puan R pensyarah UITM. Beliau akan dirasuk walaupun ketika memberi kuliah. Puan R telah dirawat oleh pelbagai pusat rawatan dan individu tetapi belum sembuh.

Saya telah merawat Puan R sebanyak 2 kali. Yang terakhir pada Sabtu lepas.

Kali pertama saya merawat bersama Ust. Zed, lebih 2 jam kami belasah jin berkenaan. Letih kami berdua dimaki hamunnya. Kami juga diejek mengatakan kami tak akan dapat mengalahkannya... pancungpun dia tak mati (actually mati, tapi jin baru take over). Saya tutup rawatan dan atur sesi rawatan kedua.

Rawatan kedua begitu juga. Dua jam masih tidak memberi apa2 kesudahan. Puan R bukan diikat dengan ayat lagi tapi saya ikat dengan serban dll.

Saya rehatkan puan R untuk merawat pesakit yang lain yang telah lama menanti. Selesai pesakit berkenaan saya dan Ust. Zed sambung semula merawat puan R.

Kali ini saya tak ikat puan R. Saya ajak dia bertempur dengan saya. Saya cabar dia untuk memegang pen saya, saya bergantung-harap dengan ALLAH. Saya tanya dia, awak siapa yang tolong. Jin itu berkata dia akan dibantu oleh "patung" dan tak pernah kalah selama ini. Jin itu bersetuju untuk bertempur dengan saya.

Saya baca rukyah... tangan puan R yang mewakili jin berkenaan menggigil dan akhirnya melepaskan pen berkenaan. Saya kata kepadanya yang dia dah kalah. Jin ini berkata "patung" tak dapat tolong dia.

Saya suruh dia keluar, dia kata dia takut dengan mak Yeh, nanti mak Yeh pukul dia. Saya beritahu dia yang dia boleh ke tempat perlindungan (Serambi Madinah), dia kata jin2 lain tak mahu kawan dengannya. Saya kata kepadanya itu tidak benar, siapa yang beritahu dia macamtu. Dia kata Mak yeh.

Saya kata kepadanya awak carilah emak dan ayah awak. jin itu kata Mak yeh kata dia tak ada mak-ayah, dia berasal dari patung. Saya kata "mak yeh tipu awak!".

Menyedari dia ditipu jin ini menangis dan insaf. Dia akhirnya keluar.

Kisah ini mengingatkan saya kepada "expose mistik" siaran tv dimana 4 pemuda memegang seorang wanita. Hampir seluruh badan wanita ini ditenyeh oleh perawat2 berkenaan. Ada yang menekan lutut, memicik kaki, mengurut tangan dsb. Jin berkenaan menangis minta jangan disakiti...

Bolehkah kita kurangkan menyentuh pesakit? Sebagai suami saya amat sensetive bila melihat siaran berkenaan. Cubalah berdialog dan kurangkan penyiksaan fizikal dengan memulas-mulas jin berkenaan. Saya dapati kerja 2jam sebelum ini boleh saya lakukan dalam 10 minit secara diplomasi.

Bahana Berkhadamkan Jin

Saya minta jin pada badan N keluar tetapi dia tak mahu. Jin yang bernama Cicik ini marah kepada N kerana kononnya satu jin yang diarahkan oleh N telah mematahkan kakinya.

Bagi saya ini adalah peluang untuk saya memujuk jin ini keluar, saya tawarkan untuk merawat kakinya yang patah, dengan syarat dia tidak mengganggu N lagi. Dia bersetuju, sayapun berdoa dan alhamduliLLAH kaki Cicik sembuh. Dia setuju untuk keluar.

Saya tanya dia berasal dari mana, Cicik menceritakan dia tinggal di rumah bapa suami N. Dia telah lama tak dapat makan ayam yang sebelum ini dihidangkan oleh bapa mertua N.

Dia dan rakan2nya marah dengan pak mertua N kerana tidak menghidangkan lagi ayam. Merekalah yang menolak pak mertua M semasa dibilik air dan menikam lututnya. Semenjak itulah pak mertua M sakit dibahagian lutut.

Oleh kerana sakit sekian lama, jin yang bersama puan N pergi ke rumah pak mertua M dan membalasah jin2 berkenaan. Lalu ada yang patah tangan, mulut senget dan patah kaki. Bila jin2 ini dikeluarkan pada badan pak mertua N diapun meninggal dunia dengan izin ALLAH.

Cicik dan rakan-rakannya masih mencari pak mertua N, bila diberitahu dia sudah meninggal, cicik mencari kuburnya dan kalau dia jumpa dia nak korek kubur berkenaan. Katanya dia menuntut makanan dari pak mertua N.

Saya beritahu cicik bahawa dia perlu berdikari dan jangan lagi mencari pak mertua N. Dia berpegang pada janjinya dan keluar dari N.

Pengalaman ini mengajar kita agar tidak sekali-kali menggunakan jin sebagai khadam. Mereka akan menyerang tuannya jika tidak mendapat makanan, mereka mencari sampai sanggup menggali kubur... Ini belum lagi bahana kepada anak dan cucu. Apabila tok bomoh meninggal anak dan cucunya akan menjadi mangsa. Mereka akan dipaksa untuk menerima jin2 berkenaan.

Friday, January 25, 2008

TANDA-TANDA TOK BOMOH YANG MENGGUNAKAN KHADAM/JIN DALAM PERUBATAN

Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil ( yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ).

Keadaan ini berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah di tipu oleh lakunan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini.

Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan khadam dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-

a. Cara berpakaian semasa mereka berjampi

Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-

i. Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.

ii. Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat dengan Jin Islam.

iii. Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap.

iv. Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera dan sebagainya.

b. Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.

Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? "

c. Tanpa Menurun / Menyelap

Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara antaranya :-

i. Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di hadapannya.

ii. Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap.Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan membuat ramalan.

Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.

d. Membelah Batin.

Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.

Sebenarnya kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita dengan syarat-syarat berikut, antaranya :-

1. Tidak terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam
2. Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )
3. Kelakuan yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan
4. Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.

Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin menjadi Tok Bomoh, tok dukun atau Mak Bidan, malahan Islam juga menggalakkan umatnya menceburi bidang tersebut, kerana bidang tersebut merupakan salah satu daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara dan amalan serta kaedahnya itu merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak dengan mengikuti contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bukannya yang di terima melalui mimpi, menggunakan pertolongan khadam yang terdiri daripada para Jin dan sebagainya.

Wednesday, January 23, 2008

Mencari Sharlinie Secara Bomoh



Hari ini diberitakan sekumpulan 50 tok bomoh dari sebuah pertubuhan menawarkan perkhidmatan mereka mencari Sharlinie yang telah 13 hari tidak dijumpai.

Dari gambar beberapa cerapan dapat kita perhatikan, antaranya uniform berwarna hitam dan memakai cincin akek sepasang di tangan kiri dan kanan. Mereka membawa burung merpati putih yang kemudiannya dilepaskan, sejenis daun seperti pokok pandan dan sebagainya.

Ternyata mereka adalah bomoh yang menggunakan khidmat jin.

Saya juga kalau diikutkan rasa marah kepada sipenculik boleh sahaja mendapatkan khidmat dari jin pada beberapa pesakit saya, tetapi saya tidak berbuat demikian, kenapa?

Tulisan terbaru saya berkenaan pandangan ulamak tentang penggunaan jin dalam perubatan merupakan pegangan saya kini. Saya mahu meletakan bantuan terus dari ALLAH dalam hal-hal rawatan dan pengubatan. Saya menghormati jin-jin yang mahu membantu saya, saya doakan mereka bagi saya apapun kegiatan mereka biarlah seikhlas yang boleh.

Doa dan solat hajat saya kepada Sharlinie mudaha2an akan ditemui dengan keadaan sebaik dan secepat mungkin.

Cerita Perkahwinan Jin & Manusia (1)

Ada satu catitan sejarah menceritakan bahawa seorang jin lelaki terpikat pada seorang wanita (manusia). Kemudian jin itupun melamar wanita tersebut melalui orang tuanya. Dalam lamaran itu jin berkata: "saya khuatir melakukan perbuatan yang haram dengan dia". Kemudian jin itu diperkenankan untuk bernikah dengan wanita idamannya.

Pada suatu hari jin itu menampakan dirinya dan bercakap-cakap dengan keluarga wanita berkenaan, berlakulah dialog ini:

+ : Siapakah kamu?
- : kami adalah umat sebagaimana kamu, sehingga ada juga bangsa sebagaimana bangsa-bangsa manusia
+ : Apakah di tempatmu adal mazhab-mazhab?
- : Ya ada. Diantaranya mazhab qadariah, syiah dan murji'ah.
+ : Kamu dari mazhab mana?
- : Saya dari murji'ah

Ada satu riwayat lain, iaitu dari Abu Mu'awiyah berkata; maka mendengar Al-A'masy berkata:

"Ada seorang lelaki jin yang berkahwin dengan seorang wanita dari manusia. Kemudian pada suatu waktu saya bertanya kepada jin itu. Makanan apakah yang kamu senangi? Ia menjawab: "Nasi".

Sayapun segera menghidangkannya berserta lauk-pauknya. Saya tercengang apabila nampak sesuap demi sesuap bergerak ke atas, tapi saya tidak melihat seorangpun yang mengangkat tangan untuk memakan nasi itu.

Dari dua riwayat sahih di atas kita dapati:

1. Jin melamar manusia dan dinikahkan.
2. Jin ada bangsa dan fahaman mazhab sepertimana manusia
3. Jin juga makan nasi tetapi tidak jelas bagaimana

Tuesday, January 22, 2008

Perkahwinan jin dan manusia

Isu perkahwinan antara jin dan manusia bukanlah perkara baru. Setengah ulama menafikan kemungkinan berlaku perkahwinan tetapi majoriti ulama mengakui kesahihan berlakunya perkahwinan berkenaan.

Bagi yang mengatakan tidak mungkin berkisar dari asal kejadian manusia dan jin yang berbeza. Manusia dari unsur tanah dan jin pula dari unsur api, mana mungkin dua unsur ini berkahwinan.

Bagi menegaskan bahawa perkahwinan antara jin dan manusia boleh berlaku kita lihat beberapa hadis dan pandangan ulama tentang perkara ini.

Sabda RasuluLLAH SAW yang bermaksud "Apabila seseorang lelaki melakukan persetubuhan dengan isterinya dengan tidak menyebut nama ALLAH terlebih dahulu, maka syaitan akan bersembunyi pada penis lelaki itu dan ikut bersetubuh bersamanya"

Imam Harb Al-karmani dalam kitabnya "Kumpulan Masalah" meriwayatkan hadis dari Ahmad dan Ishak, hadis berasal dari Az-Zuhri berkata "RasuluLLAH SAW melarang berkahwin dengan jin"

Bila RasuluLLAH melarang, bermakna perkara yang disebut itu boleh berlaku, ini seperti Nabi SAW melarang makan sambil berjalan... yang pasti makan sambil berjalan boleh berlaku, kerana itu Nabi SAW memberi peringatan. Begitulah juga perkahwinan manusia dengan jin. Ia dilarang Nabi SAW, bererti ia boleh berlaku.

Imam Al-Ahkam, Qatadah dan Al-Hasan ketika ditanya tentang perkahwinan antara jin dan manusia, mereka bersependapat iaitu "tidak setuju". Kalau tiada perkahwinan tentunya fuqaha akan menjawab "mustahil" bukan "tidak setuju".

Uqbah bin AbduLLAH meriwayatkan seorang datang berjumpa Hasan Al-Bashri lalu berkata, "Wahai Abu Sa'id, ada seorang lelaki dari golongan jin yang melamar gadis dari golongan manusia", maka Al-Hasan menjawab "Jangan engkau nikahkan dan jangan engkau menghormatinya".

Pada dasarnya ulamak berpendapat tidak dibolehkan berkahwin antara jin dan manusia.

Ada juga ulamak yang berpendapat boleh.

Pendapat ini bersumber dari ulamak besar yang bernama Al-A'masi, diriwayatkan bahawa beliau pernah menghadiri perkahwinan manusia dengan jin apabila beliau diundang. Seandainya perkawinan ini diharamkan beliau pasti tidak datang memberi restu.

Ada satu riwayat dari Zaid Al-'Ami bahawa beliau pernah berdoa "Ya ALLAH berilah saya seorang jin untuk saya nikah dengannya" Ada orang bertanya untuk apa wanita jin, wahai Abul Hawari? beliau menjawab: "Untuk menemaniku pada waktu aku pergi sehingga dimana saja aku berada ia selalu bersamaku"

Jadi bagaimana anda, mahu kahwin dengan jin?

Dalam kes rawatan kebanyakan perkahwinan bukanlah perkahwinan seperti di atas, ia lebih kepada kahwin paksa, dalam istilah lebih ganas "kena rogol".

Saya pernah didatangi pesakit yang menceritakan dia sudah tidak bermaya lagi kerana diajak bersetubuh oleh jin hampir setiap malam, pesakit ini datang jauh dari Pulau Pinang.

Begitu juga kes seorang wanita di"rogol" oleh jin dan yang terbaru apabila saya merawat S dari Kajang yang telah dikurniakan 3 orang anak. Seorang wanita bermimpi dinikahkan, majlis perkahwinan dan secara jaga melihat anak-anak berlari di dalam rumahnya.

Ternyata dalam kes rawatan ini bukannya perkahwinan/pernikahan. Hukum Islam menetapkan rukun-rukun nikah termasuk wali dan saksi. Kalau main mimpi mana boleh dikatakan berkahwin, siapa walinya siapa saksinya, redhakah manusia berkenaan dinikahi?

Jalan terbaik dan selamat adalah berkahwin sesama manusia bagi manusia dan sesama jin bagi jin. Tak perlu cross border!

Email dari Jepun (2)

assalamualaikum..

terima kasih diatas ulasan ustaz.saya tak kisahberkongsi pengalaman dgn pembaca lain.

saya ada satulagi perkara nak tanya mengenai jin asyik atau pemisah.bagaimana nak kesan kalau ada jin2 ni..utk pengetahuan ustaz, hubungan saya dan suami tidakberapa mesra..bila dkt dgn dia,saya rasa nyampah dan rimas..bila dia duduk/tidur dkt2 dgn saya, musim sejuk begini pun saya rasa rimas dan panas.tapi bukan kehendak saya..kalau boleh saya nak layan suami elok2, ckp elok2, bila saya sorang2 saya teringatkan dia, kesian dia saya tak layan dia elok2. menurut dia,dia pun kdg2 menyampah juga dgn saya tapi dia boleh kawal..

kdg2 saya menyakitkan hati dia sehingga kalau lelaki lain mungkin dah boleh bercerai-berai..tapi suami saya seorang yg sabar dan tabah..saya selalu juga berdoa minta dilembutkan hati dan jadi isteri yg baik..saya tak ada la sehingga buatperkara yg menduakan suami dan sebagainya cuma,layanan dan percakapan saya dingin dan menyakitkanhati..bila dtg emosi tak baik tu,saya buat seolah2 suami saya takde dpn mata sebab terasa dia menyusahkanhidup saya..tp bila saya ok, saya gunakan kesempatan utk layan dia elok2..

alhamdulillah bagi saya, suami saya seorang ygbertanggungjawab soleh,dan menitikberatkan agama.sayatelah tinggalkan kekasih lama dulu utk berkahwin dgn suami saya ni sebab yakin dia boleh membimbing saya dan keluarga ke arah kebaikan.

utk pengetahuan ustaz,sewaktu kami nak kawin dulu,ada kekecohan sikit, kakak sulung saya meracau2 tak bagi kami kawin. dia kata arwah abah dtg kat dia ckp tak setuju..lelaki tu(suamisaya) lelaki jahat..saya dah pernah cuba nikah di Japan tapi terpaksa dibatalkan sebaik saja nak nikah.

sebelum ni saya tak tertekan sgt dgn perkara ni sebab saya rasa masalah ni tak berat sgt dan mungkin takde kena mengena dgn sihir.tapi rupanya masalah ni jadi ringan sebab suami saya byk bersabar, dia rendahkan ego dan mendiamkan diri je bila saya tak dpt kawal diri.tentunya dia rasa tertekan.

utk pengetahuanustaz, keluarga suami saya pun ada saka, arwah datuknya kiai asal dari jawa, indonesia. tapi ada org yg menjaga keris yg ditinggalkan. kami berpendapat mungkin tiada gangguan saka sebelah pihak suami.

sebelum balik ke malaysia berubat, saya ada 3 tempatyg rasa sakit lain mcm iaitu ibu kaki kiri, nadi tgn kiri dan bahu kiri.kemudian kdg2 terasa berdenyut2pada ibu kaki seolah2 dihisap. wallahualam.

saya fikirkan kaki kebas dan sebagainya tapi sekarang tak rasa dah.lepas blk sini,ibu kaki dan nadi tak sakit lagi cuma tinggal bahu saja.

sewaktu adik saya meracau,dia ckp mak sedara kami suruh dtg kacau ,bila ditanya ada kacau saya juga ke tak, dia ckp,aku tak kacau dia pun sebab dia jauh.wallahualam tapi sayaselalu bermimpi mak sedara saya tu. pernah mimpi dia jamu mcm2 masakan, saya pun mkn dgn sedapnya.

saya juga selalu mimpi kawin, dan terbaru mimpi ada anak dlm perut. saya nak tanya boleh percaya ke ckp jin tu,dia kata dia dihantar oleh mak sedara kami..minta maaf ustaz saya bercerita panjang..bila sayabaca cerita2 ustaz dalam blog,saya terasa nak check kalau2 saya ada gangguan jin asyik/pemisah.

sekian,wassalam

Ulasan:

Salam,

Kes puan sudah bercampur aduk, antara saka, asyik dan sihir.

Bila mimpi kahwin dan beranak itu adalah gangguan jin asyik. Jin asyik ini mungkin asalnya adalah saka ataupun jin sihir yang lama-lama kelamaan jatuh cinta kepada puan. Kerana itu puan bersifat dingin terhadap suami.

Saya mencadangkan:

1. Puan berhenti dari memakan makanan berdaging dan bertelur selama sebulan. Ringkasnya menjadi vegeterian. Makhluk2 yang menumpang kat badan puan akan kelaparan kerana tidak mendapat makanan.
2. Puan juga berhenti makanan kegemaran Puan w'pun ianya sejenis sayur2an.
3. Puan berhenti program kegemaran Puan, eg. menonton tv cerita Ultraman, main tenis dsb juga dlm tempoh sebulan.
4. Pilih 1 nama ALLAH dan dzikir 300x setiap selepas solat. eg. Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Wali, Ya ALLAH, ya Rahman dsb, jika sudah menjadi kebiasan... jadikan dzikir ini denyutan jantung puan.
5. Lihat saranan saya untuk merawat gangguan, merawat sihir dan kaedah bakar kertas dalam blog saya.

Puan kena beritahu masalah puan kepada suami, supaya suami bersedia dan mengetahui keadaan yang sebenar.

Kita serahkan urusan ini kepada ALLAH selepas berusaha dan berdoa.

Wassalam

Sunday, January 20, 2008

Jin Asyik Yang Mengganggu

S menelefon isteri saya minta untuk dirawat berkenaan hubungannya suami-isteri. Sejak berkahwin 6 bulan yang lalu S tidak menyentuh isterinya kerana dia tak ada nafsu.

S yang berasal dari Kajang berjumpa dengan saya hari ini. Dia tidak membawa isterinya, katanya dia amat tak selesa memandu kereta bersama-sama. Oleh itulah dia memilih untuk datang bersendirian.

S memberitahu saya bahawa perkahwinannya ini adalah yang kali kedua. Perkahwinannya yang pertama telahpun berpisah 10 tahun yang lalu, atas nasihat perawat beliau dikatakan akan sihat jika bercerai kerana gangguan yang di alami. Selepas bercerai dia rasa selesa tanpa gangguan.

Beliau berkahwin semula selepas menjangkakan tiada lagi gangguan.

Bila berkahwin gangguan datang semula, bencinya kepada isterinya teramat sangat. S telah berjumpa perawat sebanyak 18 tempat (ramai rupanya perawat) tetapi masih belum berjaya mengatasi gangguan yang dihadapinya. Isterinya telah dimaklomkan, tetapi sebagai insan biasa tentulah sukar untuk bersabar sebagai seorang isteri untuk sekian lama.

Saya merukyah S, pada keterangan S seseorang tentu menyimpulkan ini adalah sihir tafriq. Sebagai perawat sayapun pada mulanya beranggapan demikian.

Saya yakin akan panduan ALLAH, selepas mengikat S dengan ayat saya membaca Al-mukminun 115-118 sebanyak 3 kali. Saya tidak membaca ayat sihir. Saya pegang tangan S, S pada mulanya melawan dengan menepis-nepis tangan saya. Saya eratkan pegangan dan menekan tangan S ke peha beliau.

"Sudah, sudah jangan baca... dah ramai yang lawan saya tetapi semuanya tewas!" kata jin berkenaan.

Saya kata semuanya dengan izin ALLAH, "saya sembelih awak kalau awak tak mahu keluar"."Berdosa membunuh jin" katanya.

"Saya sayangkan dia, saya cintakan dia!" katanya.

"Ooh awak jin asyik rupanya, cukuplah dah lebih 10 tahun awak bersamanya" kata saya.

"aku ada 3 anak hasil perkongsian dengannya, aku takkan benarkan sesiapa pun berkahwin dengannya" katanya lagi.

"Perkahwinan awak tak sah, sebab awak berkahwinan tanpa kerelaannya, ini perbuatan zalim dan melampau fitrah kejadian jin dan manusia" balas saya.

"Saya juga beragama Islam, cuma tak ikut agama.... awak tak akan berjaya memisahkan saya dengannya" katanya. "Saya sembelih awak", bentak saya. "Berdosa sembelih jin" ia masih berdegil. "Saya sembelih dengan keizinan ALLAH, kalau ALLAH tak benarkan awak mati, awak tak akan mati". Kata saya menguatkan hujjah boleh sembelih.

"Saya mencintainya, kami ada 3 anak. ini semuapun dengan izin ALLAH juga" balas jin asyik.

"Saya umpama polis yang menjaga keselamatan, awak pula adalah perompak kebahgian rumahtangga orang, awak memang boleh saya bunuh kalau awak tidak mematuhi arahan saya" Saya menguatkan hujjah. Dia termenung panjang...

"Saya cintakan dia, kalaulah saya manusia yang cantik sudah tentu dia akan menjadikan saya isterinya..." rungut jin asyik.

"ALLAH yang menjadikan anda sebagai jin, apakah anda tidak redha dengan pilihan ALLAH?" jawab saya.

"Awak tahu apa erti cinta? Cinta yang sebenar adalah kepada ALLAH dan RasulNYA...cinta yang lain boleh bertukar ganti....cinta juga bererti rela berkorban demi yang dicintai...awak tidak menyintainya kerana awak menyakitinya, awak kata awak sayangkan kucing awak, tapi awak picit perut kucing sampai kucing mati, awak sayang apa benda? Saya mengukuhkan perdebatan dengan jin asyik ini. Dia termenung panjang...

"Habis, apa yang saya nak buat sekarang" jin asyik mengalah dan minta diberi nasihat.

"Demi cinta, awak bersama-sama dengan anak2 awak mestilah tidak mengganggu dia lagi." Nasihat saya, "macammana kalau ada jin lain yang cintakan dia?" jin asyik masih menyimpan cintanya kepada S. "InsyaALLAH, ALLAH akan melindunginya" balas saya.

"Tak ada ke penggantinya?" minta jin ini. "Awak mahu pengganti? kalau awak ikhlas saya akan doakan?" sambut saya. "Ya! saya mahu pasangan dari golongan jin" jawabnya.

Sayapun berdoa, selepas dua kali berdoa, muncullah satu jin di depannya. Sayapun melamarkannya dan jin berkenaan pun keluar dari badan S dengan izin ALLAH.

Friday, January 18, 2008

Email dari Jepun

assalamualaikum ustaz,saya S, pernah email ustaz dulu mengenai gangguan saka..saya nak cerita pengalaman saya.

baru2 ni sayabalik malaysia..

kakak saya dah arrangekan utk buang saka dgn seorang perawat dari baling..kami telahmenyediakan 24jenis brg2 utk bekalan jin2 tu pergi ke suatu tempat termasukla ayam panggang,telor,gulai dll.benda2 ni diletakkan dlm perahu upih pinang..

saya ragu2 dgn kaedah begini seolah2 menjamu dan ikut kehendak jin2 tu tapi terpaksa ikut je sebab kakak sulung saya dah arrangekan, katanya pakcik ni guna keadah Islam seperti ust Harun din juga..

apa yg saya tgk, kaedah ustaz Mujib atau kaedah ust Harun Din tak begini.

Sewaktu perubatan tu, saya tiba2 mengilai2 dan berckp sedih, tak mau pisah..lepas berubat tu saya tak rasa ringan pun,masih susah nak tidur..

kemudian saya pergi jumpa seorang perawat Darussyifa yg bernama cikgu mad di kuala selangor..saya usaha juga utk cari no telefon ustaz tapi cari website akrine kat internet tak jumpa..sebelum blk malaysia saya terlupa nak salin nophone dan alamat siap2..

waktu dirawat oleh cikgu mad, ternyata ia masih ada dlm bdn saya,terpekik terlolong saya dibelasah cikgu mad dgn surah yasin dll.

waktu jumpa cikgu mad tu saya dah nak blk ke jepun dan tak sempat dirawat byk kali..

saya sempat pergi kali ke2 sebelum blk dan dibelasah lagi dgn ayat2 alquran dan zikir..saya nampak macam api putih atau current terpercik dari tgn cikgu mad setiap kali dia tepuk kepala saya..saya pejam mata pun masih nampak. paling sakit bila ditekan belakang telinga saya sampai terlolong2 dan terkeluar sejenis bahasa darimulut saya...

sebelum ni pun saya pernah dgr bahasa ni waktu adik saya meracau(adik saya lagi teruk sebab ada saka, disihir oleh teman lelaki dan disihir oleh maksedara).

sewaktu ustaz merawat, pernah tak ustaz terdgr bahasa ni,bunyinya macam ckp merapu2, tapi ianya tersusun seolah2 satu bahasa..jin ada bahasa tersendiri ke ustaz.

cikgu mad ckp dia tak janji saya benar2 pulih ketak, serah pada Allah. sebab masa suntuk sgt utk rawat betul2.tp dia bekalkan air utk mandi dan minum serta buku surah2 dan zikir yg perlu baca..

so buat masa sekarang saya masih terasa beban dibahu sayani,tambah2 tiap kali saya pergi kelas@lab jadi berat sgt bahu dan sakit2..kdg2 bila solat rasa sakit2 bdn rasa macam nak demam.saya tak pasti jin apa yg duduk kat saya sebab keluarga saya sekarang diganggu saka dan satu lg melalui adik meracau, mak sedara saya kirim pelesit utk ganggu sebab dia tak suka kami belajar, kerja elok2 dan tak suka mak saya(kakak ipar dia).

kalau ada kesempatan balik ke malaysia lagi saya berhajat utk jumpa ustaz sekiranya keadaan masih sama..kalau ustaz ada pendapat apa2, bolehla emailsaya.sekian wassalam...

Ulasan Saya:

Maaf kerana paste email puan ke blog saya, anyway nama puan saya padamkan untuk kerahsian. Saya mahu kisah puan dikongsi bersama.

Terlalu ramai perawat/bomoh yang claim sebagai rawatan Islam walaupun kegiatan mereka adalah bercanggah dengan akidah. walaupun puan keberatan tetapi puan tetap melakukan upacara ancak yang ditegah oleh agama kita. Saya minta puan bertaubat kerana perkara ini.

saya pertegaskan bahawa tidak boleh sekali-kali ditipu oleh jin dan kegiatan memberi makan adalah kegiatan ahli sihir. Perawat dalam keadaan lemah manapun jangan ikut permintaan jin kerana ia mengundang hilangnya bantuan ALLAH.

Walaupun puan mengilai bila dirawat tetapi ternyata bomoh berkenaan gagal merawat sptmana terbukti bila puan masih sakit dan memerlukan rawatan lanjutan dgn cikgu mad. Sekiranya puan berjumpa dgn cikgu mad minta cikgu mad pancung aje jin ini kerana puan dah berkali-kali bagi signal supaya jgn ganggu tetapi dia degil.

Jin memang ada bahasa sendiri, sebab itulah antara soalan yang perawat jangan tekankan sangat ialah siapa nama kamu? saya pernah tanya dan dia jawab dalam bahasa jin. saya juga pernah mendengar perbualan antara jin menggunakan bahasa mereka sendiri (melalui pesakit).

Saya harap puan S banyak berzikir, kerana jin saka tak akan senang dengan zikruLLAH. ikutilah cadangan cikgu mad dan panduan-panduan yang ada dalam blog ini. Sekian

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)