Saya dikunjungi seorang ibu membawa anak lelakinya yang berusia 14 tahun.
Saya: "Ok Kak. Siapa yang sakit ni."
Ibu: "Ni ha, anak saya ni (sambil menolak anaknya kepada saya)."
Saya: "Sakit apa Kak?"
Ibu: "Degil..."
Saya: "Oooo....(saya bingung)."
Perbualan dengan anaknya tidak menunjukkan sebarang simptom yang menunjukkan dia ada gangguan. Anaknya yang memiliki tubuh kecil ini nampak sihat dan ceria. Saya bersangka baik apatah lagi bila diketahui yang beliau berpendidikan sekolah agama.
Tetapi alangkah terperanjatnya saya apabila dimulakan rawatan, kaki-kaki anaknya memberi respond yang ketara kepada bacaan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan. Saya akhirnya dapat berdialog dengan salah satu jin (paling tua) yang berada dalam badan beliau (bahagian jantung).
Saya: "Kamu Islam?"
Jin: "Tidak".
Saya: "Kamu ketua?"
Jin: "Tidak. Kami dari kumpulan-kumpulan yang berlainan."
Saya: "Berapa bilangan kamu?"
Jin: "54."
Saya: "MasyaAllah. Aku mengajak kamu semua kepada Islam."
Jin: "Tak mahu. Kami semua tak mahu."
Saya: "Ok. Kalau begitu aku mahu kamu tinggalkan badan ni."
Jin: "Tak mahu."
Rawatan yang dilakukan akhirnya dapat mengeluarkan kesemua 54 jin yang menetap di dalam hati pesakit. Pesakit akhirnya kelihatan letih, pucat dan lesu. Dia nampak sedih dan insaf, lebih-lebih lagi apabila mengetahui yang selama ini sifatnya telah di 'control' oleh unsur lain.
Nasihat saya: Anak ini telah didorong sehingga menjadi nakal/degil akibat dipengaruhi oleh jin-jin yang menetap di hatinya. Kesemua jin-jin kafir ini telah mendorong anak ini supaya tidak taat kepada Allah apatah lagi mentaati ibubapanya. Oleh itu para ibubapa dinasihatkan supaya menyuburkan hati anak-anak kita dengan Iman dan Amal. Jika hati mereka disuburkan dengan perkara-perkara maksiat, maka besar kemungkinan perkara sebegini akan berlaku kepada mereka. Jika sudah berbuat demikian tetapi tidak berjaya, maka pilihlah rawatan Islam sebagai satu ikhtiar penyembuhan zahir dan batin.
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
4 comments:
Assalamualaikum, saya berminat untuk mempelajari teknik teknik rawatan Nur Ehsan. Adakah pihak Nur Ehsan ada membuat kursus di Alor Setar.
Asslmlkm w.b.t...
Ust, sy tertanya2...adakah selepas para jin dikeluarkan dari tubuh seseorang itu mereka tidak akan kembali lagi pada hari2 berikutnya?
Ayat apakah yg boleh saya amalkan untuk mengelakkan gangguan jin dan supaya mereka tidak menetap di dlm tubuh?
Bagaimana pula untuk mengesan adakah di dalam tubuh saya sekarang dihuni oleh jin?
Wassalam..
assalamualaikum....bagaimana hendak mengetahui yang kta mendapat gangguan makhluk halus?please....!!!!!!!
Salam, betul utz. alhamdulillah perawat dpt menyingkirkan semua jin-jin. Tp dpt ke dipastikan mrk pergi takan kembali lagi. Atau adakah mrk dibekalkan amalan yg sepatutnya dibuat secara harian atau berterusan? Terima kasih.
Post a Comment