Haji S datang untuk rawatan susulan. Masalah Hj S adalah terlalu banyak sendawa sehingga jika solat berjemaah dia akan sendawa sepanjang tempoh solat. Kemudian selepas selesai solat sendawanya pun pulih. Waktu serangan adalah dari asar sehinggalah isya, Hj. S akan rasa penuh angin di bahagian perutnya.
Rawatan pertama, alhamduliLLAH berjaya menghilangkan sendawanya semasa solat, tetapi dia masih merasai sepu di bahagian perutnya.
Pada rawatan kedua, pada mulanya saya gunakan teknik dialog dengan bunyi sendawa. Ini diikuti dengan menangkap jin lalu melekatkan di tangannya bagi menjejaki barang sihir. Seterusnya saya mahu melakukan TKR.
Apabila saya menutup matanya dengan serban dan meletakan tangan saya di kepalanya untuk memulakan TKR.... Hj. S bersuara keras "ma ramaita iza ramaita walakinnALLAHa rama!" dan apabila saya membaca "La tudrikuhul absor..." dia juga membaca keras bacaan saya, lantas saya tanya isterinya apa amalan Aji? isterinya menjawab itulah antara zikir harian yang sudah diamalkan selama lebih 45tahun pemberian ayahnya.
Saya berdialog dengan jin itu, dia memperkenalkan dirinya sebagai embah Topo(bahasa jawa bererti atok). Dia asyik bercakap jawa dan saya minta isteri Hj. S untuk jadi jurubahasa saya. Antara katanya "arok popo" berulangkali... ertinya "tak ada apa2" setiapkali saya menyoalnya. Akhirnya saya tidurkan semula..
Apabila Hj S sedar saya tanya amalannya, benar katanya dia sudah mengamalkannya sejak 45tahun lalu zikir2 itu dan dia sudah rujuk uztaz2 semua mengatakan zikir2 itu betul yakni dari ayat2 alQuran. Katanya ia diberi oleh bapanya yang diwarisi dari atoknya. Dalam adik-beradiknya hanya dia seorang sahaja yang diberi oleh ayahnya zikir2 itu untuk keselamatan atau pendiding. Sejak mengamalkannya dia banyak terlindung dari pelbagai bahaya katanya.
Katanya dia yakin bahawa setiap ayat al-Quran ada khadam ayatnya.
Saya minta dia betulkan niat, katanya niat dia dah betul iaitu berzikir sambil mengharapkan perlindungan dari ALLAH semata. Sampai di sini saya termenung, saya juga ada zikir2 yang antaranya dibaca oleh Hj. S, apakah saya juga akan ada khadam ayat seperti Hj. S? Kemudian saya berfikir semula ini bukan khadam ayat tetapi adalah jin saka dari atoknya embah Topo!
Saya lakukan TKR kali kedua, mulanya embah Topo tak muncul, saya tikam dibahagin ulu hati dengan rotan panjang, kali ini embah Topo muncul dengan pelbagai zikir termasuk Yasin ayat 9 dsb. Saya dialog lagi, embah Topo menafikan yang dia menjadi punca Hj S sendawa, katanya ada serangan. Sayapun minta dia keluarkan jin2 sihir itu, diapun membuat aksi seperti mengeluarkan sesuatu sambil menyebut ALLAHu Akbar. Katanya dia berada di luar dan hanya masuk bila saya menjejaki barangan sihir. Katanya dialah yang menunjukan barang2 sihir tadi.
Kata saya kalau benar dia tak masuk saya tak ada masalah. "arok popo" katanya lagi sambil memberi salam. Hj. S pun sedar dari TKRnya.
Saya masih mengesyaki zikir2 pusaka itu tetapi ternyata Hj S mempunyai sikap dan pandangannya sendiri kerana dia tidak pernah lupa berzikir walau sehari semenjak 45 tahun dahulu. Tentulah untuk menyalahkan suatu amalan yang sekian lama akan terasa suatu kehilangan....habis bagaimana?