1. Selsema Babi Untuk Jin
Sepanjang Ramadhan saya seboleh mungkin mengelakan rawatan yang melibatkan kerasukan mengambilkira bahawa sekiranya pesakit yang kerasukan itu tidak sedar apa yang berlaku maka batallah puasanya. Sedangkan puasa di bulan Ramadhan adalah lebih baik dari berbuka dalam kes-kes rawatan.
Seorang pesakit yang saya rawat sebelum Ramadhan datang untuk rawatan seterusnya. Pada rawatan di luar Ramadhan terdahulu dia kerasukan total. Di sinilah saya ambil kesempatan bertanyakan tentang H1N1 adakah ia angkara rakan sejenisnya, jawapannya adalah YA! Maka hampir pastilah bahawa virus H1N1 ini adalah jin.
Dalam banyak2 jin yang saya dakwah ada yang degil, akhir2 ini saya amat jarang sembelih jin tetapi banyak menggunakan teknik tidur. Tetapi untuk kes jin pesakit ini saya beri amaran untuk mengenakannya dengan selsema babi!
Setelah membaca beberapa ayat2 rukyah dan mendoakan agar ALLAH mengenakan jin berkenaan peringatan dengan serangan selsema babi lantas saya tiup ubun-ubun pesakit. Pesakit batuk2 diikuti dengan selsema dan akhirnya tumbang sebagai petanda jin yang degil berkenaan telah mati.
Rupanya jin juga boleh kena selsema babi (JinMan tentu seronok mengulas cerita saya ini)!
Untuk rawatan di bulan Ramadhan saya amat khuatir jika dia dikerasukan. Semasa memulakan rawatan saya telah berdoa agar dia tidak kerasukan dan alhamduliLLAH dia tidak kerasukan dan teknik dialog dengan kaki sahaja digunakan sepanjang rawatan. Ternyatalah keyakinan saya bahawa andalah yang menentukan teknik rawatan anda, sama ada anda perawat da'ie ataupun perawat samseng!
2. Jin dari St. Mary College, UK.
Seorang pelajar yang gagal meneruskan A level balik ke Malaysia dua bulan yang lalu dan berjumpa saya untuk rawatan.
Masalah yang dihadapi ialah dia sentiasa mendengar bisikan. Bisikan bukan di telinga tetapi di hati dan fikirannya sehinggakan dia gagal untuk menumpukan pelajaran dan mengambil keputusan untuk berhenti.
Apabila dirawat, dia menggoyangkan kepalanya ke depan terangguk2 dan adakalanya membeliakan matanya. Saya gunakan dialog geleng-angguk kepala pesakit. Saya perhatikan tingkahnya seperti seekor anjing, bila ditanya dan dia mengesahkan.
Soalan selanjutnya dijawab dengan baik oleh jin berkenaan. Katanya dia diarah oleh paderi sekolah berkenaan untuk mengkristian pelajar berkenaan. Dia selalu mendatangkan perasaan was-was terhadap Islam dan mahu dia masuk kristian. Dia juga diikat oleh paderi berkenaan.
Saya buka ikatan biizniLLAH lalu mengajaknya masuk Islam dan alhamduliLLAH dia bersetuju dan ucapan syahadatain pun dilafazkan.
Selepas itu saya dapati ramai jin2 yang masih degil dan tak mahu keluar. Teknik tidurkan jin dilakukan maka terangguk-angguklah pesakit menandakan proses peniduran sedang berjalan lancar biizniLLAH
3. Bertemankan jin Islam
Seorang pesakit memberitahu saya bahawa sejak kecil lagi dia bermimpi bertemankan seoarang jin yang sentiasa mengenakan jubah hijau. Jin ini baik dan dia selalu "bersembang" sehinnggalah usianya menyecah 20an.
Pada mulanya dia tak nampak apa2 masalah dan kedatangannya adalah atas nasihat kakaknya yang saya rawat sebelum ini.
Ciri-ciri lain yang ada padanya hanyalah susah nak tidur dan masalah bisul dalam telinga yang menyebabkannya kurang pendengaran.
Saya berdialog secara gerakan kaki. Jin berkenaan mengaku dia suka pesakit sebagai teman sahaja dan tidak pernah campur-tangan dalam hal2 yang lain.
Saya tanya pesakit apakah awak sedar kehadiran jin ini? pesakit menjawab yang dia tak tahu. Saya tanya lagi apakah dia suka dengan adanya sijubah hijau dalam tubuhnya. Pesakit menjawab tak nak!. Lantas saya beritahu jin berkenaan permintaan pesakit dan saya mahu dia keluar kerana ALLAH. Dia bersetuju... kaki pesakit bergoncang hebat, saya tarik dan hantar ke SM biizniLLAH.
Selamat menyempurnakan Ramadhan mudah2an kita beroleh TAQWA...insyaALLAH
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
3 comments:
salam ust,
amat menarik, ancam jin dgn selsema babi, satu lagi ikhtiar, tapi apakah ayat2 ruqyah dan doanya, harap dapat kongsi bersama.
Salam,
Selawat tafrijiah dan ruqyah tammah jibril
salam..
ustaz,sy nk tanya di sini ada ke rawatan bg penyakit was was??
Post a Comment