Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang
Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.
Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:
* Bagaimana alam jin * Kaedah membenteng diri * Teknik mengesan kehadiran jin * Teknik racun * Teknik dialog * Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol) * Teknik mandian pesakit * Teknik bakar batu-bata * Akrionics * Garis panduan merawat * Latihan rawatan Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2
SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801
Tahap 2 : akan dimaklomkan
Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.
Antara kandungan kursus adalah:
* Persiapan diri seorang perawat * Keperluan bilik rawatan * Teknik tikam * Teknik baling * Teknik tidurkan jin * Teknik Kembara dan Rawat (TKR) * Teknik Rotan Objek (TRO) * Teknik ambil barang sihir * Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP) * Teknik Serkupan Azab (TSA) * Keberkesan Rawatan * Latihan
Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)
Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg
Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801
Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus
Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.
Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh
InsyaALLAH KIRI akan diadakan selama 2 hari dengan pengisian seperti berikut:
Hari Pertama:
1. Pengetahuan asas mengenai makhluk halus 2. Jenis-jenis gangguan 3. Perlindungan diri dari gangguan 4. Persiapan diri perawat 5. Persiapan kemudahan merawat 6. Teknik merawat : (a)Penyediaan air rawatan (b)Mendinding diri sebelum semasa dan selepas merawat (c) Menikam jin (d) Scanning (e) Ruqyah (f) Dakwah & tanzir (g) Tarik keluar pakai serban (h) sembelih (i) pukul (j) Baling (K) Mengikat (l) Menyedarkan pesakit (m) Menidurkan jin (n) Bakar batu-bata (o) Sedut/tarik/pindah jin (p) Pagar jarak jauh (q) Mengambil barang sihir (r) Teknik gantung tangan (s) Teknik dialog - ibu jari, sendawa, menulis dll (t) Teknik racun (u) Teknik deklarasi (v) Teknik pemusnah tukang sihir (w) Teknik Kembara & Rawat (TKR) (x) Teknik Rotan Objek (TRO)
7. Simulasi rawatan
Hari Kedua :
Latihan & Amali merawat
Masa : Hari Pertama : 8.30pagi - 4.00ptg Hari Kedua : 9.00pagi - 5.00ptg
Tarikh : 30& 31hb Oktober 2010 (Sabtu & Ahad)
Terbuka kepada semua bekas pelatih atau baru
Terhad kepada 60 orang sahaja (Terbuka kepada lelaki dan wanita)
Tempat: Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan, Kuang, Selangor Penginapan disediakan bagi yang memerlukan (Sila bawa bantal dan alas tidur)
Sila sms nama, pekerjaan, negeri dan pelatih baru atau bekas pelatih ke 019-7584801 dengan kadar yang segera.
Pihak Akrine akan memaklomkan 7 hari sebelum tarikh kursus nama-nama peserta dan kaedah pembayaran. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang akan dimaklomkan/dihubungi.
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism
Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene
4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 4 dan 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.
1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.
Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.
1.Pulau - Singapore lah.
Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah
Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab
taken from Yusrizan Usop
(sumber diangkat dari fesbuk | klip video - ehsan dari blog Bila Harimau Sudah Menaip)
AlhamduliLLAH kita sedang berada di fasa ketiga dalam ibadah Ramadhan dalam usaha memenuhi kefardhuan puasa dengan tekad memperolehi taqwa.
Taqwa melahirkan orang muttaqin. Menjadi orang yang muttaqin bermakna memiliki adab dan akhlak Al-Quran dan As-Sunnah. Tidak akan bertaqwa orang yang menentang Al-Quran dan As-Sunnah. Bertaqwa bermakna menerima sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh ALLAH dan RasulNYA SAW.
Menariknya kepatuhan kepada Al-quran tidak akan terjadi tanpa adab dan akhlak kepada pembawa risalah Muhammad SAW.
Adab dan akhlak kepada Baginda tidak akan terjadi tanpa mencintai RasulNYA SAW dengan penuh keikhlasan. RasuluLLAH SAW adalah pemberi rahmah kepada sekalian alam. Tidak hanya kepada manusia tetapi alam keseluruhannya termasuk gunung-ganang, tumbuhan malah kepada binatang.
Catatan sejarah ini membuktikan kebenarannya:
1. Semasa Baginda SAW bersama saidina Abu Bakr menaikki jabbal Thur, bukit Thur bergegar kerana tidak sanggup menanggung kebesaran rahmat orang yang berada di atasnya. Lantas Nabi SAW berkata kepada bukit Thur, wahai bukit ketahuilah di atasmu adalah Nabi Muhammad pesuruh ALLAH maka diamlah kamu.... maka jabbal Thur pun berhenti bergegar.
2. Apabila Baginda membesarkan masjid Quba, RasuluLLAH SAW membina mimbar supaya kedudukan lebih tinggi. Sebelum itu RasuluLLAH SAW menggunakan pelepah tamar sebagai cokmar membaca khutbah. Pada hari Baginda SAW mula menggunakan mimbar, para sahabat mendengar tangisan kanak-kanak di dalam masjid. Para sahabat mencari tangisan berkenaan semakin lama semakin kuat, RasuluLLAH SAW juga mendengarnya. Setelah puas dicari rupanya tangisan itu adalah datang dari pelepah tamar. RasuluLLAH SAW bertanya kenapa dia menangis. Pelepah tamar menjawab ia takut Baginda SAW tidak lagi menggunakannya untuk berkhutbah. Lantas Nabi SAW menawarkannya untuk bersama Baginda SAW di syurga. Pelepah tamar amat gembira dan berhenti menangis....
3. Seekor unta telah mengamuk. Dia menerajang sesiapa yang menghampirinya hingga membawa kepada kematian. Orang ramai menangkapnya dan mengikatnya. Apabila RasuluLLAH SAW lalu berdekatannya, RasuluLLAH SAW meminta ikatannya dibuka. Orang kampung pada mulanya menolak kerana unta itu amat ganas. RasuluLLAH SAW memberikan jaminan bahawa unta itu tidak akan mengamuk. Setelah dilepaskan unta itu pergi duduk di depan RasuluLLAH sambil mencium wajah Baginda SAW yang mulia. RasuluLLAH bertanya kepadanya kenapa dia mengamuk. Unta itu menceritakan bagaimana ia disuruh bekerja keras tetapi tidak diberi makan. RasuluLLAH SAW mahu agar unta itu tidak dianiya lagi. Penduduk berkenaan berjanji agar memberinya makan dan tidak akan menyuruhnya membuat apa-apa kerja lagi.
Begitulah rahmahnya RasuluLLAH SAW kepada gunung, tumbuhan dan haiwan.
RasuluLLAH SAW menyayangi kita sebagai ummatnya... sehingga di saat akhir kehidupannya Baginda masih menyebut "umatku....ummatku... ummatku, ya ALLAH sakitnya sakaratul maut, ringankanlah ya ALLAH ke atas ummatku"
Adakah kita menyayangi RasuluLLAH SAW sepertimana yang dianjurkan?
Sedar tak sedar sudah seminggu kursus asas rawatan Islam (KRIS) yang diadakan di Tadika Bistari Ria, Sg. Udang Klang telah seminggu berlalu.
Saya menumpukan 2 teknik utama iaitu 1881 dan gantung tangan. Saya berharap penekanan kepada kaedah scanning yang mudah ini membolehkan semua orang merawat
Terima kasih kepada pihak pengurusan Tadika, harap maaf kerana telah menukarkan tarikh kursus.
Inilah cabaran, sukar untuk saya percayai malah menjadikan saya bertambah yakin bahawa terlalu sedikit pengetahuan kita terhadap alam ghaib.
Pesakit seorang muslimat lingkup berpurdah baru sahaja mendirikan rumahtangga. Ayahnya seorang pengamal tarekat nahsyabandi.
Semenjak berkahwin dia didatangi sejenis makhluk yang bercakap arab kuno mungkin sezaman dengan Nabi Adam AS. Suaminya lepasan syiria yang tentunya fasih berbahasa arab telah menghubungi gurunya di Syria dan gurunya mengakui bahawa bahasa yang dilafazkan oleh isterinya adalah bahasa arab kuno.
Menariknya wanita ini tidak kerasukan total hanya 2 dalam 1 dan berupaya menterjemah kata-kata makhluk ini.
Saya cuba berdialog dalam bahasa arab dengannya dan dia faham soalan-soalan saya lalu dijawabnya dalam bahasa arab lantas diterjemah isterinya. Saya soal dalam bahasa melayu dia pun faham dan menjawab dalam bahasa arab lantas diterjemah oleh empunya badan.
Saya tanya adakah dia jin, katanya tidak dan dia diutus oleh ALLAH. Dia mengucap dan bersumpah apa yang dia perkatakan adal benar.
Katanya dia ditugaskan untuk menjaga bakal zuriat wanita ini. Dia mahu identitinya dirahsiakan kerana ini boleh menimbulkan fitnah [saya hanya menceritakan sekadarnya sebagai sebahagian catatan ilmiah] .
Saya gunakan teknik ikrar pemutus dan racun. Seperti biasa menggeletarlah seluruh badan pesakit dan saya arahkan ke hujung jari kaki pesakit. Apabila saya mahu menarik keluar, makhluk itu seolah membantu saya dengan memicit dan mengusap peha dan lutut pesakit sambil berkata "ukhruj, ukhruj! [keluar, keluar]. Yang nyata dia tidak terkesan dengan teknik ini.
Suaminya mengatakan sebelum ini dia telah merawat isterinya sendiri kerana memang banyak gangguan sehingga dia masih ingat semua gambar yang diambil oleh semua hadirin semasa majlis walimahnya adalah bergoyang dan kabur. Suaminya juga adalah perawat.
Tetapi berbeza dengan makhluk ini apabila diberi minum air zam-zam, bukannya ia terkesan tetapi minta minum lagi. Begitu juga dengan air yang telah dibacakan 30 juzuk Al-Quran berpuluh botol digunakan tetapi kesannya makluk ini semakin meminta untuk ditambah!
Saya minta dia bersumpah tentang beberapa perkara dan dia bersetuju.
Yang menjadi persoalan saya siapakah dia. Bukan jin, bukan malaikat..... Allah sahaja yang mengetahui.
Selamat datang ke Kursus Intensif Rawatan Islam (KIRI) pada 31hb. Julai 2010 dan 1hb. Ogos 2010 ini kepada semua yang telah mendaftar dan terpilih mengikuti kursus ini.
Sebagai maklumat tambahan berikut adalah beberapa tindakan dan persiapan yang perlu anda sediakan:
Peralatan:
Botol kaca bermulut besar
Serban / kain pelikat ( 2 helai)
Rotan
Buku nota
Peralatan tidur dan mandi bagi yang ingin bermalam (muslimin sahaja)
Peralatan 1-3 hanya diperlukan untuk hari kedua sahaja. Tidak perlu dibawa/dikeluarkan pada hari pertama.
Pembayaran :
Sila buat bayaran ke maybank no. akaun : 562740110528 (Pusat Rawatan Nur Ehsan) dengan kadar yang segera bagi memudahkan urusan pendaftaran kursus
Waktu kursus:
Hari pertama : 8.30 pagi - 6.00 ptg
Hari kedua : 9.00 pagi - 5.00 ptg
Lain-lain:
Peserta tidak dibenarkan membawa pesakit untuk tujuan scanning mahupun rawatan
Info RCT (Rawatan Cara Tidur)
-
Kaedah rawatan RCT adalah kaedah diagnos (mengesan punca penyakit) yang
dilakukan secara kebatinan. Penglibatan kaedah ini semestinya memerlukan
kondi...
TUANKU, SYED, WAN, SHARIFAH..
-
SEKILAS SEJARAH MASUKNYA SEBAHAGIAN ALAWIYYIN DI TANAH MELAYU DAN KEPULAUAN
BORNEO (Siri Akhir)
MASYARAKAT ARAB HADRAMI DI SARAWAK: TINJAUAN TERHADAP SE...
-
Salam sahabat semua ,
Puji Allah dulu ya sebelum melakukan apa apa kerja yg lain .....
bangun tidur terus puji Alllah .... subhanallah ,alhamdulillah , buatl...
SENARAI GRADUAN SESI 2016
-
*SENARAI PELAJAR YANG AKAN DIIJAZAHKAN DI MAJLIS PENGIJAZAHAN DARUSSYIFA'
PADA 25-DIS-2016 (AHAD).*
Kepada pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' Bangi Kumpu...
Tips apabila mengalami mimpi buruk
-
Mimpi adalah mainan tidur. Namun ada juga mimpi yang benar seperti mimpi
para nabi dan rasul, dan juga orang-orang soleh.
Mimpi yang buruk pula datang dari...
Ciri-ciri gangguan jin
-
* Di antara ciri-ciri yang bisa diketahui dari orang yang terkena gangguan
jin atau syaithan itu adalah:*
*Gangguan terhadap pikiran:*
- Menjadi s...
Hari-Hari Terakhir Ramadhan
-
Dalam masa tak sampai beberapa hari penghujung Ramadhan Masa nak renung
kembali. Baik buruk tindakan selama setahun ni Apa tambah baiknya ? apa
yang makin ...
REPORTASE PEMBANGUNAN PONDOK REHABILITASI QHI
-
Abu Qhois Sidomulyo
Alhamdulillah kemarin sore tepat nya Hari Kamis Tgl 28 Pukul 17.00 wib
Peletakan batu pertama Pondok Pesantren Rehabilitasi Qur;anic he...
Hidup Bersama Mayat
-
Blog ni menerima macam-macam gambar yang pelik, misteri dan kadang-kala
tidak dapat dijelaskan.
Seperti gambar misteri ini, yang langsung takde penjelasan m...
KULIYYAH DARUL ANSAR
-
*Assalamualaikum WBT*
Kemasukan penuntut baru bagi pengambilan 2014 kali ke-6 untuk pengajian
Pengubatan Islam anjuran PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ...
Kesibukan Dunia VS Bekalan Akhirat..
-
Assalammualaikum wbt..
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi satu lagi kesempatan
terhadap hamba yang lemah ini untuk menambah perkongsian di da...
Biar Orang Cina Pimpin Islam
-
[image: biarcina]
*Biar Orang Cina Pimpin Islam*
oleh
* Ann Wan Seng*
ISBN 978-967-361-015-0
Tarikh Terbit: April 2011
Jumlah Muka Surat: 130
Harga...
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada
pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian
s...
Egypt’s Coming Civil War
-
Three months ago, Egypt’s military seized power in a coup that it said was
necessary both to prevent civil war and to restore democracy. By now it is
cl...
menawan puncak kinabalu 1 (politik)
-
(Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima
kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan
yang beg...
Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi
-
Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara
lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya
itu meny...
Roboh gerai tanpa notis
-
Roboh gerai tanpa notis
Oleh : NURULFATIHA MUAH
Tarikh : December 25, 2011
[image: Roboh gerai tanpa notis]
SELAYANG BARU – Seorang peniaga kerugian kira-...
Terkini ..............
-
Sila tukar link di blog anda ke sana, tuan pondok sudah pindah. Terima
kasih. Sana mana? http://www.arabmykrk.com. Kalau nak belajar Bahasa Arab
sahaja:......