Sepasang suami-isteri datang ke klinik saya mengadu tak dapat bersama sejak 10 tahun yang lalu. Si isteri merasakan pehanya keras dan tidak dapat memberi laluan kepada suaminya.
Rawatan pertama berlangsung seperti biasa tanpa reaksi sebarang gangguan berat sekadar dialog dengan kaki yang sukar saya ambil kesimpulan. Besoknya wanita itu sms isteri saya bahawa dia telah boleh bersama dengan suaminya setelah menjalani rawatan, alhamduliLLAH. Dua hari kemudian dia sms lagi mengatakan bahawa keadaan halangan berulang semula...
Malam tadi saya rawat semula dengan teknik tikaman dengan rotan di 7 bahagian terpilih sambil membaca Al-Baqarah:102 sebanyak 7 kali. Kali ini "dia" menangis tetapi masih tak mahu menceritakan siapakah "dia" yang sebenar. Walaupun ikatan dikaitkan dengan sihir tetapi jin tetap jin dan ia bertindak mengikut kemahuannya. Ia mungkin saja jin asyik yang tidak membenarkan hubungan dilakukan, atau si saka yang telah jatuh asyik. Ciri-ciri sihir ikatan tidak mempunyai simpton gangguan sihir biasa seperti sakit/mengantuk pada masa-masa tertentu dsb.
Oleh kerana "dia" dan gangguan sudah lebih 10 tahun saya habiskan rawatan dengan hukuman pancung pada jin berkenaan. Siisteri yang separa sedar, sedar sepenuhnya. Merekapun mahu bergerak pulang bersama anak sulongnya yang telah berusia 10 tahun dan anak angkatnya berusia lingkung 7 tahun.
Kepada siisteri saya mencadangkan meneruskan mandian dan minum air penawar disamping membaca Al-Fatihah, ayat kursi dan almauizatain sebanyak 70kali selama 3hari. Kepada sisuami saya minta dia juga membaca bacaan di atas disamping melakukan teknik kencing pada kapak yang dibakar panas dengan memastikan asap yang terhasil mengenai kemaluannya. Teknik ini tercatit dalam Fathul Bari.
Baru sahaja saya nak tutup lampu klinik isteri saya mendapat telefon dari pesakit ini, mengatakan mereka nak jumpa saya semula sekarang. Apabila mereka datang semula, saya dimaklumkan bahawa kaki anak sulongnya yang tunggal itu bergerak-gerak sepanjang tempoh saya merawat. Saya scan secara teknik 1881 dan ternyata benar, sayapun tarik keluarkan. Persoalannya kenapa kaki anaknya bergoyang-goyang semasa ibunya dirawat???
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment