Hari ini adalah ulangtahun kemerdekaan Malaysia kali ke-50, anak-anak saya Azrul dan Mujib sedang melihat perbarisan di tv. Isteri saya keTaman Melewar mengikuti program pidato perdana anjuran Dewan Muslimat.
Kelmarin adalah sejarah sedih saya serta isteri berdepan dengan kes Mashitah & Azlan. Saya tidak berhasrat untuk bercerita panjang kerana kes ini telah saya rawat dalam tempoh rawatan yang panjang.
Ringkasnya, Mashitah yang bersuamikan Azlan telah disihir oleh seseorang yang hampir dikenalpasti kerana orang ini pada mulanya ingin mengisterikan Mashitah sedangkan Mashitah adalah isteri orang dan telah mempunyai 3 orang cahaya mata.
Di peringkat awal gangguan Mashitah tidak boleh melihat Azlan... Azlan pada pandangan Mashitah amatlah menjijik dan menakutkan. Ada suatu ketika Mashitah keluar dari kereta dan melarikan diri di padang berdekatan dengan rumah mereka. Di sinilah saya mula diminta melakukan rawatan.
Mashitah mula membenci Azlan bila berdepan dan bersama dengannya, tetapi rindu dan sayang apabila berjauhan, Mashitah juga terasa amat sensitif. Dia mula bermimpi pelbagai perkara yang mengerikan seperti kematian orang-orang yang disayang, kena kurung dan cubaan membunuhnya.
Di peringkat awal rawatan, Mashitah amatlah aggresif. Di sinilah saya belajar bagaimana mengikat pesakit dengan ayat. Apabila saya merawat dan berkomunikasi dengan jin jahat saya mengajaknya masuk Islam. Ramai yang dapat saya Islamkan dan dari sinilah saya mendapatkan maklumat tuan empunya jin, mission yang disuruh dsb. Bagi yang sombong adakalanya saya bakar dan sembelih (dengan izin ALLAH).
Yang menarik ketika membakar, menyiksa dan menyembelih jin yang jahat Mashitah berada diluar jasadnya dan memerhatikan aktiviti saya! Ini juga akhirnya dapat saya fahami. Dua jin yang sehingga hari ini membantu saya mengangkut jin ke "Pondok Jin" yang sering saya panggil adalah Khalid Ibnu Walid (panglima mata 3) dan Abdul Rahman (Electric Man).
Orang yang berkenan dengan Mashitah telah menggunakan tidak kurang dari 8 tukang sihir, 2 dari Klang, 1 selayang, 4 Maran (tok batin) dan yang terakhir dari Siam.
Saya membantu sedapat yang mungkin. Mereka bukan lagi pesakit saya tetapi seperti adik saya suami isteri.
Suatu hari Mashitah telah bercakap seorang diri di depan kami. Saya keluarkan segala kepakaran saya tetapi tiada petunjuk yang dia pulih. Setelah berjam-jam barulah dia sedar, tetapi tidak lama kemudian trigger lagi....
Rupanya jin yang mengganggu adalah pakar neurologist, La kadau namanya dari Klang. Di sinilah punca masalah...Mashitah selalu meminta Azlan menceraikannya. Azlan amat tertekan dan dalam masa yang sama mula bercinta dengan seorang wanita yang tidak jelas peribadinya. Akhirnya saya mencadangkan agar mereka split sementara bagi mendapatkan rasa cinta yang hilang. Mashitah tinggal bersama abang kandungnya di Shah Alam. Keluarga abang Mashitah ditimpa pelbagai malapetaka tetapi mereka amat memahami permasalahan Mashitah.
Tiga hari lalu Azlan berjumpa saya meminta pandangan saya akan permintaan Mashitah. Saya jelaskan Mashitah tidak sihat dan dia sedang ditikam oleh jin-jin jahat. Tikaman ini hanya akan ditarik balik bila dia kata dia benci dan lupa akan Azlan. Dia akan ditikam jika mengatakan dia sayang atau mencintai Azlan. Kami sampai ke tahap bersetuju supaya mereka bercerai. Saya mencadangkan perkara lafaz cerai ini dibuat pada bulan puasa ini.
Pagi kelmarin Azlan menelefon saya dan mahu berjumpa saya bersama Mashitah... saya menjangka Mashitah hendak dirawat. Maka saya merawatnya dan bercakap dengan Jin dari Klang yang mengganggu Mashitah. Dia diarah untuk menggilakan Mashitah...saya pujuk jin ini berkali-kali supaya tidak meneruskan mission berkenaan. Dia kata dia tak mahu mungkir janji dan akan tetap mengganggu Mashitah... saya merasakan jin ini ada nilai baiknya maka saya beri tempoh 3 hari untuk dia berfikir.
Kemudian Azlan menceritakan kepada saya bahawa Mashitah menyerangnya pagi tadi di rumah. Mashitah pula tak pasti bagaimana boleh ke rumahnya sedangkan dia hendak ke pejabat. Di rumah saya pagar dari makhluk halus amat kuat (dengan izin Allah), mereka bebas bercerita tanpa dapat didengar oleh jin-jin jahat.
Dari sinilah kami mempercepatkan rencana yang sepatutnya dilakukan pada bulan puasa! Azlan dengan terisak-isak melafazkan talak satu kepada Mashitah isterinya yang amat disayanginya. Deraian air mata tidak dapat ditahan lagi... saya memujuk dan menenangkan Azlan, isteri saya pula dengan Mashitah....
Apakah yang berlaku seterusnya...Wayamkuru wayamkuruLLah, wALLahi khairul makirin....
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
1 comment:
Ada juga orang yang bernafsu binatang...biar ALLAH laknat dia!
Post a Comment