Rawatan dilakukan selepas subuh ke atas seorang wanita. Pesakit disembur Ele'ta. Bacaan ruqyah dilakukan dgn meletakkan kedua tapak tangan pada dua posisi berbeza di bhgn belakang (tmpt sakit). Setelah selesai ruqyah, pesakit merasa kebas pd bhgn betis. Besi rawatan digunakan utk scan pd bhgn betis dan pesakit mula mengadu kesakitan.
Setelah diajak berdialog, muncul jin saka bernama Aisyah yg tinggal bersama2 ayahnya Abdul dan ibunya Zainab. Mereka adalah suruhan yg dihantar oleh seorang wanita (saudara terdekat), katanya ketika bersalaman pd hari raya yang lepas iaitu bila pesakit berpelukan dgn wanita tersebut, beliau menepuk2 belakangnya dan pd masa itulah mereka mula masuk ke dlm bdn pesakit.
Dialog dgn Aisyah tidak lama. Saya kemudiannya berdialog dgn ayahnya, Abdul. Beliau sangat patuh kpd tuannya dan takut diapa-apakan oleh tuannya. Katanya tugas beliau adalah baik dan beliau disuruh utk menjaga pesakit ini. Bila saya kata 'Allah yg jaga wanita ni', dia mula membantah. Bila ditanya apa makanan beliau, katanya beliau mkn kurma. Saya kata wanita ni tak suka mkn kurma, dan saya tuduh dia mkn darah wanita ni...dia mengaku. Diperlihatkan Serambi Madinah, dan saya minta Abdul sekeluarga ke sana utk tinggal di sana tanpa pengetahuan tuannya tapi beliau masih berdegil. Kerana kedegilan Abdul, saya ugut pancung. Saya kata, 'sekarang isteri kamu akan jd janda dan anak kamu akan jd anak yatim'. Beliau kata, 'tak baik bunuh jin, berdosa tau...' sambil mengangkat kolar baju untuk tutup lehernya. Saya cuma tersenyum.
Maka saya kemudiannya buat keputusan utk memanggil Zainab, isteri beliau. Saya minta Zainab pujuk suaminya. Beliau bercakap ala berbisik sbb takutkan suami. Katanya suaminya garang. Zainab kurang membantu disbbkan ketaatannya pada suami.
Saya terpaksa gunakan Aisyah utk pujuk ayahnya. Aisyah kata ayahnya dah tidur(...masa tidur mereka, mungkin terlalu mengantuk). Aisyah mengejutkan ayahnya sambil menangis2 merayu ayahnya tinggalkan bdn wanita ni dan segera ke Serambi Madinah. Akhirnya Abdul cair dgn pujukan anaknya...
Mereka keluar melalui ibujari kaki kiri...terus ke Serambi Madinah. Alhamdulillah. Pesakit kemudian melakukan sujud syukur.
Rawatan mengambil masa yang agak lama 645 am hingga 815am.
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment