Untuk menjadi perawat mestilah ada minat dan kesungguhan, tidak cukup hanya berguru tetapi rajin mengulangkaji dan membaca buku-buku rawatan.
Menuntut di Darussyifa setelah separuh umur dengan komitmen/keperluan tuntutan kehidupan memanglah suatu cabaran. Bayangkan kena berulang-alik dan balik jam 2pagi setiap minggu ke Bandar Baru Bangi mengadap Tuan Guru memerlukan kecekalan hati.
Namun hati terubat bila berkumpul bersama dengan sahabat-sahabat sealiran. Namun malang tempuh setahun tidak dapat menjiwai ta'aruf antara perawat. Sehingga hari ini saya hanya kenal beberapa rakan, sementara yang lain hilang entah dimana. Ingin saja saya mencadangkan kepada Dsyifa untuk menyediakan direktori pelatih bagi setiap kumpulan bagi memudahkan berhubung. Cuma bila memikirkan sifat "keakuan" masing-masing semasa mengadap TG hasrat ini saya pendam sahaja.
Yang paling manis dalam menuntut ilmu ini bagi saya ada dua perkara. Pertama, barulah sekarang saya merasakan bahawa saya bebas dari sistem pendidikan formal yang "memaksa" saya untuk belajar dan lulus. Di sini saya belajar dengan penuh kerelaan.
Kedua, saya menatap wajah guru seorang ulamak, plotikus pewaris anbiya. Bukan senang kita berpeluang menatap wajah TG setiap minggu dalam suasana keilmuan dari seorang pakar.
Semasa menuntut serangan kumpulan yang membida'ahkan selawat syifa dan tafrijiah sedang memuncak. Berdepan dengan guru diperjelaskan segala kekeliruan.
Saya tidak puas dalam pengajian di Dsyifa, kerana pengetahuan mengenai teknik-teknik rawatan terlalu sedikit khususnya mengenai rawatan bagi gangguan makhluk halus yang hanya diajar selama 6 jam (3 minggu). Saya tidak menyalahkan TG tetapi itulah adat belajar. Tidak semua ilmu diberi oleh pensyarah tetapi selaku mahasiswa kita mestilah memperhalusi melalui pembacaan dan pergaulan dengan mereka yang berilmu dan berpengalaman.
Tamat kursus saya berserta 2 orang rakan meneruskan "housemanship" kami di Dsyifa cawangan Rawang Perdana.Di sinilah saya berjumpa teknik picit kaki, teknik tekan perut, teknik picit mata, teknik scanning gerak tangan dan sebagainya. Semua teknik ini adalah bersifat self-belonging yang tidak didedahkan di Dsyifa. Saya berusaha menguasai disamping minat mendalam saya kepada buku-buku karangan Sheikh Abdul Wahid Salam Al-Bali. Buku-bukunya saya baca berulang-kali dan bacaan ayat-ayat rukyah saya hafal sebaik mungkin.
Saya juga melayari website yang membincangkan tentang rawatan. Website CeramahIslam.com dari Singapura yang memuatkan ceramah-ceramah rawatan menjadi kegemaran saya. Saya membeli dan membaca buku-buku rawatan. Kini almari saya penuh dengan buku rawatan termasuklah anatomi, kinesologi, homeopathy disamping buku-buku Islam yang lain.
Benarlah bahawa minat menjadikan seseorang yang lain dari yang lain. Lihatlah ahli politik, dari sudut pandangan mata kita, menjadi ahli politik amatlah meletihkan. Meninggalkan keluarga, terkejar ke sana-sini, berjumpa dengan rakyat, berjanji dengan seribu janji sehingga seolah-olah tidak cukup 24jam masa yang diperuntukan. Itu tak campur mengutuk, memfitnah, mendedahkan keaiban lawan dsb... tapi itulah minat.
Minat mestilah diletakan dengan niat yang betul. Apabila niat anda untuk menjadi perawat benar-benar ikhlas anda tidak akan takut berdepan dengan segala bentuk cabaran samada yang bernama manusia mahupun yang kita tidak nampak.
Oleh itu betulkan niat anda, tanamkan minat....insyaALLAH pertolongan ALLAH akan datang.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
1 comment:
Salam, Utz.,
Mmg inilah kata perangsang yg Sy tunggu2.. sbb mmg ada rasa tak yakin, dan masih takut2 nak menceburi bidang ni. Bayangkan berdepan segala mcm ILMu yg tak nampak, Musuh tak nampak isskkh mcm2 lagi. Tetapi bila bc tulis GuruKu ini maka mmg semangat, tpi takut2 pun ada juga..maklum Manusia ni selalu lupa, dan takut pula Perasaan Perasan, Ujub, riak, gah, takbur.. adusss..! mmg menakutkan. Maklum saje perasaan tu lah yg akan merosakkan amalan Ikhlas kita sebagai Perawat Islam. Moga berkat doa Guru dan sahabat kita tak terjerumus dgn semua itu... bukan tak pernah sy nengok ada perawat yg begitu gah menceritakan kebolehannya, sdgkan kebolehan tu bila2 mase saja Allah boleh tarik, kosong Hmapeh , tak gune lagi... Iskh Nau'zubillah. Ya Allah KeRedhaan Mu tuntutan Kami, Ampunilah Kami, Pandulah Kami ke JalanMu dan Jgn Engkau gelincirkan Kami dari JalanMu Ya Allah..Ya ArHamarRohimin..Amin!
Post a Comment