Balkis ghaib lagi
BESUT - Kejayaan dua bomoh yang mendakwa berjaya menangkap sembilan jin dan makhluk halus yang sering ‘menyembunyikan’ seorang gadis, Siti Balkis Mohd Nor, 22, kelmarin nampaknya tidak berjaya menghalang gadis itu daripada terus ghaib pada waktu senja.
Semalam, gadis itu ghaib lagi dan ditemui terkulai tidak sedarkan diri di atas pokok rambutan belakang rumahnya di Gong Nangka, Apal di sini.
Gadis itu didapati ghaib jam 7.30 malam semalam dari rumahnya iaitu kira-kira 30 minit sebelum ketibaan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat bersama tiga tokoh agama dari Yayasan Islam Terengganu (YIT).
Difahamkan hajat Khazan membawa tiga pegawai YIT berkenaan bagi membantu merawat Siti Balkis dengan kaedah rawatan Islam namun tidak dapat berbuat demikian kerana gadis itu terlebih dahulu ghaib.
Kehilangan gadis itu semalam selepas berlaku sejak dua bulan lalu menggemparkan lagi orang ramai dan usaha mencari di merata tempat dilakukan tetapi dia gagal ditemui.
Bagaimanapun kira-kira jam 11.30 malam, ibu Siti Balkis, Norizan Said, 47, menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada anaknya memberitahu dia berada di celah batu di satu lokasi seakan-akan di Bukit Keluang, kira-kira 13 kilometer dari rumahnya.
Menerusi SMS itu juga, Siti Balkis meminta keluarganya membaca Yasin dan sehubungan itu Khazan mengadakan bacaan Yasin beramai-ramai.
Sementara itu pada masa sama, orang ramai, keluarga termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali bergegas ke Bukit Keluang untuk mencari Siti Balkis namun tidak berhasil menemuinya, didakwa dia telah disorokkan ke tempat lain disebabkan kelewatan orang ramai tiba di situ.
Sehingga jam 1 pagi, Siti Balkis masih gagal ditemui dan Khazan bersama pegawai berkenaan pulang meninggalkan rumah gadis misteri itu.
Kira-kira 30 minit selepas Khazan beredar, penduduk kampung akhirnya menemui gadis itu berada di atas pokok rambutan hanya 20 meter di belakang rumahnya.
Kata keluarganya, ketika ditemui, Siti Balkis tidak sedarkan diri dan badannya tersangkut pada dahan pokok rambutan.
Dia dibawa turun ke bawah oleh orang ramai dalam keadaannya tidak sedarkan diri dan hanya sedar kira-kira jam 5 pagi semalam.
Semalam akhbar termasuk Sinar Harian melaporkan kisah bomoh tempatan yang mendakwa berjaya menangkap sembilan daripada sepuluh makhluk halus yang dikatakan sering mengganggu Siti Balkis.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
19 comments:
Salam
xde anak murid ustaz area Ktan/Tganu/Pahang boleh mambantu?
Bantuan percuma. Tp mintaklah depa sebut perawat perubatan islam AKRINE. Maklumat lanjut sila rujuk blog sifu akrine.
ust saya cerita ada gak perawat islam yg menggunakan jin. Alquran hanya pd pembuka dan penutup sesi rawatan je..
DALAM ZAMAN ADA CCTV, DALAM ZAMAN ADA INFRA CAMERA, DALAM ZAMAN ADA HANDPHONE, DALAM ZAMAN VIDEO CAMERA, MASIH LAGI KISAH MITOS MELAYU BERLELUASA.
KITA NAK TENGOK CCTV CAMERA MCM MANA DIA NAIK POKOK TU DAN MCM MANA DIA GHAIB, ATAU DIA ADA AMBIK NARCOTICS. WALLAHUALAM, DAN MCM MANA DIA HIDUP SEORANG YANG MENYEDIHKAN DLL SEHINGGA TIADA ORANG YG BENAR2 MENJAGANYA DGN BETUL SEHINGGA BOLEH HILANG MCM ITU.
SAYA CADANGKAN PIHAK BERWAJIB ISLAM PASANGKAN 100 BUAH KAMERA CCTV DI SEKELILING RUMAH ITU DAN 20 LAGI DI BELAKANG RUMAHNYA.
RM
salam..pe kene mengenanye narkotic ngan ghaib bang oi..x de mustahilnye menda ghaib nie..zaman nabi sulaiman pu ad cerite yg kebolehan seorng abid yg dapat memnidahkan istana balqis dlm sekelip mata..ni kan pulak manusia yg leh ghib dek menda2 jin nie..toksah la main tuduh2 org yg menjaganya x jaga betul betul..siap wt sepikulasi amik narkotic..bang kalo dah leh ghaib sampai sejauh lebih 14km dr rumah depan mata mak bapak depan jiran2
(BUKAN SORANG 2 YG JAGA)siap adun tempat tu ngan jabatan agama ada..ni bukan mitos bang.. ini bukan cubaan ramli,bukan cubaan..ini betul2...xde yg mustahil tampa keizinan ALLAH..JGN MARAH AAA...
salam.setiap penyakit ada penawarnya.setiap apa yg berlaku ada hikmahnya.tidakah kamu berfikir......
cerita mitos? ko ingat ni cerita katun yg anak ko salu tgk ker?
narkotic? lagi mengarut..!
tak tahu cari lah guru..
kah kah kah!
kena tipu lagi puak melayu bodoh ni, asyik-asyik nak tipu melayu. orang kampung jerteh yang tak belajar pun pandai kelentong.
Gadis tersebut lari naik pokok rambutan dikejar anjing, kami puak jin pula di tuduh sembunyikan gadis itu. Kalau puak kami nak lari gadis, tak kan kami pilih gadis kampong. Lebih baik puak kami larikan Ning Baizura atau Jaclyn Victor.
untuk semua pembaca, boleh rujuk pautan ini
http://en.wikipedia.org/wiki/Fugue_state
kepada anonimus nombor 2, gadis tersebut tidak berada 13 km dari rumahnya seperti yang disangka, cuma 20 meter sahaja. baca sekali lagi.
Astagfirullahhalazim... Tak sangka ada org Islam yg tak percayakan benda/ alam ghaib. agaknya sbb tu lah ramai yg tak takut mati & ada yg rela hati bunuh diri. Nauzubillah..
kesian yang jahil ilmu ni,narkotic sama jin...jangan guna otak kalau nak nyatakan yang ghaib...pahala dosa korang nampak ker..?
ada lagi orang yang jahil cam jin sama narkotic
Astagfirullahalazim.. ada jgk Islam yg x percayakan langsung kewujudan alam & makhluk ghaib! kemana kita lepas mati?? mungkin ramai yg x takut bunuh diri pun sbb tak percaya ada akhirat..Nauzubillah
salam semua, utk pgetahuan korang Balqis ni org kampung aku. Mak dia seorang perawat gak, kitorang mmg knl sgt ngn family dia ni. dari kecik lagi budak tu asyik kne culik, mybe kalu mak dia bkn perawat n xwat sesuatu, ilang trus x jupe2..dgn izin Allah sudah pasti. Mak dia mungkin blom cukup tgi ilmu xdpt nk setel sdri hal ni.
Kepada Anonymous di atas saya.
Anda cuba untuk kelihatan 'educated' dan 'urban'. 'Fugue state' cuba diketengahkan untuk menangkis sangkaan orang yang barangkali anda sangkakan karut, percaya kepada tahyul, kampong-minded, dan kolot.
Point yang bijak dan munasabah itu sebenarnya. Sekurang-kurangnya anda mengemukakan pendapat.
Akan tetapi, janganlah terlalu ingin kelihatan moden, anda menangkis perihal sihir, santau, gangguan jin & syaitan dan sebagainya kerana ia sudah termaktub dalam Al-Quran (ayat yang jelas: Albaqarah 102) dan Hadith (Nabi Muhammad disihir, riwayat Ibnu Kathir).
Ini sudah masuk bab akidah dan keyakinan kita terhadap ayat-ayat Allah dan Hadith. Walaupun anda mungkin tidak pernah disihir, itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mempercayainya.
Bagaimana anda boleh percaya dengan kewujudan Allah sedangkan anda tidak pernah jumpa-Nya?
Bagaimana anda boleh percaya dengan kewujudan syurga dan neraka sedangkan anda tidak pernah melihatnya?
Bagaimana anda boleh percaya kepada peristiwa Israk Mikraj sekiranya anda tidak pernah mengalaminya?
Pendapat orang kafir memang begitu,teruskan berdakwah,mudah-mudahan kita semua diberi hidayah..amin..
1-Memang saya tak nafikan ada kemungkinan yang saudari itu diculik jin.Tapi saya juga tak melupakan kemungkinan lain yang agak penting iaitu masalah psikiatri.Cuma yang saya tak setuju kalau berlaku perkara sebegini terus dikatakan angkara jin.
2-Saya harap tak timbul soal nak nampak moden atau tidak.Umat Islam lebih awal membangunkan ilmu psikiatri lebih dahulu daripada masyarakat Eropah yang dikatakan urban dan moden itu.
Oleh itu, saya memohon maaf kerana berburuk sangka kepada saudara. Saya ingatkan saudara ini menolak kejadian sihir/rasuk dan sebagainya mentah-mentah.
Saya setuju dengan pendapat saudara, hal ini sepatutnya diambil kira dengan cara 'jalan tengah'. Yakni tidak terus melompat ke dalam dunia tahyul dan tidaklah juga menolak ayat al-quran yang berkenaan sihir dan jin.
Perlu diuji terlebih dahulu secara rohaniah. Jika 'ada', maka kes ini tergolong dalam kerja jin.
Namun begitu, saudari tersebut telah diuji. Ustaz-ustaz yang ahli telah bersemuka dengan pesakit dan telah menjalankan rawatan.
Ada juga beberapa kumpulan yang ahli dalam hal ini mengatakan, itu kerja 'dewa', bukan jin biasa.
Tetapi yang terbaru, sudah tersebar di internet bahawa kejadian tersebut sebenarnya tipu. Nauzubillah.
Saya pening. Dan ramai juga yang pening.
nk pasang CCTV kos mahal, lain la ada sponsor.
nk pasang GPS Transceiver pun bole. Monitor real time kat Google Maps pun boleh.
Org putih, dalam moden2 pun percaya dengan alam ghaib.
Jumper: Anywhere, Anything, and Instantly
jangan cepat percaya dgn berita, kita pun tau apa credibility arus perdana kt Malaysia ni..lagi baik selidik sendiri. Mmg xdinafikan ada MANUSIA y terlibat sbb mak dia mmg ada musuh tp jgn menolak terus gangguan ghaib,dari apa y aku tgk(aku orang kg dia)..Balqis ni mmg dari kecik lagi ilang sblm pndi bwk kete atau guna hp lg. klu sapa tgk rancangn alam ghaib kt tv3 aritu pasti boleh berfikir. Balqis tu cam mayat hidup dah, aku pernah g rumah dia dulu2..budak tu dh kurus kering..muka pucat jer..maklumlah bnd ni blaku dari kecik lagi..dah lama...sblm blaku fitnah mcm2 gni lagi. kalu dia ada mslh mental dh pon x pelik sbb bnd gni mmg leh jadi trauma. Jadi kalau xtau pape, kita jgn sesuka hati menghukum seseorang..cuba bygkan kalu kita berada dtmpt dia.
sy nak tny sumthing..tp ini out of topic from u all..betul ke jin siam just boleh dirawat oleh bomoh siam@perawat dari siam?macam mana nak tolong orang yang dianiaya oleh jin siam?
Post a Comment