AlhamduliLLAH kursus rawatan telah dapat disempurnakan seadanya. Saya memohon jutaan kemaafan dari semua peserta jika terdapat kekurangan yang tidak dapat saya elakan. Seramai lebih dari 20 permohonan menyertai kursus terpaksa kami tolak kerana kapasiti dewan tanpa pendingin udara.
Saya sedang menanti Ust. Abdul Razak dari Kelantan untuk menyiapkan rakaman beliau, insyALLAH akan kita upload secara bersiri untuk membantu para peserta mengulangkaji kursus rawatan berkenaan. Mungkin juga boleh bekalkan kepada peserta setelahmana kandungan video berkenaan diperhalusi.
Saya tidak ada mengambil gambar-gambar kursus disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakan. Kepada peserta yang ada membawa kamera dan ingin berkongsi gambar untuk simpanan bersama sila email kepada saya di rsamalaysia@yahoo.com atau mms 017-3623934. InsyaALLAH saya akan usahakan memuatkan gambar-gambar berkenaan dalam masa mendatang.
Habis kursus peserta letih saya pun letih. Beberapa emergency request terpaksa ditolak termasuklah dari ketua pemuda Pas yang ditimpa musibah. Nak merawat mestilah dalam keadaan yang penuh kekuatan dan kesediaan... itulah pesanan guru saya.
Jam 8.00 mlm 2 buah kereta berhenti di depan rumah saya. 5 pemuda datang berjumpa dan 2 daripadanya adalah kenalan saya. Dalam kondisi kurang bersedia saya dimaklumkan bahawa seorang daripada mereka dalam keadaan separuh sedar. Pemuda ini bernama Nizam.
Saya minta mereka tunggu di luar rumah dan saya memang tak mampu nak meruqyah dik keletihan.
Saya ambil teknik pintas iaitu semburan ele'ta. Saya sembur muka pemuda ini yang tercegat di depan rumah saya sebanyak 2 kali dan pemuda ini tergoyang-goyang dan akhirnya berjalan ke arah semak beberapa minit dan kemudian kembali semula berdepan dengan saya.
Dia menceritakan bahawa dia juga adalah perawat dan keadaan yang dialaminya sekarang adalah selepas dia balik dari Gunung Jerai. Saya tanya dia apa yang dia buat disana. Dia hanya mengatakan di sana dia terjumpa seorang tua yang meminta dia menolongnya dan kemudian orang tua ini hilang. Sejak itu dia berada dalam keadaan separuh sedar dan tak dapat mengawal dirinya sendiri. Mengikut saudara mara yang turut mengiringinya berjumpa saya dia merawat secara menurun.
Saya beritahu Nizam, anda tak akan sembuh walau siapapun merawat selagi dia merawat secara menurun, dan saya hanya akan membantu kalau dia bersetuju memutuskan hubungannya dengan jin-jin berkenaan. Nizam bersetuju dan melafazkan ikrar pemutus di depan saya.
Saya minta Nizam melutut dan menyuruh jin-jin berkenaan keluar sambil mengancam untuk disembelih. Nizam akhirnya sujud ke tanah, menumbuk-numbuk tanah berbatu kerikil dan melutut semula. sayapun sembelih selepas itu.
Syukur dia sedar sepenuhnya tetapi dia merasai masih ada gangguan di badannya. saya ajarkan teknik mandian dan minta dia melakukannya.
AlhamduliLLAH ALLAH permudahkan kerja-kerja saya di saat saya amat tidak berdaya untuk merawat. AlhamduliLLAH
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
2 comments:
akum, sy baharuddin. sekiranya diizinkan, saya nak mintak email ustaz.
Salam,
Email saya rsamalaysia@yahoo.com
Post a Comment