a. Jin nak ke Mekah
Seorang wanita yang dirawat atau dipagar secara duri landak kini meneruskan rawatan dengan saya.
AlhamduliLLAH penyembuhan ke arah positif, mudah2an lapisan jin semakin mengarah ke penhujungnya.
Ada juga jin yang mengambil kesempatan memasuki wanita ini kerana nak ke Mekah!
Bila saya selesai membersihkan beberapa lapisan jin yang mengganggu tiba-tiba wanita berkenaan memberi salam. Katanya nama dia Aminah dan dia jin baik. Untuk membuktikan dia baik dia meminta besi saya dan memegangnya. "Tengok ustaz saya tak panas pun, kalau jahat tak berani saya pegangni... Ustaz ujilah saya secara teknik angkat tangantu insyaALLAH saya lulus, ni ustaz saya mengucap" diapun mengucap dengan lancarnya.
Saya tanya dia dari mana dia tahu tentang teknik uji saya, katanya dia mendengar perbualan jin2 sihir di badan wanita ini. Dia tinggal di rumah kosong berdekatan dengan rumah wanita ini dan ambil kesempatan masuk ke badan wanita ini semasa dia berada diluar rumah.
"Saya nak ke Mekahlah Ustaz, tak lama lagikan musim haji..." katanya. "Awak pergilah sendiri!" sergah saya. "Tak mampu ustaz..." jawabnya. "Habis apa yang awak nak saya buat?" tanya saya. "Ustaz hantarlah saya..." rayunya
Akhirnya saya katakan saya akan usahakan jika diizinkan ALLAH. Sayapun tarik melalui mulut pesakit dengan niat menghantarnya ke Mekah. Diapun hilang dari kami...
Saya terfikir kalau ramai jin Islam tahu dan nak ke Mekah cara begini haru-biru saya...haru-biru pesakit!
Inilah kebenaran apabila ALLAH mengatakan bahawa DIA menciptakan manusia sebaik-baik kejadian, manusia boleh dengan izinNYA menghantar jin yang dia tak nampak ke mana sahaja setelahmana tahu tekniknya...
b. Dakwah & tanzir
Kebanyakan kita bila merawat akan membaca ayat2 yang mengancam dan membakar jin dalam ruqyahnya.
Terlintas dihati saya kenapa tidak kita perdengarkan ayat2 dakwah termasuklah ni'mat syurga dan balasan melakukan kebajikan.
Seorang wanita dari Melaka yang kena sihir telah saya bacakan ayat2 al-Quran berkenaan tujuan jin dan manusia dijadikan, cabaran ALLAH terhadap kemampuan jin dan manusia, seksa api neraka dengan buah zaqum-air hamim dan akhirnya saya ulangi berkali2 tentang gambaran syurga serta kenikmatannya.
Akhirnya wanita yang kerasukan menangis tersedu2 dan dia iaitu jin berkenaan mahu masuk Islam. AlhamduliLLAH
Setelah diIslamkan saya tanya kenapa awak menangis? dia menjawab dia telah melihat azab api neraka dan juga ni'mat syurga. Dia amat sayu melihat keindahan syurga dan tak sabar2 mahu memasukinya.
Itulah pula kelebihan yang ALLAH berikan kepada jin. Sefahaman saya tidak ada dikalangan jin yang ALLAH utuskan sebagai nabi. Sebagai gantinya jin2 amat tersentuh berkenaan ayat2 al-Quran berbanding dengan manusia. Jin juga mungkin macam kita orang melayu yang tak faham bahasa arab atau dalam bahasa mudahnya buta al-Quran.
Manusia menteranumkan bacaan, tetapi hanya dirasai kemerduan suara qari tetapi tidak sampai ke lubuk hati. Tidak menangis bila dibaca ayat neraka tidak tersenyum bila dibacakan ayat syurga... itulah aku dan bangsaku
Jin dan para malaikat melihat rumah yang penghuninya selalu membaca al-Quran sebagai bercahaya dan mengkerumuni serta berada dibumbung rumah berkenaan(seorang pengunjung blok saya bertanya "bagaimana ustaz caranya supaya kita pagar jin kafir sahaja tetapi jin Islam boleh masuk?" jawapan saya pemagaran hanyalah untuk yang jahat sahaja dan ALLAH tahu niat jin2 berkenaan). Manusia pula membisingkan rumah dengan lagu-lagu rock serta muzik kerana tak nampak cahaya pada rumah jirannya yang membaca Al-Quran.
c. Pakaian Jin bila masuk Islam
Apabila anda merawat dan mengIslamkan jin, pernahkah anda bertanya keadaannya setelah menganut agama yang mulia ini?
Pengalaman saya, jin2 yang diIslamkan akan dibersihkan dirinya dan pakaiannya bertukar menjadi putih ataupun hijau. Saya belum berjumpa dengan warna merah, kuning dan tentu sekali hitam ataupun biru.
Bagi anda yang merawat tolong tanya jin2 berkenaan. kalau ada pakaian warna lain sila komen tulisan ini... ini tidak bermakna saya fanatik PAS, saya hanya fanatik ISLAM...insyaALLAH
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
3 comments:
Assalmualaikum,
Ust, menerusi pengalaman, memang tak salah tapi selalunya setelah Jin2 ini di
Islamkan, mereka 'dianugerahkan' dengan pakaian serba putih (kebanyakkannya). Ada
yang bersarban pulak katanya. Yang jin perempuan pula ada yang bertelekung serba putih(tapi complaint' panas pulak). Tapi secara umum mereka gembira setelah diIslamkan.
Terima kasih.
pernah sewaktu kuar 20 hari. ada beberapa jin diislamkan dan ditaskil buat dakwah. pakaian mereka putih dan hijau, siap serban bertongkat dan berjanggut.
masyallah!
Assalamualaikum Ustaz,
Memang kebanyakkan JIN berpakaian serba putih dan hijau TETAPI ada juga JIN ISLAM yang berpakaian HITAM.
JIN yang berpakaian HITAM ini ada juga yang memakai SAHAL dan ada juga tidak.
Post a Comment