InsyaALLAH Akrine bercadang untuk menjadikan setiap hari Ahad sebagai Hari Pemeriksaan Gangguan (HPG).
Pada HPG anda boleh datang untuk diperiksa samada terdapat gangguan yang melibatkan makhluk halus ataupun tidak. Tempoh pemeriksaan hanya 10 minit sahaja.
Jika ada gangguan, rawatan ringkas akan diberi berserta dengan panduan zikir dan mandian yang perlu dilakukan. Rawatan selanjutnya adalah 10 hari selepas pemeriksaan dan pesakit boleh menetapkan jadual pemeriksaan lanjut (appointment) berkenaan selepas program HPG selesai dijalankan.
Anda boleh diperiksa secara keluarga, walau bagaimanapun hanya 2 orang dibenarkan berada di bilik rawatan pada satu masa.
Bagi mereka yang ingin melakukan pemeriksaan, sila daftarkan nama anda dan keluarga pada buku yang disediakan.
Anda juga mestilah menghubungi 017-3646461 secara sms (sebarang panggilan telefon tidak akan dilayan)pada hari Sabtu atau Ahad untuk memastikan ada perkhidmatan HPG pada mingguan berkenaan. Pihak kami tidak bertanggungjawab jika tiada perkhidmatan HPG pada hari Ahad berkenaan disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakan dan anda tidak menghubungi kami sebelum bergerak ke Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment