Saya baru sahaja menerima 2 sms dari sahabat2 berbunyi "Ust. Ismail Mahmud kembali ke rahmatuLLAH jam 4.50 ptg, ALFATIHAH"
Ust. Ismail adalah guru saya, beliau berguru terus dengan pengarang zikir Al-Manzil semasa belajar di India. Rumahnya tidak jauh dari rumah saya, kami saling membantu dalam kerja-kerja rawatan. Beliau pernah merawat arwah ibu saya. Beliau rapat dengan Ust. ismail Kamus dan Ust. Taib Azamuddin (MP Baling)
Teknik rawatannya amat cermat, beliau akan solat 2 rakaat sebelum melakukan rawatan. Ust. Ismail memukul menggunakan dengan sejadah dengan pukulan ringan... dia juga tidak menyentuh pesakit wanita.
Sebagai adik kepada As-syahid Ust. Ibrahim Libya kehidupannya dibayangi dengan ISA... semasa saya menjadi YDP Pas kawasan Selayang saya melantik beliau sebagai AJK Dewan Ulamak Kawasan. Setelah berapa ketika Ust. tidak aktif, bila saya menziarahi beliau, Ust memberitahu setiap kali dia bersama dengan program PAS apabila dia balik ke rumah 2 buah jeep polis sudah berada berhampiran rumahnya. Itulah sedikit dari cabaran yang dihadapi.
Apabila beliau mula sakit saya datang merawatnya... Ust menceritakan detik mula beliau diserang. seorang pemanggil memarahi beliau dan kemudian meletakan telefon. Semenjak saat itu beliau tidak boleh memandu kereta lebih dari 1km, beliau akan pening kepala. Apabila ingin berceramah, tiba2 beliau kehilangan idea... blank katanya. Saya scan.... Ust dapat merasakan pergerakan ditubuhnya.
Setelah sekian lama saya tidak menziarahinya, saya berusaha menziarahinya di Hospital Sg. Buloh. Hasrat saya tidak kesampaian kerana Ust. dipindahkan ke PPUM. Walau apapun wajah beliau dan doa saya sentiasa tidak pernah lepas dalam ingatan saya.
Kini saya kehilangan seorang guru yang mulia... saya yakin ALLAH lebih menyayanginya... telefon berdering lagi ... "Sheikh Ust. Ismail meninggal dunia...." kata abang Hisyam dari Pekan Kuang.
Semoga ALLAH menerima Ust. sebagai hambaNYA yang diredhai dan diberkati. AMIN
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
3 comments:
Salam Ustaz Majid,
Takziah diatas pemergian Ustaz Ismail Mahmud. Semoga roh beliau dicucuri Allah S.W.T dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh.
Buat pengetahuan ustaz, saya juga mengalami penyakit misteri sepertimana yang dihadapi oleh Allayarham Ustaz Ismail Mahmud.
Saya juga tidak boleh memandu kereta dan ke tempat yang ramai/sesak orang. Saya akan terasa pening bagaikan hendak pitam. Saya juga susah untuk bercakap dengan orang kerana otak secara tiba-tibanya kosong/blank.
Apabila saya berzikir, dalam badan saya terutamanya dibahagian tulang belakang akan terasa bergerak-gerak.
Apa yang boleh saya lakukan sebelum berjumpa dengan Ustaz Majid untuk sesi rawatan?
Sekian, terima kasih.
Salam.
p/s - Buat rujukan, saya telahpun dirawat oleh Ustaz Majid pada bulan November tahun lepas mengenai masalah jin asyik dan jin yang mendiami didalam tubuh dan dirumah saya.
Akm, saya ucapkan takziah keatas pemergian guru ustaz. Smg Allah mencucuri rahmatNya keatas beliau.
Al-Fatihah.
Salam
Semuga Allah melimpahi Rahmat buat Ustaz Ismail Mahmud
Post a Comment