Malam tadi saya dijemput ke KL untuk memagar rumah seorang pesakit saya bernama Timah (bukan nama sebenar). Kami tiba agak lewat sedangkan masa yang paling afdhal adalah apabila masuk waktu solat maghrib.
Di rumah Timah saya dapati telah menunggu kakaknya sekeluarga... kami dimaklumkan ada rawatan yang perlu dilakukan... saya juga menjangka kedatangan mereka kerana di rumah Timah tidak ada orang lelaki, sedangkan untuk proses pemagaran perlu seorang yang azan berterusan sehinggalah lengkap pusingan pagar berkenaan.
Kakak Timah bernama Lijah. Kak Lijah ada 5 orang lelaki kesemuanya. 2 sedang menuntut di Mesir dan ketiga-tiga yang lain along, Nazri dan Saad ada di rumah Timah disamping suami Kak Lijah, tn. Hj. Harun.
Saya mulakan rawatan dengan Along, dia seorang pelupa, bulu keningnya sebelah menjadi putih tanpa sebab, telah habis belajar dan interview 17 kali tetapi masih belum berjaya. Dia ada gangguan. Dia menceritakan kepada saya bahawa dia bermimpi diijazahkan dalam tidurnya supaya membaca dan berwirid dengan sepotong ayat Al-Quran, kononnya matanya agak jelas memandang. Tanpa syak dia pun berwiridlah dengan ayat ini.
Kesannya dia kadangkala dapat melihat perkara yang tak sepatutnya dilihat oleh manusia biasa. Dia melihat "hantu", kepala hantu dan lain-lain pandangan yang tidak bermanafaat.
Saya jelaskan bahawa walaupun yang dibacakan adalah ayat Quran tidak semestinya memberi kebaikan jika disalah gunakan. Kita tak boleh menuntut atau diijazahkan secara mimpi. Ini pesanan TG Harun Din kepada kami pelajar Dsyifa.
Kesan sampingannya ialah Along selalu sakit, aura tak baik dan amat pelupa. Saya minta dia berhenti dan mengamalkan zikir yang boleh melemahkan gangguan jin berkenaan.
Kemudian saya merawat Nazri. Nazri pelajar sekolah agama tidak banyak masalah.
Seterusnya saya merawat Saad. Saad sakit sebelah tangan, tiada tumpuan dan sakit kepala dan sukar tidur. Apabila saya beri saja air yang telah diruqyah saya dapati dia mula menggigil. Saya meruqyah dan ternyata getarannya tidak dapat ditahan lagi. Saya pegang bahagian belakangnya dan azan di telinganya. Saya dapat merasakan sesuatu bergerak-gerak di bawah telapak tangan saya...akhirnya saya beri amaran dan minta "dia" keluar dari Saad.
Saad juga belajar di Sekolah agama di Pahang, sebelum itu di Beruas, Perak. Semasa di Beruas dia belajar tomoi oleh ustaznya. Ustaznya menyuruh membaca surah tertentu sebanyak mungkin supaya lawannya tidak dapat menyerangnya.
Inilah kesan salah guna ayat Al-Quran. saya jelaskan kepada dia tiada hadis berkenaan amalan berkenaan. Saya katakan apapun yang kita baca hendaklah diniatkan zikir dan bukan tujuan lain. Fadilat zikir yang dinyatakan dalam hadis adalah fadilat... bukan matlamat.
Mudah2an kisah ini menjadi teladan untuk semua. Wassalam
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment