Gejala Saka
Jin saka adalah jin yang diwarisi dari samada ibu atau bapa pewaris berkenaan. Mangsa saka biasanya adalah anak sulong atau anak bungsu atau mana-mana anak yang amat disayangi oleh ibu atau bapa yang bersaka. Ibu atau bapa ini pula sebenarnya mewarisi saka dari generasi sebelumnya sehinggalah sukar untuk mengetahui bilakah starting point kehadiran saka berkenaan.
Melalui pengalaman merawat saya mendapati jin-jin saka kebanyakan telah tua, ini kerana generasi saka sekarang berada pada generasi ke-6 dan ke-7 jika dikira dari generasi pertama.
Umur jin panjang, ia mula bersekolah menengah diusia 80 tahun, berkahwin seusia 200 tahun dan gagah perkasa diketika umur 200-500 tahun. Ketika berumur 500 tahun ke atas jin mula dizaman manepouse dan sudah tidak bergigi, rabun dan bongkok apabila berumur 700 tahun ke atas.
Bagi mereka yang mewarsi sejenis sahaja (lelaki atau perempuan) jin2 ternyata semakin tua berusia 700 tahun ke atas. Gejala kepada pewaris saka adalah mudah pelupa dan penyakit-penyakit yang sukar sembuh seperti asthma, resdung, kurap, kudis dsb. Jika pewaris saka ini mewariskan saka kepada generasi seterusnya kemungkinan anak ini kurang siuman, gila, sindrom down, cacat anggota.
Gejala saka ini sukar dikesan kecuali ada kesungguhan dan melalui proses rawatan ataupun apabila sipewaris diganggu secara jin sihir. Apabila seseorang yang bersaka disihir, jin2 saka ini menjelmakan dirinya pada pewaris seolah-olah mahu membantu anak buah jagaannya… dengan kata lain jin saka tidak semestinya berada pada batang tubuh pewaris berkenaan… mereka keluar masuk kecuali jika jin2 ini telah tua, buta dsb.
Secara umum saya berpendapat majoriti orang melayu ada jin saka, termasuklah para perawat Islam itu sendiri. Adakalanya bilangan jin saka menjangkau angka 1,000 ekor dan akan diwarisi sehingga 7 generasi akan datang.
Kenapa orang melayu bersaka?
Sejarah mencatitkan bahawa orang melayu adalah berasal dari rumpun melayu kepulauan Indonesia samada dari kepulauan Sumatra, Jawa ataupun Banjarmasin/Kalimantan. Atok-nenek kita membuka tanah di Tanah Melayu. Sejarah menyatakan kekuatan atok-nenek kita membuka berpuloh ekar tanah hutan-belantara secara solo. Secara logiknya mana mampu tulang empat-kerat manusia ini melakukan kerja sukar ini. Kajian mendapati adanya permohonan pertolongan kepada jin2 dalam kerja2 begini.
Apabila mahu meninggalkan keluarga bagi membuka kawasan yang baru… jin2 juga dipanggil untuk menjaga rumah, keluarga dan kebun. Begitulah kepergantungan generasi dahulu kepada makhluk bernama jin.
Umur manusia pendik, paling lama 100 tahun. Tetapi jin2 yang berkhidmat dengannya masih muda belia. Jin2 ini telah sebati hidup dengan manusia. Kematian rakan kongsi menyebabkan jin ini berkhidmat dengan anak2 orang berkenaan seterusnya dan seterusnya.
Tanda-tanda saka
Tidak ada tanda khusus tetapi secara umumnya orang yang diganggu saka dapat dikenalpasti seperti berikut:
1. Sukar menghafal ayat-ayat Al-Quran
2. Malas berzikir
3. Berpenyakit yang sukar diubati seperti asthma, resdung, stroke, gatal2, kudis dsb
4. Terasa kejadian hari ini pernah diilhamkan dalam fikirannya sebelum ini
5. Ada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh yang sakit dalam tempoh yang lama
6. Jika dia berzikir secara berterusan ada gerakan seperti denyutan pada bahagian2 tertentu tubuh.
7. Ada dikalangan keluarga yang gila, sindrom down dan cacat
8. Sukar tidur malam
9. Tidak kemas dan tidak berdisiplin
10. Tidak ada keazaman atau tidak bercita2
11. Lambat kahwin
12. Sukar mendapat anak
13. Berfikir secara dua perkara dalam satu masa
14. Boleh merawat atau mengurut yang luar biasa
15. Boleh melihat perkara2 yang diluar penglihatan umum seperti melihat jin, mengetahui kemalangan di tempat yang jauh, perlakuan curang orang yang tersayang dsb
Kesimpulannya keujudan jin saka adalah memudaratkan kehidupan manusia dan perlulah dibenteras kerana pengaruhnya dalam kehidupan yang turun-temurun.
Rawatan Jin saka.
Secara peribadi saya belum menemui satu kaedah rawatan yang boleh diguna-pakai khusus bagi merawat jin saka. Usaha yang bersungguh mestilah dilakukan melalui doa, zikruLLAH dan berjumpa dengan perawat. Secara kronologi saya mencadangkan kaedah berikut:
1. Sentiasa menjaga solat (seboleh mungkin solat berjemaah)
2. Sentiasa membanyakan zikir seperti berikut : Al-fatihah, ayat qursi. Amanarrasul, 4 qul serta tahlil
3. Membanyakan membaca surah Al-Waqi’ah (subuh), Al-Mulk(zohor), Yasin(Asar) dan Sajadah (sebelum tidur)
4. Membaca Ma’thurat pagi dan petang
5. Meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan seperti menonton tv, konsert dsb
6. Tidak menuntut ilmu-ilmu yang diragui seperti reiki, kuasa minda, cakera alam, nasrulhaq, tarekat sesat, silat dsb
7. Berkawan dengan orang-orang soleh
9. Berjumpa dengan perawat Islam
Perawat boleh merawat secara:
1. Pembacaan rukyah
2.Teknik pukul ie. serban, sejadah, rotan, kayu nona, daun nangka even tali pinggang
3.Teknik mandi ie mandi ais, mandi limau purut, mandian garam
4.Teknik bakar batu-bata
Semua teknik ini tidak boleh dilakukan oleh pesakit sebelum mendapat penjelasan dari perawat.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
2 comments:
Assalamu`alaikum..
Kata teknik bakar batu-bata dah dilarang, kenapa masih disenaraikan? Apa hujah ustaz kalau ada yang kata teknik bakar batu-bata ni satu bida'ah besar?
assalamualaikum,
saya ingin bertanya satu perkara mengenai saka.adakah saka akan berpindah kepada seseorang individu jika individu itu langsung tiada pertalian dengan pewaris saka? kerana sejak kebelakangan ini teman lelaki saya selalu bercakap merepek-repek sehingga menakutkan semua ahli keluarganya.dia sering bercakap dia sering panas dan sudah di bawa berubat dan perawat menyatakan dia sakit begitu kerana angkara saka.ini semakin menjadi rumit kerana kedua-dua ibu bapanya tiada membela saka dan menurut ibu bapanya salah seorang kawan baiknya mempunyai saka dan dia selalu bercakap kepada emaknya bahawa dia amat kasihan kepada bapa kawannya yang membela saka.bolehkah perkara ini terjadi??
Post a Comment