Semasa saya menceberuhi bidang rawatan, rawatan yang ada kaitan dengan makhluk halus adalah yang paling saya tidak mahu atau ambil peduli langsung! Saya berpendapat sukar untuk kita berdepan benda yang tak nampak.
Saya pernah melihat arwah abah saya kerasukan selama sebulan dalam bulan puasa. Memandangkan kakak saya bekerja dan tinggal di Hospital Teluk Intan maka abah dimasukan ke hospital untuk tempoh yang lama. Akhirnya para doktor, akur bahawa abah saya tidak dapat dikesan sakitnya. Amat malang sikap doktor Islam yang masih berkeras mahu mencari punca dan abah saya menjadi bahan ujian. Seorang doktor berbangsa Singh menasihatkan kami supaya dirawat secara kampung, maka abahpun dibenarkan keluar dari wad hospital dan tinggal di rumah kakak saya dalam kawasan perumahan hospital.
Saya tanya abah saya, adakah dia kenal saya? Katanya saya bernama Idris... alangkah pilunya hati saya bila abah sudah tidak mengenali saya. Idris adalah abang sulong saya. Saya tanya lagi umur dia berapa tahun... katanya 700 tahun. Jawapan ini bagi saya pada masa itu menunjukan abah memang out 0f mind. Cucu ada berapa? tanya saya lagi....entah, dah beribu agaknya.
Akhirnya abah tidak lagi dapat mengawal diri bagi perkara asas kehidupan seperti makan, minum dan membuang air. semuanya tidak dipedulikannya lagi.
Seorang dukun dipanggil bernama "Man Gagap", sebab dia gagap. Man gagap menggunakan teknik duri landak. Bila ditekan sahaja di bahagian kaki, makhluk yang mengganggu abah tersintak dan berkata, "eh.. kau lagi". Ertinya Man Gagap pernah berdepan dengan jin "hantu raya" yang mengganggu abah. Rawatan mengambil masa 1jam sahaja.
Sekian lama abah saya sakit dihospital, rupanya Man Gagap dengan izin ALLAH dapat menyedarkan abah saya dalam tempoh sejam.
Setelah saya menuntut di Darussyifa dan mula merawat abah saya sakit lagi... asthmanya ditahap kronik. Kami adik-beradik berkumpul atas permintaan abah. Katanya, dia mungkin hidup 3 hari saja lagi.
Setelah 2 hari berlalu dan sepanjang berkumpul abah kelihatan ceria dan tidak menunjukan sebarang petunjuk tidak sihat, kebanyakan adik-beradik saya sudah balik ke rumah masing-masing, kecuali saya dan abang saya Abdul Latif. Abah meminta saya merawatnya selepas solat asar. Saya merawat dengan membacakan ayat-ayat rawatan yang dipelajari. Abah mengatakan dia rasa amat lega dan seolah-olah tidak menunjukan sebarang simptom gangguan.
Bila solat maghrib abah minta saya menjadi imam, perutnya mulai sakit. Habis sahaja solat maghrib abah buang air dan muntah hitam pekat. Kami segera membawa ke hospital Teluk Intan kerana abah perlukan bantuan pernafasan. Saya tinggalkan abah di hospital kerana komitmen kerja yang tidak dielakan.
Petang itu saya mendapat perkhabaran bahawa abah saya sudah tidak sedar lagi dan berada di wart ICU. Saya bergegas semula ke kampung dan dalam perjalanan saya mendapat makluman bahawa abah saya telah kembali ke rahmatuLLAH.
Saya ceritakan peristiwa ini kerana dalam dua kes di atas, kes pertama saya hanyalah bersifat pemerhati... malah boleh saya katakan tidak melakukan apa-apa terhadap abah saya yang sakit sekian lama. Sementara dalam kes kedua, saya memenuhi permintaan abah saya untuk merawatnya. Itulah khidmat terakhir saya kepada abah saya. Mudah2an ALLAH menempatkannya bersama hamba2NYA yang mendapat keredhaanNYA. Amin
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
5 comments:
ustaz, saya pun kadang2 teringin jugak nak jd perawat ni. Tapi mungkin ka bila kita jd perawat ni, akan ada ujian gangguan kepada keluarga kita? tu yg saya rasa mcm xsanggup nak jd perawat ni. Mintak tlg ustaz bg penjelasan dan nasihat skit. Jazakallah
ada ka kebarangkalian utk diserang oleh makhluk halus jika kita masuk dalam bidang perawat ni?
Assalamualaikum,
Hanya sekadar berkongsi pendapat......, Tidak semua orang yg belajar mengenai bahagian kedoktoran akhirnya akan berjaya menjadi seorang Doktor. Begitulah hakikatnya dalam menuntut ilmu mengenai soal rawatan. Jadi tidak semua yang mengikuti kursus rawatan bermakna akan berjaya menjadi seorang perawat. Namun ada yang menjadi perawat, tetapi hanya setengah jalan, kerana sebab atau masaalah tertentu. Tapi setakat menimba ilmu yang maanfaat kepada diri, keluarga dan mungkin satu hari nanti kepada masyarakat.... ada baiknya lah kita cuba berusaha mengenal dan mempelajari sedikit sebanyak mempunyai asas ilmu rawatan. Tidak ada apa2 yg harus kita takutkan, selagi kita berpegang teguh, beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T. Allah itu maha mengetahui.Wassalam.
Assalamualaikum,
Jin, Syaitan, Iblis ...makhluk2 ini akan berada di mana2 antara kita sedar atau tidak. Bila mereka akan cuba menggannggu kita??? Tak seorang pun yang tahu... Kalau nak tunggu mereka ganggu kita baru kita nak belajar ....... hanya sekadar renungan.
Kalau kita lulus sesuatu 'ujian' itu, insyaallah akan ada sesuatu peningkatannya serta pengajaran disebaliknya.
Salam, sebenarnya bukan nak tuggu dia mengganggu atau tidak, mmg dia akan senantiasa mengggu, tuggu kita leka jer...sbb tugas dia pun ada yg pantau, w.pun Hariki kat atas tu Iblis...dia pun ada Mandornya juga....Jadi mau or tidak mmg kena amalkan apa2 yg Rasullullah pesan tu, terUtama doa...dan wirid2 or Quran
Post a Comment