Selamat menyempurnakan ibadah puasa kepada semua pengunjung blog saya. Mudah2an kita beroleh taqwa.
Bulan puasa bukan bulan makan, tetapi itulah hakikatnya di Malaysia. Nazir mesjid hari jumaat lepas memaklomkan bahawa pihak mesjid ada menyediakan bubur lambok pada setiap hari Sabtu dengan kos antara RM250-300. Saya jangka tuan nazir akan mengajak membanyakkan zikir, tadarus, qiamullail dan menjaga puasa sehingga tercapai tujuan puasa iaitu taqwa.
Sdra pergilah berjalan seluruh Malaysia... gerai2 makan tumbuh macam cendawan. Tv pula asyik menyediakan menu berbuka puasa.... adakalanya saya terfikir orang melayu mengadakan demontrasi senyap kepada ALLAH tentang arahan berpuasa dengan cara bercakap tentang makan...makan... dan makan. Mudah2an telahan saya salah dan saya sentiasa bersifat berfikiran secara positif
Hari ini saya merawat beberapa orang pesakit... saya hampir meninggalkan bidang kerjaya saya sejak sebulan-dua yang lalu kerana kerja2 kebajikan melakukan rawatan hampir setiap hari. Untuk makluman pengunjung syarikat saya satu-satunya syarikat yang diiktiraf oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) untuk melatih dan mengeluarkan sijil kepada pegawai perlindungan sinaran. Ini bukan monopoli tetapi memecah monopoli dimana persijilan ini sebelum ini hanya dikendalikan oleh Agensi Nuklear Malaysia....ok, berbalik kepada tulisan asal.
Dalam rawatan hari ini saya bertekad untuk seboleh-mungkin tak sembelih jin yang mengganggu pesakit. Begitu juga R&D kita berkenaan isu jin kafir dan jin Islam adakah mereka diikat atau tidak menjadi fokus rawatan. Untuk mengurangkan ruqyah saya gunakan teknik bakar bata.
Saya nak beri beberapa kesimpulan sahaja dalam tulisan ini:
1. Ternyata jin2 yang dipanggang secara teknik bakar batu-bata respon dengan cepat kerana kepanasan melampau kesan pembakaran berkenaan.
2. Majoriti jin yang mengganggu adalah jin Islam. Hanya satu sahaja jin yang mengaku kafir, dalam keadaan terikat pada tubuh pesakit dan sudah lama dalam tubuh berkenaan.
3. Ada jin yang berpuasa walaupun menganggu manusia terutamanya jin saka dan juga jin sihir. Jin sihir ada yang tak berpuasa tetapi masih akur bahawa puasa itu wajib.
4. Ada jin declare dia bukan Islam, tetapi apabila didesak akhirnya mengaku Islam.... ini macam orang melayu yang kena tangkap kat warung mamak makan di siang hari, sanggup mengatakan dirinya bukan Islam....
5. Cita2 saya untuk tidak menyembelih tidak kesampaian kerana kedegilan serta keegoan beberapa jin yang diminta keluar setelah berulangkali dipujuk dan diberi amaran.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
5 comments:
ASSALAMUALAIKUM USTAZ,
SAYA PESERTA KURSUS RAWTAN SIRI KE 7, TAPI BELUM DAPAT MEMPRAKTIS LAGI APA YANG DIAJAR. INI KERANA BELUM DAPAT MENGUASAI ILMU ITU. SAYA HARAP USTAZ DAPAT MEMBUAT DALAM BENTUK CD DAN DIJUAL KEPADA AHLI-AHLI SUPAYA KAMI BOLEH BUAT ULANGKAJI.
Assalamualaikum,
Ustaz, saya antara pelatih baru ustaz, jadi saya ingin bertanya, sahabat saya ada masalah sihir pemisah, sihir tersebut telah di hanatar secara berperingkat, kini isteri beliau telah meninggalkan beliau dan tidak dapat dikesan, ustaz bagaimana nak merwat kes ini, kalau utk meruqyah sahabat saya itu mungkin tiada masalah, tp bagaimana pula isterinya yang juga telah disihir itu...
Saya ada terfikir utk guna teknik batu bata, adakah wajar menggunakan teknik tersebut sedangkan saya tidak tahu nama penyihir dan nama orang yang mengupah penyihir tersebut... pada pandangan ustaz masih ada cara lain yang lebih berkesan yang boleh saya lakukan?
Buat masa ni saya telah membuat presiapan mandian untuk sahabat saya itu saja dahulu utk mengelak dari diserang lagi, kerana boleh dikatakan hampir tiap-tiap minggu rumahnya pasti akan ditabur, pasir atau garam, saya juga menyarankan yassin 7 mubin pada beliau, tp beliau memliki masalah untuk membaca Al-quran dgn lancar, bolehkah saya lakukan yassin 7 mubin itu untuk beliau dan yang terakhir adakah menarik jin menggunakan gambar boleh dilakukan? Saya harap ustaz dpt memberi serba sedikit tips dan teknik2 yang sesuai, memandangkan saya masih mentah lagi dalam hal rawatan seperti ini...
Terima Kasih
saya juga ingin tahu tentang pertanyaan kedua diatas, harap ustaz dapat menjawabnya. saya juga adalah pelatih baru ustaz yang menghadapi masalah hampir serupa.
Salam
Pada pandangan saya...tak perlulah kita tahu nama penyihir @ tukang sihir ..cukuplah bila kita baca Yasin 7 mubin & apa2 ayat2 azab tu kita niatkan kepada jin penyihir & tukang sihir & pengupah.
InsyaAllah
Sekian w'salam
Salam,
Betullah tu bacalah Yasin 7 mubin utk membantu rakan sdra. Rakan sdra lebih aula untuk dipulihkan terlebih dahulu... isterinya boleh dipanggil balik secara 13-13-31-31 iaitu minta dia baca surah ke 13, jizuk ke 13, ayat 31 sebanyak 31kali.
Sebenarnya ayat 31 surah al-A'raf. Habis baca ayat ini berdoa kepada ALLAH supaya didorong isterinya kembali kpdnya. InsyaALLAH dia balik... kaedah ini juga boleh diamalkan bagi anak-anak yang tak balik ke rumah... merajuk, lari dsb.
Post a Comment