Sejak 2 hari yang lalu saya tidak melakukan teknik sembelih jin (TSJ) tetapi memmfokuskan kepada teknik menidurkan Jin (TMJ).
Hari pertama rawatan saya berdepan dengan beberapa kes teruk seperti seorang pesakit warga emas yang disihir sehingga hilang kesedaran ie lupa melampau dan seorang wanita 40an yang mengalami gangguan berpunca dari hesteria semenjak mengambil SPM lagi.
Saya tidurkan jin pada warga emas, apabila ditiup sahaja kepala pesakit dengan izin ALLAH pesakit terlena lebih kurang 5 minit. Nampak very responsive.
Bagi wanita usia 40an kurang keberkesanannya, bahunya sahaja yang bergoyang dan saya minta pihak keluarga beri tempoh sebulan datang semula untuk rawatan ulangan sekiranya tiada perubahan.
Seorang penuntut pengajian tinggi kerasukan apabila saya mahu menidurkannya. Katanya dia tak mahu tidur dan memilih untuk masuk Islam dan minta dihantar ke SM. Sudah agak lama saya tidak mengislamkan jin, alhamduliLLAH hari itu saya diberi kesempatan oleh ALLAH SWT berbuat demikian.
Pelajar ini seterusnya terangguk-angguk lemah menunjukan proses peniduran sedang berlaku. Di suatu ketika dia kerasukan lagi mengatakan dia tak mahu tidur dan tak akan tidur. Saya nampak jin ini cuba melawan mengantuknya dan berteriak kuat. Akhirnya minta dipindahkan kerana katanya nanti bos dia marah kalau dia tidur. Jin ini dikeluarkan dan kegiatan terangguk-angguk berterusan sehinggalah pelajar ini sedar sendiri.
Hari kedua yakni kelmarin dan malam tadi saya teruskan kaedah dengan keputusan yang amat meyakinkan saya...
"tidur, tidur, semua tidur dengan amat mengantuknya, tidur dengan penuh santai, tidur untuk satu masa yang panjang sehingga anda keluar dari tubuhnya dengan keadaan tudur, anda keluar semasa dia mandi atau buang air, anda tidur sehingga satu masa yang panjang sehingga suatu masa ketentuan ALLAH" inilah antara kata2 hipnotesis kepada jin2 pada badan pesakit. Pesakit melentuk dan rebah tanda jin2 ini sedang tidur.
Hari kedua jua saya mengislamkan satu lagi jin yang menyerang seorang wanita. AlhamduliLLAH
Saya berpendapat TMJ amat baik digunakan bagi kes gangguan sihir dan saka dengan kuantiti jin yang ramai. TSJ pula adalah senjata kecemasan ketika jin2 bertindak aggresif menyerang pesakit seperti menyekik pesakit, pesakit sukar bernafas dsb.
Kesan TMJ menyebabkan semua jin dari semua lapisan tidur dan tidak menjalankan missionnya mengganggu pesakit. Pesakit akhirnya perlu dibenteng dari segenap penjuru dari serangan yang baru.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
7 comments:
Assalamualaikum ustaz,
Menariknya teknik ni. Minta maaf bertanya. Boleh tak teknik ni dilakukan tanpa mengajak berdialog dengan jin tu ? Kalau tak keberatan, boleh tak ustaz cerita lebih lanjut cara nak hipnotis jin-jin tersebut? perluke saya cakap secara lisan atau didalam hati? adakah saya perlu cakap sebelum berselawat atau selepas berselawat? Kalau boleh saya cuba teknik ni... boleh ke ustaz?
asalamualaikum wth,
Kes rawatan strok
Kali pertama buat rawatan tidak menampakan pergerakan. Kali kedua ada respon positif. Dah boleh arahkan jin misalnya mengangkat tangan dan mengeluarkan jin dengan botol dan kain serban. Selepas itu, tiada pergerakan. Ingatkan dah keluar semua. Baca ayat-ayat yang berkaitan sihir lebih banyak pergerakan. Keluarkan dengan botol dan kain serban. Akhirnya, saya juga ambil keputusan sembelih. Tapi masih ada juga entah berapa jumlahnya. Akhirnya, untuk hentikan pergerakan itu, saya tidurkan jin tersebut dan pesakit mulai sedar. Kes ini saya anggap kes sihir dan juga jin terbang dan saka. Saya fikir, saka dan jin terbang sudah pindah. Masalahnya, jin sihir yang begitu banyak. Ajak komunikasi, tidak mahu. Saya bercadang nak rawat dengan tiga perawat akrinebera sekali gus. Pesakit sudah setuju. Harap ustaz berikan tip-tip untuk melemahkan jin sihir dan pesakit dapat menikmati kehidupan seperti biasa. Strok bahagian kaki dan tangan. Kaki sudah baik cuma masalah tangan. Sekian terima kasih.
Daripada,
Sarji akrinebera
Apa yang saya amalkan ialah Niatkan dahulu, baca da lafazkan. Semoga dimudahkan Allah apa yang kita niatkan.
SALAM UST, BOLEH TAK TIDURKAN JIN TANPA PESAKIT KERASUKAN, BERMAKNA TAK PERLU RUQYAH DSB,TERUS DGN IZIN ALLAH TIDURKAN JIN. DAN BOLEHKAH KMJ DIGUNAKAN SEMASA TKR.HARAP DAPAT PENCERAHAN, TERIMA KASIH.
Salam Khai,
Memang TMJ tak tunggu kerasukan dan boleh disekalikan dgn TKR, biizniLLAH
terima kasih ustad atas ilmunya.Semoga Allah Swt selalu merahmati Ilmu ustad. Amin
assalamualaikum ustaz..ingin minta pendapat dan nasihat,,, mak saya didapati ada jin saka mengganggu hidupnya.. menyebabkan nya sukar tidor malam,, badan jd berat dan kurang bermaya.. mak saya ni sudah berumur 70.. penah sekali jiran saya ( jiran ni bole lihat makhuk halus ) katanya ternampak jin besar ibu kerbau dekat mak saya.. pada pendapat ustaz mudahkah menghalau jin saka ini? Boleh kah jin saka ini dibunuh dan dimusnahkan oleh perawat yang mampu melakukan teknik sembelihan jin?
Post a Comment