Jam 6 petang seorang wanita telah menelefon saya meminta untuk dirawat. Dari suaranya dapatlah saya agak bahawa dia dalam keadaan yang sangat lemah.
Jam 8.30 malam saya mula bersiap-siap untuk ke madrasah kerana solat Isyak di madrasah bermula jam 9.00 malam. Semasa tengah bersiap-siap, dengan izin Allah saya terpegang seekor belalang pelesit ketika ingin membuka almari untuk mengambil sebuah kitab. Agak pelik kerana belalang pelesit ini pasif dan mudah ditangkap. Saya kemudian melepaskannya di luar dengan kata-kata, "kamu dan penumpang kamu telah menceroboh rumah saya dan sila tinggalkan rumah ini dan jangan kembali!" Hati saya mulai syak sesuatu yang tidak kena dengan kehadiran mereka.
Jam 8.50 malam, isteri yang ketika itu sedang solat Isyak, menghentikan solatnya akibat rasa sakit di bahagian bawah lutut kaki kirinya. Saya pantas menarik keluar 'serangan' itu dan dapatlah saya ketahui bahawa ianya (serangan) ada kaitan dengan kehadiran belalang pelesit tadi dan merupakan satu 'desakan' supaya saya tidak melakukan rawatan pada malam ini.
Saya tetap ke madrasah untuk solat Isyak dan memenuhi temujanji rawatan jam 9.30 malam.
Pesakit datang bersama-sama ahli keluarga lain tetapi hanya 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak sahaja yang masuk ke dalam bilik rawatan sedangkan yang lain sanggup tunggu di dalam kereta kerana ketakutan. Dalam hati saya berkata, "Wah, sure mereka-mereka yang tinggal di dalam kereta dan tidak mahu bersemuka dengan saya kerana tubuh badan mereka sudah dihuni oleh jin-jin."
Rawatan yang saya lakukan ke atas wanita tadi agak sukar pada mulanya kerana semua jin-jin tidak dengar kata dan amat degil. Teknik rotan telah menyebabkan mereka mengaku kalah lalu sebahagiannya keluar meninggalkan pesakit dan selebihnya dibinasakan menggunakan teknik racun. Pesakit kemudian muntah dengan banyaknya dan terbaring keletihan.
Cerita kehadiran belalang pelesit di rumah saya tadi masih berbuku di dalam hati saya dan saya rasa tidak puas hati kerana kaedah menggunakan belalang pelesit adalah kaedah lama/kuno yang sudah lama tidak digunakan oleh bomoh-bomoh moden.
Saya mula menyiasat:
Saya: "Betul ke kamu disihir?"
Pesakit: "Ya, ustaz."
Saya: "Kenapa kamu kata kamu disihir?"
Pesakit: "Sebab seorang 'perawat wanita' beritahu saya."
Saya: "Macamana dia tahu kamu disihir?"
Pesakit: "Entahla ustaz. Dia macam tahu semuanya dan apa yang dia ceritakan tentang suami saya semuanya betul belaka."
Saya: "Adakah kamu sakit sebelum kamu berjumpa dengan 'perawat wanita' ini?"
Pesakit: "Tak, saya mula sakit selepas saya minum air pemberiannya."
Saya: "Kenapa ahli keluarga yang lain pun sakit? Tu, yang tunggu dalam kereta tak nak masuk bilik tu semuanya ada jin dalam badan."
Pesakit: "Entahla ustaz. Mereka semuanya dah minum air dari 'perawat wanita' tu."
Saya: "Kenapa semua orang dilibatkan?"
Pesakit: "Mulanya saya jumpa 'perawat wanita' tu sebab saya ada masalah 'orang ketiga'. Tapi tiba-tiba dia buka cerita yang katanya dalam keluarga kami ada isu perebutan tanah. Katanya roh arwah mak sekarang ni tergantung kat pokok disebabkan isu tu tak diselesaikan. Jadi dia panggil ahli keluarga lain datang jumpa dia."
Saya: "Terer ya 'perawat wanita' tu sampai boleh tahu alam roh. Hmm..adakah isu perebutan tanah tu betul-betul wujud?"
Pesakit: "Setahu kami sebelum ni tak de isu macam ni."
Saya: "Habis tu kenapa percaya cakap 'tukang tilik' ni?"
Pesakit: "Entahla ustaz. Kami mula rasa curiga bila dia suruh kami buat amalan yang tak mampu kami buat. Pastu jika kami tak mampu buat, kami kena 'bayar' untuk upahkan dia buat. Sehinggalah yang terakhir dia mintak RM7,777.77 barulah saya tersentak dan mula berfikir."
Saya: "Saya amat-amat bersimpati dengan kalian. Kamu semua terperangkap dengan satu permainan kotor."
Pesakit: "Habis tu apa yang kami perlu buat ustaz?"
Saya: "Ok, kamu ada apa-apa perjanjian lagi tak dengan 'perawat wanita' tu?"
Pesakit: "Dah tak de apa-apa dah..."
Saya: "Ok kalau macam tu tak pe, senang sikit. Saya boleh buat pengumuman aje."
Pengumuman:
"Ya Jin dan semua rangkaian yang terlibat dengan permainan kotor ni. Sila dengar wahai jin SB dan jin SPY yang ada di sekitar saya sekarang ni. SILA TARIK BALIK semua PERBUATAN JAHAT ni SEKARANG JUGAK. Kalau tidak saya dan pesakit yang teraniaya ni akan mohon kepada ALLAH supaya zahirkan segala kejahatan kamu dan tuan kamu lakukan selama ini!!!"
Kedengaran dari dalam kereta suara tangisan anak kecil dan salah seorang dari mereka muntah dengan banyaknya sehingga basah kuyup tubuhnya.
Mereka kemudiannya mohon supaya saya merawat kesemua ahli keluarga mereka tetapi saya menolak kerana keletihan. Mereka akhirnya datang keesokan harinya dengan membawa bilangan ahli keluarga yang ramai. Semua mereka dirawat dan alhamdulillah kesemua gangguan berjaya dikeluarkan.
Aduh...saya mengeluh panjang...beristighfar...sedih dan kecewa dengan apa yang telah berlaku. Sehingga kini pusat rawatan tersebut terus beroperasi, di advertise di dalam facebook serta diedarkan maklumatnya menerusi brochure.
- Muallij
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
6 comments:
astagfirullah... tak sangka masih ada pusat rawatan yang macam tu ye ustaz.
kat mana perawat tu?
apakah nama facebooknya?
Salam semua,
Kami menerima banyak pertanyaan berkenaan pusat rawatan tersebut. Mohon maaf sebab tidak akan ada sebarang pendedahan secara formal ataupun apa-apa kenyataan dalam bentuk penulisan di dalam blog ini.
Sama-sama kita berdoa supaya Allah memberikan hidayah dan keinsafan kepada mereka.
Kami amat-amat berharap agar penulisan cerita ini membuka minda masyarakat supaya lebih berhati-hati apabila memilih perawat.
-Muallij
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
ustaz yang mmg di yakani..........
ustaz yang di yakani.........
Post a Comment