Saya diberitahu ada bekas pelatih/perawat Akrine yang kononnya meminta nama dan alamat seseorang bagi tujuan scanning gangguan seseorang. Perawat/pelatih Akrine ini dikhabarkan dapat mengetahui tempat-tempat gangguan orang berkenaan.
Saya ingin pertegaskan saya tidak pernah minta nama dan alamat seseorang bagi tujuan di atas. Saya juga tidak pernah mengajar teknik scan jarak jauh dan memang tak tahupun teknik itu.
Kalau sesiapa yang mengetahui teknik berkenaan tolong beritahu saya untuk saya kaji sejauhmana keberkesanan, kedudukan dan sebagainya. Saya tidak mengatakan teknik ini tak boleh, kerana saya pernah dimaklomkan seorang pengamal yang mendapat ilham dengan solat hajat diwaktu malam lalu memberitahu keputusannya. Ini kelebihan milik seseorang, selagimana teknik dan pergantungannya bulat kepada ALLAH jangan mudah mengatakan perawat ini menelek dan melakukan kesesatan.
Buat masa ini Akrine hanya melakukan rawatan jarak jauh dan pagar jarak jauh. Rawatan jarak jauh dilakukan secara sedut/tarik gambar pesakit dan bacaan ruqyah jarak jauh disamping solat hajat dan doa.
Sedut/tarik gambar telah saya ujikaji berkali-kali dan setakad ini tiada kesangsian dengan keizinan ALLAH menggunakannya. Cuma kes-kes tertentu sahaja kerana teknik ini hanyalah sebagai bantuan asas sahaja seperti pesakit yang tak balik ke rumah, pesakit yang tak mahu dirawat sedangkan pasangannya mengesyakki dia ada gangguan dan kes-kes kecemasan.
Bacaan ruqyah jarak jauh adalah bagi kes kecemasan dan jarak pesakit dan perawat yang tidak memungkinkan kehadiran perawat/pesakit. Ini dilakukan dengan meminta pembantu pesakit meletakan handphone pesakit berdekatan air dan telinga pesakit. Perawat akan meruqyah melalui speaker handphone berkenaan. Seorang pesakit di hospital Johor, di Melaka dan Selangor telah saya rawat secara kaedah ini dan alhamduliLLAH membantu pesakit berkenaaan.
Bagi kaedah pagar jarak jauh saya memerlukan lay-out plan rumah dan alamatnya. Hanya kaedah ini sahaja yang saya minta alamat pesakit. Saya akan pagar dengan cara mengejutkan (wake-up) jin-jin di rumah berkenaan, memindahkan dan memagar dengan keizinan ALLAH. Setakad ini alhamduliLLAH teknik ini membantu (saya sudah ada banyak testimoni2) cuma saya (tanpa keizinan ALLAH) masih gagal memagar sebuah sekolah yang ada ciri2 hesteria.
Saya harap penjelasan di atas membantu semua kerana fitnah/tohmahan ini jika tidak dijelaskan boleh menghilangkan keyakinan masyarakat kepada Akrine.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
13 comments:
Assalamualaikum...us.
Terima kasih di atas penjelasan yang us.berikan berkaitan scanning jarak jauh,sekurang2nya pembaca2 dapat memahami berkaitan perkara ini.dan kita perlu membuat kajian lebih mendalam lagi berkaitan kaedah ini.setiap orang Allah berikan kelebihan masing2 selagi tidak menyimpang dari syariat islam.
Di sini saya nak bertanya us. berkaitan dengan teknik sedut melalui gambar.sebab saya ada menerima sepasang pesakit yang mana isterinya mahu berubat cuma suami aje yang bantah....sebab kalau di beritahu oleh isterinya memang suami ada gangguan.
kalau tidak menjadi keberatan us.boleh jelaskan melalui email saya...: md_zaki75@yahoo.com .
InsyaAllah saya akan menyertai kursus us. di P.Pinang nanti.
Us.zaki,Pulau Langkawi.
salam ust,
saya merupakan salah seorang peserta kursus ke 6.berhubung dengan scan jarak jauh saya ada mengenali perawat dari pusat perubatan islam darul'ilaj peringgit yang merupakan juga guru saya.beliau juga merupakan ahli darul syifa' beliau menggunakan kristal untuk melakukan scan. secara ringkas dari segi sains kristal terdiri dari stuktur raksaksa yang bersifat memori sama seperti air (dan juga arang, seperti apabila kita letak arang di dalam kereta untuk menghilangkan bau durian.Ini berlaku kerana kehadiran stuktur kompleks karbon. apabila kristal bergetar ia akan menghasilkan resonans yang akan memberikan jawapan pada pertanyaan. sebagai contoh " Jika si folan ini menghadapi gangguan makhlus halus dengan izin allah kristal geraklah dalam satu garis lurus". dan kaedah ini berkesan. apa pendapat ust. adakah sebarang kesangsian dengan kaedah ini.
yang kedua ust. berhubung dengan perawat yang ust perlukan, bolehkah seseorang yang belum berkahwin turut serta.
terima kasih, harap ust dapat perjelaskan dua isu ini.
Salam Yg berbahagia Ust,
Sy ade dgr juga, ada perawat pelatih Akrine yg merawat pesakit menggunakan buah & air kelapa muda, ada pihak yg bertanyakan sy, jadi sy kurang pasti tentang kaedah ini sama ada dari Ust sendiri atau beliau belajar dari org lain dan seterusnya bercampur kaedah rawatannya. Harap Ust berikan pencerahan.
Assalamualaikum wbt>>
Ustaz terima kasih kerana berkongsi maklumat dengan kami.
Pengalaman saya dengan perawat yang menggunakan teknik rwatan jarak jauh ini adalah setiap perawat memberikan jawapan yang berbeza.
Bagi saya yang daif ini kita hendakalah hati2 supaya tidak pening.
Ustaz, badan saya mengigil apabila mendengar ayat Ruqyah cuma jin dalam tubuh ini degil tak mau keluar walaupun dah kerapkali berulang berubat. Saya mengesyaki sihir kerana bila mendengar ayat sihir dia getar lagi kuat. Cuma nak tanya ust, isteri saya MUNGKIN ada saka. Adakah ini juga disebabkan oleh saka dia juga?
Apapun barakatillah;
Salam semua,
1. Untuk Ust. Zaki harap bersabar, kita jumpa di Penang lepas Raya... benda yang ditulis adakalanya lebih mudah difahami dengan kursus praktikal.
2. Untuk Sdra Syuhaimi, jzkALLAH atas penerangan berkenaan. Kaedah ini hampir sama dengan kaedah Radionic yang menggunakan pendulum dalam Homeopathy. Kalau ada contact no. tolong beri sebab saya selalu ke Johor rumah mak mertua.
3. untuk ust. Asrul berkenaan air kelapa. Saya tidak menghalang penggunaannya terutama untuk kes santau. Air kelapa adalah sejenis air penawar yang diberi kelebihan yang banyak oleh ALLAH, sehingga seorang perawat/daie dari Kelantan ada menulis tentang 1001 khasiat buah kelapa
4. saya setuju dengan pandangan sdra Hashim, scanning jarak jauh banyak mengundang fitnah dari menyelesai masalah. Kalau saya ada ilmu inipun saya rasa saya hanya guna untuk diri sendiri ie tak mahu heboh2.
sdra Hashim saya cadangkan menggunakan teknik diplomatik yang ada ditulis dalam blog saya ini. Mudah2an membantu.
Salam semua,
1. Untuk Ust. Zaki harap bersabar, kita jumpa di Penang lepas Raya... benda yang ditulis adakalanya lebih mudah difahami dengan kursus praktikal.
2. Untuk Sdra Syuhaimi, jzkALLAH atas penerangan berkenaan. Kaedah ini hampir sama dengan kaedah Radionic yang menggunakan pendulum dalam Homeopathy. Kalau ada contact no. tolong beri sebab saya selalu ke Johor rumah mak mertua.
Syarat sudah berkahwin bersifat harus bukan wajib.
3. untuk ust. Asrul berkenaan air kelapa. Saya tidak menghalang penggunaannya terutama untuk kes santau. Air kelapa adalah sejenis air penawar yang diberi kelebihan yang banyak oleh ALLAH, sehingga seorang perawat/daie dari Kelantan ada menulis tentang 1001 khasiat buah kelapa
4. saya setuju dengan pandangan sdra Hashim, scanning jarak jauh banyak mengundang fitnah dari menyelesai masalah. Kalau saya ada ilmu inipun saya rasa saya hanya guna untuk diri sendiri ie tak mahu heboh2.
sdra Hashim saya cadangkan menggunakan teknik diplomatik yang ada ditulis dalam blog saya ini. Mudah2an membantu.
Salam,
Terima kasih us.InsyaAllah praktikal adalah lebih bagus lagi....:).
salam ust,
ini no. saya 016-4273639, ust saya amat berminat untuk turut serta dalam kursus perwat tetap, tetapi belum berkahwin, saya faham akan syarat yang dikenakan. bolehkah setidak-tidaknya saya mengikuti kursus tersebut jika tidak dibenarkan menjadi perawat akrine sekalipun.
salam tn ustaz,
sy ade gangguan n dah byk kali terima rawatn, alhamdulillah skg dah ok berbanding teruk dulu.
sy tak sure samada kene sihir atau akibat saka, tp menurut ustz sblm2 nie ade yg kata sbb sihir, ade yg ckp sbb saka. sy tak kisah la ape pn yg penting moga2 Allah swt memberi pentunjuk n diberi ksembuhan disamping berikhtiar.
skg sy asyik banyk angin dlm badan, sentiasa sendawa. selain itu sy sukar tdo mlm, lepas subuh baru ngantuk n memberi mslh pd sy sbb utk msk keje setiap pg. dah byk kali sy cuba utk tukar blk jadual sy supaya tdk tido siang n supaya dpt tdo mlm tp smpai skg tidak menjadi.
selain itu sy cam ade mslh pd kepale (pemikiran) perut,dada n pernafasan sy. seolah2 bernafas tidak semacam biasa n agak cam berat utk bernafas n ini memberi sy psycho n myebabkan sy sukar tdo n tenang sbb terpksa fokus pd nafas setiap ms.
mtk pendapt/nasihat tn ustaz tentang keadaan sy.
ribuan terima kasih.
Salam,
Ternyata anda masih ada gangguan, sila banyakan berzikir, buat mandian dan jumpa perawat.
terima kasih atas nasihat ustaz. ustz, utk kes gangguan kecil cam sy mcm mane kah kaedah yg ustz gunekan utk check n rawat sbb utk kes2 berat cam kene rasuk sy dah baca dlm blog ni. utk kes cam sy sekiranya sy berjmpa ustz, adakah perlu rawatan susulan.
terima kasih.
Assalamu'alaikum ustz,
Saya sekarang ni dah tinggal berasingan dengan suami dan dia bertekad nak menceraikan saya. Saya syak dia mungkin ada gangguan kerana dia sekarang ni melakukan tindakan2 yang bertentangan dengan perangainya yang saya kenal selama lebih dari 15 tahun. Dia benci sangat kepada saya sekarang ni sehingga sanggup menyusahkan hidup saya. Saya dah pun sms kpd ustz untuk mendapatkan rawatan selepas raya ni, InsyaAllah. Cuma, apakah zikir atau ayat al Quran yang saya boleh amalkan untuknya dari jauh sebagai ikhtiar saya untuk 'clear'kan mind dia.
Terima kasih Ustaz.
Ustaz Majid..
Kenapa tiada wakil akrine di Teluk Intan...?
Post a Comment