Malam tadi setelah merawat seorang pesakit saya minta kebenaran untuk menggunakannya untuk menerima tetamu dari Serambi Madinah.
Saya ada beberapa kemusykilan yang ingin saya ketahui khususnya perkembangan mutakhir Serambi Madinah (SM).
Maka muncullah jin yang memperkenalkan dirinya sebagai H dengan keadaan kakinya terikat dengan rantai.
H memperkenalkan dirinya sebagai seorang yang sedang dihukum di SM. Saya tanya siapa yang menghantarnya ke SM dan apa kesalahannya.
Dia menceritakan bahawa dia berasal dari Kedah (Tempat Penyihir) dan diarahkan memporak-peranda sebuah keluarga di Shah Alam. Dia telah berjaya membunuh suami dan anak mangsa. Dia akhirnya ditangkap oleh seoarang perawat anak murid Ust.**** dan dihantar ke SM.
Anak murid Ust. *** hantar ke SM? Saya agak upset. Lalu saya tanya teknik bagaimana dia ditangkap. Katanya dia dimasukan ke dalam botol lalu dihantar ke SM. Ini teknik saya!... akhirnya saya berfikir mungkin ia dilakukan oleh perawat **** yang juga telah menghadiri kursus saya mungkin juga perawat membaca blog saya... kerana ilmu bukan milik saya tetapi milik ALLAH.
Saya tanya apa hukuman yang dia terima.
Katanya dia dirantai, berada di atas bara api dan dirotan 5kali setiap hari. Hukuman ini adalah selama 20 tahun. Ganasnya hukuman ini kata saya. Katanya ada yang dikerat leher sehingga 10 meter kerana menipu... bab yang ni saya tak masuk campur pihak mereka lebih arif dari manusia.
Saya tanya siapa memimpin SM sekarang.
Katanya SM dipimpin oleh M dimana Skheih Ali telah dipindahkan ke tempat yang tinggi maqamnya yaitu di Al-hauz. Saya tanya lagi kenapa M tidak datang? katanya mereka sedang menguruskan mayat 3 jin yang baru dipancung!
Soalan utama yang saya nak tanya adalah berita berkenaan berleluasanya rasuah di kalangan jin di SM dan beberapa jin yang ditangkap telah berjaya memboloskan diri.
H mengakui, dia sendiri pernah cuba merasuah tetapi gagal merasuah. Kerana itulah hukumannya ditambah. Kebanyakan perasuah adalah syaitan-syaitan yang menyamar lalu menipu jin.
Akhirnya saya bertanya berkenaan anak bongsu saya yang mengidap autisma. Dialog saya dengan jin2 sebelum ini menggambarkan anak saya diganggu oleh sipenyihir dengan jin beruk dan anak saya berada di dalam belon (Pembaca blog boleh perhatikan bahawa anak2 autisma ada ciri2 monyet ataupun beruk dan mereka seolah2 berada di alam sendiri). H mengesahkan kebenarannya. Saya pernah bertanya tentang ayat2 yang digunakan bagi memecahkan belon berkenaan, H memberitahu saya ayat2 berkenaan. Saya ambil Al-Quran menyemak ayat2 berkenaan. sedang saya membaca H minta saya berhenti. Ayat pertama bila saya mula membaca rantai yang mengikat kakinya terbuka, lalu saya ikat semula. Ayat kedua bila saya mula membaca dan diminta berhenti oleh H kerana katanya dia terasa terangkat.
Saya akhiri dengan teknik ujian kata benar atau tipu dan ternyata dia bercakap benar. Saya berkirim salam kepada pimpinan SM.
Pagi ini saya lakukan ke atas anak saya... anak saya buang air besar selepas saya menggunakan teknik yang diajar. Apakah anak saya akan sembuh...? Saya yakin setiap penyakit ada ubatnya dan kesembuhan itu milik mutlak dari ALLAH.
Saya hanya akan menghebahkan ayat2 ini selepas ada bukti2 kejayaan dan akan di R&Dkan oleh peserta kursus intensif bulan Disember nanti. InsyaALLAH
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
5 comments:
salam ustaz,
saya ingin bertanyakan satu soalan.
apabila saya berzikir "lailahailallah" dengan serta merta di kawasan tulang belakang badan saya bergerak2 dengan sendirinya.
selepas itu diikuti pula dengan pergerakkan di sebelah tangan kanan saya. pada mulanya agak perlahan dan akhirnya ianya bergerak laju termasuk jugalah jari2 ditangan saya.
saya memang tidak dapat mengawalnya dan setelah saya berhenti berzikir barulah ianya berhenti bergerak.
persoalannya, adakah ini juga satu gangguan?
untuk maklumat ustaz, saya telah memakai spray akrine dan tiada apa2 tanda gangguan yang berlaku.
diharap ustaz dapat membantu. sekian, terima kasih.
salam
Salam Hafiz,
Anda mungkin ada gangguan. Anda boleh berkomunikasi dgnnya. Caranya; bila berzikir ada gerakan anda minta dia berkumpul di jari telunjuk anda, then tanya sptmana teknik yg saya ceritakan dalam dialog dgn jari.
Cubalah dulu...mudah2an dia mahu keluar bila anda declare anda tak mahu dia berada dlm tubuh anda.
terima kasih banyak2 ustaz untuk penerangan diatas. saya akan cuba teknik ustaz ini, insya'allah.
salam
salam ustaz,
saya telah cuba teknik yang diajar oleh ustaz (teknik berdialog menggunakan jari) dan alhamdulillah ada sebahagian jin yang mahu keluar.
terdapat segelintir jin yang masih berdegil tidak mahu keluar dan insya'allah saya akan ke tempat ustaz untuk rawatan sepenuhnya dalam masa terdekat ini.
tawakal dan semua penggantungan hanyalah kepada Allah S.W.T.
jazzakallah ya ustaz!
Salam ustaz,
Boleh tak saya nak tahu ayat yg. dibaca oleh ustaz utk merawat anak autisme spt yg ustaz ceritakan ? Harap ustaz dapat berkongsi kerana anak saya juga mengalami keadaan yg. sama..
Jazakallah ..
Post a Comment