Salam,
Pengunjung blog yang saya hormati sekelian. Email di bawah ini (dengan izin) telah dihantar oleh seorang pelatih Akrine yang juga seorang pesakit.
Ringkas cerita, beliau telah didera oleh ibu tirinya semenjak kecil lagi dengan pelbagai musibah termasuklah menggunakan sihir dsb.
Apabila saya rawat, di tubuhnya dihuni terlalu banyak jin harimau, semasa kursus para peserta telah sama-sama menarik sebagai latihan dan ternyata dia lega seketika.
Ganasnya gangguan yang dihadapi ialah perubahan watak beliau yang tidak menentu, beliau mengawalnya dengan sentiasa zikruLLAH terutamnya ayatul kursi... alhamdulILLAH dia banyak berubah.
Masalah seterusnya ialah usaha-usaha menyempitkan kehidupannya... segala yang dilakukan ada sahaja halangan yang dikenakan.
Sempena bulan Ramadhan Al-Kareem ini marilah kita hulurkan bantuan bagi meringankan musibahnya. Beliau juga memohon didoakan agar beliau musibah-musibah ini berakhir.
Email 1:
Akm,
Saya dah buat kaedah batu bata yang ustaz ajar hari tu. Dua kali minta tolong org buat. dah beratus-ratus ekor disembelih. tapi masih banyak lagi. diaorang pun dah tak terdaya. saya pun tak terdaya jugak. bahagian sakit saya berubah2. proses tu lama jugak hampir 3 jam.
Ustaz, kalau boleh saya nak tahu cara lain merawat tanpa menyusahkan orang lain. sebab kalau banyak sangat jin ni, tak ramai yang sanggup. malah memerlukan tenaga, masa, pengorbanan, tekanan, keihklasan yang sangat tinggi.
Ustaz, Setiap detik saya bermohon dan merayu dengan Allah s.w.t.agar disembuhkan serta dipermudahkan segala permasalahan atau dikurangkan permasalahan yang saya sedang hadapi ini.
Disini saya mintak sedikit nasihat dengan izin Allah berkenaan situasi saya:
1. Sekarang ini, rumah saya dah bergelap dua hari, tak mampu nak bayar elektrik, rumah sewa pun saya tak mampu nak bayar, rumah saya bocor di sana sini. 2-3 hari selepas raya ni rumah saya akan diroboh oleh empunya tanah.
2. Saya terpinggir drp keluarga sekian lama. saya sangat sunyi. saya dah tak da kawan, henset murah pun tak mampu nak beli. ada hal pinjam org punya. makan hanya belanja 4 -5 ringgit shj sehari. makanan mahal sekarang ni. bulan puasa ni boleh lah berbuka kat masjid. badan saya sentiasa sakit serta berubah2 keadaannya. kepala sentiasa pening2. fikiran sentiasa terganggu dengan bisikan2 yg boleh menyebabkan rosak aqidah, putus asa daripada rahmatNya.
3. Sakit tetapi ada keluarga dengan sakit tak de keluarga sangat jauh bezanya ustaz. Saya lihat memang ramai lagi yg sakit, samada macam saya atau lebih drp teruk saya tetapi setidak2nya ada yg meneman. samada pasangan atau ahli keluarga.
2. Hutang saya begitu banyak. saya dah bekerja siang jaga kedai. malam saya mengajar budak2.
byk punya saya jadi begini, ketika saya ada duit sekejab dulu saya :-
1. Saya suka memberi makanan atau belanja makanan kepada pelajar2 yg susah ( niat sedekah/zakat atau apa yg layak akan baginya) hampir setiap hari. ( sebab nak cari rezeki yg berkat )
2. Saya banyak membeli ubat2 yg mahal utk menolong org2 susah yang sakit.samada lumpuh, kemalangan atau sebagainya. Alhamdulillah ramai yg sembuh.( dgn mudah2an ada hamba Allah yg soleh lg tulus akan menolong saya disaat yg tak dijangka dimasa mendatang)
3. Membantu pesakit jantung yg menanggung anak yg belajar dimesir.( kerna saya ingin sambung belajar tp ingatan dah tak bagus)
4. Menolong janda susah yg mempunyai anak yang kematian suaminya. ( kerna saya tidak mahu anak2 tersebut berlaku sebagaimana saya ketika kecil dijaga oleh org yg suka mendera dan menyeksa)
5. Memberi bantuan kewangan kpd banyak pihak yg sangat memerlukan( kerna saya yakin Allah akan membantu saya di saat terdesak)
6. dan byk lagi. ( semua ini dengan harapan apa yg dimiliki hanyalah pinjaman sementera, yg mana harus dikongsi sesama hambaNYa yg lebih memerlukan. )
3. Ustaz!! saya bukannya kecewa atau menyesal dengan apa yg tlh saya lakukan sehingga duit saya habis tanpa saya sedari, saya masih yakin apa yg tlh saya usahakan sebelum ini tlh saya serahkan kepadaNya. tetapi adakah salah untuk saya merasa sedih yg amat sangat ini dengan apa yang terjadi. bukankan begitu fungsi hati manusia yg tlh diciptakan yg begitu sensitif. mudah untuk dilukai. ( sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri juga pernah menangis mengalir air mata disaat kemangkatan cucundaNya.apa yg saya tahu yg dilarang adalah meraung2, meronta2, mengoyak baju sprt org arab ketika itu). Apatah diri saya ini kerdil lagi dhaif.
4. Saya Bermohon dgn Allah sbg seorang HambaNya atas "hablum minallah". Dan saya meminta tolong drp Ustaz atas "hablum minnas" agar Ustaz mendoakan kehadrat ilahi spy disembuhkan dgn Izin Allah, di bukakan serta diperluaskan rezeki..kerna saya takut mati dlm keadan berhutang.serta diberikan jodoh yg solehah yg sejuk mata memandang yg boleh membawa kebaikan kepada kami di dunia dan diakhirat serta hubungan ini akan menjadi medium dakwah yg sgt berkesan yg bahagia lagi membahagiakan. serta sentiasa berada didalam rahmat keberkatanNya.
Semuga Allah sahajalah yang dapat menolong serta memelihara Ustaz serta sekeluarga didalam apa jua situasi dan keadaan. Amin....
{saya minta dia bersabar nak minta no. akaun untuk dihebahkan dalam blog ini}
Ini jawapan beliau:
Email 2
Akm,
Smg Allah membalas atas sgl niat baik ustaz. saya sgt hargai. Memang saya ingin duit. tetapi saya tidak boleh menerima duit daripada sesiapa pun. Berkenaan dgn duit, saya hanya blh memberi tp tak blh menerima. saya sangat takut. saya banyak pengalaman berkenaan menerima duit.
Berkenaan dgn yg nak dipaparkan. saya tak de masalah. cuma nama saya shj minta dirahsiakan.
Apa yg lebih saya harapkan adalah Doa - doa yang penuh harapan lagi tulus dari sudut hati yang dalam agar hambaNya ini menjadi seseorang yg benar2 diampuniNya, dirahmatiNya, dipercukupkan serta merasai cukup seadanya, diangkatkan darjat disisiNya, dimurahkan rezeki daripadaNya, dipeliharakan drp be belenggu hutang dunia dan akhirat, dianugerahkan cahaya petunjuk jalan kebenaran, di'afiatkan jasmani dan rohani serta merasai redha lagi mendapat keredhaanNya dan mendapat belas kasihan daripada tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Selebihnya saya pasrah dengan yang telah ditakdirkan semuga diri ini menjadi lebih kuat serta lebih tabah.
Ya Allah..andainya puncanya adalah kerna dosa2ku Engkau maafkan daku. sesungguhnya engkau maha Pengampun.
Ya Allah.. andainya puncanya adalah daripada ketidakkecerdikan diri ini, Engkau bantulah. sesungguhnya engkau maha Bijaksana.
Ya Allah... andainya puncanya adalah ketidakkefahamanku berkenaan agama. Engkau berilah kefahaman kepadaku . sesungguh barang siapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan, maka akan diberikan kepada ianya akan kefahaman ilmu agama.
Ya Allah........
{saya terangkan bahawa sikap beliau mulia tetapi jangan halang orang lain nak buat baik, setelah itu beliau bersetuju dan mahu sebarang pemberian dikira hutang. Saya kira kita ikhlas mahu membantu, hulurkan rezki yang kita terima bagi membantu sahabat ini.... saya dahului dengan ucapan jazakALLAHu khairan kathiran jazak}
Akaun beliau adalah Maybank 156093975279
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
10 comments:
Semoga saudara tabah menghadapi ujian. Yakinlah kepada Allah bahawa segala yang saudara sedang lalui pasti akan diuberi ganjaran baik samada di dunia atau di akhirat kelak.Insya-Allah.
Saya juga mengalami nasib mirip seperti saudara cuma, saya masih mempunyai ibu dan ayah untuk menjaga. Setelah dirawat oleh ustaz, saya sudah beransur pulih walaupun tukang sihir masih lagi menghantar tentera barunya untuk mengganggu.
Sama-samalah kita mendoakan sahabat kita ini dan semmoga beliau diberi kesembuhan, kesabaran dan pahala berganda di atas penganiayaan yang dikenakan ke atasnya. Usahlah menghalang kami yang ingin menghulur sedikit bantuan kewangan sekadar termampu sebagai tanda persaudaraan dan kasih sayang sesama islam.
Assalamualikum,
Kepada Saudara Email Pertama, saya adalah serorang pesakit dibawah rawatan Ustaz Majid selama 1 tahun lebih, "kebolehan" saya boleh menarik penyakit pesakit lain Ustaz Majid tentu ingat saya.
Selama saya dirawat saya hampir putusa asa lalu saya biarkan dan berdoa kepada Allah suoaya menberi petunjuk bagimana untuk selesaikan masaalah ini, kerana kerap kali saya mengalami ganguan yang bukan ditujukan kepada saya.(penyakit orang lain)
Dan alhamdulillah saya kembali kepada yang asal, mengikut sunnah Rasulluah walaupun hanya sedikit yang termampu dapat meredekan kekusutan yang hampir 10 tahun menghantui saya.
Caranya amat mudah cuma perlukan kesabaran yang tinggi.
Kaedahnya:
1. Hari-hari lakukan solat Taubat minta kemapunan diri sendiri dan ampukan musuh2 yang ada. Kita perlu bertaubat ingat kembali Rasul kita, walaupun baginda maksum baginda 100x bertaubat pada Allah hari2.
2. Lakukan solat tahajut atau pun solat sunat al-laila. Berzikir subahanallah-allhmdulilah-allahhuakbar sebanyak yang mampun disarankan (300-1000x), tiap2 hari. Selepas solat sunat tiap-tiap hari.
3.Solat sunat witir sebagai penutup dan berdoaa pada Allah supaya terima segala amanlan kita sebagai bekalan di Akhirat dan mempermudahkan perjalana hidup di dunia ini.
Lakukan semata hanya kepada Allah, bukan untuk ksembuha. Bagi pendapat saya sekiranya Allah ampunkan dosa-dosa kita dan musuh2 kita secara tak langsung Allah menurukan Rahmatnya kepada kita. Ini pegangan saya dan juga umat Islam umumnya.
Sekiranya saudara mampun berbuat demikian selam 40 hari insha-Allah akan timbul rasa “rindu” yang tidak dapat digambarkan Subahanallah.
Lakukan pada jam 1.30 malam ke atas. Ini adalah yang waktu terbaik.
Saya doakan supaya Allah menurun kan Rahmatnya pada saudara Insha-Allah. Dan ini juga sebagai peringatan kepada diri saya dan kepada semua.
hamba Allah
Assalammualaikom,
Saya sangat setuju dengan pendapat dan saranan dari Sdr Anonymous. Allahuakbar! inilah jalannya bagi penyembuhan penyakit zahir batin. Penyakit zahir dapat dikesan dan dirasai tetapi penyakit batin atau penyakit hati amatlah tersembunyi yang hanya dapat dikesan oleh Guru Mursyid.
Di samping memohon keampunan dan kesembuhan dari Allah, selitkanlah juga permohoan supaya ditemukan dengan seorang pembimbing kerohanian atau Guru Mursyid.
MasyaAllah hebat sungguh kasih sayang Allah ini pada hambaNya. Alah lakarkan dalam al-Baqarah 186 "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
Sesungguhnya Allah dan Rasulullullah sangat "rindu" pada kita semua. Marilah kita sama-sama berjalanlah di atas jalan Allah dan RasulNya.
Assakamualaikum wbt>>
Subhanallah berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Insya'Allah kami sebagai saudara semuslim akan sentiasa mendoakan dan membantu anta.
Saya nak bagi cadangan yang mungkin anta boleh pikirkan:
1. Anta boleh duduk di pondok. ana rasa pondok Pasir Tumboh, kelantan atau mana-mana pondok. Di sana anta boleh beramal dan mengaji sambil berniaga. Pengalaman orang yang ada ganguan bila duduk di pondok jin itu akan panas.
2. Insy'Allah sama2 kita bertawakal, berusaha dan berdoa kepada Allah Taala.
Wallahhu'alam
Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Belas Kasihani Keatas Keseluruhan Makhluk2NYA.
Assalamualaikum warahmatullahi barakaatuh,
Pertama2nya Semuga Allah s.w.t. Menganugerahkan kerahmatan dan keberkatan keatas Niat, pandangan, teguran, nasihat, cadangan, bantuan, doa dari hati tulus yang telah sedara seagamaku berikan. Semuga dengan itu, Allah s.w.t melimpahkan berbanyak2 khazanah2 pengkurniaan yang tidak terhingga yang ada didalam gengamanNYA. sesungguhNYa Ianya Amat Maha Memiliki Akan Segala Sesuatu.
Untuk Makluman, Saya adalah empunya email 1 dan 2 tu.
Berkenaan dgn cadangan yang tlh dicadang diatas, diri kerdil ini benar2 mengucapkan Jazakumullahu khairan. kerna IANYA adalah sebaik2 penganugerah/ pemberi Balasan.
Namun,berkenaan dengan amalan2 yg telah dicadang itu, HambaNya yg kerdil ini telah pun berbuat akan ianya semua itu sudah sekian lama tempohnya.
Berkenaan dengan Guru yang mursyid, HambaNya yg kerdil ini telah sekian lama berdoa mencari lagi bermohon agar HambaNya Yg Dhaif lagi serba fakir ini dianugerahkan oleh Allah akan Beberapa orang guru2 yang mursyid yang boleh membawa Kesan kebaikan bukan sahaja pada diri ini, tetapi jua pada ayahanda dan bonda,keluarga, kaum kerabat dan Keseluruh ummah di dunia dan diakhirat.
Ya Allah.. Dengan rendah diri Ku mohon agar diAnugerahikanlah...diri ini akan sahabat2 yang soleh dan solehah yang boleh membawa Kesan kebaikan bukan sahaja pada diri ini, tetapi jua pada ayahanda dan bonda,keluarga, kaum kerabat dan Keseluruh ummah di dunia dan diakhirat serta hubungan ini menjadi suatu medium dakwah yang sangat berkesan.
Ya Allah Anugerahi diri ini Isteri yang solehah yang sejuk mata memandang, yg bahagia lagi membahagiakan, yang boleh membawa Kesan kebaikan bukan sahaja pada diri yg kerdil ini, tetapi jua pada ayahanda dan bonda,keluarga, kaum kerabat dan Keseluruh ummah di dunia dan diakhirat. Dan jua hubungan ini menjadi suatu medium dakwah yg sangat berkesan.
Justeru itu, ku mohon agar dianugerahkan anak2 yg soleh dan anak2 yg solehah, zuriat yg soleh dan zuriat yg solehah yang sejuk mata memandang, yang ceria lagi menceriakan yang boleh membawa Kesan kebaikan bukan sahaja pada diri, tetapi jua pada ayahanda dan bonda,keluarga, kaum kerabat dan Keseluruh ummah di dunia dan diakhirat. serta hubungan itu menjadi medium dakwah jua.
begitu juga anak2 buah yg soleh dan solehah yang boleh membawa Kesan kebaikan bukan sahaja pada diri, tetapi jua pada ayahanda dan bonda,keluarga, kaum kerabat dan Keseluruh ummah di dunia dan diakhirat.
Manakala berkenaan dengan pondok, diri ini terlalu banyak permasalahan yang ada yang tidak boleh ditinggalkan/ dibiarkan begitu sahaja. melibatkan hutang ( bimbang dianggap lari)orang2 yg sakit disini yang sangat memrlukan sokongan dan pertolongan yg berterusan, dan beberapa perkara yg agak sukar utk dinyatakan.
Ya Allah ya tuhanku yg Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.
Ku Mohon Sekali lagi agar engkau memberikan/ mengurniakan serta membalas diatas segala niat yang baik lagi tulus sebagaimana yg telah ketahui.
Andainya ada nasihat2 lagi daripada Saudara2 seagamaku.InsyaAllah akan HambaNya yg kerdil ini akan perbuat semampunya dengan IzinNya.
Wassalam,
yarhamkumullah, baarakumullah, wajazakumullahu khairan jaziilan. Amin...........
Amin..............
Amin.................
Salam,
Saya Anonymous
September 12
2008 1:02 AM
Saya ingin bertanya kepada saudara,
pernakah saudara,ibu bapa saudara bernazar untuk tujuan tertentu saman ada kecil atau besar?
Sekiranya ada selesaikan nazar tersebut. Insha-Allah
wassalam
Wa'alaikumussalam,
setakat yang saya ketahui, tidak ada apa2 yg mereka nazarkan. berkenaan dgn ibu saya, beliau telah meninggal ketika saya masih kecil.
Antara punca saya byk mengeluarkan belanja untuk kerja2 kebajikan selain tuntutan agama dan kesan pengalaman hidup yg saya alami,adalah dimana arwah ibu banyak serta suka menolong org ramai yg mana sehingga kini masih ramai yg belum melupai jasa2nya. Dan demikian itu adalah menjadi kepuasan serta pendorong untuk terus mencari dan menolong mereka yg pernah arwah ibu tolong akan mereka (walaupun, kebanyakan mereka juga telah meninggal dunia, namun saya cuba sedekahkan doa2utknya sbg pengganti). Ada diantara mereka sudah berusia seratus tahun lebih yg sudah tdk boleh berjalan serta sudah lama tidak nampak,juga menceritakan akan kebaikannya.
Antara punca Arwah ibu meninggal adalah disebabkan disantau iaitu disula drp jarak jauh. saya masih ingat arwah meronta2 sakit tak terkata yg mengatakan dirinya sedang disula malah beliau nampak org yg melakukannya. tetapi kami semua tidak nampak.Smg Allah mengampuni sgl dosa ibu kehendaknya.
Mohon maaf andainya ungkapan ini umpana anak kecil.Smg Kalian dpt mendo'ai akan diri ini setulus mungkin dari sudut hati yg tulus lagi dalam agar dibukakan pintu rezeki buat HambaNya yg fakir lagi Dhaif. InsyaAllah.
Sebelum ini, apabila saya bermohon agar dibukakan pintu rezeki andainya terkunci. maka dengan tiba2 sakit dan mengeletar dan terus pengsan. begitu jugalah andainya saya berdoa seumpama akan terjadi. Ustaz pernah membantu saya ketika saya diminta berdoa akan begitu.
Tapi sekarang ini, saya menjadi takut utk berdoa sebagaimana sedemikian kerna ianya cukup menyakitkan sehingga pengsan.
Dgn pandangan sedaraku, smg Allah merahmatimu. Amin...
Salam Saudara,
Kesabaran saudara hanya Allah yang mengetahui, setiap ujian ada kebaikan yang Maha Hebat akan menanti.
Kalau tidak keterlaluan saya ingin bertanya sejak bila saudara mengalami ganguan ini? Mana tahu keadaan kira serupa. Dan boleh kita bekongsi pengalaman ini dan sama2 mencari jalan penyelesainaan.
Dan apa pula pandagan dari perawat sebelumnya?
Sabar lah Janji Allah pasti akan tiba.
Ya Allah, Aku memohan kepada Mu di bulan yang Mulia ini ampunakan Dosa2 Saudara ku ini, dan permudah kan perjalan hidupnya. Amin
Hamba Allah
Salam,
Segala Puji hanya bgNYA.
Smg benar2 menjadi Hambanya yg soleh lagi dapat merasai didalam diri dgn penuh arti kata kehambaan yg sebenar2nya.
Berkenaan diri si kerdil lagi dhaif ini, rasanya tidak pernah lagi merasai nikmat sebagaimana yang lain daripada kecil lagi. saya ringkaskan shj, sebab dah dijelaskan dalam email sblm ini.
dr kecil lagi selepas kematian ibu, saya amat biasa makan hanya sekali sehari shj, malah pernah tidak makan apa2 pun walau sebiji nasi selama 6 hari 7 malam sambil bekerja berat di musim kemarau di bawah panas matahari terik yg terpaksa berkayuh basikal sejauh 6 km sehari tersebut. kekanak lain sesangat suka akan cuti sekolah. tetapi bg saya ianya sangat menggerunkan kerna terpaksa bekerja dgn lebih teruk lagi. duit saku/ tambang bas sekolah hampir tdk pernah diberi.( tetapi saya diceritakan kpd org kg bhw sebenarnya saya tlh diberi byk duit, malah menuduh saya tak mengenang budi, begitu juga mengenai makanan, satu persatu diceritakan pada org kg apayg tlh saya makan, malah ditulis pagi makan apa, tengahari, malam. darab dgn seminggu darab dgn sebulan, darab dgn setahun, darab dgn beberapa tahun engkau tinggal dgn aku.( sebenarnya bukan sy makan sebanyak itu, malah sy bekerja untuknya walau tak pernah dibayar, malah kalau ada 5 sen @ 10 dlm beg saya semuanya disapu.
habistu macammana pergi sekolah dan makan. saya disekolah meniaga snek,kekacang, asam. kalau hari ada untung saya makan, kalau tak.. tak de lah.memanglah sesangat sedih pada hari yg xde duit nak beli. apabila memandang org lain sedang makan di kantin sekolah memang cukup menyedihkan. tetapi apabila cukup duit, sangatlah mengembirakan ( rasa penuh dengan kesyukuran)
punca tak untung, kekawan kerap mencuri makanan yg saya niagakan.
sedaraku semua, pengemis sebenarnya lagi beruntung drp sy sebab tdk nampakpun ia dihina, duduk shj dapat duit banyak. tp saya malu utk berbuat demikian.(sy x ingin keluarga sy malu) kerna sy yakin mampu berusaha dgn titik peluh sy sendiri.(walaupun kekadang ada, kekadang tdk ada)
seluar sekolah dr form 1 hingga form5 yg sama. bayangkan tika form 4 dan form 5. seluar hampir dgn lutut dan sgt ketat. songkok juga dah tak lekat, sgt kecil. saya sering di ludah bagaikan org gila.
Pernah mendapat bantuan jabatan kebajikan masyarakat tika form 5, tp sy diheret oleh keluarga kepejabat tersebut spy mengambil duit tersebut. duit tu di bahagi 2. saya gunakan utk bayar yuran sekolah yg dah tertunggak byk tahun. saya ambil spm 2x. kedua2 kali ketika nak exam saya sakit berat ( umpama sasau,org lain ingat sy x sedar, sebenarnya saya sedar dan cuba melawan keadaan yg pelik yg sedang berlaku dlm diri sy. sblm ambil exam saya sihat dan kerap mengajar kekawan lain. kerna diminta oleh cikgu dan mengetua.
slps spm dan setelah berlaku sesuatu yg sangat mengecewakan saya( maaf! terlalu panjang) membawa diri. ke negeri lain. masa tu saya tinggal dirumah usang yg berpuluh tahun terbiar. semak samun yg sgt tinggi. tanpa air dan elektrik. sy mandi dan solat disebuah surau usang melalui jln short cut ( semak). dlm rumah tu hanya ada satu bilik yg masih elok dan tidak bocor, sy bekerja di restoran mamak. untuk kumpul duit sambung belajar. tetapi duit sy sering dicuri oleh kaki dadah. sy berjaya membeli basikal second hand. ianya merupakan satu2nya harta sy yg sgt bernilai. Andainya sy ada hal sy pergi mana2 dgn berkayuh walau berpuluh km.
apabila saya dapat saya sambung belajar pelbagai perkara aneh telah berlaku. setiap kali nak ke surau ada saje ular yg menghalang. setiap hari ular yg berlainan ditempat yang berlainan.( sebenarnya ketika kecil lagi sudah byk kejadian pelik yg menganggu, sprt api terbang mengejar dan macam2 lagi.)
kalau nak cerita pasal sakit, sememangnya dari kecil lagi sy sakit seluruh badan, berdenyut2, sakit, kepala, pening, sendi2.
memang sangat terseksa.
setelah sy belajar bebrapa bulan, sy kerap pitam, dlm satu sehingga 5-6 kali. jatuh ketika naik tangga hampir setiap hari. malah ketika naik basikal, dlm kelas, kat masjid. kalu pitam dlm kelas sy x benarkan mereka bawa sy pulang kerna sy sgt sukar utk dtg semula. sy suruh mereka biarkan sy atas lantai, cukup jgn bg leher, kaki dan tangan sy berlipat. kekadang sy sudah sedar sy masih boleh mendengar lecturer mengajar cuma tak mampu bergerak dan membuka mata.
Ada sekali pihak atasan memanggil sy supaya berhenti belajar. tika itu, sy terasa tersangat pilu. sy menyatakan bahawa sepatutnya tuan dan pihak tuan memberi saya sokongan serta dorongan utk sy lebih kuat malah lebih tabah untuk mengharungi arus gelombang kehidupan. tuan, bukan mudah utk sy sampai ke tahap ini. sy meminta peluang utk meneruskan pelajaran. sebab sy datang kelas, cuma mereka menghantar sy pulang.
begitu juga sehingga final exam, keadaan sy makin teruk, malah darah kerab keluar drp hidung, habis kertas jawapan sy penuh dgn darah.
setakat itu dahulu, kerna sy sgt penat menulis.
cuma, saya begitu berharap agar Allah s.w.t. tidak menguji yg lain sebagaimana Allah menguji sy. namun sy yakin mungkin diluar sana lebih ramai lagi yg lebih teruk drp sy.
Andainya begitu, smg Allah memberikan kalian kemurahan rezeki,kebijaksanaan didalam menangani pelbagai permasalahan, disayangi keluarga, dihargai akan pengorbanan, hidup dlm keberkatan, diberikan kefahaman ilmu agama dgn sebenar2nya, diberikan kesedaran bhw kesusahan ini adalah teramat kecil andainya nak dibandingkan dengan azab api neraka jahannam.
Ya Allah!! Berikanlah kepada Kami semua kemurahan rezekimu, terutama kepada yg lebih memerlukan berbanding dgn diriku yg sememangnya diriku ini masih belum layak kerna mungkin taubatku masih blm utuh lg tulus, pergantungharapanku terhadapmu belum sekukuh apa yg Engkau inginkan. Usahaku belum secukup engakau ingin. Namun Ya Allah, andainya begitu, berikanlah aku kekuatan dan bantukanlah diri kerdil ini didalam membuat pengukuhan didalam setiap apa jua yg akan memperolehi Keredhaan, keberkatan dan kerahmatanMU. Amin..............
amen...
InsyaAllah .. Allah akan menolong setiap HambaNya..
Berserah segalanya pada Allah .. Yakin pada KebesaranNya...
anggaplah segalanya ujian di Dunia.. Tabah hadapinya..
Wassalam
Post a Comment