Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Friday, October 31, 2008

jawapan kepada beberapa persoalan

Emel 1:

salam ustaz.
Nama ana *** dari Penang,setelah menamatkan kursus tempoh hari.saya beranikan diri cuba merawat rakan saya.Dia selalu megalami mimpi, ada seseorang yg tak dikenali membawanya kesuatu tempat sunyi.gelap dan menakutkan lalu dia ditinggalkan seorang diri ada dipernah cuba keluar dari mimpi dan cuba melawan tpi tak berhasil. Saya cuba merawatnya dengan membaca AL-FATIHAH pada awal rawatan.lalu saya mindapat ilham supaya membuat scan dirumah kediamannya. setelah dibaca doa dan ayat2 yang ustaz beri.tapak tangan saya berdeyut-deyut dan belaku getaran.Dalam hati saya munkin ini punca ganguan tersebut.setelah diberi beberapa ayat pelindung utk diamalkan.Alhamdulillah ganguan semakin kurang dan dia kembali tenang. Soalan saya ustaz adakah teknik yg saya gunakanni betul ustaz.dan apakah langkah2 rawatan seterusnya ustaz ?

MASIH TERINGAT KATA USTAZ "CUBA2 MERAWAT KELUARGA DAN RAKAN DULU."


Komen saya:

Salam,

AlhamduliLLAH semuga ALLAH memberkati hidup sdra. Beri dia zikir dan minta amalkan, lepas 2 minggu sdra scan semula.


Emel 2:

Salam,

Ustaz, dalam entry terbaru ada sebut tentang penggunaan duri landak dalam pengubatan. Sebelum ini saya ada berjumpa perawat dari darussyifa' yang juga menggunakan duri landak. minta penjelasan dari ustaz tentang perkara ini. Terima kasih.

Jawapan saya:

Salam,

setakad ini tidaklah ada kedengaran yang mengharamkannya. Saya menjawab secara kes khas dan berpendapat dia adalah bangkai yang menjadi makanan jin kafir. Rawatan Islam memerlukan bahan bersih lagi meletakan pergantungan kepada ALLAH tanpa menafikan ada bahan yang ALLAH jadikan istimewa ie jin tak suka.


Emel 3:

Kami ada beberapa soalan.

1) Kami pernah cuba merawat seorang pelajar kami. Setelah di sembelih, di sedut dan di belasah pelajar itu masih juga meronta. sampai sekarang. kami buat rawatan lebih daripada 6 jam tapi hasilnya masih begitu. susah sikit yang ni ust. Ust ada cadangan untuk kami buat sesuatu.

2) Tentang Sedut masuk botol, berapa jumlah jin yang boleh di sedut kedalam botol? adakah boleh sedut sekampung. ataupun dah ada kat dalam kemudian sedut lagi berkali-kali?

Jawapan saya:

Salam,

1. 6 jam terlalu meletihkan perawat dan pesakit. Paling lama rawatan 1jam. Kalau tak boleh close file dulu, jangan paksa kalau tak boleh. Selepas 1jam rawat xboleh, solat hajat then sambung semula dalam 1/2jam. Jika tak boleh juga buatlah mandian dengan limau purut then sambung lain kali

2. Jumlah xpasti, bergantung pada saiz botol dan jin. Saya syorkan sedut xlebih 7 kali sahaja... clearkan/hantar then sedut lagi

Thursday, October 30, 2008

Bomoh pakai duri landak

Pesakit yang saya tidurkan jinnya sebelum ini datang untuk rawatan hari ini. Katanya. bapa mertuanya telah membawa seorang perawat untuk merawatnya kerana saya sibuk dengan kursus dan bilangan pesakit menunggu giliran masih ramai.

Untuk menjemput perawat berkenaan suaminya tidak dibenarkan menaiki kenderaan ie kena berjalan kaki, memberi sedekah kepada 3 kanak-kanak semasa perjalanan balik dan berjalan semula ke rumah perawat.

Maka dilakukan jugalah orang suaminya walaupun nampak janggal dan terhalang pada usaha pertama dan kedua (ribut mengejut) apbila dia nak memulakan perjalanan gila ini.

Perawat berusia 70an ini memagar luar dan dalam rumah pesakit. Dia juga meletakan duri landak pada pintu masuk, siling bilik pesakit dan bilik anak perempuan pesakit. Dia juga membekalkan balutan kain yang katanya ada tulisan Al-Quran untuk diikat pada pergelangan tangan pesakit.

Pesakit mulai syak apabila perawat didapati memegang rokok yang berasap tetapi sekalipun tidak pernah menghisap rokok berkenaan.

Semenjak perawat berkenaan merawat pesakit jatuh sakit, takut bersendirian di rumah dan tidak boleh membaca al-Quran.

Apabila berjumpa saya, saya berdialog dengan jin-jin berkenaan termasuk jin saka pesakit.

Jin-jin itu semuanya mengadu kesakitan kerana terkena duri landak yang di letakan oleh perawat. Masalahnya bukan sahaja jin2 yang sakit, pesakit juga teramatlah sakit.

Apabila berbual dengan jin saka, jin saka itu memberitahu dia menjauhkan diri dari rumah pesakit kerana kawasan rumah pesakit dipenuhi dengan jin2 perawat. Ada jin yang monitor di luar dan dalam rumah. Perawat berkenaan meletakan 3 ekor jin di rumah dan 3 ekor diluar rumah.

Ternyata pesakit terhalang dari mengaji apabila ada tangkal dipakaikan dipergelangannya. Duri landak berkenaan ada jin dan pemberian sedekah kepada 3 kanak2 itu adalah perjanjian supaya jin berkenaan berkhidmat di rumah pesakit.

Saya minta suaminya membuang semua duri landak berkenaan, memagar semula rumahnya dan merenjis perjalanannya ke rumah perawat. Perawat berkenaan sering menelefon bapa mertua pesakit untuk mengetahui keadaan pesakit. Kini rawatan menjadikan semakin rumit apabila bomoh ini pula yang menambahkan jin-jin pada pesakit.

Hentikanlah penggunaan duri landak dalam rawatan kerana ia menyakitkan pesakit, ia juga boleh menggugat kepergantungan kepada ALLAH dan lebih malang lagi jika ia berisi jin.

Perawat juga jangan menelefon pesakit kerana ini mengundang fitnah seakan-akan kita perawat pulus yang mencari pelanggan/mangsa.

Wednesday, October 29, 2008

Pengalaman Merawat 4 - Pelatih Akrine (sambungan)

Rawatan dilakukan ke atas wanita yg sama spt diceritakan dlm 'pengalaman merawat 3'.

Muncul Jin Saka yang bernama Ismail dan Yusuf. Ismail telah didakwahkan ttg Islam tetapi agak degil utk keluar sehinggakan terpaksa dipukul dgn serban. Diperlihatkan Serambi Madinah tetapi beliau tak mahu ke sana, katanya jauh. Saya suruh dia pergi ke mana2 masjid berdekatan, tetapi katanya tak best. Bila ditanya kat mana masjid yg best, katanya Masjid Jamek Sri Petaling. Alhamdulillah dia dihantar ke sana.

Yusuf diajak berdialog. Yusuf suka pusing2 cerita. Katanya tangannya sakit. Saya doakan kesembuhan sambil beliau meng'amin'kan nya. Alhamdulillah tangannya sembuh. Diatas kebaikan ini, dia mengajak saya utk bersahabat dgnnya. Saya menolak. Saya kemudian ambil peluang menanyakan beberapa soalan mengenai alam jin yg masih belum terjawab dlm benak fikiran saya. Antaranya adalah rupa bentuk dan sifat jin, pakaian, makanan serta kerajaan mereka. Saya soal dia ttg cara masuk/keluar Jin ke dlm badan manusia. Katanya Jin berupaya masuk/keluar melalui mana2 bahagian badan. Maknanya Jin bukan shj berupaya masuk/keluar melalui rongga2 terbuka seperti mulut, hidung, telinga serta kemaluan depan dan belakang. Apa yg diceritakan menepati sbgmana yg diceritakan dlm buku 'Dialog Dgn Jin Islam' karangan Muhammad Isa Dawud.

Yusuf mahu menunaikan Haji. Saya kata bukan ke Jin boleh terbang ke Mekah bila2 masa dia suka. Katanya dia tak mampu. Maknanya Jin yg betul2 mampu shj dpt menunaikan Haji, serupa mcm manusia. Entah la, saya pun tak faham istilah 'mampu' yg dia katakan tu. Kemudiannya saya mencadangkan dia ke Masjid Jamek Sri Petaling utk tujuan tersebut. Saya bgtahu dia di sana beliau akan disambut oleh Isti'bal(penyambut tetamu), dan beliau boleh kemukakan hasratnya. Beliau keluar melalui tgn kanan.

Teknik genggam tgn sambil menekan kuku ibujari tgn ke dada digunakan. Muncul Jin bernama Ruqiah yg masih muda remaja. Ruqiah mudah dipujuk utk keluar. Beliau tidak mahu ke Sri Petaling krn katanya di sana ramai lelaki. Oleh itu beliau memilih utk ke Serambi Madinah sambil keluar melalui tgn kanan.

Kemudian muncul Umi Kalsom yg berumur 400 thn. Dia menuduh saya membunuh anaknya. Bila diselidik rupanya anaknya ialah Abdul (cerita lepas) yg skrg berada di Serambi Madinah bersama2 isterinya Zainab dan anaknya Aisyah. Jadi tak payah susah2 pujuk keluar, malahan beliau tergesa2 nak keluar (tgn kanan) terus ke Serambi Madinah.

Teknik yg sama digunakan dan muncul Jin kafir yg berumur 500 thn. Masuk Islam. Menamakan dirinya Siti. Memilih utk keluar melalui tgn kiri terus ke Serambi Madinah.

Rawatan dihentikan kerana pesakit keletihan (7am - 9am). Kesemua Jin2 tersebut adalah saka dari sumber yang sama (cerita lepas).

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Komen saya: SubhanALLAH,walhamduliLLAH wALLAHu Akbar... cepat betul sdra menguasai teknik tikam jin... saya rasa saya belum ajar enta lagi.

Senarai Perawat Terkini

Kepada semua perawat yang dikasihi semoga ALLAH memudahkan kerja-kerja kita semua, Amin!.

Saya berhasrat untuk mengemaskini senarai perawat yang tertera pada blog ini. Semua nama yang diseneraikan akan di"padam"kan pada pertengahan bulan November ini, kecualilah Ust Zed, Ust. Wan Asrul dan ust. Nasrul.

Tujuannya adalah untuk mempastikan hanya perawat yang benar-benar bersedia untuk merawat sahaja yang disenaraikan. Begitu juga saya tidak mengenalpasti perawat2 dari kumpulan 7, kursus di P.Pinang dan Kuantan yang bersetuju namanya diseneraikan sebagai perawat.

Saya juga mempelawa mana-mana perawat samada dari DSyifa, DSalam, DHikmah, DIllaj dll untuk disenaraikan dalam blog ini... hasrat kita adalah bagi membolehkan pesakit di rawat di kawasan yang berdekatan dengan muallij berkenaan.

Bagi perawat keluaran AKRINE sila emailkan nama, alamat no. telefon anda ke akrine@yahoo.com atau sms ke 017-3646461.

Bagi perawat selain dari Akrine sila email atau sms seperti di atas dengan tambahan perawat dari persatuan mana. Nama anda akan diseneraikan bersama dengan persatuan anda... ini untuk memudahkan pesakit mengenalpasti teknik rawatan anda dan sebarang isu berbangkit.

InsyaALLAH saya akan menyenaraikan sebaik sahaja mendapat maklumat yang diperlukan. Terima kasih atas kerjasama anda.

Monday, October 27, 2008

Gambar kursus di Kuantan





Kesusahan dan pertolongan





AlhamduliLLAH baru tiba ke rumah setelah 2 hari di kuantan.

Malam sebelum bertolak ke Kuantan ada pukulan dan bunyi yang saya dan isteri saya dapat rasakan. Bila bangun untuk solat subuh saya dapati notice board di dalam rumah saya tumbang dan bil2 yang saya attached pada klip bertaburan. Logiknya sukar untuk notis board ini untuk tumbang kerana kedudukannya yang senget 45darjah...

jam 10.00 pagi saya dapati seekor burung yang cantik mati berhampiran klinik saya. Semasa saya pegang ia masih panas, mulutnya memuntahkan darah. seorang pekerja Indonesia yang berada di sekitar rumah saya mengatakan dia mendengar dentuman yang kuat dan menyangka hanya balingan batu... hati saya agak resah sedikit. Saya lihat tiang rumah saya ada calitan tanah liat yang panjang. Saya perteguhkan hati bahawa ini tidak ada apa2 melainkan perkara biasa, namun kerisauan untuk perjalanan ke Kuantan terasa juga...

saya perhatikan kereta saya, saya dapati ada goresan berwarna kelabu di bahagian depan yang tak dapat dibersihkan.

Saya masuk ke klinik ambil spray dan spray sekitar klinik dan kereta... ini hanyalah langkah berhati2... saya start engine dan ada penunjuk battery dah mulai lemah, jadi setelah solat sunat musafir serta berdoa mohon keselamatan perjalanan saya singgah ke kedai bateri dan membeli bateri baru... perjalanan ke Kuantan pun bermula.

Lebih kurang 1km ke tol Maran kereta saya berhenti dengan sendirinya. Mujurlah saya sempat parking di tepi jalan. waduh... saya tak pernah diuji begini.

Baiknya, belum sempat saya keluar kereta sebuah kereta berhenti di depan saya dan ternyata dia seorang mekanik. Dia mendapati altenator saya rosak. Ternyata saya tersilap menukar bateri... oleh kerana bateri saya baru saya boleh bergerak sampai ke Maran.

5 minit kemudian peronda lebuhraya MTD Prima sampai dan menghubungi perkhidmatan towing mereka. Pegawai berkenaan memberitahu saya, kemungkinan towing lambat sampai atleast 2 jam lagi kerana ada 2 kes lain yang perlu perkhidmatan. Mereka membawa isteri dan anak2 saya ke surau tol Maran dan saya menunggu di kereta.

Tentunya saya memikirkan petanda2 malam tadi dan pagi tadi... apakah ada usaha2 menghalang saya ke Kuantan. Saya katakan pada diri saya, mungkin ALLAH sengaja melambatkan perjalanan saya untuk kebaikan kami sekeluarga.

Sambil menunggu towing saya gunakan ruang masa yang ada dengan berzikir dan membaca al-Quran. Oleh kerana keadaan tidak pasti saya tukar niat dari jama' takhir kepada jama' takdim. Inilah kali ke2 saya solat di tepi jalan raya tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu-lalang berdekatan saya. kali pertama adalah semasa tuntutan reformasi di jalan Kebun, shah Alam bersama almarhum Ustadh Fadhil Noor, presiden PAS ketika itu.

Selesai berdoa sahaja, pertolongan ALLAH tiba dengan ketibaan kereta tunda. Kaget saya dengan penuh rasa kesyukuran. Dengan segera saya dan kereta di tarik ke tol Maran.

Mekanik berkenaan mengeluarkan altenator kereta saya. Dia risau kerana kereta yang saya gunakan tak banyak atau mungkin tak ada spare-part di Maran. 5 minit kemudian dia datang dengan alternator yang memang sama dengan yang saya pakai, alhamduliLLAH.

Perjalanan diteruskan dan saya selamat tiba di Kuantan. Sebelum tidur, saya sempat merawat isteri anak murid saya yang telah lama menunggu.

Kursus berjalan dengan jayanya dengan penyertaan diluar jangkaan sehingga mencapai 100 orang. bilik penuh sesak dan pendingin udara gagal menyejukan bilik kerana terlebih penghuni

Sebenarnya... malam sebelum saya bertolak seorang pesakit saya menceritakan kisah dukanya. Beliau disihir menggunakan minyak dagu mayat dan abu orang mati. sesiapa sahaja yang berusaha menolong atau merawat ditimpa kesusahan. Ramai perawat yang sakit selepas merawat beliau, orang yang mencadangkan beliau berjumpa saya menerima musibah apabila keretanya terbalik secara tiba-tiba. ayahnya yang banyak membantunya juga sedang sakit. Dia kemungkinan dibuang kerja kerana cuti beberapa hari kerana serangan sihir ini.

Oleh kerana kes dia berat saya ajar dia teknik bakar batu-bata. Di akhir perbualan dia menasihatkan saya berhati2 kerana hal2 yang dinyatakan di atas.

sebenarnya saya dapat merasakan serangan... pinggang saya sakit beberapa hari selepas merawatnya. Keyakinan saya ALLAH adalah pelindung dan DIAlah sebaik-baik pelindung.

Friday, October 24, 2008

Teknik terbaru

Ada 2 teknik terbaru yang saya amalkan dalam merawat gangguan; teknik tikam jin dan teknik tidurkan jin.

Teknik tikam jin memudahkan kita scanning dan dialog dengannya, ada pesakit yang tangannya melekat di dada setelahmana jin berkenaan ditikam dan terus dialog. Semasa kursus di Penang, dalam modul simulasi seorang peserta juga mengalami suasana yang sukar setelah menggunakan teknik tikam.

Teknik tidurkan jin pula diilhamkan apabila saya merawat seorang wanita yang apabila disedarkan samada setelah disembelih atau jin dikeluarkan akan kerasukan semula, sehingga nak masuk keretapun dia kerasukan...

Akhirnya saya bertindak menidurkan jin-jin di badannya untuk tempoh 3 bulan. setakad hari ini wanita atau suaminya masih tidak menghubungi saya... mungkin jin2nya masih tidur. Petang tadi seorang wanita saya gunakan teknik yang sama, beliau nampak bantal berbaris sebelum terjaga.

Tujuan teknik tidurkan jin adalah bagi membolehkan pesakit tidak diganggu dalam tempoh yang ditetapkan. Jin ini boleh dikejutkan oleh perawat secara teknik tikaman. Seorang bapa pesakit melarang saya menidurkan jin kerana takut jin2 berkenaan kekal dalam badan anaknya. Apabila saya membaca ruqyah tertentu anaknya bangun berjalan kerana jin2 didalamnya tak mahu ditidurkan... dalam kes ini saya gagal menidurkan jin2 berkenaan.

Siapa itu?

Semasa menganjurkan kursus teknikal di Kota Kinabalu kelmarin, seorang peserta dari Tawau menunjukan gambar pada handphone beliau satu makhluk misteri pada kain langsir rumah berkenaan.

Saya minta kepastian bahawa gambar berkenaan bukan super impose. Peserta berkenaan meyakinkan kepada saya bahawa gambar berkenaan adalah asli. Anda lihatlah sendiri:

Gambar Kursus di P.Pinang



Wednesday, October 22, 2008

pjj13

Pengalaman merawat 3

Rawatan dilakukan selepas subuh ke atas seorang wanita. Pesakit disembur Ele'ta. Bacaan ruqyah dilakukan dgn meletakkan kedua tapak tangan pada dua posisi berbeza di bhgn belakang (tmpt sakit). Setelah selesai ruqyah, pesakit merasa kebas pd bhgn betis. Besi rawatan digunakan utk scan pd bhgn betis dan pesakit mula mengadu kesakitan.

Setelah diajak berdialog, muncul jin saka bernama Aisyah yg tinggal bersama2 ayahnya Abdul dan ibunya Zainab. Mereka adalah suruhan yg dihantar oleh seorang wanita (saudara terdekat), katanya ketika bersalaman pd hari raya yang lepas iaitu bila pesakit berpelukan dgn wanita tersebut, beliau menepuk2 belakangnya dan pd masa itulah mereka mula masuk ke dlm bdn pesakit.

Dialog dgn Aisyah tidak lama. Saya kemudiannya berdialog dgn ayahnya, Abdul. Beliau sangat patuh kpd tuannya dan takut diapa-apakan oleh tuannya. Katanya tugas beliau adalah baik dan beliau disuruh utk menjaga pesakit ini. Bila saya kata 'Allah yg jaga wanita ni', dia mula membantah. Bila ditanya apa makanan beliau, katanya beliau mkn kurma. Saya kata wanita ni tak suka mkn kurma, dan saya tuduh dia mkn darah wanita ni...dia mengaku. Diperlihatkan Serambi Madinah, dan saya minta Abdul sekeluarga ke sana utk tinggal di sana tanpa pengetahuan tuannya tapi beliau masih berdegil. Kerana kedegilan Abdul, saya ugut pancung. Saya kata, 'sekarang isteri kamu akan jd janda dan anak kamu akan jd anak yatim'. Beliau kata, 'tak baik bunuh jin, berdosa tau...' sambil mengangkat kolar baju untuk tutup lehernya. Saya cuma tersenyum.

Maka saya kemudiannya buat keputusan utk memanggil Zainab, isteri beliau. Saya minta Zainab pujuk suaminya. Beliau bercakap ala berbisik sbb takutkan suami. Katanya suaminya garang. Zainab kurang membantu disbbkan ketaatannya pada suami.

Saya terpaksa gunakan Aisyah utk pujuk ayahnya. Aisyah kata ayahnya dah tidur(...masa tidur mereka, mungkin terlalu mengantuk). Aisyah mengejutkan ayahnya sambil menangis2 merayu ayahnya tinggalkan bdn wanita ni dan segera ke Serambi Madinah. Akhirnya Abdul cair dgn pujukan anaknya...

Mereka keluar melalui ibujari kaki kiri...terus ke Serambi Madinah. Alhamdulillah. Pesakit kemudian melakukan sujud syukur.

Rawatan mengambil masa yang agak lama 645 am hingga 815am.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Friday, October 17, 2008

Merawat jam 4 pagi

Sekadar untuk rekod: saya dikejutkan oleh isteri saya jam 4.00 pagi kerana ada orang datang minta dirawat.

Dalam terkebil-kebil, hati saya berkata ikhlaskah aku untuk merawatni? Apakah berat sangat kes ini sehingga ke emergency case dan aku pula sudah bersifat doctor on-call?

Saya memang berniat nak bangun awal untuk taqarrub ilALLAH. Saya pujuk hati saya supaya mengikhlaskan diri merawat tetamu 4.00 pagi ini dengan kata-kata ALLAH menguji saya untuk memberi ilmu rawatan...

Saya pendekan cerita pesakit ini bukanlah serious sangat, dia dah tak tidur 4 malam dan sakit dibahagian tulang belikat sebelah kiri. Bila diruqyah dia menggigil, beri amaran then pancung. Tak mati! Ruqyah lagi... menggigil, pancung...Tak Mati!!!

Then saya siasat... dia kata dia ikut seorang ustaz memagar rumah dan ada saudara mereka yang bermasalah gangguan menumpang di rumah mereka sebelum ini.

Saya katakan itu semua bukan puncanya... tetapi dia sendiri yang panggil makhluk itu masuk... biasalah, dia menafikan.

Selesai rawatan (tanpa kejayaan memancung) ibunya menunjukan kepada saya sebotol air aura yang dihasilkan oleh ustaz berkenaan. Ibunya memberitahu bahawa anaknya menjual air aura berkenaan dan bertanya kepada saya apakah ini puncanya. saya scan dan mendapati ada cas elektrik yang kuat pada air berkenaan... itulah kesimpulannya....BERHATI2 DENGAN AIR JENAMA AURA!

Tuesday, October 14, 2008

Thursday, October 9, 2008

Sembilan jenis sihir

Sembilan jenis sihir

Posted by: ahmadzaki on: 9 Oktober 2008

# Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri): Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

# Al-Mahabbah: Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

# Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal): Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

# Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul): Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

# Al-Khumul: Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

# Al-Hawatif: Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

# Al-Marad (sakit): Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

# Nazif: Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

# Ta’til tawaj: Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.

Tambahan:

“Percaya atau tidak ilmu hitam kadangkala menjadi punca keruntuhan rumah tangga?

Memang pelik bagaimana kebahagiaan rumah tangga yang disemai dan dipupuk dengan penuh kasih sayang boleh pudar dalam sekelip mata?

Perkataan yang diucapkan membawa kepada perbalahan. Tiada lagi persefahaman, sudah takdir jodoh di sini sahaja agaknya. Begitulah mudah menoktahkan ikatan perkahwinan,” luah seorang pembaca melalui e-mel, baru-baru ini.

Dia menceritakan kisah seorang rakannya dengan lebih lanjut:

“Kebiasaannya setiap tahun dia berkongsi kegembiraan pada hari raya tetapi tidak pada tahun ini. Semuanya berubah sekelip mata, sehingga pendidikan anak terabai, apatah lagi makan pakai, semuanya tidak teratur lagi.

“Bagaimana semua ini sanggup dilakukan oleh bapa yang selama ini cukup bertanggungjawab. Pada mata kasar ia sekadar masalah rumah tangga biasa tetapi apabila diamati ada sesuatu yang mengubah perjalanan dan kebahagiaan rumah tangga ini.”

Dia hairan pada zaman serba canggih ini masih ada manusia sanggup menggunakan ilmu hitam dan kotor untuk mengubah kehidupan orang lain, semata-mata bagi mencapai kepuasan hati.


“Bukanlah saya terlalu percaya kepada ilmu seperti itu, tetapi inilah yang sukar diluahkan. Kenapa pihak yang menganiaya masih bebas tanpa hukuman sedangkan yang teraniaya merana seumur hidup atau yang bertuah dapat pulih daripada trauma atas perbuatan tidak bertanggungjawab itu.”

Pada kaca mata Islam, perbuatan menganiayai orang sangat dilarang sama sekali, lebih-lebih lagi melalui cara halus seperti perbomohan, sihir atau ilmu hitam.

Amalan sihir ditujukan kepada pihak yang dikehendaki disebabkan perasaan tidak puas hati, dengki dan dendam. Dalam masyarakat Melayu, sihir disebut santau atau ilmu guna-guna, untuk menganiaya orang lain.

Ensiklopedia maya menjelaskan, santau dilakukan dengan dua cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman, seperti miang buluh, kaca dan bisa besi yang boleh mengakibatkan mangsa muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia.

Manakala santau angin dikatakan lebih mistik iaitu dengan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh. Bisa santau angin biasanya dihembus agar dibawa angin ke arah mangsa dan dihidu masuk ke dalam paru-paru mangsa.

Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, berkata hukum belajar, mengajar dan mengamal sihir adalah haram.

“Pengamal sihir dihukum kufur apabila memuja dan menyeru jin serta syaitan dalam amalan sihirnya. Meminta khidmat pengamal sihir juga haram dan berdosa.

“Sihir menurut Rasulullah, satu daripada dosa besar. Ia merosak dan menghancurkan sesuatu bangsa dan darjat pelakunya jatuh sama ada di dunia atau di akhirat,” katanya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: “Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Haramnya sihir tidak hanya terbatas kepada menjadi tukang sihir malah merangkumi individu yang mempercayai apa saja yang diperkatakan tukang sihir terbabit.

Antara perbuatan tukang sihir yang ketara dalam masyarakat ialah memisahkan hubungan suami isteri, mengganggu seseorang dan menimbulkan suasana tidak tenteram dalam masyarakat.

Orang yang bersahabat, meminta pertolongan dan menggunakan jin seperti tukang sihir tukang tenung tergolong di dalam golongan yang menzalami diri sendiri.

Ini kerana al-Quran menjelaskan perkara ini, maksudnya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). (Yunus: 106)

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir dan menanyakan sesuatu kepadanya lalu terus mempercayai apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya ia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.”

(Riwayat Ahmad dan Hakim)

Sabda baginda lagi, maksudnya: “Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.” (Riwayat al-Tabrani)

Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati dan ilmu penjauh jin yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Di dalam hadis riwayat Abu Daud dan Iman Ahmad, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Dari Ibn Mas’ud, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik.” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Menurut Dr Abdul Salam, walaupun tiada peruntukan undang-undang khusus kepada pengamal ilmu sihir, mereka boleh diambil tindakan apabila melakukan jenayah seperti membunuh.

“Menurut pendapat ahli fekah, hukuman bunuh boleh dikenakan kepada pengamal sihir disebabkan perbuatan mereka yang membahayakan masyarakat.

“Al-Quran mengajar kita berlindung diri kepada Allah daripada kejahatan tukang sihir. Firman-Nya bermaksud: (Dan aku berlindung diri) daripada kejahatan tukang meniup simpul. (al-Falaq: 4).

“Apabila kita mendapati ada orang menggunakan khidmat bomoh yang mengamal ilmu sihir, kita hendaklah berusaha memberi nasihat supaya tidak berbuat demikian. Ini kerana ia haram dan berdosa. Sihir membawa kemudaratan kepada diri dan agama,” katanya.

Pendek kata ilmu dan amalan yang bertentangan dengan Islam, dilarang keras daripada diamalkan, bukan saja memudaratkan dan menzalimi orang lain, malah menyebabkan akidah menyimpang daripada mentauhidkan Allah.

Semua itu termasuk dalam ilmu dan amalan yang dilarang lagi menyesatkan, boleh disimpul dalam satu istilah ilmu hitam. Lawan kepada ilmu hitam adalah ilmu putih, kiasan kepada ilmu yang baik untuk diamalkan dan diredai.

Imam al-Ghazali menulis suatu bab mengenai ilmu terpuji dan ilmu yang keji, bahagian dan hukum kedua-duanya. Beliau menjelaskan apa yang fardu ain dan apa yang fardu kifayah.

Dinyatakan di dalam bab ini di bawah tajuk Penjelasan Mengenai Fardu Kifayah: Ketahuilah bahawa fardu itu tidak dapat dibezakan daripada yang selainnya melainkan dengan disebutkan bahagian-bahagian ilmu.

Ilmu terbahagi kepada ilmu syariah dan ilmu yang bukan syariah. Ilmu syariah diperoleh daripada kalangan nabi. Ia tidak dihasilkan oleh akal seperti ilmu perubatan dan tidak diperoleh melalui pendengaran seperti ilmu bahasa.

Ilmu yang bukan syariah terbahagi kepada ilmu terpuji, ilmu dikeji dan kepada ilmu yang diharuskan. Ilmu yang menjadi fardu kifayah ialah semua ilmu diperlukan untuk membangunkan urusan dunia seperti ilmu perubatan kerana ia adalah suatu keperluan kepada manusia.

Begitu juga dengan ilmu perakaunan kerana ia adalah keperluan di dalam hubungan muamalat, pembahagian wasiat, pewarisan dan sebagainya.

Janganlah pelik bahawa ilmu perubatan dan ilmu perakaunan termasuk dalam fardu kifayah.

Bahkan ilmu bekam dan menjahit juga adalah ilmu fardu kifayah. Sekiranya suatu negeri tidak mempunyai tukang bekam, hancurlah negeri itu dan mereka akan menghadapi kesusahan.

Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan penyakit juga menurunkan ubat. Justeru, tidak boleh menyerahkan diri kepada kerosakan dengan mengaibkan ilmu terbabit.

Ilmu yang dibenci ialah seperti ilmu sihir, ilmu hitam dan ilmu guna-guna. Dan ilmu yang diharuskan ialah seperti ilmu syair yang berfaedah dan ilmu sejarah.

Oleh Idris Musa

Monday, October 6, 2008

Sunday, October 5, 2008

PJJ3 + PJJ4



Pengajian Jarak Jauh

Saya akan upload video kursus rawatan secara bertahap bagi memulakan pengajian jarak jauh PJJ. Bagi mereka yang mahu mengikuti kursus PJJ ini perlulah membeli nota secara online... Yuran pengajian termasuk nota cuma RM100.00 sahaja (Maybank 162740001036)

Selepas mengikuti kursus ini para pelajar akan diijazahkan dalam satu program kursus peningkatan yang akan diadakan dari semasa ke semasa



Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)