Salah satu usaha untuk melawan jin saka adalah dengan berpantang. Orang yang ada saka resdung, kenalah berpantang dari mengambil makanan laut terutamanya udang dan sotong. Orang yang bersaka harimau dan seangkatannya kenalah kurangkan makan daging...
Ujian ini telah saya lakukan sejak dahulu lagi dan kesannya memang positif... ada jin saka yang marah dan ada yang amat letih. Yang jelas, walaupun agak sukar untuk mengeluarkan jin saka yang ribuan atau jutaan bilangannya tetapi yang mustahak adalah kita berjaya mengalah atau setidak-tidaknya mengawalnya.
Bermula dari 1hb. Februari yang lalu saya memulakan semula untuk berpantang, saya tidak gemar menggunakan istilah puasa pemutih kerana tidak ada dalam Islam puasa jenis ini. Sesungguhnya setiap amalan dinilai dari niatnya. Saya berpantang dari menjamah setiap yang bernyawa yakni yang menyedut oksigen dan mengeluarkan karbondioksid. Saya hanya makan nasi berlauk sayur. Tujuannya adalah untuk melemahkan jin-jin saka sekiranya ada dan mengenalpasti makanan jin saka saya.
Saya pernah melakukan kajian ini sebelum ini kepada diri saya sendiri selama 30 hari pada 2 tahun yang lalu. Akibatnya badan sayakurus dan berkudis seperti kurap duit 50 sen yang merupakan jenama saka keluarga saya. Saya katakan begitu kerana dua abang saya mengalami kudis buta di bahagian kaki, abang yang sulong sudah lama berpantang dan ternyata kudis ini sudah tiada. Tetapi abang yang kedua yang agak curiga dengan hal-hal saka lantas tidak melakukan sebarang usaha berperang dengannya dan kini kesan kudis itu membesar dan amat gatal.
Saya tidak ada simptom itu sebelum saya isytiharkan perang kepada jin-jin saka... saya pernah berdialog dengan mereka, ternyata mereka sudah tua tetapi masih memegang perjanjian selama 7 keturunan dan saya adalah generasi ke enam.
InsyaALLAH catatan ini akan saya update dari semasa ke semasa untuk kajian saya:
Hari pertama :
Tidak banyak perubahan
hari kedua :
Saya ke pasar membeli ikan kembong, kerisi dan udang untuk anak-anak yang tidak berpantang. Saja saya beli makanan kegemaran saya untuk melihat reaksi sendiri.
Saya dapati kepala saya semakin ringan, mungkin kesan tidak mengambil daging. Saya lebih fokus tetapi masih ada rasa beban di bahagian kepala. Rawatan juga agak mudah walaupun berdepan dengan dua kes berat. Begitu juga kuliah maghrib, menjadi imam dan mesyuarat semuanya diberikan kemudahan oleh ALLAH. Tidur... lena
Perut masih lapar walaupun makan dalam kuantiti yang agak lebih dari biasa....
Hari ketiga:
Bayangan ikan kembong, kerisi dan udang sudah tak dapat dilupakan. Begitu juga ayam goreng makanan kegemaran saya. Saya sengaja membeli ayam goreng untuk anak-anak.... sampai sekarang imej ayam goreng masih menjadi ilham minda utama.
Hari ini tidak merawat atas urusan keluarga.
Hari ke empat
Balik solat suboh lutut agak longgar, seperti biasa melakukan zikir pagi, mengantuk adakalanya terlelap seketika dan terlupa bacaan. Kepala agak ringan tapi terbayang besi seperti rel keretapi. Picit atas kepala terasa sakit di beberapa bahagian. Hidung sumbat sebelah.
Habis zikir tertidur, mimpi jumpa ramai orang tua dari bayangan arwah emak yang marah-marah. Terjaga, mandi solat dhuha dan hidung makin selesa semula
Pernafasan lebih teratur, kepala makin ringan, hafalan makin baik, suara semakin pulih.
Hari Ke lima
Berat masih maintain 60kg.
Kelmarin seorang pesakit menghadiahkan saya "Guasa" alat urut yang diperbuat dari tanduk kerbau. Pagi ini saya gunakan sambil berzikir selepas suboh. Di akhir zikir saya tertidur sehingga 9.45pagi(hari ini Jumaat - off day. Bangun tidur saya dapati ada spot merah di tulang belikat sebelah kanan seperti kena belasah dengan kayu nona, begitu juga di bahagian muka. Nampaknya alat ini juga ada kekuatan yang dianugerahkan ALLAH.
Saya lebih fokus dan sakit2 di bhgn kepala sudah berkurangan digosok dgn Guasa.
Semenjak berpantang saya amat tenang, w'pun ada usha2 provokasi tetapi saya dapat mengawal dengan baiknya.
Saya mendapat maklumat seorang pelajar berusia 15 tahun yang saya rawat kerana kegiatan mat rempitnya telah berubah... dia juga telah saya sarankan berpantang dan dia telah mengenalpasti makanan jin sakanya... hubungan dgn ibu-bapanya telah pulih, alhamduliLLAH
Hari ke enam
Rasanya tak banyak perubahan hari ini, berat baru turun 1kg.
Ke Law Yatt menaiki KTM untuk hantar repair note book. Kesempatan perjalanan dari station Kuang hingga ke Imbi saya gunakan untuk menghabiskan buku karangan Abu Ahmadain Al-Muhajiri bertajuk "Bacalah Surah Ak-Waqi'ah - Rezki Anda Akan Menjadi Mudah". Salah satu tajuk yang menarik dalam buku ini membicarakan tentang "Memahami Gerak Hati melalui Rahsia Surah Al-Waqi'ah". Bagaimana pengamal surah ini akan mendapati ilham mahupun kasyaf jika ia telah memenuhi syarat-syarat yang digariskan. Saya menyarankan anda membacanya.
Sudah lama saya tak menjejak ke KL, sesekali saya merasakan saya bagaikan pendatang di negara sendiri... melihat watak manusia hati sentiasa mahu menilai sejauhmanakah hubungan mereka dengan ALLAH. Tentunya saya tidak ada kayu ukur yang jelas jika hanya sekadar gaya berpakaian ataupun perwatakan seseorang.
Saya benar-benar longlai di KL. Masa di Jepun saya bertekad nak berjalan sepantas orang jepun, kerana saya selalu tertinggal. Kini, saya dapati oarng KL lebih laju dari saya... ternyata program berpantang saya melemahkan pergerakan saya.
Hari ke tujuh
Tak banyak perubahan, seharian saya tenang kecuali sedikit ammarah di sebelah petang.
Hari Ke Lapan
Hari ini emosi saya benar-benar terganggu.... saya cepat marah.
Pagi - saya marah dengan JAIS yang anjurkan muzakarah ttg kalimah ALLAH, saya hadir untuk mendengar hujjah TGHD kenapa orang bukan Islam tak boleh guna kalimah ALLAH. Saya ditipu oleh JAIS kerana TGHD tidak hadir dan diganti dengan seorang perapu yang gagal menjelaskan isu ini.
Pertanyaan peserta juga tidak dijawab. Datuk Mufti mengatakan bahawa ada 25 perkataan yang diwartakan sebagai eklusif untuk orang Islam sahaja termasuklah kalimah ALLAH. Tetapi bila peserta tanya kedudukan lagu selangor yang berbunyi "ALLAH lanjutkan usia Tuanku"... bagaimana kedudukan non-muslim yang diwajibkan menyanyi di sekolah... senyap! ini menggeramkan saya!
Hari ini saya nak templeng semua orang, saya kawal... saya ada dua rawatan petang tadi. Satu yang diatur satu lagi main terjah. Rawatan pertama anak jiran... saya baru balik saja dari Shah Alam, masuk rumah... dia sudah terjah. Jam 2.30 ptg, saya belum bersedia merawat... saya suruh dia balik dulu....sedang marahlah katakan.
Satu kes lagi, sudah dirawat oleh Ust. Marzuki dan Ust. Zed tapi kaki masih bergoyang-goyang., Mengikut cerita kedua-dua mua'llij Akrine ini gagal mengeluarkan. Saya guna TKR, dia tak nampak cuma boleh scan dan tarik. Mood saya memang sedang terbakar... pendek cerita saya tidurkan, jin2 itu terlalu degil. Saya tinggalkan untuk solat asar, lepas solat sambung dengan teknik Yasin 7mubin. Saya minta dia berpantang seperti saya dan dikenalpasti jin2 itu gemar makan ikan dan seafood.
Malam ini ada rawatan lagi... saya masih geram. Oklah ke surau solat isyak dulu... mudah2an under control tak meletup.
Hari Ke sembilan
Malam tadi selepas solat isyak, bendahari memaklumkan kepada saya bahawa PASTI ada masalah. Guru-guru kurang berdisiplin dan pelajar tidak terkawal. Tahun ini pelajar bertambah sehingga 130 orang.... ia memmbuat saya sedikit GERAM!
Pagi-pagi lagi saya sudah ke PASTI... Seorang guru masih tak hadir kerana ketiadaan kenderaan. Anak murid ada 2-3 orang yang sedang menangis. Seorang guru mengajar sambil di tangannya ada pembaris 1m seolah-olah mengancam pelajar. Saya periksa buku penyediaan mengajar ke lima-lima guru....marah memang saya marah, tapi rasanya temperature tak mahu naik. Mungkin hari ini saya telah menang.
Rawatan saya berjalan lancar dan berperingkat antarabangsa juga, seorang dari Beijing, 2 dari Jordan dan beberapa kes tempatan. Bila berdepan dengan jin saka, saya akan tanya apa makanan kegemarannya. Seoarang pesaka menjawab dia gemar SAYUR! nampak gaya sesiapa yang berpantang makanan berdarah akan gagal dalam proses mencari makanan kegemaran saka.
Hari ini disahkan anak saya akan melanjutkan pengajian ke New Zealand dan akan bertolak pada 11hb. ini, sepatutnya saya gelabah... tetapi cool, alhamduliLLAH
Hari Ke sepuluh
Berat 65kg
Agak tenang dan tak banyak perubahan kecuali berat yang bertambah. Sangkaan saya bila jadi vegeterian berat akan berkurang tetapi sebaliknya.
Hari ini seorang perawat Akrine datang untuk membeli Aromatherapy, saya ambil kesempatan untuk dia merawat saya.
Bila dia melakukan scanning, alhamduliLLAH saya tidak ada jin sihir, jin saka?
Jin saka ada. Kaki saya menjawab longlai, lemah tak bermaya. Saka sebelah emak lebih dominan dari sebelah abah. Bila ditanya kenapa longlai, mereka menjawab tidak mendapat makanan. Sebelah emak suka ayam, sebelah abah pula suka sup kaki lembu dan kacang goreng.... itulah hakikat yang perlu saya terima.
Selepas scanning saya, saya pula scan perawat berkenaan. Dia juga ada jin saka. Anda nak tahu apakah kegemaran jin sakanya? KICAP..... perawat berkenaan mengakui bahawa dia akan mengamuk jika tak ada kicap. Jika dia berdehem sahaja isterinya tahu bahawa dia nak kicap. Dia boleh bergaduh jika tak ada kicap.
Saya mengakhiri tempoh berpantang saya setakad hari ini.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
9 comments:
Assalamualaikum ustaz, semasa berpantang, mcm yg diceritakan oleh ustaz, bayangan makanan kegemaran sesekali menjelama di kotak fikiran..adakah bayangan itu dr jin saka yang kempunan nk mkn mknn kegemarannya..?
Assalamualaikum,
saya mencadangkan ustaz berpuasa sunat dan berbuka hanya dengan tamar ajwah,madu, kismis, air zam zam selama sekurang-kurangnya 14 hari, macamana?
salam..agak dasat 2....mengenai penggunaan kalimah Allah, Dr.Asri ada bt kenyataan bhw non-muslim xsalah sbnarnya guna kalimah suci 2...dlm kenyataan beliau mnyebut dlm lagu selangor ada kalimah Allah, juga, jadi xkn nk tangkap org non-muslim yang nyanyi lagu 2....
stuju jg dgn pndpt TGHD kerana nanti akn timbul kkeliruan jika mereka mggunakan kalimah Allah 2...tkut og islam sndri nnt trkeliru, dan tkut bila mereka dbenarkn, mereka akn ambil ksempatan utk myesatkn umat2 islam.....
Salam, kalau bab marah ni memang sebolehnya saya nak taahaan sgt. ttp karier jd guru ni, hari-hari marah murid, atau pun kita pula kena marah dek murid atau org atasan.
agaknya boleh tak marah yg macam ni?
Aslm ustaz.
Boleh tak ustaz jelaskan lagi teknik untuk scan diri sendiri di kaki? Bagaimana kaedah yg mudah scan diri sendiri (DIY)?
Zahir
ada tak jin saka yang makan belacan..? tapi janganlah sampai pancung-memancung pulak..
Berpantang?...Baik utk menjaga kesihatan n rupanya sgt baik juga utk menghindari makhluk halus..
Sy ada mbw staff utk rwatan, spt yg utz sarankan dia perlu berpantg mkn all the sea food berpantang..kelakar jin tu menangis bila kami tk bagi makan ikan katanya dh lama tk dpt mkan...
KICAP???..mmg kegemaran saya dr kecil...mkn nasi lemak pun dgn kicap so mulai hari ni nk pantang.. mkn kicap.
Utz yg suka kicap ni mcm yg sy jumpa masa TKR..kenal kot rasanya...So jgn mkn kicap yek! (Kicap + telor goreng..sedap katanya)..
Buat utz Majid be cool....So sorry pesakit yg dibawa jinnya ganas2 n degil2..tu yg buat krg sabar..
Terima kasih buat Utz Majid, Utz Zed & Utz Marzuki... Allah sahaja yg dpt membalas kebaikan kalian...
Salam ust majid
Adakah dengan membaca al waqiah spt baca 1000 kali...akan mewujudkan kadam ayat?
http://www.emasruncit.com/2009/12/khasiat-surah-al-waqiah.html
salam ustaz majid
adakah dengan mengamalkan surah al waqiah spt sebanyak seribu kali contoh http://www.emasruncit.com/2009/12/khasiat-surah-al-waqiah.html
akan mewujudkan khadam ayat ..sperti yg ustaz ceritakan semasa ustaz membaca surah xxx masa latihan silat dahulu
Post a Comment