Dialog saya dengan beberapa jin hari ini menjuruskan kepada peralatan rawatan.
Ia bermula apabila usaha menyembelih jin kafir pada seorang wanita tidak berhasil. Walaupun saya amat yakin akan maksud keizinan ALLAH tetapi mesti ada teknik yang belum saya ketahui menghalang dari membunuh jin ini.
Jin kafir ini saya Islamkan. Dia menceritakan bahawa jin yang memakai kulit babi tidak akan mati jika saya sembelih.
Dia memberitahu saya beberapa peralatan yang ALLAH beri kelebihan bagi membunuh jin2 yang kebal.
Oleh kerana ilmu ini masih baru dan saya belum melakukan R&D maka saya tidak bermaksud untuk menceritakan lebih lanjut di sini.
Saya juga bertanya tentang duri landak. Katanya duri landak memang boleh membunuh jin, tetapi ia juga membunuh manusia yang didiami jin.
Jika anda adalah perawat, dialoglah dengan penuh hikmah jin2 yang mengganggu dan dapatkan peralatan2 berkenaan dan silalah hantar komen anda.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
2 comments:
Assalamualaikum wbt>>
Ustaz jika mengikut Dato Dr Harun Din jangan kita sesekali mempercayai kata2 jin kerana mereka banyak menipu... Walaupun memang ada sahabat2 Rasulullah yang mendapat rahsia ayat Qursi dari golongan ini, tapi ini disahihkan oleh baginda Rasul.
Saya takut kita sebagai manusia akan ditipu oleh makhluk ini yang memang kaki kelentong.
Wallahu'lam
Assalamualaikum wbt
Saya mohon ustaz jangan ceritakan ilmu/teknik baru ini di blog kerana ada tukang sihir yg baca blog ustaz utk mengetahui cara melawan ustaz dan perawat Islam yg lain.
Wassalam
Post a Comment