Monday, May 7, 2012

Rawatan Mandul Mengikut Sayidina Husain RA



Ada 3 orang berjumpa dengan Sayidina Husain Bin Ali cucu Baginda RasuluLLAH SAW.

Orang yang pertama mengadu kepadanya berkenaan hujan yang sedikit. Sayidina Husain berkata kepadanya “Banyakkan istighfar”

Orang yang kedua mengadu berkenaan keadaannya yang masih belum mendapat zuriat. Sayidina Husain juga menyuruhnya  agar membanyakkan istighfar.

Orang yang ketika mengadu pula mengadu keadaan musim kemarau yang kering. Sayidina Husain pun menjawab dengan “Banyak-banyakkan istighfar”.

Sahabat-sahabat Sayidina Husain bertanya, kenapa 3 orang mengadu hal yang berlainan tetapi beliau menjawab dengan satu jawapan yang sama sahaja?

Sayidina Husain kemudiannya membacakan firman ALLAH surah Nuh-10-12 yang bermaksud “Maka aku katakana kepada mereka, “Mohonlah KEAMPUNAN  kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirim HUJAN kepadamu dengan lebat, membanyakkan harta dan ANAK-ANAKmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun serta sungai-sungai di dalamnya”

Pengajaran dari kisah ini adalah bagi mereka yang belum mempunyai zuriat banyakkanlah memohon keampunan kepada ALLAH dengan melazimkan beristighfar.

Dipetik dari buku “Keajaiban Firasat” karangan AF Ust. Muhadir Hj. Joll

2 comments:

  1. kepada ustaz majid.
    sila siasat tentang akrine slim river..
    ustaz shahid melakukan penipuan terhadap orang ramai melibatkan wang ringgit.
    sy bercerita kerana Allah dan kepada yang terinaya sebelum memburukkan nama akrine kuang dan ustaz majid.

    ReplyDelete
  2. terjumpa info ni, juga pasal mandul… sharing is caring :) - PCOS Punca Wanita Mandul

    ReplyDelete