Berikut adalah perbualan saya dengan jin resdung:
Saya: "Kamu tinggal kat bahagian mana?"
Jin: "Saya ada pada bahagian muka la."
Saya: "Kan baru aje tadi saya keluarkan jin-jin sihir kat bahagian muka?"
Jin: "Saya tak terbabit Ustaz."
Saya: "Habis kamu duduk di bahagian mana?"
Jin: "Hidung."
Saya: "Kamu jin warisan?"
Jin: "Ya."
Saya: "Kamu...(sambil mohon ilham)...jin resdung?"
Jin: "Ya Ustaz."
Saya: "Kalau kamu jin warisan maknanya ada di kalangan kamu sudah turun kepada anak-anak dia (pesakit)?"
Jin: "Ya."(sambil tunjuk kepada anak lelaki pesakit)
(Suaminya memaklumkan bahawa anak lelakinya memang ada masalah resdung)
Saya: "Adakah kamu sedia untuk beri kerjasama sebagaimana jin-jin warisan sebelum ni?"
Jin: "Ya Ustaz."
Saya: "Saya perlu tanya kamu beberapa soalan."
Jin: "Baiklah."
Saya: "Apa kaitan kamu dengan makanan yang gatal contohnya udang, ketam, sotong dan sebagainya."
Jin: "Kami menggunakan bahan-bahan tersebut untuk diproses bagi menghasilkan lendir."
Saya: "Lendir?"
Jin: "Ya. Lendir makanan kami."
Saya: "Jadi semasa proses tu la yang menyebabkan hidung jadi gatal."
Jin: "Ya."
Saya: "Apa ayat-ayat penyembuh resdung?"
Jin: "Selawat syifa. Tapi...ia bersifat sementara aje."
Saya: "Ok lah. Terima kasih atas kerjasama yang kamu berikan. Sekarang sediakan diri untuk meninggalkan pesakit."
Jin: "Tapi nanti kami nak makan apa?"
Saya: "Takpe. Nanti kamu akan diberi makanan baru."
Jin: "Ok baiklah."
Saya: "Sila tarik anak-anak kamu dalam hidung anak lelaki dia (pesakit) ni."
Jin: (Melakukan gaya tarik)
Jin-jin resdung akhirnya dihantar ke Serambi Al-Quds (atas permintaan mereka).
Lebih kurang seminggu selepas rawatan pertama, suaminya mengadu anak lelakinya selsema teruk. Saya kemudian memanggil ibu kepada jin-jin resdung itu dan berikut adalah perbualannya:
Jin: "Maafkan saya ustaz. Anak-anak saya masih tertinggal kat anak lelakinya ni. Diaorang ni degil sikit."
Saya: "Sila pujuk mereka untuk dibawa bersama kamu ke Serambi Al-Quds."
Jin: (Diam sekejap, seperti berkomunikasi dengan anak-anaknya) "Ok lah ustaz, nanti saya bawa mereka pergi."
Saya: "Macamana dengan hidup kamu di sana?"
Jin: "Memang ok la ustaz. Kami dah tak makan lendir lagi. Kami dah makan benda lain."
Saya: "Bagus la tu. Ok sekarang kamu dan anak-anak kamu boleh la ke sana (Serambi Al-Quds)."
Jin: "Terima kasih banyak-banyak ya ustaz."
Saya: "Sama-sama."
Nota: Dalam bahasa hospital bahan kimia yang terhasil dari pesakit-pesakit resdung dinamakan histamine. Pesakit resdung ada kalanya memakan ubat 'anti-histamines' bagi mengurangkan kegatalan pada bahagian hidung. Katanya ada beberapa makanan yang apabila dimakan, ia akan menyebabkan badan secara otomatik menghasilkan histamine yang akhirnya menyebabkan hidung menjadi gatal. Wallahua'lam.
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
7 comments:
Salam ustaz, saya ingin tahu berkenaan dengan jin resdung ini. Adakah ini bermakna semua orang yg mempunyai sakit resdung samada yang serius atau tidak berkaitan atau berpunca dari jin resdung?
Boleh ustaz jelaskan?
Salam,
Tulisan berkenaan "Jin Resdung" adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej yang berguna dari persepsi rawatan Islam. Terpulanglah kepada pesakit-pesakit resdung untuk menerimanya ataupun tidak.
Tulisan tersebut juga bukannya bertujuan untuk meracuni pemikiran kita supaya meninggalkan terus rawatan klinikal.
Sebenarnya masih banyak perkara yang belum dijelaskan secara terperinci dalam bab 'resdung' ni. Contohnya seperti amalan, pantang, pemakanan dan lain-lain.
Doakan supaya Allah swt beri kekuatan pada kami untuk terus buat R&D berkenaan resdung dan penyakit-penyakit lain.
Nota: Ada satu soalan cepu emas...Haid tidak teratur, siapa punya kerja?...sila rujuk hadis Rasulullah saw.
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
ustaz nak tanyalah,kalau orang resdung sebab jin kenapa kalau makan ubat hospital boleh baik,ubat hospital boleh halau jin jugak ke?
nak tanya camne kalau saya nak cakap dengan jin?boleh ajarkan?
Salam, mmg ubat hospital boleh baik dik! tp bersifat sementara. Pendapat ini juga dipegang oleh ahli jualan direc selling. Ubat bersifat sementara dan lama2 boleh memudaratkan. Jd fikirkan? Dlm Islam kita disuruh berikhitiar krn setp penyakit itu pasti ada penawarnya. InsyaAllah...
Assalamualaikum...
Memang menarik kisah perbualan nih. Saya juga ada kala terfikir mengenai jin sebenarnya ada kena mengena dengan gejala resdung ni. Di sini saya ingin kongsikan sedikit mengenai cara rawatan resdung bagi menolong mereka yang masih dalam pencarian mengubatinya:
Cara Merawat resdung
Untuk mengubati gejala resdung ni, kita harus melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan yang dapat menolong kita membasminya dengan lebih berkesan. Seelok-eloknya pandang di pelbagai sudut. Insyaallah berjaya...
memang jin .. saya sebagai seorang perawat moden pun mengakuinya, jika gejala berterusan tak boleh diubat dengan anti histamine seperti chlorpheniramine, dan steroid baiklah pergi berubat jangan sampai sinus anda terkena infection.bacakan ayat al fatihah dan kursiy serta surah as soffat ayat 7 berulang kali pada air garam menggunakan air suling, sedut dalam hidung.. rasakan sendiri.. sungguh takjub zat ayat2 suci Allah, disamping itu dapatkan piriton, loratadine, clarinase dan sebagainya. AKUILAH KEWUJUDAN JIN KERANA AL QURAN MENCERITAKAN PERIHALNYA, JIKA ANDA TIDAK PERCAYA MAKA JATUH KUFUR
Post a Comment